S013 Allah lebih berkuasa?

Mei 25, 2008

Salam Ummu,

1. Terima kasih Ummu. Dalam kesibukan melayan 5 anak dan suami, disamping mengasuh beberapa puluh minda lagi di sekolah, saya sepatutnya kagum dengan keupayaan Ummu mencari masa memikirkan tentang tulisan saya. Ummu sudah sangat hampir kepada Permata yang hendak saya sampaikan di dalam blog saya, Permata yang cuba saya wariskan kepada generasi saya seterusnya melalui kefahaman anak-anak saya. Malangnya kekadang Ummu sesuatu yang terlalu hampir membuatkan kita hilang focus. Lihat sahaja apabila kita ambil sesuatu untuk di baca dan letakkan ia terlalu hampir dengan mata, maka kita tidak dapat melihatnya.

2. Al Quran mengatakan bahawa Allah lebih hampir dari diri kita dengan urat leher kita. Hadis Qudsi juga mengatakan sekiranya kita melangkah setapak kepadaNya, maka Dia melangkah dua tapak (berganda) dan sekiranya kita berjalan maka Dia berlari kepada kita. Sebaliknya sekiranya kita menutup minda dengan tidak meningkatkan kepekaan kita kepada persekitaran (segala kejadian Alam adalah tanda kekuasaan dan keberadaan Allah) maka Allah bertekad “Khatamallahu ‘ala kulubbi him”, Allah menutup hati (minda) mereka. Dengan kesimpulan ayat yang Ummu berikan itu, saya sangat-sangat yakin sekiranya diteruskan menggunakannya, kita akan sama-sama melihat Permata yang dimaksudkan.

3. Definasi atau tassawur yang Ummu berikan dari a) hingga ke d) sangat membantu kita memastikan persamaan kayu ukur. Bila bercakap tentang zat Allah, perlu diingatkan bahawa Al Quran melarang kita memikirkan tentang zatNya, bukan kerana dia melarang kita berfikir, tetapi zat Allah itu hanya boleh dibuktikan melalui tajjali (terjemahaan, transformation) kekuasaannya. Tetapi peringatan ini telah disalah tafsir arus perdana dengan mengatakan kita tidak boleh berbincang tentang Allah. Lakukan sahaja suruhan tanpa memikirkan tujuan. Allah mengkehendaki kita menjadi Ulil Al Baab, iaitu sentiasa memikirkan tentang kewujudan dan keesaan Allah melalui kejadian-kejadian Alam semulajadi.

4. Menghidupkan kefahaman tentang pembelajaran Sifat 20 banyak membantu ke arah memahami adanya zat Allah. Malangnya trend sekarang tidak ke arah menerima pembelajaran ilmu kalam dan sifat 20. Sebenarnya bila kita mengatakan Sifat 20, bukan bermakna Allah hanya mempunyai 20 sifat. Allah mumpunyai tidak terbilang banyaknya sifat, sebagaimana tidak terbilangnya jumlah mahluk di Alam ini. Sift 20 hanyalah ringkasan sifat Allah yang wajib diimani dan difahami serta seterusnya dihidupkan/budayakan dalam perlakuan kita seharian. Al Quran kemudian menyebut nama-nama Allah, 99 AmsulHusna yang merupakan juga, penerangan kepada sifat-sifat Allah dengan memberikan nama-nama yang baik terhadap sifat-sifat Allah.

5. Apabila kita membincangkan tentang Allah dan carakerjanya, sudah pasti kita terpaksa menggunakan bahasa biasa yang kita gunakan semasa berkomunikasi dengan manusia. Sebenarnya kita terlalu biasa menceritakan tentang hal mahluk terutama manusia, kita terbawa-bawa menceritakan hal Allah serupa dengan kita menceritkan tentang manusia. Di sini kita perlu berhati-hati, jangan sampai kita memanusiakan/memahlukkan Allah. Contoh yang paling hampir “Tangan Allah di atas tangan kamu” tidak boleh dibaca sebagai tersuratnya, tetapi perlu dibaca dengan mengatakan bahawa kekuasaan Allah mengatsi segala kekusaan yang ada. Kita perlu tanya, pada diri, apakah ada kekuasaan yang lain, yang boleh dirujuk sehinggakan timbul tanggapan “Allah itu lebih berkuasa berbanding segalanya”.

6. Tidak layak ada perbandingan sebenarnya. Hanya Allah yang punya segalanya. Jadi tidak timbul kita lemah dan Allah berkuasa, kerana megatakan kita lemah masih memberikan implikasi kita boleh dibandingkan kepada Allah. Kita tak punya apa-apa. Kita tak punya zat, jasmani melainkan apa yang ditajjalikan Allah kepada kita. Perbincangan kapas dan baju kapas sebagai contoh. Jadi kita tidak wujud, hanya Allah yang wujud. Itulah yang pengajaran Sifat 20 melakan. Allah itu wujud. Wajib wujud. Lawannya adam, tak wujud. Kalau kita mengatakan mahluk wujud, maka kita telah tidak membudayakan Sifat 20 di dalam kehidupan seharian kita.

7. Rujuk sekurang-kurangnya DARWIN34 Bermacam-macam dunia. untuk kefahaman seterusnya. Saya pasti banyak lagi persoalan akan timbul, sekiranya Ummu betul-betul menggunakan akal, sebagaimana kefahaman Ummu kepada ayat Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud: ” (iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.”. Banyak lagi yang perlu dibincangkan dan saya berterima kasih Ummu terbuka membincangkannya.

Menjawab sebahagian komen saudari Ummu Aniq.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.