…. selagi Sunnah Allah dipermainkan.
…. selagi Sunnah Allah dipermainkan.
Entri ini dikirim pada hari Isnin, 26 Mei 2008, 12:19 pm dan diletakkan dalam kategori DARWIN. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.
| inconseSweere on Hisab | |
| getcymbalta on Hisab | |
| catawaype on Hisab | |
| getcymbalta on Hisab | |
| cymbaltaw on Hisab | |
| Oxotnikgo on Hisab | |
| german XR on Hisab | |
| Groureexitwox on Hisab | |
| nesterayt on Hisab | |
| choonculk on Hisab | |
| Serega Dub on Hisab | |
| SypeFeady on Hisab | |
| URILTBORT on Hisab | |
| fleelteft on Hisab | |
| ESTRACERXNORX on Hisab |
Theme: Contempt by Vault9.
Blog di WordPress.com.
REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH
Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.
Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”
Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.
Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.
Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?
http://saifulislam.com/?p=1678
Justeru apabila lahir ajaran – ajaran yang menyesatkan daripada kalangan umat sendiri, ia segera dilenyapkan. Itulah yang berlaku dalam sejarah. Ada yang datang sekejap dan ada yang lebih lama. Hari ini sekejapnya macam ajaran Ayah Pin. Lama sedikit macam ajaran al Arqam. Lama lagi macam ajaran sekularisme yang dipimpin Pak Lah hari ini. Adakah sekularisme takkan hilang? Tidak, ia akan hilang dilipatan sejarah yang menunggu. Tak sekular tak hilang di dunia. Saudaranya, komunisme dah pun luluh hancur.
Dalam banyak – banyak itu, ajaran Syiah boleh kira paling lama. Ia cukup liat dan sukar dilenyapkan. Ia menjadi nanah yang agak lama untuk disembuhkan daripada umat ini. Macam penyakit dalam tubuh, walau ada ubat, tetapi tak semuanya cepat dan sempat disebutkan, malah kadang – kadang membawa maut.
Mengapa Syiah sukar lenyap? Malah, tapaknya tampak kukuh kembali hari ini?
Jawabnya, kerana ia bersandar pada sandaran yang kukuh sekali dan tumbuh di semaian yang subur sekali.
Sandarannya cinta Ahlul Bait. Cinta ahli keluarga RasuliLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Tapak semaiannya adalah sejarah dan peristiwa penganiayaan terhadap mereka yang begitu menyayatkan hati setiap muslim. Ia tumbuh demi cinta dan pembelaan terhadap keluarga Rasulullah.
http://nikabduh.wordpress.com/2008/05/27/anasir-syiah-dalam-pas-1/
Selanjutnya Islam menyeru manusia menggunakàn akal mereka untuk memahami hakikat-hakikat hidup, tanpa menimbulkan pertentangan di antara akal dan agama, atau pertentangan di antara agama dan sains. Mereka tidak terpaksa mempercayai perkana-perkara tahyul untuk beriman kepada Allah dan tidak pula terpaksa kufur dengan Allah untuk mempercayai hakikat-hakikat sains, malah Islam menanamkan dalam hati mereka satu konsep yang lurus dan jelas bahwa seluruh kejadian di alam ini adalah dijadikan untuk manusia dan bahwa setiap hakikat Ilmiah yang didapati mereka atau setiap faedah kebendaan yang dinikmati mereka adalah dari pemberian dan kurniaan Allah. Mereka harus bersyukur kepadaNya dan membalas dengan amal ibadat yang jujur.
Ini bererti bahwa ilmu pengetahuan yang didapati manusia itu merupakan sebahagian dan iman bukan merupakan satu unsur yang bertentangan dengan iman. Itulah tujuan-tujuan yang tidak lapuk, dan tidak akan menjadi lapuk selama manusia berada di muka bumi ini.
Tetapi apakah kini manusia telah dapat menyelamatkan diri mereka dan kepercayaankepercayaan tahyul? Adakah mereka telah berjaya menyelamatkan diri dari pemerintah-pemerintah yang zalim dan sewenang-wenang? Adakah mereka telah berjaya membebaskan diri dan tindasan-tindasan jasad dan jeritan-jeritan nafsyu syahwat?
http://ulamaummah.blogspot.com/2008/05/adakah-agama-sudah-lapuk-siri-3.html
Ahli YB dari Hulu Kelang pernah menulis siri lapan buku yang bertajuk Suara Dari Kamunting semasa beliau masih ditahan bawah ISA pada tahun 2001. Ahli YB dari Kota Damansara juga merupakan seorang mangsa ISA di bawah Ops Lalang 1987.
ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa’, ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl.
Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.
Lebih-lebih lagi, seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada hari ini, terdapat 16 keluarga mangsa ISA yang telah dikenal pasti tinggal di Selangor.
Dengan itu, saya memohon supaya usul ini dipersetujui.
Lau Weng San, setiausaha DAP Selangor, juga Adun Kampung Tunku. Artikel ini asalnya teks ucapan beliau di DUN Selangor sewaktu membawa usul tergempar mengkritik ISA pada 26 Mei.
http://www1.malaysiakini.com/opinions/83466
‘Nakbah’ bermula era rejim Yahudi
Najib ‘Afif Arip | May 13, 08 7:42pm
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.
Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.
Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
http://www1.malaysiakini.com/opinions/82801
Apabila para syaikh, para pemerintah dan selain mereka memerintahkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, maka taatlah perintah mereka. Akan tetapi jika mereka memerintahkan apa yang sebaliknya maka janganlah mentaati mereka kerana sesungguhnya tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah. Tidak ada seorang jua (daripada para syaikh, para pemerintah dan selain mereka) yang maksum kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketentuan ini berlaku sekalipun ke atas seorang syaikh yang jelas terkenal dengan keagamaan dan keilmuannya.
Adapun orang yang mencipta bid‘ah yang nyata dan membuat kejahatan yang nyata, maka hendaklah diingkari bid‘ahnya dan kejahatannya serta jangan ditaati perintahnya berhubung dengan bid‘ah dan kejahatan tersebut. Akan tetapi jika dia atau orang selainnya memerintahkan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, maka wajib taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah wajib terhadap setiap individu dalam setiap keadaan tanpa mengira siapa yang memerintah dengan perintah tersebut.
Dari http://hafizfirdaus.com/content/view/14/9/1/8/
http://msmnorthwest.wordpress.com/2008/05/15/60-tahun-nakbah-palestin-15-mei-1948-15-mei-2008/
Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948
#149 shiha Says:
November 20th, 2007 at 7:01 pm
Salam..
Hmm.. di dalam dunia politik sekarang, apa yang saya rasa/nampak, yang putih itu mungkin hitam, dan yang hitam itu mungkin putih. Keikhlasan sukar untuk dinilai. Kenkadang, yang dikutuk itulah sebenar – benarnya ikhlas, dan yang dipuji itulah sebenar – benarnya tak ikhlas. In both worlds. Sesungguhnya, rakyat biasa macam saya keliru, yang mana satu? Banyak gray areas in between. Memang benar, keikhlasan tu tersembunyi dalam hati, tapi orang yang ikhlas menjadi mangsa (bukanlah semua) dan yang tak ikhlas dianggap hero/pejuang (bukanlah semua juga).
Tapi yang paling menyedihkan untuk saya personally, bila SEMUA/MAJORITI umat Islam di Malaysia ni tidak dapat bersatu hati, menjana tenaga, pemikiran dan kewangan untuk membantu umat Islam (dan bukan Islam, mengikut lunas yang ditentukan) secara total. Yang mana bagi saya, itulah yang diharapkan sangat oleh orang yang anti-Islam (kerana mereka amat takut akan kekuatan Islam, seperti yang terbukti oleh sejarah kegemilangan Islam). Saya hanyalah rakyat biasa, yang mengharapkan perpaduan umat Islam. Mekanisma ke arah itu sememangnya pelbagai, tetapi ultimately, janganlah sampai kampung tergadai…
Wasalam.
Dari http://saifulislam.com/?p=1000#comment-9034
#151 Pak Din Says:
November 21st, 2007 at 12:56 pm
Apa yang nak kita ‘bersatukan’ itu yang menjadi masaalah! Niat bersatu memang ada … tapi bersatu hati atau akal, bersatu agama atau Tuhan, bersatu jemaah atau ummah, bersatu ilmu atau pengetahuan, bersatu sains atau arts, bersatu wang atau rezeki, bersatu politik atau pimpinan, bersatu ruang atau peluang? Harap-harap dapat bersatu dalam Saifulislam. Hai Shiha .. dah?
Dari http://saifulislam.com/?p=1000#comment-9086
#153 Pak Din Says:
December 3rd, 2007 at 9:21 am
Tak ada apa-apa, cuma Shiha lama hibernate, tiba-tiba keluar komen politik, jadi assume hasil sinergi (no #6 kan?), 1 +1 = dah bertambah satu lagi, semua selamat dan sejehtara.
Sementara itu, dari tuisan Ustaz, dalam berpolitik (kepimpinan), “Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya”, kita tidak dapat lari dari bersatu, walaupun tidak dalam pemikiran. Dalam penyatuan, sudah pasti hanya satu akan menjadi ketua (executive) dengan segelintir boleh menjadi penasihat. Kebanyakan terpaksa menjadi yang dipimpin, dan kategori ini sebenarnya yang amat menentukan corak kepimpinan, dalam ertikata bahawa ketua yang dilantik adalah hamba (penyelaras) kepada yang dipimpin. Jadi, bersetuju unutk apa yang hendak disatukan itu yang selalu menjadi masaalah, bukan niat nak bersatu yang tak ada.
Dari http://saifulislam.com/?p=1000#comment-9685