S015 Jangan merasa tertekan.

Mei 29, 2008

Ash-Shu’araa S26 A002

1. Allah mengingatkan kepada Nabi saw (dan umatnya) agar tidak merasa dukacita dan tertekan disebabkan terdapatnya orang-orang yang tidak mahu beriman, kepada ayat-ayatNya yang diturunkan. Ini bukan sahaja ayat-ayat dari Kitab Al-Quran, sebuah Kitab yang sangat nyata dan tiada keraguan di dalamnya, malah juga ayat-ayat (tanda-tanda) yang menunjukkan kekuasaan dan wujudnya Allah di Alam ini dengan berlakunya segala phenomena semulajadi. Banyak ayat-ayat Al Quran yang mengarahkan kita untuk berfikir dengan memperhatikan segalah kejadian ciptaanNya di Alam ini, termasuklah bertukarnya malam dan siang. Bagaimanapun Allah mengingatkan bahawa ayat-ayat ini hanya boleh dilihat oleh Ulil-Al-Baab, iaitu orang yang menggunakan akal fikirannya secara kritikal untuk memahami sesuatu yang tersirat.

2. Allah tidak perlu membentuk kejahatan, kerana kejahatan itu terbentuk di dalam proses membentuk kebaikan. Dia menciptakan tiap sesuatu dengan kadar tertentu dan berpasangan. Pasanga yang paling asas. yang perlu kita ketahui ialah adanya kebaikan dan kejahatan. Dia mengilhamkan kebaikan melalui malaikat atau saintifiknya electromotive force (emf) dan mengilhamkan kejahatan melalui agen kesyaitanan, saintifiknya haba, yang tidak hanya terhad kepada bangsa jin sahaja tetapi juga termasuk manusia, melalui pengunaan nagsu amarah bi-suu’. Iradah Allah berkehendakan kepada penciptaan kebaikan sahaja tetapi, ibarat sebatang pensil yang dipegang ditengahnya, sekiranya satu hujung diangkat untuk melambangkan ketinggian darjat (baik), sudah pasti hujung satu lagi akan menurun ke bawah, untuk melambangkan kejahatan.

3, Dengan sifat Pengasihnya Allah dia membentuk kehidupan di Alam ini secara Adil. KeadilanNya membuatkan Dia tidak memaksa semua mahluk tunduk kepada ayat-ayat yang berikan. Sekiranya Dia mahu dan berkehendak, tidak menjadi sesuatu yang mustahil bagiNya untuk menjadikan sedemekian. Tetapi dengan sifat Keadilannya, Dia membenarkan kejahatan berlaku walaupun kehendak awalnya adalah melihat kebaikan. Inilah kehidupan yang diciptakanNya. Tanpa konsep kebaikan dan kejahatan, maka tidak akan ada kehidupan. Bagaimanapun Allah sentiasa mengingatkan mahlukNya, terutama manusia, untuk berada di dalam keadaan selamat (Islam) setiap masa agar kehidupan seterusnya, bukan sahaja ujian di Dunia, manusia akan selamat malah di kehidupan yang seterusnya.

4. Sunnah Allah merupakan peraturanNya yang menjalankan dan menghukumi (menentukan tindak-tanduk) Alam ini. Sunnah Allah tidak memaksa manusia melakukan sesuatu yang tidak dia kehendaki. Sebagai mahluk di puncak penciptaan, manusia diberikan akal dan tanggungjawab penuh ke atas pilihan yang dibuat olehnya. Manusia bebas melakukan apa sahaja, terbatas oleh Sunnah Allah, tetapi nagi berada di dalam keadaan selamat (Islam), Allah mengilhamkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi manusia agar mausia tidak tercampak ke lembah kehinaan dan kehancuran. Peraturan-peraturan ini diilhamkan secar beransur-ansur kepada manusia melalui orang-orang terpilihNya, samada secara lisan atau secara khusus. Ini termasuklah Suhuf-suhuf dan Kitab-kitab yang telah diilhamkan sebelum penurunan Al Quran.

5. Peraturan-peraturan menjalani kehidupan selamat (Islam) dimuktamadkan dengan Sunnah Rasul, ialah sebenar Syariat Allah, yang terkandung di dalam ayat-ayat Al Quran. Bagaimanapun Sunnah Allah tidak banyak dipaparkan di dalam Al Quran, kerana terlalu banyak untuk dimasukkan kedalamnya. Allah mengingatkan di dalam Al Quran. sekiranya diambil beberapa lautan untuk dijadikan dakwat menulis IlmuNya atau CarakerjaNya, akan habis semua air, walaupun telah ditambah beberapa kali, tetapi masih belum dapat menulis IlmuNya, semua. Begitulah banyaknya ayat-ayat Allah yang tertulis secara ghaib di Kitab Alam, berbanding ayat-ayat yang tertulis di dalam Al Quran.

6. Allah juga mengingatkan kita tentang azab-azabNya bagi mereka yang mendustakan ayat-ayatNya. Manusia bebas melakukan apa sahaja ketika menjalani ujian di Dunia, tetapi peringatan keras telah diberikan dengan terang dan jelas. Sunnah Allah akan menjalankan tugasnya tanpa ada tangguhan, sementara Sunnah Rasul, hukuman kerana tidak mengikutinya akan dijalankan di Hari Pembalasanan. Maka keperhatianan manusia mempelajari dan mengikuti Sunnah Allah akan memberikan kesan lebih awal kepada kehidupan manusia. Dengan tidak menghiraukan keberadaan Sunnah Allah, manusia masih boleh hidup, tetapi perbezaan ketara akan dapat dilihat ketika berada di Dunia lagi. Banyak keizinan Allah untuk melaksanankan sesuatu dapat digunakan tanpa kehilangan keredhaanNya di Hari Pembalasan.

7. Allah mengingatkan Rasul dan umatnya supaya tidak merasa tertekan dengan keadaan yang berlaku, sekiranya kebanyakan manusia tidak dapat melihat kedua-dua bentuk ayat yang diturunkan melalui Kitab Al-Quran dan juga melalui Kitab Alam. Segala-gala berlaku mengikut kadar-kadar yang dipilih makhluk, terutama manusia. Sekiranya mereka memilih untuk tidak membuka minda yang diberi, maka Allah akan mematikan minda mereka kerana kedegilan tidak mahu membuat pemerhatian dan seterusnya membuktikan kepercayaan mereka. Sedikit demi sedikit minda dan hati mereka tertutup tanpa disedari, meletakan mereka di dalam kegelapan kerana tidak mengindahkan Sunnah Allah.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.