S013 Allah lebih berkuasa?

Salam Ummu,

1. Terima kasih Ummu. Dalam kesibukan melayan 5 anak dan suami, disamping mengasuh beberapa puluh minda lagi di sekolah, saya sepatutnya kagum dengan keupayaan Ummu mencari masa memikirkan tentang tulisan saya. Ummu sudah sangat hampir kepada Permata yang hendak saya sampaikan di dalam blog saya, Permata yang cuba saya wariskan kepada generasi saya seterusnya melalui kefahaman anak-anak saya. Malangnya kekadang Ummu sesuatu yang terlalu hampir membuatkan kita hilang focus. Lihat sahaja apabila kita ambil sesuatu untuk di baca dan letakkan ia terlalu hampir dengan mata, maka kita tidak dapat melihatnya.

2. Al Quran mengatakan bahawa Allah lebih hampir dari diri kita dengan urat leher kita. Hadis Qudsi juga mengatakan sekiranya kita melangkah setapak kepadaNya, maka Dia melangkah dua tapak (berganda) dan sekiranya kita berjalan maka Dia berlari kepada kita. Sebaliknya sekiranya kita menutup minda dengan tidak meningkatkan kepekaan kita kepada persekitaran (segala kejadian Alam adalah tanda kekuasaan dan keberadaan Allah) maka Allah bertekad “Khatamallahu ‘ala kulubbi him”, Allah menutup hati (minda) mereka. Dengan kesimpulan ayat yang Ummu berikan itu, saya sangat-sangat yakin sekiranya diteruskan menggunakannya, kita akan sama-sama melihat Permata yang dimaksudkan.

3. Definasi atau tassawur yang Ummu berikan dari a) hingga ke d) sangat membantu kita memastikan persamaan kayu ukur. Bila bercakap tentang zat Allah, perlu diingatkan bahawa Al Quran melarang kita memikirkan tentang zatNya, bukan kerana dia melarang kita berfikir, tetapi zat Allah itu hanya boleh dibuktikan melalui tajjali (terjemahaan, transformation) kekuasaannya. Tetapi peringatan ini telah disalah tafsir arus perdana dengan mengatakan kita tidak boleh berbincang tentang Allah. Lakukan sahaja suruhan tanpa memikirkan tujuan. Allah mengkehendaki kita menjadi Ulil Al Baab, iaitu sentiasa memikirkan tentang kewujudan dan keesaan Allah melalui kejadian-kejadian Alam semulajadi.

4. Menghidupkan kefahaman tentang pembelajaran Sifat 20 banyak membantu ke arah memahami adanya zat Allah. Malangnya trend sekarang tidak ke arah menerima pembelajaran ilmu kalam dan sifat 20. Sebenarnya bila kita mengatakan Sifat 20, bukan bermakna Allah hanya mempunyai 20 sifat. Allah mumpunyai tidak terbilang banyaknya sifat, sebagaimana tidak terbilangnya jumlah mahluk di Alam ini. Sift 20 hanyalah ringkasan sifat Allah yang wajib diimani dan difahami serta seterusnya dihidupkan/budayakan dalam perlakuan kita seharian. Al Quran kemudian menyebut nama-nama Allah, 99 AmsulHusna yang merupakan juga, penerangan kepada sifat-sifat Allah dengan memberikan nama-nama yang baik terhadap sifat-sifat Allah.

5. Apabila kita membincangkan tentang Allah dan carakerjanya, sudah pasti kita terpaksa menggunakan bahasa biasa yang kita gunakan semasa berkomunikasi dengan manusia. Sebenarnya kita terlalu biasa menceritakan tentang hal mahluk terutama manusia, kita terbawa-bawa menceritakan hal Allah serupa dengan kita menceritkan tentang manusia. Di sini kita perlu berhati-hati, jangan sampai kita memanusiakan/memahlukkan Allah. Contoh yang paling hampir “Tangan Allah di atas tangan kamu” tidak boleh dibaca sebagai tersuratnya, tetapi perlu dibaca dengan mengatakan bahawa kekuasaan Allah mengatsi segala kekusaan yang ada. Kita perlu tanya, pada diri, apakah ada kekuasaan yang lain, yang boleh dirujuk sehinggakan timbul tanggapan “Allah itu lebih berkuasa berbanding segalanya”.

6. Tidak layak ada perbandingan sebenarnya. Hanya Allah yang punya segalanya. Jadi tidak timbul kita lemah dan Allah berkuasa, kerana megatakan kita lemah masih memberikan implikasi kita boleh dibandingkan kepada Allah. Kita tak punya apa-apa. Kita tak punya zat, jasmani melainkan apa yang ditajjalikan Allah kepada kita. Perbincangan kapas dan baju kapas sebagai contoh. Jadi kita tidak wujud, hanya Allah yang wujud. Itulah yang pengajaran Sifat 20 melakan. Allah itu wujud. Wajib wujud. Lawannya adam, tak wujud. Kalau kita mengatakan mahluk wujud, maka kita telah tidak membudayakan Sifat 20 di dalam kehidupan seharian kita.

7. Rujuk sekurang-kurangnya DARWIN34 Bermacam-macam dunia. untuk kefahaman seterusnya. Saya pasti banyak lagi persoalan akan timbul, sekiranya Ummu betul-betul menggunakan akal, sebagaimana kefahaman Ummu kepada ayat Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud: ” (iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.”. Banyak lagi yang perlu dibincangkan dan saya berterima kasih Ummu terbuka membincangkannya.

Menjawab sebahagian komen saudari Ummu Aniq.

19 Responses to S013 Allah lebih berkuasa?

  1. Pak Din berkata:

    Saya tertarik apabila beliau menghurai dan membicarakan bahawa Islam itu adalah matlamat dan bukannya alat. Apa yang saya boleh faham berdasarkan penanya itu, jika kita berjuang untuk memartabatkan Islam maka jangan sekali-kali Islam itu diperalatkan. Jika begitu nanti agama hanya kelihatan sebagai bahan main-mainan untuk mendapatkan untung dan tenpat.

    Bermaksud jangan matlamat menghalalkan cara. jangan berpilih-pilih membawa Islam versi satu kepada penonton satu dan versi dua kepada penonton dua. Lalu apabila takut penonton dua meninggalkan kita, maka kita masukkan pula versi tiga, kerana yang penting kuasa terus kekal ditangan kita. Itu anologi saya terhadap artikel beliau yang panjang lebar itu, memang tajam dan kekadang sinis tetapi jika ada asas kebenarannya maka perlu ditelan walaupun pahit.

    http://n32.blogspot.com/

  2. Pak Din berkata:

    Inikan sahaja kuasa Allah?

    http://www.youtube.com/watch?v=jFKS8IV5UEw&feature=related

    Atau bila ada kalimah Allah tertulis?

    http://www.youtube.com/watch?v=sYxIgq1nk0s&feature=related

    Atau bila seseorang itu tahu tentang Allah dengan cara ajaib?

    Atau bila dapat meninggal dengan bersyahadah?

    atau ….

    Kebesaran dan kekuasaan Allah berada dimana-mana ada berlakunya kejadian semulajadi.

  3. Pak Din berkata:

    Hakekat “Tawassul” merupakan hal yang telah menjadikan kejelasan dalam Islam. Al-Quran sebagai sumber utama agama Islam dalam sebuah ayatnya menyatakan: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan” (QS Al-Maidah: 35). Dalam ayat tadi Allah SWT menjelaskan bahwa ketakwaan dan jihad merupakan sarana legal untuk menyampaikan manusia kepada Allah SWT.

    Yang menjadi pertanyaan adalah; adakah sarana-sarana lain yang legal menurut syariat Islam yang mampu menghantarkan manusia menuju Allah SWT, ataukah dalam penentuan sarana-sarana tadi telah sepenuhnya diserahkan kepada manusia? Untuk menjawab secara ringkas maka dapat kita katakana bahwa; jelas sekali bahwa penentuan sarana pendekatan diri kepada Allah SWT tidak terdapat campur tangan manusia sehingga dengan ijtihad pribadinya dapat menentukan sarana-sarana apapun untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hanya sarana-sarana yang telah ditentukan oleh syariat Islam –yang bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah Rasulullah SAW- saja yang dapat menjadi penghantar manusia menuju Allah SWT.

    http://salafyindonesia.wordpress.com/2008/05/21/tawassulistighatsah1-sebuah-pengantar/

  4. Pak Din berkata:

    One of the main issues of theological debate was the relationship between God’s power and human acts. The Mu‘tazilites, admitting the continuation of an accident (arad) of human power, asserted that human acts were decided and produced (or even created) by people themselves; thus they justified human responsibility for acts and maintained divine justice. In contrast, assuming that all the events in the world and human acts are caused by God’s knowledge, will and power, al-Ghazali admits two powers in human acts, God’s power and human power. Human power and act are both created by God, and so human action is God’s creation (khalq), but it is also human acquisition (kasb) of God’s action, which is reflected in human volition. Thus al-Ghazali tries to harmonize God’s omnipotence and our own responsibility for our actions (see OMNIPOTENCE).

    http://www.ghazali.org/articles/gz1.htm

  5. Ummu Aniq berkata:

    Salam Pak Din.

    Wah…Seminggu saya dan keluarga pulang ke kampung di Pahang (kampung saya, kampung suami di Kelantan), banyak yang tertinggal. Terima kasih atas huraian Pak Din yang panjang lebar. Maha Suci Allah… Ilmu Allah itu sangat luas, semakin dicari dan difikir, semakin banyak yang kita tak tahu. Betapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT! Betapa ilmu Allah umpama lautan dan ilmu manusia itu umpama setitis air di paruh burung!

    Antara kesimpulan yang boleh saya ambil daripada huraian Pak Din: Sesungguhnya makhluk itu tidak wujud pada hakiki kerana yang layak wujud hanyalah Allah SWT. Adanya (wujudnya) makhluk dengan keberadaan (kewujudan) Allah SWT. Makhluk itu daripada tiada kepada ada dan kembali kepada tiada. Makhluk bergantung kepada kekuasaan Allah SWT sepenuhnya dan Dialah yang memberi rezeki dan apa sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 27 yang bermaksud : “….Dan Engkau mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa batasan”.

    Di kampung, saya bawa anak-anak menziarahi pusara arwah mak dan abah. Mengingatkan mereka bahawa kita juga akan ke situ suatu hari nanti cuma masanya bukan dalam pengetahuan kita. Rindu sungguh saya kepada arwah mak dan abah namun saya kena terima hakikat bahawa kita perlu merentasi 7 alam (Bhgn 7 Teori Darwin per 3). Selama ini saya menerangkan kepada anak didik saya bahawa hidup kita ini melalui 4 alam iaitu pertama alam dalam rahim ibu, kedua alam dunia, ketiga alam barzakh dan yang keempat alam akhirat. Namun huraian Pak Din dalam Bhgn 7 lebih terperinci tentang perjalanan hidup kita. Terima kasih yang tak terhingga atas ilmu tersebut!

    Semoga Pak Din mendapat rahmat dari Allah SWT sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
    ” Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat serta penghuni langit dan bumi hinggakan semut yang ada di dalam lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan, semuanya memohon rahmat untuk mereka yang mengajar orang ramai ke arah kebaikan” – Diriwayatkan oleh Tarmidzi.

  6. Pak Din berkata:

    Wah enjoy habis dengan nakmat Allah ya! Kalau betul caranya (buat dengan kyusuk) ia menjadi ibadah.
    Ada beberapa soalan yang belum dijawab, termasuklah kali ini saya nak sentuh satu sahaja.

    Dalam kepala ada idea nak gubah bunga hantaran dari kertas. Maka sekeping kertas dan segala peralatan ada disisi. Soalan, ketika sehelai kertas masih kertas, “Kita gubah bunga dari tiada kepada ada, atau sebaliknya?”

  7. Ummu Aniq berkata:

    Salam.

    Berkenaan dengan idea nak gubah bunga hantaran dari kertas, pendapat saya :

    1. Bunga yang kita gubah adalah daripada tiada kepada ada. Bunga kertas pada asalnya tiada, yang ada cuma kertas sebagai bahan asas kemudian digubah menjadi bentuk bunga mengikut idea yang ada dalam kepala. Bunga kertas itu wujud pada nama sahaja, tidak pada zat (material).

    2. Bunga kertas itu kemudiannya kembali kepada tiada apabila ia rosak, renyuk atau buruk dan akhirnya dibuang, dibakar dan sebagainya. Jadi, bunga kertas yang digubah dari tiada kepada ada dan kembali kepada tiada.

    3. Perbandingan dengan hidup makhluk : makhluk asalnya tiada, yang ada cuma Allah sahaja, kemudian makhluk dijadikan oleh Allah SWT maka adalah ia (hidup di muka bumi ini dengan menggunakan segala nikmat Allah SWT) dan kembali makhluk kepada tiada apabila ia dimatikan oleh Allah SWT. Jadi, makhluk itu daripada tiada kepada ada dan kembali kepada tiada.

    4. Segala apa yang berlaku kepada makhluk terutama manusia adalah mengikut sunnatullah kerana Allah sahaja yang berhak dan berkuasa mencorak makhluk ciptaan-Nya. Contohnya kertas dengan idea nak buat bunga; kertas yang ada tu tak semestinya kita nak gubah jadi bunga je, mungkin datang idea lain nak gubah jadi bakul ke, burung ke atau apa-apa je mengikut kehendak kita sebab kertas tu kita yang punya, jadi suka hati kitalah nak buat apa dengan kertas tu.

    5. Kelemahan kita, kekuatan kita, nasib yang baik, nasib yang buruk
    dan sebagainya adalah datangnya daripada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Naml ayat 47 yang bermaksud : ” Mereka berkata : Kami mendapat nasib yang malang disebabkan kamu dan orang-orang yang besertamu! Nabi Salleh berkata : Nasibmu ada pada sisi Allah (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu kaum yang diuji.”

    Wallahu a’lam.

  8. Pak Din berkata:

    Bagi meneruskan perbincangan cuba kita lihat dan sudut berbeza. Kita gunakan ketelitian kita untuk membezakan perkataan ‘membentuk’ dan ‘mencipta’ Alam. Saya mendapat ia akan mengarah kita kepada memahami apa yang dibuktikan oleh sains tentang Theory of Everything (ToE) yang kemudian akan merangkumi teori Big Bang, untuk sejarah benda bukan-kehidupan dan teori Darwin untuk kehidupan. Begitu juga, samada kita suka atau tidak, apabila dikaitkan dengan Thermodynanic Law 1-3 (sekurang-kurangnya) ia akan mengarah kepada pencarian Allah hakiki, yang akhirnya sesuai digelar sebagai makrifat dan akan menembuklan unsur kyusuk bukan sahaja di dalam solat, malah di dalam semua kerja harian yang kita lakukan termasuklah ketika tidur.

    Saya masih merasakan konsep Qodo dan Qadar yang menghurai takdir dan nasib yang Ummu kemukakan, terkurang teliti dalam menerapkan sifat keadilan Allah. Oleh kerana kefahaman ini sangat asas, seperti termaktub di dalam Rukun Iman, ia selari dengan kepentingan maarifatullah, beriman kepada Allah hakiki (rukun pertama).

  9. Ummu Aniq berkata:

    Salam Pak Din.

    Saya akui huraian berkenaan Qada’ dan Qadar yang saya berikan memang ada kekurangannya kerana saya hanya memberi secara umum sahaja tanpa mengaitkan dengan sifat Allah yang Maha Adil. Namun, untuk perbincangan yang lebih meluas, di sini saya terangkan serba sedikit tentang konsep Qada’ dan Qadar :

    1. Qada’ bermaksud pelaksanaan segala ketentuan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi bagi semua makhluk dan segala perkara yang berlaku kepadanya. Segala kejadian berlaku tanpa halangan dan gangguan mengikut kehendak-Nya.

    2. Qadar ialah ketentuan dan ketetapan Allah SWT terhadap apa yang berlaku ke atas makhluk-Nya sejak azali lagi.

    3. Qadar juga adalah peraturan umum yang merupakan penetapan Allah sejak azali lagi berdasarkan hubungan sebab dan akibat. Ia merupakan perancangan Allah mengikut Kudrat dan Iradat-Nya.

    4. Kejadian makhluk lain di alam ini seperti kejadian hujan, air pasang dan surut, banjir, kemarau dan sebagainya telah ditetapkan oleh Allah (qadar-Nya) yang juga dikenali sebagai sunnatullah.

    5. Qada’ terbahagi kepada dua :
    a) Qada’ mubram – qada’ yang pelaksanaannya tetap dan tidak boleh berubah. Contohnya : ajal maut dan rezeki.
    b) Qada’ Muallaq – qada’ yang pelaksanaannya boleh berubah bergantung pada keadaan, masa atau tempat. Contohnya : seorang pelajar yang tekun dan gigih berusaha dalam pelajarannya. Dengan izin Allah, dia berjaya dengan hasil usaha dan doanya.

    6. Qada’ dan Qadar adalah rahsia Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Walaupun ia merupakan satu ketetapan daripada Allah tetapi manusia disuruh berusaha dan berikhtiar untuk mencapai apa yang dihajatkannya.

    7. Kita perlulah memahami bahawa setiap perkara yang berlaku ada sebab dan musababnya. Disinilah kita akan lihat keadilan Allah SWT dimana kita dapat lihat sesiapa yang berusaha akan beroleh kejayaan dan sesiapa yang malas akan menemui kegagalan.

    8. Kita diberi kebebasan yang tertentu oleh Allah SWT untuk merancang atau melakukan sesuatu perkara kerana kita dianugerahkan akal fikiran dan tenaga untuk berusaha dan berikhtiar. Kita juga dibekalkan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan melaui kedua-duanya kita dapat mengetahui apa yang disuruh dan apa yang dilarang bagi mencapai apa-apa yang dihajati. Usaha kita ini tidak bertentangan dengan qada’ dan qadar Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat : 46 yang bermaksud ” Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri, dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya”.

    9. Walaupun kita bebas untuk merancang dan berusaha namun kita tidak boleh menolak bahawa kejayaan atas setiap perancangan dan usaha itu ditentukan oleh Allah SWT. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan ini dan sesiapa yang menolak bererti dia menafikan kekuasaan Allah SWT.

    Kesimpulannya di sini, segala perjalanan hidup makhluk adalah ketentuan Allah SWT walaupun manusia diberi kebebasan untuk memilih dan berusaha mencapai apa yang dihajatinya namun kita tidak boleh lari dari ketentuan-Nya kerana segala yang berlaku di alam ini mengikut ketentuan Allah berdasarkan hubungan sebab dan akibat.

    Wallahu a’lam.

  10. Pak Din berkata:

    Bagi tujuan mencapai kyusuk di dalam solat dan kefahaman peperiksaan, saya setuju dengan definasi QQ yang Ummu berikan, tetapi untuk menerapkan sifat Maha Adil Allah yang seterusnya memberikan kyusuk dalam menjalani kerja dan kehidupan, saya berbeza pendekatan sebagaimana banyak perbezaan yang telah kita lihat sebelum ini.

    Qodo di dalam Al Quran banyak membawa makna telah memilih, telah menjalankan contoh “Fa iza qudiatus solah fan tasiru fil ard” atau “Setelah selesai solat, bertaburlah di muka bumi” dan Qadar adalah lebih mudah kerana Melayunya juga kadar, iaitu had-had tertentu untuk sesuatu berlaku, contoh apabila air di panaskan ia akan mendidih pada 100C, apabila kita leka semasa menyerbang jalan akan berlaku kemalangan dan sebagainya.

    Maka QQ yang mengandungi sifat Maha Adil Allah, merupakan penafsiran kepada kefahaman bahawa Allah memberikan hak milikNya untuk menjadi hakguna kepada mahluk. Tiada sedikitpun Allah mengambil manfaat dari keberadaan zatNya. Segalanya diberikan dengan sifat pengsih dan penyayangNya kepada mahluk. Mahluk bebas memilih untuk melakukan apa sahaja dan tertakluk kepada kadar-kadar yang telah Dia tentukan sejak Azali.

  11. Pak Din berkata:

    “Kesimpulannya di sini, segala perjalanan hidup makhluk adalah ketentuan Allah SWT walaupun manusia diberi kebebasan untuk memilih dan berusaha mencapai apa yang dihajatinya namun kita tidak boleh lari dari ketentuan-Nya kerana segala yang berlaku di alam ini mengikut ketentuan Allah berdasarkan hubungan sebab dan akibat.” jelas Ummu

    Cantik dan tepat sungguh penjelasan Ummu, “sebab dan akibat”. Kalau akibatnya atau hasil yang dapat kita lihat sekarang, Muslim mundur di dalam segala bidang, ekonomi, politik, tentera, jelajah angkasa dan sebagainyanya, adalah kerana sebabnya. Yang Allah tetntukan adalah sebab dan akibat. Sebab makan jadi kenyang. Sebab rajin jadi maju. Sebab malas akibatnya mundur.

    Allah tidak pernah menentukan individu atau orang atau kaum yang maju atau mundur. Seperti di atas Allah menentukan sebab akibat, bukan ketentuanNya menentukan si A, macamana malasnya dia dia akan maju! Semuanya begantung kepada si A memiluh dan kemudian berusaha dengan betul untuk mencapai akibat menjadi maju. Dan Allah menentukan bahawa bukan sahaja A yang akan maju, tetapi sesiapa sahaja dengan memilih sebab akan menghasilkan akibat yang telah ditentukan.

    Pengajur kejohanan memancing, umpamanya, telah mengetahui seiapa pemenang sebelum pertandingan dijalankan. Dia mesti tahu terlebih dahulu. Adakah itu adil? Arus perdana pasti mengatakan tidak, kerana pemikiran yang rabun jauh. Penganjur tahu bahawa pemenangnya ialah sesiapa sahaj yang dapat memancing ikan paling berat atau paling banyak di dalam masa yang ditentukan. Buka menentukan si A atau si B akan menang. Ciri-ciri pemenang yang ditentukan.

    Maka adalah sangat sedih mengingatkan Muslim yang sentiasa menyalahkan Allah tanpa disedari. Bila bercerai, “Dah takdir”, bermacam lagi pekara berlaku semuanya ambil mudah jawab “Dah takdir”, “Ketuetuan Allah” dan markah penuh diberikan kepada murid-murid yang menjawab begitu. Maka murid-murid membesar dengan bongkah cement yang dah keras di mindanya bahawa segalanya mudah “Takdir Allah”.

  12. Ummu Aniq berkata:

    Salam Pak Din…

    Seminggu sekolah dibuka mengekang saya dari melayari internet… Macam-macam yang perlu diselesaikan… Markah pelajar, marksheet, masalah pelajar, etc..etc… Memang memeningkan kepala!

    Pak Din kata : Maka adalah sangat sedih mengingatkan Muslim yang sentiasa menyalahkan Allah tanpa disedari. Bila bercerai, “Dah takdir”, bermacam lagi perkara berlaku semuanya ambil mudah jawab “Dah takdir”, “Ketentuan Allah” dan markah penuh diberikan kepada murid-murid yang menjawab begitu. Maka murid-murid membesar dengan bongkah cement yang dah keras di mindanya bahawa segalanya mudah “Takdir Allah”.

    Inilah persepsi anak-anak murid yang saya cuba ubah, bila fail exam “Dah takdir”… Berkali-kali saya ingatkan bahawa mereka gagal sebab mereka tidak berusaha untuk berjaya. Memanglah rasa terkilan yang amat sangat bila anak-anak murid tidak dapat mencapai keputusan yang baik dalam Mid-Exam baru-baru ni, sehinggakan saya tanya diri saya sendiri : aku yang tak mengajar atau mereka yang tak belajar?

    Qada’ dan qadar ini yang perlu saya terima dengan lapang dada, kadang-kadang kita dah buat dan berusaha dengan sedaya upaya agar anak-anak murid mendapat result yang baik tetapi oleh sebab mereka tidak berusaha maka akibatnya mereka gagal!

    Seperti yang saya dah jelaskan : “Walaupun kita bebas untuk merancang dan berusaha namun kita tidak boleh menolak bahawa kejayaan atas setiap perancangan dan usaha itu ditentukan oleh Allah SWT. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan ini dan sesiapa yang menolak bererti dia menafikan kekuasaan Allah SWT”.

    Berkaitan dengan perkara di atas : Saya telah berusaha untuk kejayaan anak-anak murid saya ( contohnya dengan membuat latih tubi, memberikan tajuk-tajuk yang perlu dibaca untuk exam dan sebagainya), maka kalau diikutkan tentulah anak-anak murid saya boleh dapat keputusan yang cemerlang. Namun, yang berlaku adalah sebaliknya… So, disini saya tak boleh menolak ketentuan yang telah dirancang oleh Allah keatas diri saya walaupun saya telah merancang dan berusaha untuk kejayaan mereka namun apa yang saya dapat tidak seperti yang saya rancangkan dan usahakan!

    Firman Allah SWT dalam surah Al-Hadid ayat 22 yang bermaksud : “Tidak ada suatu bencanapun yang menimpa bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tercatat dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya perkara itu amat mudah bagi Allah SWT”.

    p/s : Saya sekadar menjadi pembaca Al-Ahkam, seronok membaca perbahasan orang-orang bijak pandai dalam menegakkan pendapat masing-masing dengan ilmu yang dimiliki, he..he.. Semoga Pak Din sentiasa diberikan ilham oleh Allah SWT, InsyaAllah!

  13. Pak Din berkata:

    Salam Ummu,

    Faham dengan Ayat Al-Hadid dan pelbagai ayat lain yang berkaitan “telah tercatit” dan setara denganya. Saya mengambil pendekatan membaca tersirat dan menyeluruh dalam membaca AQ dan kemudian keluar ke Kitab Alam sebagai pembuktian atas apa yang kita percayai. Yang ingin saya jelaskan di sini ialah saya berpegang kepada Sifat Allah yang Maha Adil. Dengan tidak mahu membaca yang tersirat keadilan Allah terpinggir ke tepi. Contoh, terlalu banyak di dalam AQ mengatakan Allah melakukan apa yang Dia suka. Ia tidak boleh dimanusiakan dengan prasangka pilih kasih. Sebab tu saya mengatakan yang ditentukan itu adalah ciri-ciri orang/individu/kaum dan kadar sebab/akibat. Yang tersirat di AQ ialah Allah menentukan segalanya (sebab-akibat)

    Saya tidak punya apa-apa. Jasad pinjam, roh pinjam dan begitu juga setelah ada kedua-dua itu, ilham yang digunakan semualah adalah ilham dari Allah. Memang sebahagiannya ada yang terpengaruh oleh nafsu diri, tetapi saya senitasa memastikan kebenaran dalam menyampaikan ilham. Saya tidak mahu latih diri mengambil hati, tetapi saya paksa diri untuk mengambil tahu, terutama apa yang orang lain tak tahu. Mengambil hati jauh lebih mudah dan berkesan, pada saya. Tetapi ia melatih jiwa manusia ke arah mengikut nafsu.

  14. Ummu Aniq berkata:

    Salam.

    Terima kasih Pak Din… Berbicara dengan Pak Din banyak menyedarkan saya satu perkara yang kadang-kadang saya lupa untuk mengaitkannya dalam kehidupan seharian, iaitu SIFAT ALLAH YANG MAHA ADIL. Aduh, betapa kerdilnya saya di sisi YANG MAHA ESA kerana saya kadang-kadang mempersoalkan ketentuan Allah sedangkan Allah telahpun menyatakan bahawa Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri. (Ya Allah, ampunilah aku…)

    Pak Din kata :
    - Yang ingin saya jelaskan di sini ialah saya berpegang kepada Sifat Allah yang Maha Adil. Dengan tidak mahu membaca yang tersirat keadilan Allah terpinggir ke tepi.
    - Ia tidak boleh dimanusiakan dengan prasangka pilih kasih. Sebab tu saya mengatakan yang ditentukan itu adalah ciri-ciri orang/individu/kaum dan kadar sebab/akibat. Yang tersirat di AQ ialah Allah menentukan segalanya (sebab-akibat).

    Sifat “Al-Adlu” Allah : Allah SWT meletakkan sesuatu ciptaan-Nya pada tempat yang sesuai dan betul. Allah SWT bersifat sebenar-benar adil, tidak ada sebarang unsur ketidakadilan kerana ilmu Allah meliputi segala-galanya. Sememangnya Allah tidak pernah ada sifat pilih kasih kerana apa yang dilakukan oleh manusia itu mengikut kadar ketentuan-Nya dan manusia memilih untuk dirinya sendiri e.g : sekiranya dia melakukan amalan soleh, Allah dah janjikan ganjaran pahala dan syurga manakala perbuatan jahat dan maksiat dijanjikan Allah dengan balasan dosa dan neraka.

    Setiap perkara telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT : kalau nak berjaya kenalah berusaha bersungguh-sungguh, kalau nakkan ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak, kenalah melakukan amalan soleh semasa di dunia, kalau nakkan keredaan Allah, kenalah berusaha melakukan kebaikan dan sebagainya. Kalau kita tak melakukan semua perkara tersebut, akibat yang akan kita terima adalah sebaliknya. Kenapa gagal? Sebab malas berusaha. Kenapa dapat dosa dan balasan neraka? Sebab kat dunia dulu banyak buat maksiat dan dosa. Kenapa hidup keluh kesah? Sebab banyak buat kejahatan dari kebaikan.

    Kini saya dah faham apa yang Pak Din maksudkan dengan kadar Allah berdasarkan contoh air dipanaskan ia akan mendidih pada 100C (Kenapa air mendidih? Sebab telah dipanaskan hingga 100C – kadar untuk air panas adalah 100C) atau Pengajur kejohanan memancing yang telah tahu pemenangnya berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan (Kenapa menang? Kerana menepati ciri-ciri yang telah digariskan oleh penganjur).

    Terima kasih Pak Din.

  15. Pak Din berkata:

    Cantiklah Ummu … sebab tu Abu terpikat .. kan? kali kedua puji ni!

    Cuma “kalau nakkan ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak” buat mata saya terbeliak sikit. Saya lebih gemar mengharapkan keredhaanNya. Dari akaun pahala yang dikejar … kerana ego manusia bila kejar pahala di pentingkan cara, tetapi bila kerja redo di kena kejar tujuan. Cara diadakan untuk mencapai tujuan (tidak lain dari maarifatullah) dan Rukun Ihsan sebagai proses penialaian cara yang telah dan akan dilakukan bagi mencapai tujuan.

    Tetapi ingat, matalamat (tujuan) tidak menghalalkan cara, dan lagi, cara juga tak memastikan tujuan. Sebab itu kejar keredoaan. Ya ajar remaja menjadi robot beribadah dan sedikit demi sedikit tukarkan keredooan dari pahala.

  16. Ummu Aniq berkata:

    Salam.

    Pak Din tulis : Cuma “kalau nakkan ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak” buat mata saya terbeliak sikit.

    Sorry le… Tu bahasa untuk budak-budak dan untuk anak-anak ketika menerangkan tentang qada’ dan qadar, sampai terbawa-bawa ketika menulis kat sini.

    Saya setuju dengan Pak Din, keredhaan Allah yang paling utama perlu dicari sebab bila dapat keredhaan Allah, InsyaAllah Dia akan memudahkan segala urusan kita.

  17. Pak Din berkata:

    Posted: June 14, 2008 – 07:16 AM
    ——————————————————————————–
    off topic sat Pak_Din, ap yang Pak_din tulis ni

    >Apabila kita membincangkan tentang Allah dan carakerjanya, sudah pasti kita terpaksa menggunakan bahasa biasa yang kita gunakan semasa berkomunikasi dengan manusia. Sebenarnya kita terlalu biasa menceritakan tentang hal mahluk terutama manusia, kita terbawa-bawa menceritakan hal Allah serupa dengan kita menceritkan tentang manusia. Di sini kita perlu berhati-hati, jangan sampai kita memanusiakan/memahlukkan Allah. Contoh yang paling hampir “Tangan Allah di atas tangan kamu” tidak boleh dibaca sebagai tersuratnya, tetapi perlu dibaca dengan mengatakan bahawa kekuasaan Allah mengatsi segala kekusaan yang ada. Kita perlu tanya, pada diri, apakah ada kekuasaan yang lain, yang boleh dirujuk sehinggakan timbul tanggapan “Allah itu lebih berkuasa berbanding segalanya”.

    http://sharudin.wordpress.com/2008/05/25/s013-allah-lebih-berkuasa/

    Setahu ana Para sahabat beriman sepertimana ayat al-quran diturunkan, kalau dimaksudkan tangan Allh sedemikian, maka Para sahabat beriman sebagaimana ayat itu diturunkan, dan tidak memikirkan macam mana tangan Allah itu, dan mengapa perlu dibaca dibaca dengan mengatakan bahawa kekuasaan Allah mengatsi segala kekusaan yang ada?

    Atau mungkin maksud Pak_din dan niat Pak_Din bahawa ayat Tangan Allah di atas tangan kamui perlu difahami bahawa maksudnya kekuasaan Allah mengatsi segala kekusaan yang ada macam tu maksud Pak_Din?

    ‘Asif ana tidak berapa jelas, minta tolong jelaskan..

    _________________
    http://diariilmiah.blogspot.com/

    Dari http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=36104 Page 12

  18. Pak Din berkata:

    Posted: June 14, 2008 – 08:15 AM

    ——————————————————————————–
    AS Salam

    Terima kasih kerana membawa itu ini ke sini. Terima kasih kerana melawat rumah saya.

    AQ “Tiada keraguan di dalamnya”. Ayat awal Surah Al Baqarah dan beberapa ayat di surah lain yang menyatakan maksud yang sama. Terdapat juga ayat bahawa AQ mengandungi ayat-ayat Mahkamat (hukum, jelas) dan ayat-ayat Mutsyabihat (samar). Kehadiran ayat-ayat Mutsyabihat di dalam AQ bagi menguji keimana orang-orang yang suka ber prasangka. Ayat berhubung tangan ini adalah salah satu daripadanya.

    Sudah pasti kita membacanya dengan apa yang tersurat. Tidak ada cara lain lagi unutk membacanya. Apabila bercerita tentang tangan, sudah pasti kita bercerita tentang zat (atau anggota). AQ mengingatkan bahawa akal kita tidak di design unutk memikirkan tentang zat Allah. Tetapi AQ sentiasa menyarankan kita memerhati dan melihat kesan dari adanya zat Allah. Maka di sini, jangan difikir, dalam penafsirannya kepada tandak-tanduk seharian kita, kita perlu mencari tang Allah, tetapi fikirkan apakah yang boleh dilakukan oleh tangan, iaiatu kekuasaan.

    Sekiranya Sdr dapat menghurai seperti yang tertulis, “Atau mungkin maksud Pak_din dan niat Pak_Din bahawa ayat Tangan Allah di atas tangan kamui perlu difahami bahawa maksudnya kekuasaan Allah mengatsi segala kekusaan yang ada macam tu maksud Pak_Din?” maka kefahaman sdr berhubungnya sangat jelas.

    Yang mungkin kurang jelas ialah, “apakah ada kekuasaan yang lain” selain dari kekuasaan Allah. Mengatakan kita lemah sebagai contoh, memberikan makna kita masih punya sesuatu, jadi ia ada perbandignan. Allah tidak boleh mempunyai perbandingan. Hanya Allah yang layak bersifat wujud, yang baharu (makluk) semuanya adam (tidak wujud). bagaimana kita boleh mengatak kita punya sikit keuasa dan Allah pun jauh lebih banyak kuasa. Hanya Allah yang berkuasa, kita tak punya kuasa. Kalau ada kuasa yang kita rasakan di Dunia ini adalah kerana adanya Allah yang memungkinkan adanya kuasa pada nama itu. Kuasa kita taidak hadir pada zat.

    _________________
    sharudin.com, falsafah carakerja Khaliq

    Jawapan saya kepada soalan Sdr Meon di atas.

  19. Min berkata:

    Oleh itu, dalam perbahasan mengenai konsep ketuhanan ini, Islam meletakkan beberapa asas yang utama. Seperti fikirlah mengenai makhluk Tuhan dan jangan berfikir mengenai Dhat Tuhan. Ini memberikan satu dasar dan saranan kepada manusia untuk memikirkan apa sahaja kecuali Dhat Tuhan yang Agung. Akal manusia tidak mampu untuk memahai Dhat Tuhan. Masakan boleh makhluk yang lemah untuk mengatasi sesuatu yang Maha Kuat dan Maha Agung

    Dari http://ilmufalsafah.blogspot.com/2008/03/teologi.html

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.