S015 Jangan merasa tertekan.

Ash-Shu’araa S26 A002

1. Allah mengingatkan kepada Nabi saw (dan umatnya) agar tidak merasa dukacita dan tertekan disebabkan terdapatnya orang-orang yang tidak mahu beriman, kepada ayat-ayatNya yang diturunkan. Ini bukan sahaja ayat-ayat dari Kitab Al-Quran, sebuah Kitab yang sangat nyata dan tiada keraguan di dalamnya, malah juga ayat-ayat (tanda-tanda) yang menunjukkan kekuasaan dan wujudnya Allah di Alam ini dengan berlakunya segala phenomena semulajadi. Banyak ayat-ayat Al Quran yang mengarahkan kita untuk berfikir dengan memperhatikan segalah kejadian ciptaanNya di Alam ini, termasuklah bertukarnya malam dan siang. Bagaimanapun Allah mengingatkan bahawa ayat-ayat ini hanya boleh dilihat oleh Ulil-Al-Baab, iaitu orang yang menggunakan akal fikirannya secara kritikal untuk memahami sesuatu yang tersirat.

2. Allah tidak perlu membentuk kejahatan, kerana kejahatan itu terbentuk di dalam proses membentuk kebaikan. Dia menciptakan tiap sesuatu dengan kadar tertentu dan berpasangan. Pasanga yang paling asas. yang perlu kita ketahui ialah adanya kebaikan dan kejahatan. Dia mengilhamkan kebaikan melalui malaikat atau saintifiknya electromotive force (emf) dan mengilhamkan kejahatan melalui agen kesyaitanan, saintifiknya haba, yang tidak hanya terhad kepada bangsa jin sahaja tetapi juga termasuk manusia, melalui pengunaan nagsu amarah bi-suu’. Iradah Allah berkehendakan kepada penciptaan kebaikan sahaja tetapi, ibarat sebatang pensil yang dipegang ditengahnya, sekiranya satu hujung diangkat untuk melambangkan ketinggian darjat (baik), sudah pasti hujung satu lagi akan menurun ke bawah, untuk melambangkan kejahatan.

3, Dengan sifat Pengasihnya Allah dia membentuk kehidupan di Alam ini secara Adil. KeadilanNya membuatkan Dia tidak memaksa semua mahluk tunduk kepada ayat-ayat yang berikan. Sekiranya Dia mahu dan berkehendak, tidak menjadi sesuatu yang mustahil bagiNya untuk menjadikan sedemekian. Tetapi dengan sifat Keadilannya, Dia membenarkan kejahatan berlaku walaupun kehendak awalnya adalah melihat kebaikan. Inilah kehidupan yang diciptakanNya. Tanpa konsep kebaikan dan kejahatan, maka tidak akan ada kehidupan. Bagaimanapun Allah sentiasa mengingatkan mahlukNya, terutama manusia, untuk berada di dalam keadaan selamat (Islam) setiap masa agar kehidupan seterusnya, bukan sahaja ujian di Dunia, manusia akan selamat malah di kehidupan yang seterusnya.

4. Sunnah Allah merupakan peraturanNya yang menjalankan dan menghukumi (menentukan tindak-tanduk) Alam ini. Sunnah Allah tidak memaksa manusia melakukan sesuatu yang tidak dia kehendaki. Sebagai mahluk di puncak penciptaan, manusia diberikan akal dan tanggungjawab penuh ke atas pilihan yang dibuat olehnya. Manusia bebas melakukan apa sahaja, terbatas oleh Sunnah Allah, tetapi nagi berada di dalam keadaan selamat (Islam), Allah mengilhamkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi manusia agar mausia tidak tercampak ke lembah kehinaan dan kehancuran. Peraturan-peraturan ini diilhamkan secar beransur-ansur kepada manusia melalui orang-orang terpilihNya, samada secara lisan atau secara khusus. Ini termasuklah Suhuf-suhuf dan Kitab-kitab yang telah diilhamkan sebelum penurunan Al Quran.

5. Peraturan-peraturan menjalani kehidupan selamat (Islam) dimuktamadkan dengan Sunnah Rasul, ialah sebenar Syariat Allah, yang terkandung di dalam ayat-ayat Al Quran. Bagaimanapun Sunnah Allah tidak banyak dipaparkan di dalam Al Quran, kerana terlalu banyak untuk dimasukkan kedalamnya. Allah mengingatkan di dalam Al Quran. sekiranya diambil beberapa lautan untuk dijadikan dakwat menulis IlmuNya atau CarakerjaNya, akan habis semua air, walaupun telah ditambah beberapa kali, tetapi masih belum dapat menulis IlmuNya, semua. Begitulah banyaknya ayat-ayat Allah yang tertulis secara ghaib di Kitab Alam, berbanding ayat-ayat yang tertulis di dalam Al Quran.

6. Allah juga mengingatkan kita tentang azab-azabNya bagi mereka yang mendustakan ayat-ayatNya. Manusia bebas melakukan apa sahaja ketika menjalani ujian di Dunia, tetapi peringatan keras telah diberikan dengan terang dan jelas. Sunnah Allah akan menjalankan tugasnya tanpa ada tangguhan, sementara Sunnah Rasul, hukuman kerana tidak mengikutinya akan dijalankan di Hari Pembalasanan. Maka keperhatianan manusia mempelajari dan mengikuti Sunnah Allah akan memberikan kesan lebih awal kepada kehidupan manusia. Dengan tidak menghiraukan keberadaan Sunnah Allah, manusia masih boleh hidup, tetapi perbezaan ketara akan dapat dilihat ketika berada di Dunia lagi. Banyak keizinan Allah untuk melaksanankan sesuatu dapat digunakan tanpa kehilangan keredhaanNya di Hari Pembalasan.

7. Allah mengingatkan Rasul dan umatnya supaya tidak merasa tertekan dengan keadaan yang berlaku, sekiranya kebanyakan manusia tidak dapat melihat kedua-dua bentuk ayat yang diturunkan melalui Kitab Al-Quran dan juga melalui Kitab Alam. Segala-gala berlaku mengikut kadar-kadar yang dipilih makhluk, terutama manusia. Sekiranya mereka memilih untuk tidak membuka minda yang diberi, maka Allah akan mematikan minda mereka kerana kedegilan tidak mahu membuat pemerhatian dan seterusnya membuktikan kepercayaan mereka. Sedikit demi sedikit minda dan hati mereka tertutup tanpa disedari, meletakan mereka di dalam kegelapan kerana tidak mengindahkan Sunnah Allah.

25 Responses to S015 Jangan merasa tertekan.

  1. Pak Din berkata:

    #20 Umar_Al_Khattab Says:
    May 30th, 2008 at 2:10 am
    Assalamualaikum

    saya rasa sistem pendidikan di Malaysia ini yang telah menyebabkan kita menjadi org2 yg kurang keyakinan diri. Semasa saya di sekolah rendah , cikgu2 biasanya akan suruh volunteer utk baca kuat2 di dalam kelas….dan lama2 kelamaan hanya akan ada seorg 2 shj yg selalu angkat tgn utk membaca. yang lainnya akan diam shj. cikgu sepatutnya memilih secara rawak dan memanggil pelajar tersebut utk ke depan utk baca kuat-kuat…. apa yg kita semai semasa kecil , akan sukar utk kita hilangkan even lepas kita dah besar.

    saya pernah melihat video ust Zakir naik dari India di dalam youtube….semasa beliau membuka sessi soal jawap , berduyun2 orang akan beratur untuk menanya soalan… muslimah2 yang rata2nya memakai purdah akan turut berbaris utk bertanyakan soalan…. soalan2 yang mereka tanya itu pun sudah cukup utk menunjukkan tahap kedalaman ilmu mereka.. sehingga ramai akan pulang hampa kerana masa tidak cukup utk tiba giliran mereka.

    tapi bila diadakan forum-forum di masjid2 di sini , mmg susah nak jumpa orang yang akan bertanyakan soalan kpd panelis…. kalau ada pun soalan yang mmg langsung tidak mencabar barisan panelis. daripada apa yg saya lihat , org sini lebih gemar tanya soalan kontroversi yang kurang menambahkan ilmu kita…

    baru-baru ini dalam semasa saya hadiri sebuah forum, hanya 1 sahaja soalan yg dibenarkan utk ditanya (amat menyedihkan) , dan soalan yang di tanya adalah mengenai “pub islam” . dan seorang lagi lari ke depan dan meminta izin utk bertanya …orang tu tanya apa pendapat ustaz mengenai komen mufti perlis mengenai , “kita tidak boleh ikut islam hadhari , kita kena ikut islam nabi ”

    apa2 sahaja yg kontroversi , mmg org kita suka …kalau yang ilmiah dan dpt menambahkan ilmu yang berguna , mereka akan kurang minat…. sbb inilah ustaz2 yang pandai melawak dan menghentam kerajaan lebih laris drpd ustaz2 yang menghurai ayat2 quran dan juga menerangkan hadis rasulullah s.a.w . mungkin itu yg buatkan orang tak terlena kot.

    pendidikan kita tidak berkesan dalam menghasilkan pelajar yang berketrampilan.

    http://saifulislam.com/?p=2003#comment-20527

    14 ahmh Says:
    May 29th, 2008 at 12:00 pm
    Kita sememangnya ada Al-Quran dan sunnah, tapi saya percaya kenapa kita tidak yakin dengan diri walhal sudah dilengkapi dengan lengkap oleh wahyu Allah dan sunnah adalah kerana kebanyakan kita tidak tahu atau tidak jelas bagaimana caranya untuk mengfungsikan dan melaksanakan wahyu Allah tersebut dengan cara yang hak.
    Maka jadilah kebanyakan kita penghafaz/ahli wahyu Allah tapi bukan pelaksana/pengfungsi wahyu Allah. Hanya mampu menjadikan wahyu sebagai dalil hujah tetapi tidak secara praktikal dalam kehidupan.
    Perumpamaannya seperti kita ada komputer yang berteknologi canggih, kita boleh berbicara tentang kecanggihan teknologinya tetapi hakikatnya tidak tahu cara menggunakan teknologi komputer itu yang sepatutnya.

    Bagaimana kita nak yakin dengan diri untuk membawa wahyu Allah jika kita sendiri tidak jelas cara fungsi wahyu Allah.
    Bagaimana kita nak yakin memandu kereta BMW yang moden jika kita tidak tahu cara guna teknologi moden kereta BMW itu.

    TAHU ilmu tapi TAK TAHU cara nak menghayati/praktiskan.

    Dan saya setuju dengan penulis bahawa masalah tarik diri adalak impak dari masalah keyakinan diri.

    #11 Pak Din Says:
    May 29th, 2008 at 11:22 am
    Syabas Ustaz, Satu kejayaan di peringkat luar negara. Semuga tabah menhadapai dugaan. Sesungguhnya masaalah kurang keyakinan ini sangat bersarang di minda Nusantara, khasnya dan dan negara bukan Barat amnya. Seakan ada corelation dengan kefahaman kepada ilmu sains, bukan agama, kerana di Barat pun ilmu sains yang memisahkan mereka. Jadi serupa masaalah biasalah, tidak perhatin kepada Sunnah Allah.

    http://saifulislam.com/?p=2003#comment-20444

  2. Pak Din berkata:

    Peserta PERMAI’08 terutamanya muslimat ‘mencipta sejarah’ apabila kali pertama dalam hidup mereka meniup belon hingga meletup, dan mematahkan pensel dengan karate menggunakan satu jari! Kelihatannya mudah, tetapi ia langkah besar untuk mencabar satu cabang dari keyakinan diri.

    Tidak ingatkah kita kepada pesan Abu Tayyib al-Mutanabbi:

    Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai idea, maka jadilah seorang yang berpendirian. Kerana sesungguhnya satu-satu idea itu (biar sebaik mana pun ia) akan menjadi rosak hanya kerana kamu berbelah bagi…!

    Berbelah bagi, tidak pasti dalam fikiran, pengucapan dan perbuatan, memusnahkan apa sahaja pendirian yang mahu dipertahankan. Betapa tragisnya al-Quran dan al-Sunnah tersisa di tangan pejuangnya yang tiada keyakinan diri. Itulah yang menjadi kesedihan saya.

    http://saifulislam.com/?p=2003

  3. Pak Din berkata:

    Perbandingan antara keriga-tiga jadual di atas mungkin boleh memberi gambaran tentang tahap perkembangan dakwah Islam dalam kelangan masyarakat bukan Melayu yang amat perlahan berbanding dengan apa yang telah berlaku kepada agama Kristian.

    Bagi menghuraikan fenomena ini, mungkin baik sekiranya kita meneliti ulasan yang telah dinyatakan dalam laporan penduduk oleh Superitendent of Census, Sarawak and North Borneo (1960: hal. 95-96) seperti berikut:

    “A pagan settling in or even visiting a Muslim area might well be converted. But these conversions to Islam were the result of accident rather than proselytizing, for missionary work by Muslims is small.. It also shows that almost none of them (Sea Dayaks and Land Dayaks) have embrassed Islam despite the fact that many of them live close to, or have certainly visited, Muslim areas. This tends to confirm the statement made earlier that evangelism by Muslims is small.”

    http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/05/28/gayu-guru-gerai-nyamai-baka-ni-dakwah-kita-wai/

  4. Pak Din berkata:

    Ustaz Pencetus Masalah?

    ” Sebenarnya siapa yang lebih bersetuju dengan pandangan JAKIM itu, dipersilakan untuk mengamalkan dengannya, siapa yang sependapat dengan saya, maka ia terserah padanya. Tetapi yang pasti, saya dan orang yang mengeluarkan ‘fatwa’ dari JAKIM itu akan berada dalam kandang Allah nanti, dan Allah pasti tanya kami.” Jawab saya di dalam hati.

    “Ustaz, kami keliru la. Tanya ustaz ni dia kata, wajib bagi orang yang solat untuk meletakkan sutrah ( meletakkan sesuatu di hadapan kita untuk menghalang orang lalu dihadapan kita semasa kita solat). Selepas itu, ustaz ni pula kata tak wajib. Aduss, pening-pening. Saya nak ikut yang mana satu ni ustaz. Kata rujukan al-Quran dan sunnah, tapi kenapa ada banyak sangat perbezaan pandangan” Tanya salah seorang ahli jemaah masjid di Gombak.

    Cuba kita tengok dalam sistem perundangan di Malaysia, kita ada perlembagaan, akta-akta, common law, dan lain-lain. Untuk kes yang berkaitan dengan tanah, peguam dan hakim akan menggunakan undang-undang tanah (Land Law) sebagai sumber rujukan. Tapi kenapa mesti ada peguambela dan pendakwaraya ye?Kalau undang-undang yang digunakan itu satu sahaja, kenapa mesti ada peguambela dan pendakwaraya. Sepatutnya hanya ada peguambela sahaja kerana undang-undangnya satu je.

    Sebenarnya,mereka berbeza dari segi pemahaman terhadap sumber undang-undang dan situasi anak guam yang mereka wakili. Begitu juga dalam Islam. Sesetengah ustaz mempunyai mempunyai pemahaman yang berbeza dalam dalil ini,maka beliau akan memebrikan pandangan dengan ustaz yang lain.Ini sebenarnya merupakan rahmat bagi orang awam. Pilihnya mana-mana hukum yang baginya lebih kuat untuk diamalkan dalam kehidupan sehariannya.

    http://ridhauddin.wordpress.com/

  5. Pak Din berkata:

    The openings Aya of the Sura Al-Falq ( ) is highly meaningful. It orders every believer to proclaim that he / she must seek the protection of “Rabb-ul-Falq” from all types of evil that He has created. There can be none more appropriate to protect us than the one who is not only our Creator but also the Creator of the things which may cause harm to us.

    The word Falq () means “shearing one thing into two”. The word Rabb ( قلف بر) means the Designer, Creator, Nourisher and Sustainer of things from the beginning to the end. Thus Rabb-ul-Falaq means; Allah who brought about the existence by shearing the nothingness into positive and negative forces, as zero is the sum totals of all the pluses and minuses. i.e., (+100) + (-100)=0 or (+x) + (-x) =0. This happens according to the law of pairs about which Quran says, “He has created everything into pairs, those you know and those you know not. (Sura Yasin Aya 36) One thing is split into two opposite entities. Thus Falq is transient state between cause and effect. As shown in the figure, cause “A” at the moment of Falq gives birth to the pair effects i.e., B + C. If B is good C will be bad.

    In science this process may be understand with reference to the 2nd law of thermodynamics, which states that creation of order at one place is simultaneously associated with the appearance of an equal or more of disorder at another place unless compensated by some external agent. For example, cooing effect inside a refrigerator is balanced by the heating effect in the condenser coils outsides. One person’s wealth is associated with another person’s poverty, pesticides kill pests which in the long range enter into food chain of humans as a poison for them too.

    Thus the opening statement of the Sura Al-Falq points out a great reality of nature that good and evil go side by side; Therefore a momin must never be careless of the evil around him.

    http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/05/scientific-tafseer-of-surah-al-falaq.html

  6. Pak Din berkata:

    Justeru apabila kita pulang ke Malaysia kita dapat menggabungkan diri di dalam jemaah yang satu.Kenapa mesti wujud jemaah dalam jemaah.Sedangkan PAS adalah jemaah yang terbaik dan lengkap menurut pandangan ramai tokoh agamawan.Matlamat halatuju PAS jelas berdasarkan prinsip-prinsip sebagai sebuah jemaah Islam.Apa yang ada pada IKHWAN itulah yang ada pada PAS,baik dari sudut tarbiyah mahupun politik.Kenapa JIM,ISMA,ALAMI apabila pulang ke Malaysia masih lagi dengan corak yang lama.Masuk dalam PAS atas tujuan untuk menguasai PAS(jemaah dalam jemaah)Apakah ini cara orang yang pernah ditarbiyah.Kononnya nak tawan pelajar Mesir 2008,nak tawan PAS Malysia 2015.Apa semua ni.Apakah kita menganggap Tok Guru Nik Aziz,Tok Guru Hj Hadi,Ust Harun Taib,Dr Harun Din,Sahibul Samahah bekas mufti selangor Ust Ishak Baharum,Ust Ghani Shamsudin,Ust Yahya Osman dan ramai lagi sebagai orang yang jahil agama dan politik.

    http://abuulwan.blogspot.com/2007/08/isma-gerakan-yang-melambatkan.html

  7. Edry alFaisal berkata:

    “Allah tidak perlu membentuk kejahatan, kerana kejahatan itu terbentuk di dalam proses membentuk kebaikan. Dia menciptakan tiap sesuatu dengan kadar tertentu dan berpasangan.”

    Saya cukup tertarik dengan perenggan ini. Ia membuatkan saya berfikir panjang. Saya merasakan wujudnya Iblis yang jahat tindak balas daripada terciptanya Adam yang mulia. Selama ini ada sahaja yang berteori kebaikkan ‘wujud’ kerana terbentuknya kejahatan. Mereka berteori disebabkan ada orang jahat maka kewujudan superhero punya justifikasi. Kini saya lebih jelas dengan kupasan Pak Din. Sekadar interpretasi saya yang cetek merangkak belajar melihat sunnah Allah :)

  8. Pak Din berkata:

    Salam Sdr Erdy

    Terima kasih kerana berkunjung.

    Saya baru dibantu oleh Blog Sdr Saifuddin untuk penjelasan saintifiknya kalau berminat. Dengan kelapangan masa diberikan Allah, kita berfikirlah untuk menikmati kesenian pembentukan AlamNya. Bukan kita tidak bersetuju dengan apa yang telah diungkapkan oleh orang lain semla ini, kita hanya memperbetul sesetengah kenyataan yang mungkin selama ini tidak disertakan bukti saintifik yang kukuh. Mencari asal usul sesuatu itu sangat-sangat menarik perhatian saya untuk berfikir tentang kekuasaan Allah. Sebenarnya kalau boleh hendak dibahas juga tentang zatNya, tetapi kerana telah jelas Al Quran menyarankan kita supaya tidak menyebukkan diri ke arah itu, maka kita tumpukanlah pemerhatian kepada bukan zat Allah, tetapi kesan adanya zat Allah, iaitu apa yang selalu saya rujuk sebagai Sunnah Allah atau carakerjanya.

    Saya kurang jelas dengan “Mereka berteori disebabkan ada orang jahat maka kewujudan superhero punya justifikasi”. Kalau boleh diperpanjang sedikit perbahasannya, unutk menfaat bersama. Saya juga akan meneliti Blog saudara dengan lebih mendalam untuk mencari kefahaman bersama, atau mencari penjelasan ke arah kefahaman bersama. Saya kira di alam Blog sdr lebih senior dan telah banyak menghasil penulisan merakam kefahaman diri terhadap apa yang berlaku dipersekitaran. Sesungguhnya itu sesuatu permulaan yang baik untuk kita membuat pemerhatian dan seterusnya memahami apa yang Allah kehendaki, agar kita menjadi Ulil-AlBaab.

    Sebagai seorang yang berpendidikan teknikal dengan warisan asas iman dari keturunan terdahulu, saya amat mementingkan pembuktian kepada segala kepercayaan yang bersarang di minda. Selagi tidak dapat menjelaskannya saya tidak akan berpuas hati. Alhamdullilah selepas berpuluh tahun berfikir dan memerhati Alam (termasuklah kandungan utma manusia), saya ingin merakankan sebanyak mungkin peristiwa dan pengalaman yang telah saya hadapi itu, agar ia menjadi warisan kepada sekurang-kurangnya keturunan saya. Maka dengan kemajuan teknologi internet, kalau tidak dimaksimakan pengunaannya, akan menjadi satu pembaziran nikmat.

    Memahami kewujudan Allah adalah pekara terpenting dalam beragama. Tidak bermakna segala amalan harian, khusus atauppun am, tanpa kefahaman yang jelas tentang kewujudan Allah. Maka mengkaji kesan kekuasaannya adalah menjadi tujuan kehidupan. Kita mungkin tidak mendapat jawapan sepenuhnya, tetapi apa yang penting ialah kita berada di dalam perjalanan mencarinya. Berbanding pendapat kebanyakan bahawa ketenangan itu lebih diutamakan. Definasi ketenangan biasa tidak mengarah kepada pencarian kebenaran. Kita perlukan jalan, wasilah, tarikah, cara dan sebagainya untuk menghala ke arah mencari kebenaran hakiki dengan apapun kosnya, termasuklah mengadai ketenangan.

    Terma kasih sekali lagi.

  9. Pak Din berkata:

    Dari http://demipena.blogspot.com/2007/12/bahaya-bertuhankan-bintang.html

    “Muslim bermaksud seorang yang Islam. Islam pula bererti seorang itu menyerah diri, patuh terhadap segala suruhan Allah Subhana wa Ta’ala dan menghambakan diri kepada-Nya. Seorang yang Islam bukan sahaja tidak menyembah dan menjadi hamba kepada selain daripada Allah Subhana wa Ta’ala. Malah seorang yang Islam tidak akan meletakkan Allah Subhana wa Ta’ala sama taraf dengan makhluknya atau meletakkan makhluk-Nya seiring dengan taraf Allah Subhana wa Ta’ala. Seorang yang Islam juga tidak akan secara langsung atau tidak langsung menyatakan makhluk ciptaan-Nya mampu melakukan tugas-Nya.

    Itulah kriteria Islam, dan mereka yang melaksanakan kriteria tersebut disebut Muslim. Namun menyedihkan, ramai Muslim hari ini dalam tidak sedar melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang mengaku dia menghambakan diri, taat dan patuh pada Allah Subhana wa Ta’ala. Ramai terjerumus bertuhankan tukang ramal dan berimankan bintang-bintang.”

    “Adapun ramalan terhadap cuaca, musim dan yang sewaktu dengannya bukanlah perkara ghaib. Ianya mungkin ‘ghaib’ bagi yang tidak memahami ilmu sains. Sedang ianya tidak lain adalah berdasarkan pengetahuan keatas sunatullah yang sudah tetap hukumnya. Maka atas sebab itu ianya boleh dihitung dan dicongak.”

    Dan dari http://demipena.blogspot.com/2007/10/hari-ini-aku-yang-pilih.html

    “Mempunyai sikap yang betul dalam melihat pengalaman lalu lebih penting berbanding mencipta pengalaman baru yang lebih baik. Kita mempunyai kawalan terhad terhadap apa yang kita lalui. Tetapi kita mempunyai kawalan penuh terhadap sikap kita. Segalanya bergantung kepada sikap kita untuk melihat pengalaman lalu sebagai tauladan atau perlu diabaikan, sebagai sesuatu yang perlu ditangisi atau sesuatu yang perlu diperbaiki, sebagai sesuatu yang menghantui atau sesuatu yang membimbing. Kita yang memilih, belum terlambat untuk buat pilihan tepat!”

    Dari http://demipena.blogspot.com/2007_07_01_archive.html

    “Pada pandangan saya, orang yang bijak tidak akan terus menolak, mempersendakan atau merendah-rendahkan sesuatu fakta asing yang dibawa kepadanya sebaliknya dia akan meneliti dan menganalisis kebenarannya. Selepas menganalisis mengikut kemampuannya, maka mana-mana pandangannya dan sikapnya tentang hal tersebut boleh dihargai. Sikap tidak betul pada saya adalah terus menolak bulat-bulat, lebih teruk mempersendakan tanpa membuat sebarang analisis mendalam. Sikap malas berfikir tidak sepatutnya wujud dalam makhluk yang diberi kemampuan untuk berfikir.”

    Dari tiga petikan di atas, saya yakin kita dapat menyelaras pemikiran agar keserasian antara percaya (iman) dan bukti (sains) dapat dipertingkatkan. Saya katakan ini kerana, terdapat terlalu ramai yang mengatakan mereka suka sains, tetapi pada masa yang sama, mereka menolak teori-teori sains yang baru. Saya tak nafikan ahli-ahli sains ada membuat kesilapan, tetapi apakah golongan lain tidak membuat kesilapan? Selagi mereka manusia, sudah pasti ada kesilapan, tetapi yang membezakan antara mereka ialah samaada mereka belajar dari kesilapan atau tidak.

  10. Pak Din berkata:

    “Justeru, jika manusia menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan harta itulah punca kebahagiaan dan ketenangan maka mereka akan menjadi hamba sesama manusia. Namun, jika mereka yakin, hanya Allah sahaja yang mampu memberi kedamaian, maka jiwa mereka akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba manusia, dia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar. Sesiapa yang menjadi hamba Allah yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia.”

    Dari http://drmaza.com/?p=307

  11. Pak Din berkata:

    Pak_Din
    Martabat 1

    Joined: May 31, 2008
    Posts: 1

    Posted: May 31, 2008 – 02:53 PM

    Salam Budak-budak

    Saya merasakan Sdr Budak-budak adalah seorang yang matang menggunakna akal dan mindanya. Sehinggakan sekiranya dia ‘keluar’, dengan berbekalkan akal itu, sekiranya dia terus menggunakannya dengan menjadi AL Baab, saya pasti dia akan masuk balik. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan Sdr tentang menjalai kehidupan dan pencarian kebenaran, tetapi terlalu banyak unutk ditulis di sini, maka saya singkatkan sebagai sharudin.com

  12. Pak Din berkata:

    Oleh itu, tahap yang paling tinggi dan sangat penting di dalam sesuatu dialog adalah dialog yang melibatkan seseorang itu dengan dirinya sendiri. Saya percaya bahawa kebanyakan manusia tidak mempunyai kemampuan untuk terlibat di dalam dialog dalaman seperti itu. Mereka tidak menyedari bahawa ia adalah tahap yang sangat penting di dalam setiap dialog.

    Manusia mesti belajar bagaimana untuk berkata-kata dan terlibat di dalam perbincangan. Tidak ada kelebihannya untuk kita kekal dalam keadaan senyap, seolah-olah kita sedang tidur di dalam kubur-kubur kita. Di sana perlu adanya dialog dengan nada yang bersopan antara semua manusia – antara golongan kanak-kanak dan dewasa, para suami dan isteri, dan pelbagai lapisan masyarakat – di dalam semua perkara, tidak kira kecil atau besar.

    Dari http://perswis.blogdrive.com/ (19 Mac 2007)

  13. Edry alFaisal berkata:

    Terima kasih,

    Yang saya maksudkan dalam ayat itu, ada orang yang percaya bahawa evil is the reason for the good to exist. Example, without villain, hero have no purpose to exist. Barangkali ini ada betul dalam strategi politik, dicipta watak jahat supaya diri dilihat hero. Namun saya rasa itu bukan sunnatullah sebenar kewujudan baik dan jahat, hanya salah satu cara muslihat. Mustahil kewujudan Iblis adalah supaya Adam kelihatan hero. Maka betul lah kata Pak Din, kejahatan itu sebenarnya terbentuk di dalam proses membentuk kebaikan bukan sebaliknya.

    Hehe memang sudah lama berblog, tetapi semakin banyak menulis semakin rasa betapa ceteknya pemikiran ini. Hidup ini terlalu bernilai untuk dilepaskan tanpa menelitinya dan berfikir. Sekurang-kurangnya dengan menulis saya harap dapat berkongsi dengan yang lain dan membantu pembaca dalam proses meniliti an berfikir ke atas hidup mereka pula.

    Berkenaan wujudnya golongan yang mengutamakan ketenangan daripada menyelidik. Sekiranya ketenangan yang diutamakan itu bermakna duduk di zon selesa, tidak mahu menggerak minda mencari kebenaran. Tentunya saya pun tidak bersetuju. Saya percaya, ketenangan akan datang. Namun bukan dengan cara menjadikannya alasan supaya tidak memikirkan pelbagai pekara penting.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi dan bertukar-tukar pandangan.

  14. Pak Din berkata:

    Apabila memberi penekanan kepada menjadi Al Baab, selaras dengan kehendak Al Quran, saya cuba menserasikan kehadiran dua unsur utama iaitu percaya (iman, aqidah) dan bukti (logic, sceintific, akal). Pengabungan kedua unsur itu yang membentuk ke arah pemikiran Al Baab. Bermakna kita masih menjadikan Al Quran sebagai rujukan utama, sebagai pintu keluar melihat Alam dan kesenian senibenanya yang halus. Pada masa yang sama saya suka kepada saintis, yang dilebalkan oleh arus perdana sebagai tidak membantu ke arah pencarian Tuhan. Saya berpendapat itu tidak benar sama sekali. Al Quran sendiri yang mengarahkan kita melihat kepada Alam dan orang yang mengkali ini kita panggil sebagai saintist, yang mempunyai displin tersendiri bagi memisahkan yang boleh dibuktikan dan yang tidak boleh dibuktikan.

    Ramai berpendapat bahawa dengan tidak dapatnya sains membuktikan adanya Allah, maka ilmu sains tidak layak dijadikan landasan aqidah. Saya berpendapat sains itu adalah ilmu tahuid (bukti) sementara aqidah itu adalah ilmu tauhis (percaya). Ini yang memerlukan penserasian agar Muslim tidak terus ketingalan disebabkan terlalu ramai yang anti-sains. Manhaj Al Baab mengrahkan kita melihat kesan adanya Allah, bukan membuktikan adanya zat Allah. Al Quran sendiri tidak menggalakan kita berfikir tentang zat Allah, tetapi tidak bermakna lansung tidak mahu berfikir tentang kesan adanya Allah atau carakerjaNya atau Sunnah Allah.

  15. Ummu Aniq berkata:

    Salam.

    Setuju dengan Pak Din. Sains banyak membuktikan kewujudan Allah SWT. Merujuk kepada buku “INTIPATI IHYA’ ‘ULUMUDDIN – Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin Daripada Ihya’ ‘Ulumuddin Imam Al-Ghazali” oleh Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi perkara 33 memperincikan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah SWT terutama yang terdapat dalam tubuh manusia. Bagaimana manusia dapat menerangkan berkenaan proses kejadian manusia yang sangat unik ini kalau tidak dengan sains?

    Betapa dengan sains yang berpandukan Al-Quran dapat membuktikan kebijaksanaan Allah SWT dalam membuat sesuatu. Dan kita perlukan akal untuk melihat semua perkara tersebut. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Fikirkan tentang makhluk (apa-apa yang diciptakan oleh Allah) dan jangan kamu memikirkan tentang (khaliq) Zat Allah” – Diriwayatkan oleh Abu Naim dan Baihaki.

    Pak Din, saya tak beberapa faham ungkapan : “Saya berpendapat sains itu adalah ilmu tahuid (bukti) sementara aqidah itu adalah ilmu tauhis (percaya)”. Boleh tolong jelaskan ? Terima kasih.

  16. Pak Din berkata:

    Tauhid itu maknanya mengesa, menyatu (sensitif sikit .. tapi telan dulu) Maka ilmu tauhid itu sudah pasti ilmu mengesakan Allah, mempelajari segala tentang sifat dan perbuatan Allah yang meyakinkan kita bahawa Allah itu satu. Satu pada zat banyak analoginya, umpama seketul batu (ingat .. ini contoh untuk kefahamaan). Manusia tidak esa pada perbuatan kerana ada yang buta tapi tak pekak, ada bercakap tapi tidak mendengar. Esa sifat dan perbuatan bermakna Allah membuat segala sesuatu dengan semua sifat pada semua masa, ruang dan di luar masa, ruang. Kenyataan ini tidak membuatkan Allah bermasa dan ber-ruang! kerana Dia membentuk masa dan ruang. Perlu difikir betul-betul.

    Matahari terbit pagi di Timur dan tengelam di Barat, betul? Kita tanya orang berdiri di tanah lapang atas Bumi, adakah Matahati mengeliling Bumi ke? .. atau Bumi mengelilingi Matahari? Dengan commonsense sudah pasti ramai yang jawab “Tentulah Matahari mengelilingi Bumi” dengan buktinya terbit di Timur dan tengelam di Barat? Itulah percaya. Tetapi pembuktian sebenarnya lain. Hanya dengan ilmu sains kita dapat membuktikan sebaliknya, iaitu Bumi yang mengelilingi Matahari dan hal ini hanya dibuktikan sains kurang 500 tahun, sedangkan tamadun telah percaya Matahari mengelilingi Bumi sejak awal manusia lagi!

  17. shiha berkata:

    Salam menyampuk..

    Orang biasa bangun waktu ni samada berqiam atau kupu – kupu malam! Isy, kontras sungguh, 180 darjah. Tapi saya bangun sebab anak :) Dok mengurut si Husna yang sakit lutut semenjak dua nih. Nantilah tanya kat Dr. ortopedik. Dah ada beberapa diagnosis dlm kepala. Tapi kena la tanya pada yg pakar. InsyaAllah lebih tepat.

    Maaf nyampuk sikit. Ni cerita versi pendek. Iskh.. betapa saya ni take it for granted akan bab – bab pembuktian nih. Agaknya sebab terdidik dari kecik kot? Seumpama nikmat menghirup oksigen, sedangkan ada orang yg sesak nafas disebabkan sakit paru – paru, walaupun oksigen sentiasa ada di sekelilingnya…

    Wasalam.

    p/s: seronok bercuti ummuAniq? :) Saya tak mampu nak ke mana – mana, layan anak kat rumah aje lah hehe

  18. Pak Din berkata:

    Itulah yang hendak diperjuangkan di Blog ini, mencari bukti kepada segala yang kita percaya. Dan sebenarnya kalau bukti itu adalah fungsi akal, arus perdana mengatakan mereka telah menggunakan akal ketika membaca Kitab Al Quran, namun saya merasakan penggunaan akal tersebut gagal mencapai mengenal Allah hakiki kerana penekanan cara dan bukan pengimbangan tujuan dan cara. Tujuan sahaja tidak menghalalkan cara, sebagaimana cara sahaja tidak mengarah kepada tujuan.

    “adalah disebabkan dosa ibu bapa itu sendiri terhadap anak – anaknya. Namun bagi saya, itulah dugaan dan cabarannya. Biar sebanyak manapun dosa ibu bapa saya terhadap saya, namun demi keredhaan Allah, lupakan semua dosa mereka. Buang jauh – jauh sebarang kenangan pahit itu. Supaya kita dapat berbakti kepada mereka dengan ikhlas dan akhirnya mendapat keredhaan Ilahi.

    Easier said than done?” dari SI, http://saifulislam.com/?p=2040#comment-20951

    Satu module PERMATA ialah Buatlah Apa Sahaja, Asalkan Ikut peratura. (BAS-AIP) yang salah satu sub-modulenya ialah Mencari kekuatan dalam kelemahan. Kita tahu gen kita dari keturunan awal, tetapi perangkap adat telah mengajar konsep yang kurang telus, kurang jujur dan jurang ikhlas, apabila keterbukaan semasa perbincangan ibubapa dan anak, telah berlaku secara berleluasa.

    Permata dan Blog ini adalah bertujuan untuk membedah kesemua perangkap adat dan mencari jalan penyelesaian terbaik yang lebih menguntungkan semua generasi, dengan menyedari kesalahan masing-masing dan bukan arahan satu hala. Dilogue bukan monologue. ESTD.

  19. Ummu Aniq berkata:

    Salam.

    Ilmu aqidah ialah ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap kewujudan Allah SWT dan sifat-sifat kesempurnaan-Nya berasaskan dalil-dalil nakli dan akli.

    Ilmu tauhid adalah salah satu cabang ilmu aqidah selain daripada ilmu makrifah, ilmu usuluddin dan ilmu kalam. Ilmu tauhid bermaksud ilmu yang membicarakan tentang keesaan dan kewujudan Allah SWT.

    Adakah ungkapan “Saya berpendapat sains itu adalah ilmu tahuid (bukti) sementara aqidah itu adalah ilmu tauhis (percaya)” bermaksud:

    1. Dalam usaha mempercayai kewujudan dan keesaan Allah SWT, kita perlu mencari bukti terlebih dahulu bagi mengukuhkan kepercayaan tersebut.

    2. Dengan bukti, kepercayaan yang berdasarkan taklid (ikut-ikutan) semata-mata dapat diperbetulkan seterusnya kepercayaan dan keyakinan yang mantap dapat dihasilkan.

    3. Kepercayaan dan keyakinan yang hendak dipupuk itu mestilah berdasarkan bukti sama ada bukti dari sumber al-Quran dan hadis (dalil nakli) atau dari sumber alam syahadah yang boleh dikaji dan difikirkan oleh akal (dalil akli). Alam syahadah menjadi bukti atas kewujudan dan kekuasaan Allah SWT dan al-Quran sendiri menyeru kita memperhatikan diri dan persekitaran bagaimana ianya dijadikan. Pemerhatian ini akan menguatkan lagi kepercayaan dan keyakinan tersebut. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 185 yang bermaksud : “Dan apakah mereka tidak memperhatikan alam langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka ? Maka kepada berita apakah lagi mereka akan beriman?”

    4. Manusia disuruh menggunakan akal untuk mencari keyakinan dan kesahihan yang sebenar tentang keesaan, kewujudan dan kekuasaan Allah SWT. Setiap makhluk di dunia ini tidak akan wujud dengan sendirinya. Sesungguhnya Allahlah penciptanya yang Maha Esa. Hanya akal satu-satunya alat penting yang dapat digunakan untuk mencari kebenaran tersebut.

    5. Dengan adanya bukti-bukti ini maka barulah lahir kepercayaan dan keyakinan yan benar-benar mantap tentang keesaan dan kewujudan Allah SWT seterusnya mendorong seseorang itu melaksanakan ibadah dengan ikhlas kerana dia yakin Allah menciptakan sesuatu bukan sia-sia.

    Betulkan kalau salah…

    p/s: Shiha, cuti sekolah ni le baru berpeluang nak pergi ke mana-mana… Kalau tak, duduk kat rumah je lah meneruskan rutin harian he..he..

  20. shiha berkata:

    Salam..

    Erm… maksud saya, sikap nak mencari bukti tu, memang dah tertanam dari kecil. Tanpa sedar, itulah yang diamalkan selama ini. Setuju dengan kenyataan Ummu Aniq & Pak Din. Dan sangat setuju dengan surah Al-A’raf ayat 185 tu, dan pelbagai lagi ayat – ayat lain dalam Al-Quran yang memberikan contoh yang sama. Persoalan bagi saya adalah, memikir/memperhatikan di tahap yg bagaimana? Cukupkah sekadar memerhati secara literal dan yakin Allah yang menciptanya? Ataupun perlu digali dengan lebih mendalam, yakni memahami dengan sesungguhnya (melalui ilmu sains) akan ciptaan Allah taala itu?

    Dalam bidang saya, saya banyak belajar ciptaan Allah dari segi biologinya. Lebih spesifik, dalam bidang fisiologi, di mana kami belajar bagaimana jantung berfungsi, bagaimana buah pinggang berfungsi dan pelbagai organ dan sistem di dalam tubuh badan berfungsi. Sebenarnya saya amat berharap agar lebih ramai muslim & muslimah belajar akan subjek ini. Orang kata topik ni agak sukar. Tapi bila kita benar – benar memahaminya, ya Allah… tak tergambar akan kekaguman saya terhadap ciptaanNya.

    Kebanyakan buku fisiologi adalah dalam bahasa Inggeris. Tapi ada satu buku di dalam bahasa Malaysia, hasil karangan Raman, Ruby & Afandi. Tajuknya Fisiologi Manusia. Boleh didapati di Pekanbuku, UM dan di beberapa kedai buku perubatan. Sebenarnya ketiga2 pengarang tu adalah profesor di jabatan tempat saya bekerja. Sepatutnya tak begitu susah nak memahaminya kerana kami belajar topik ini sewaktu tahun pertama perubatan, masih fresh dari SPM/matriks dan masih mentah dengan ayat – ayat perubatan. Maksudnya, sesiapa saja boleh membacanya dan cuba memahaminya kalau mahu.

    Kalau Ummu Aniq atau Pak Din (atau sesiapa saja) berminat, saya boleh tolong belikan. Harganya tak sampai RM60 kalau tak salah (last time I checked). Harga terbaru tak pasti pula.

    Pak Din,

    Ini kali kedua saya ditemukan dengan BAS-AIP tu. Asal Ikut Peraturan tu, peraturan yang bagaimana? Dan apakah boundarynya kebebasan itu? Dialog, bukan monolog. Dialog memerlukan kerjasama dari kedua – dua pihak. Kalau satu pihak saja yang berminat, tak ke mana hasilnya. Tapi pastinya, itulah yang menjadi teladan bila saya mendidik anak – anak sendiri. Saya sentiasa terbuka dengan pandangan dan pendapat mereka. Walaupun baru berusia 4 dan 6 tahun. Setiap pertanyaan cuba dijawab sebaik mungkin, sebagaimana menjawab soalan orang dewasa. Kerana mereka juga ada harga diri dan perlu dihormati seadanya.

    Kalaupun dialog antara saya dan parents saya mungkin tak berjaya (mungkin ya?), itu sama sekali tidak membenarkan saya untuk melakukan kesalahan yang sama kepada anak – anak saya. Thanx for the thoughts.

    Wasalam.

  21. Pak Din berkata:

    Memang betul sebahagian dari kita didedahkan kepad pencarian bukti dari kecil. Golongan yang kecil inilah kemudiannya behadapan dengan golongan arus perdana yang diterapkan dengan hanya kemimanan yang taklid dengan hanya mengambil nas Al Quran tanpa menyesuaikan dengan keadaan tempat dan masa. Saya selalu menyatakan ini kerana, sekiranya majoriti Muslim berada dilandasana percaya dan bukti (iman ilmu) sudah pasti Muslim tidak akan berada di tahap yang kitaberada sekarang, segalanya yang termiskin, terkebelakang dan sebagainya adalah milik Muslim. Pendidikan telah diberikan dengan cara tidak mahu mengakui kelemahan diri, menambah lagi parahnya keegoan tidak menentu Muslim yang membawa kepada salah arahtuju yang diambil.

    Beberapa contoh sebelum ini ialah seperti isu kyusuk hanya dalam solat? isu takdir semuanya telah ditentukan Allah? isu tidak dapat menerima sains sepenuhnya, hanya sains gunaan bukan sains ketuhanan, isu azab berlaku di kubur, isu iabadah yang hanya dapat kerja dan pelbagai lagi boleh dikaitkan di sini.

    Persoalan di mana batasan BAS-AIP juga adalah terkait dalam menyatakan tidak berevolusinya Muslim. Pendekatan selalunya ialah melarang daripada membuat. Jangan buat itu, jangan buat ini, sedangkan di tamadun berjaya, sifat kereativiti itu adalah berasaskan buatlah apa sahaja. Di sinilah pula kebijaksanaan akal kita menerapkan nilai-nilai tarbiah Allah yang ada di Alam perlu dipelajari dengan teliti. Kalau kita bersikap ilmu sains itu salah, ilmu sain itu tidak sesuai untuk mentauhidkan Allah, sedangkan ianya sebaliknya, maka secara terbuka kita telah menentang Sunnah Allah. Dan kita merasakan kita melakukan yang betul kerana semua orang melakukannya begitu. Hasil macronya tidak diperhatikan.

    Ilmu sains di ajar disekolah, dan lebih pendedahan diperolehi dari sains daripada agama, bagi kebanyakan murid. Sebagai pendidik Muslim kita sewajarnya memaksimkan adanya pengajaran ilmu sains yang mengajar berfikir daripada membena sasiah pelajar dengan hanya menekannya melalui ilmu agama, yang saya rasa selama ini adalah pendekatan onw-way. Jangan buat itu ini termasuk jangan banyak soal atau jang bangak songel!

  22. Pak Din berkata:

    Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah SWT. Mereka juga boleh menjadi kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan pelbagai gelaran dan bintang. Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta.

    Dari http://bankwahabi.wordpress.com/2008/07/12/siapakah-anjing-sebenarnya-asri-apadia-atau-ulamak/#comment-2418

  23. Pak Din berkata:

    8. Surah Ad Duha, surah Az Dzariat dan banyak ayat lain cuba mententeramkan Nabi saw kerana kekecewaan Nabi saw terhadap umatnya. Saya tidak merasa layak untuk menjadi tenteram dengan surah-surah tersebut, begitu juga tidak layak mengikut cara Nabi Ibrahim ra mencari tuhan lain. Kekecewaan memang ada. Berdasarkan prinsip bahawa ‘tujuan’ itu terlalu jauh lebih penting (dan amat menentukan ganjaran ayng diterima) maka saya dapat memtenteramkan jiwa. Dan berazam mencari jalan dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan ilmu sains (falsafah dan teori Darwin), ilmu yang mengkaji alam semulajadi, ilmu yang mengajar penggunaan pemikiran rational, ilmu yang saya yakin cuba menerangkan carakerja Tuhan, ilmu yang mempunyai displin tidak menipu (bukan tipu orang lain tapi diri sendiri) dan ilmu yang akan menukar iman yang ada kepada iman ilmu.

    Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/09/10/bhg14/

  24. [...] yang lebih ketara ialah ia belaku antara pendakwah dan yang dinasihatnya. Masaalah OCD yang selalu melanda, merasakan hanya diri yang betul [...]

  25. Pak Din berkata:

    Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.

    Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?

    Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.

    Mencetus mudarat..

    Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!

    http://saifulislam.com/?p=2070

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.