S016 Sharudin.com berumur 10 bulan.

Jun 16, 2008

1. Alhamdullilah sampai juga ke umur 10 bulan saya bergiat menulis di Blog. Dari awal saya bukannya tidak punya idea untuk menulis, tetapi saya sentiasa bertanyakan diri apakah perlu ianya ditulis? Apakah perlu diberitahu kepada bukan-keluarga saya tentang apa yang telah diilhamkan Allah kepada saya. Akhirnya, setelah telalu ramai yang menolak ilmu sains untuk dijadikan sebagai alat membantu mendalami kefahaman ketuhanan, saya terpaksa memulakan sesuatu. Allah menemukan saya melalui abang saya kepada Ustaz Hasrizal, dan kebetulan isunya ialah Evolusi, iaitu teori ilmu sains yang terbaru dan masih panas dibincangkan di sana sini. Saya melihat di Malaysia, pengaruh creationist terlalu meluas dikalangan ahli Agama dan saya khuatir kena menjawab di Akhirat kelak, “Kalau dah diilhamkan ianya salah kenapa tak bersuara di Dunia dahulu?”

2. Sekurang-kurang sekarang saya boleh menjawab telah mencuba. Samada Muslim dapat menerima atau tidak hujah-hujah saya itu adalah terpulang kepada kuasa Allah dan hidayah dan petunjukNya yang sentiasa diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Saya boleh menarik nafas lega, walaupun ada cemuhan, tuduhan dan pelbagai rintangan, membeban fikiran dalam menyatakan kebenaran carakerja Allah adalah membentuk kehidupan yang berevolusi. Saya sangat pasti dengan hakikat bahawa kehidupan itu ada evolusi. Kehidupan itu Allah ciptakan untuk dirasai mahluk dan cara untuk merasai atau melalui pengalaman yang terbaik adalah dengan berevolusi, iaiatu berlakunya perubahan. ‘The only constant in life is change’. Yang tidak berubah di dalam kehidupan adalah perubahan.

3. Dari awal teori Darwin yang saya sokong bukan untuk membuktikan nenek moyang dari sesuatu. Saya mengemukakan DARWIN saya sebagai mengingatkan diri tentang wujudnya Allah, tentang pentingnya kita mengenal Allah hakiki, bukan hanya dengan percaya adanya Allah. Ia perlu dibuktikan sehingga tiada syak, dzan dan waham dalam bertuhan. Kalau pendekatannya ialah hanya bertuhan atau God Centered, maka tiada salah golongan materialist. Materialist yang kemudiannya mencipta kapitalist, untuk menghukum mereka yang menentang ideologi materialist, bertuhankan material. Mereka sedar kepada hubungan material-tenaga. Mereka sedar adanya kesatuan sebab-akibat di dalam kesatuan material-tenaga. Tetapi oleh kerana mereka tidak mahu melangkah sedikit ke arah kebenaran, maka mereka tersangkut di perangkap materialist.

4. Berevolusinya pemikiran manusia menyebabkan berevolusinya kefahaman kita terhadap Tuhan dan Allah. Konsep Tuhan yang diperibadikan dan dimanusiakan atau dimahlukkan yang banyak berlaku sekarang. Contoh, penulisan saya yang tidak beremosi ini, yang rata nadanya, hanya tertakluk kepada emosi dan perasaan pembacanya. Kalau pembaca sedang dianugerahkan ‘hormon senyum’ ketika membaca, maka teks yang sama memberikan ‘personalised identity’ kepada orang yang berbeza. Kalau yang membaca sedang bermasaalah dengan apa sahaja, sudah pasti kepekaannya akan melekatkan konotasi negatif tersendiri kepada ayat-ayat yang dibacanya. Bagitu juga dalam bertuhan. Allah yang mahal adil itu diperibadikan oleh pemikiran individu, bagi individu yang kuat jatidiri sendiri, atau diperibadikan oleh pemikiran gurunya yang mengajar bagaimana hendak memperibadikan Tuhan mereka.

5. Contoh, sesebuah rumah dibuat oleh pembena binaan (PB). PB berkepakaran membena sebuah rumah yang kukuh dan boleh digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Bagi menambah nilai artistik kepada rumah, arkitek terlibat. PB, arkitek dan beberapa yang lain, membena rumah atau bangunan sehingga siap. Mereka tidak mengetahui, apakah akhirnya kegunaan benaan itu. Ya akitek mereka benaan untuk ruang pejabat, untuk kedai pemasaran atau rumah kediaman. Tetapi akhirnya sekiranya pengguna rumah itu, samada tuan rumah atau penyewanya, menggunakan sesuatu benaaan ke arah kejahatan, ia tidak ada kena mengena dengan PB atau arkitek yang membenanya. PB bebas dari dituduh sebagai penyebab kepada terjadinya kegiatan kejahatan dibenaannya. Secara aqli, tidak logik menyalahkan pembena benaan kepada apa yang akan terjadi kepada penggunaan benaannya.

6. Begitu juga Tuhan hakiki atau Allah. Dengan maha Pengasih dan PenyayangNya Dia memberikan hak milikNya untuk menjadi hak guna kepada mahluk, terutamanya manusia. Dia yang memungkinkan segalanya. Dia yang membena dan membentuk segala jenis benaan di Alam ini. Dari Big Bang hinggalah permulaan kehidupan, semuanya Dia yang memungkinkan pembenaan tersebut. Dia kemudian menentukan kadar-kadar sebab-akibat dari awal, sebelum lagi diciptakan kehidupan dan Alam ini. Maka terpulang kepada mahluk untuk berevolusi mengikut kadar-kadar yang telah ditentukan. The survival of the fittest. Yang tidak kuat akan pupus. Tidak timbul tidak ada keadilan di situ dari pandangan Allah. Hanya dari pandangan mahluk sahaja ia nampak berat sebelah. Kenapa harimau mesti makan rusa? Kenapa burung yang kena makan cacing? Kenapa kapitalist yang dapat mengaut keuntungan besar?

7. Saya mengingatkan diri saya terutamanya, untuk memgambil peluang kesempatan dan kemudahan yang ada, yang telah diberikan Allah, untuk memaksimakan usaha memberi kefahaman kepada sesama manusia. Jangan sampai disoal di Hari Penghakiman mengapa tidak memberikan sedikit harta intelek yang telah diilhamkan kepada orang lain. Bukan harta benda sahaja yang perlu dizakatkan, harta intelek juga perlu dizakat sebagai pembersihan kepada harta tersebut, bukan sahaja secara zakat wajib, tetapi juga secara hadiah, pemberian biasa dan sebagainnya. Semuga dengan kebersiahn harta tersebut kita tidak lagi dibebankan dengan persoalan sama di Akhirat kelak. Allah sentiasa bersama mahlukNya pada setiap masa dan tempat. Semuga saya dapat menukar 10 bulan kepada 10 tahun.


R75 Al Ahkam #4

Jun 11, 2008

1-8 dipindahkan ke Petikan dari AAN -Al Quran.

9. Saifuddin wrote:

ini nak cerita hal dakyah missionaries kristian yang ada bersekongkol dgn dakyah atheis…
info ada sebut yang LION group adalah dakyah missionaries…info ini saya tahu 20 tahun lalu…
lion group ini ada beri bus stop…gelanggang basketball kpd primary school yang ada dibelakang namanya Methodish, dan sebaris dgnnya…

Wallahu ‘Alam

Agama kristian dan agama lain juga mempunyai masaalah yang sama tentang atheist. Mereka tak percayakan Tuhan. Tetapi paling tidak mereka mengakui kekuasaan Nature atau Alam semulajadi.

Di dalam Islam kita ada aqidah (Rukun Iman), syariah (Rukun Islam) dan ihsan (Rukun Ikhsan). Kefahaman beragama perlu menyeluruh dan Islam mengingatkan “Awalud din maarifatullah“. Maka mengenal Allah itu mengatasi segala-galanya.

10. Tajuan kita adalah maarifatullah, iaitu mengenal Tuhan hakiki bukan Tuhan taklid. Atheist yang bersandarkan sains sahaja tersungkur kerana tidak mempunyai iman atau kepercayaan. Kita yang beriman sepatutnya dapat memisahkan antara kulit dan isi apabila isu evolution dikemukakan. Evolution ada carakerja bukan kepercayaan. Atheist adalah kepercayaan. Jangan campurkan jadi satu.

11. Atheist dan Evolutionist adalah dua pekara berbeza! Satu carita pasal carakerja dan satu cerita pasal kepercayaan. Jangan dicampuraduk kedua-duanya. Kebenaran pada kepercayaan perlu dibuktikan dengan melihat kepada carakerja Allah di Alam ini. Dan ilmu yang mengkaji carakerja Allah ialah ilmu sains. Sains kemudiannya memerlukan antara lain Kitab Rujukan, mathematik dan falsafah, sekurang-kurangnya.

12. Kan itu ilmu sains yang muktahir dan masih kelihatan seperti kulit, bukan isi … tetapi jangan buang kuit tu dulu kerana dalamnya ada isi.

Al Ahkam 6


R74 Al Ahkam #3

Jun 11, 2008

1. Proses menolak ilmu sains, menolak fakta yang dikemukakan untuk menerangkan teori, berleluasa berlaku dikalangan pengkaji agama dan toliban. Terlalu awal menolak atau tidak menerima, kekadang ke tahap tidak mahu lansung mendengar penjelasan tentangnya, hanya kerana emosinya terpengaruh kata-kata tidak boleh mendengar penjelasan dari orang bukan Islam (kebanyakan yang mengkaji adalah orang bukan Islam). Nabi saw sendiri bergaul dan bermuamalah dengan orang Kafir serta mengingatakan sekiranya datang berita dari Munafiq (kedudukan mereka lebih terus dari kafirun) sekalipun, perlu diterima, ibarat menerima kulit pisang tadi, dan kemudian kita pisahkan isi dan kulitnya. Kalau kita tidak nampak isinya adalah kerana kita tidak membuka minda dan prajudis terhadap sesama manusia. Bagaiman nak menyampaikan dakwah?

2. Sdr Deansama, seperti saya dan ramai lagi, bersetuju bahawa kulit pisang itu bukan untuk dimakan. Pada masa yang sama tidak boleh dibuang terlalu awal, sehinggakan kita merasa menjadi tidak berselera ketika menikmati isinya. Di dalam kehidupan banyak ibrah dari kulit dan isi yang perlu kita ambil perhatain. Jangan disebabkan satu kesalahan (tidak relevant) kita jadikan sebab untuk menolak segala kebaikan yang datang bersamanya. Kehidupan ini adalah belajar memilih dan memisahkan kebaikan dari kejahatan. Itulah sebenarnya erti balig. Bila kita benar-benar tahu bagaimana hendak memesahkan keduanya.

3. Quote Deansama, “Bersabarlah dengan kerenah manusia dalam berdakwah. Jangan kerana kita, orang yang didakwah itu lari.

Saya dapat melihat maksud tersirat budak-budak iaitu beliau mahukan penjelasan yang lebih. Silibus tingkatan 4 tidak menceritakan secara terperinci fetal development. ”

Sangat bersetuju dengan saranan tersebut.

4. Common sense mengatakan kalau Bumi ini selain dari mengilingi Matahari, berpusing di atas paksinya sendiri. Tanya yang duduk di padang tadi. Kenapa tak tercampak … macam bila naik cawan besar dekat fun fare? Kerana common sense kita adalah perception kita.

5. Nampaknya berdebatlah kita sampai kiamat kalau ada kudrat, tak akan habis. Kayu ukur lain jenis. Ada guna meter ada guna ela dan ada yang mengkagumi cara tradisi guna jengkal. Memanglah tak sama bacaannya. Susah juga hidup ni!

6. Dhohir dalil-dalil syar’I menetapkan bahwa mataharilah yang berputar mengelilingi bumi dan dengan perputarannya itulah yang menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam dipermukaan bumi, tidak ada hak bagi kita untuk melewati dhohir dalil-dalil ini kecuali dengan dalil yang lebih kuat dari hal itu yang memberi peluang bagi kita untuk mentakwilkan dari dhahirnya. Diantara dalil-dalil yang menunjukkan bahwa matahari berputar mengelilingi bumi sehingga terjadi pergantian siang dan malam adalah sebagai berikut:

Dari http://armx7.blogspot.com/2008/05/benarkah-bumi-mengelilingi-matahari.html

baru ternampak ….

7. Terlihat pulak Buddha cakap yang budak-budak quote di signiture. Common sense itu adalah sebahagian perception manusia. Mari kita bawa sekumpulan orang duduk di padang luas dari pagi hingga petang. Sediakan makanan dan minuman mesti orang hendak kan? Pagi matahari terbit dari Timur. Taib! Tengahari atas kepala. Panas dan dahaga minnum dulu! Petang hilang matahari sebelah BArat. Tanya common sense orang yang hadir. Matahari keliling Bumi ke … atau Bumi keliling Matahari?

8. Saya persoal kepercayaan primitif, iaitu sekitar Aristotle dan rakan-rakan. N Seth mendapat wahyu pertama yang dirujuk sebagai suhuf. Sudah pasti N Seth mendakwahkan ajaran yang diperolehinya. Dalam proses perkembangan ini terdapat cabang-cabang pemikiran yang akan menerbitkan idea-idea baru. Dari masa ke masa ia terus berevolusi sesuai berevolusinya minda manusia. Maka benih asal adalah diilhamkan kepada orang terpilih, kemudian ia bercabang kepada idea-idea lain.

9. Geram tu memang geram … tapi kerana dah setuju denga 4 garis panduan tadi kena kool sikit … Cuba budak-budak fikirkan macamana nak cerita komputer zaman Nabi saw? iaitu sebelum komputer itu betul-betul diciptakan. banyak term yang kita gunakan sekarang pun akan berubah di masa akan datang kerana kesesuaiannya mengikut masa dan keadaan. Dulu tikus hanya yang hidup boleh berlajan sekarang ni tikus (atau tetikus Melayunya) adalah alat untuk komputer. Sebeb itu saya awalkan dengan melihat masalah pokok dan tidak masaalah cabang dan ranting. Perincian itu kita perjelaskan dengan ilmu lain. Tanda-tanda yagn diberikan AQ kita gunakan sebagai asas perbincangan.

10. Sangat saya setuju 4 saranan yang diberikan. Memang kita, terutama saya sedang belajar untuk berfikir ke arah mencari kebenaran (hakiki lagi). Bagaimanapun yang telah dikemukakan bukan untuk melompat isu, tetapi melihat isu yang sama (error of scientific facts) dari sudut yang paling jelas. Memang kelihatan melompat, sebab berubah sudut!

Untuk jawapan kepada persoalan perincian saya akan melihat kepada kajian sains. Sebaliknya persoalan pokok akan merujuk kepada rujukan yang terdapat di AQ. Subjektif bergantung kepada keadaan persekitaran yang membena perspektif manusia, dan relatif kepada kedudukan yang melihat dan membena perspektif. Kedua-dua adalah cadangan anggaran mengukur. Jauh lebih penting adalah melihat tanda-tanda besarnya, bukan cadangan anggaran.

11. Atau kita bayangkan tought experiment, konon-kononnya nak jadi macam Eienstain. Sebatang pembaris yang dipaksikan di tengah-tengah pada sekeping papan menegak. Lukiskan x dan y coordinate seperti biasa dan pivotkan pembaris di orogin 0,0. Sekarang naikkan satu hujung ke atas (arah y positif) … apa akan kita dapat hujung satu lagi?

12. Saay ingin mengajak saudara membantu saya berfikir! Kalau ada orang beri saya pisang yang tak berkulit kenapa susah bagi saya untuk menerimanya? Saya tahu kulit itu saya tak makan, tetapi kalau datang pisang itu tanpa kulit saya sudah pasti memerlukan pisang yang datang dengna kulit. Adakah pemikiran saya salah? Apakah persepsi saya menghalang saya menerima pisang yang tak berkulit atau sebenarnya, kerana kita tahu kulit itu berfungsi untuk pisang

13. Bijak betul saudara menggunakan akal! … memang tidak dapat di sangkal. Kalaulah dapat belajar bagaiman menggunakan minda sebijak saudara. Kita ketahui bahawa pencetusan idea Big Bang bukanlah atang dari orang biasa. Dianya seorang padri, iaitu yang kuat merujuk kepada Bible. Dan banyak lagi sebenarnya saintis-saintis yang berlatarbelakangkan agama. Mereka hanya perlu satu perkataan, sebagai permulaan untuk memikirkan tentang teori sains yang mereka temui. Semuanya perlukan ketekunan pemerhatian kepada Alam.

Fakta sais tidak boleh hurai hanya dengan beberapa patah perkataan. Ya kebanyakan hukum adalah dalam beberapa patah perkataan sahaja, tetapi ia diikuti dengan berjela mathematik yang mengikuti sebelum ia sesuai diambil sebagai fakta sains. AQ tidak pernah menghurai perincian fakta sains secara mathematik, walaupun ia memberikan tanda bahawa Allah menjadikansegalanya mengikut kadar dan bilangan (mathematik). Kita perlu faham kepada ayat-ayat ini.

Al Ahkam Ms 5


R73 Respond kedua di Al Ahkam.

Jun 10, 2008

Mengikut turutan terakhir

1. Quote “Adalah sangat tidak logik apabila Sains yang sentiasa “Errors” itu, apabila ia tidak dapat memahami beberapa ayat al-Quran, kita secara melulunya mengambil hujah Sains yang sentiasa “Errors” itu dan mendakwa al-Quran yang tidak pernah “Errors” sebagai tidak sahih. Sedangkan banyak ayat-ayat al-Quran yang telah dibuktikan dengan Sains itu sendiri. Kenapa kita tidak mengambil hujah ini pula untuk mengatakan “Scientific Facts in Al-Quran” dan menerima kebenarannya. ”

Al Quran tidak pernah menjadi Buku Sains, ia hanya Buku Signs (Buku Tanda-tanda – Ayat-ayat bukti). Bagaimana boleh timbul isu salah fakta sedangkan ia tidak menyatakan fakta sains secara khusus, AQ hanya menyatakan tanda-tanda. Kita perlu keluar melalu pintu Kitab Al Quran dan mengkaji Kitab Alam untuk selanjutnya memahami apakah tanda-tanda yang diberikan di dalam AQ.

2. Quote “Dan kalau boleh thread ini kita kumpulkan soalan-soalan yang selalu ditujukan oleh atheist supaya kita sama-sama berbincang dan menjawabnya inshaAllah. ”

Walaupun baru mengenali Sdr Deansama, saya sangat hargai usaha meneruskan perbincangan tentang budak-budak. Semuga kita mendapat menfaat bersama dalam mencari keserasian penyatuan fikir dan percaya. Kita semua melihat kepada benda yang sama, iaitu kekuasaan Allah swt, cumanya agak berbeza sudut, kerana kacamata dan kasut yang berbeza. Yang menggunakan sains masih merujuk Al Quran! dan sudah pasti yang menggunakan Agama, sudah tentu menggunakan sains (setidak-tidaknya hasil sains, seperti internet dan kereta yang dipandu hari-hari). Kenapa tidak sekali-sekala berubah sudut pandangan?

3. Quote “Takkan hanya sbb dia bukan Islam, maka kita nak justify AQ tu pulak? Bahkan kalau ikut ayat anda tu, seolah2 anda setuju la pulak AQ tu betul, dan pendapat Einstein selari dgn AQ. ”

Sebab itu dari awal saya kira bahawa budak-budak masih beriman, kerana banyak qoutenya dari AQ. Tak berfeadah mengatakan dia sudah terkeluar, kerana kalau terkeluar secara syarie pun, tidak bermakna sudah keluar secara hakiki. Adakah kita perlukan lebih ramai yang menjadi nifaq, berpura-pura Islam kerana takut syarak tetapi hakikatnya terkeluar?

4. Quote “Btol tak 1000 tahun ini adalah 1000x24jam?
Btol tak 50000 tahun ini adalah 50000x24jam? ”

Ini semua masaalah subjektif, masaalah relatif, apa ada pada 24 jam, kalau difikirkan betul-betul? Pemikiran sepaputnya berkiar kepada objektif, kefahaman konsep, kefahaman falsafah, kefahaman tasawur, definasi!

5. uote “Al quran tidak pernah menyatakan theory big bang, kepercayaan kuno menyatakan langit dan bumi adalah satu kemudian dipisahkan, dan kebanyakan scientific miracles di dalam quran sudah diketahui oleh ahli falsafah greek kuno seperti Aristotle menerangkan dengan tepat tentang embryology” oleh budak-budak.

Perlu diingat Al Quran adalah kesimbungan dari Kitab-kitab dan Suhuf-suhuf sebelumnya, 7 semuanya termasuk Al Quran. N Seth yang terawal menerima suhuf, dengan peringatan di dalamnya tidak lari dari pekara asas maarifatulah, pekara asas bahawa Allah itu wujud, qidam, baqa dan seterusnya. Walaupun tidak ada lagi teksnya, apa yang membuktikan mereka yang terdahulu, termasuk Aristotle, mendapat rujukan secara lansung atau tidak dari wahyu-yahyu ini?

6. Quote dalam quote “Sesungguhnya semua mazhab menyalahi kamu dalam hal terperinci. Mereka terebentang kepada asas agama (usuluddin). Maka kami akan mengalahkan mereka, dan ketika kesempitan akan hilang segala kedengkian”

Usuluddin mengariskan dasar “Awaluddin Maarifatullah” yang Al Quran kemudian menyarankan bahawa kekuasaan Allah itu dapa dibuktikan melalui pemerhatian kepada kejadian-kejadian Alam Semulajadi. Kajian Alam tidak lain dari memerhatikan pertukaran siang malam, bagaimana unta di lahirkan dan dibersarkan (secara biology) bagaima langit di tinggikan (secara physic) dan bagaimana bumi dihamparkan dengan segala kemudahan termasuk petrol, galian (secara Chemistry)

7. Quote “Saya tidak bermaksudkan bahawa mengubah cara fikir. Maksud saya ialah metod menangkis tuduhan atheis sekaligus membuat mereka langsung terduduk tanpa dapat bangkit dengan persoalan-persoalan skeptik yang lain. ”

Atheist menggunakan akal, sesuatu yang sangat dituntut oleh Allah melalui Kitab Al Quran. Kanak-kanak yang belum balig juga menggunakan akal, ketahap yang mereka ada. Allah mengkadarkan yang belum balig hanya mampu berfikiran begitu, tetapi meraka pada asasnya berusaha menggunakan akal dan indera yang lain. Jangan kita pula mengatakan tidak perlu menggunakan akal fikiran.

8. Quote “Jadi apakah jawapannya? Melihat kepada persoalan-persoalan di atas, walau apapun jawapan yang diberi, samada “Ya” atau “Tidak”, ia akan menunjukkan yang Tuhan bukan Yang Maha Berkuasa atau Tuhan hanya berkuasa dalam keadaan-keadaan tertentu tetapi tidak berkuasa di dalam keadaan-keadaan yang lain. Secara tidak langsung ia juga boleh menafikan keujudan Tuhan. ”

Atheist mengakui adanya convergent kepada satu kuasa, sebagaimana telah dibuktikan oleh ahli sains. Richard Dawkin juga sangat percaya kepada sains. Dengan adanya kepercayaan itu secara tidak langung mereka mengakui kewujudan Tuhan. Mereka hanya gemar mengelarkannya Nature atau semulajadi.

9. Dari awal saya berada di pertengahan. Akal, fikir dan percaya, beriman perlu diserasikan, pada setiap masa dan ketika. Semasa kecil kita percaya apa yang orang lebih tua (ibubapa dsb) petuakan, dan setelah diebrikan nikmat berfikir, kita seharusnya menserasikan pemikiran dengan pembuktian dengan cara yang betul dan terbaik. Oleh itu tidak timbul kita geram dengan akal atau hujah menggunakan akal.

Allahu ‘alam.

Perbincangan di Al Ahkam


R72 Respond awal kepada Lowyat.

Jun 6, 2008

Quote
“Another thing, as i post several times before, islam doesnt allow one to just follow. One has to know why it’s halal or haram or other opinions. Islam also want the muslims to reasons about his/her own belief, meaning that it’s an absolutely no-no to “blind-faith” on islamic teachings. So the concepts of questioning the basic things like, what is God, what is His attributes, why God is God, and why did muhamad (pbuh) did something, what was the reason behind it, all that things, we as muslims have to know it. By knowing the real reason behind it, then we know to what extend humanism really is exists in islamic teachings. Only then we can apply it in our daily lives.”

1. Very correctly explained, and I do think most other approaches stress on using our brain to the maximum.

Quote
“This force has a personality in abrahamic religion. It has desires, it has wishes, it has commandments, it has feelings, it has perception, it has a ‘form’ , it has a consciousness, it can ‘interact’ with its subjects.

If such a force has such and such personality, than it cannot be unbiased or neutral.”

2. Let consider live example, Do builder of a house (not bias) determine the purpose it is built to? If later the house become drug processing centre, do we catch the builder
The personility is a subject of the beholder. As you were reading my emotionless writing … we embedd the emotion to it.

3. If you observe events in the Universe (well Earth is our base) you will see good and evil things happening. Do you think it come form two forces? Good vs evil … No, He is the only force that manage the Universe and He is unbiased. He source the good (His intention) and he source the evil (the by product of life). This is basic, to all religions.

4. Soul2soul .. observation is the best thing you can do. But after observing the events in the Universe (the night dan day) then proceed with the next step. Strengthen your belief.
5. I am very new to Low Yat, only few days, got the address from Ahkam (new there as well) dan newbie to blog world. As new as our MM. Dont worry. I am learning.
Yes right … happy4ever.

5. In discussing belief we have to understand first, the purpose (tujuan) and then the ways to achieve the purpose (cara). Any restriction on usage of language. Sorry!

6. We can have different opinion on branches, but most tree have one trunk. Differing opnion at certain level is ok, that give color to life but … the foundation should not. So its not about argueing differences, its about finding similirity. Mind my English.
No not me … I never discredit totally the 4 scriptures especially the Abrahamic religions, or to certain extend the Dharmic religion.

7. Definately, everything He said it with purpose. We have to learn the lesson He put in the Universe, we are in. Decode using the brain he gave us and choose the SAFE way to live.

8. Please undersatand that the existance of God (for believer, read nature for un) has little to do with the presence of good and evel. He is not bias, in the sense that His intention is to create good, but the effect created good and bad. Everything comes in pair.

9. We cannot just ignore its origin and massage either!

10. Yes your are right .. never insists on saying one has absolute truth, especially when we are using our perception as a guide. Perception is very decieving. That the reason why we habe to turn to science to prove some degree of truth. Its no problem to start with believing, but not accompanying it with reasoning and displine of science, it will be foreever a belief.

Lowyat Forum


R71 Respond awal di Al Ahkam.

Jun 5, 2008

Saya mengunjungi AAN setelah membaca artikel Sdr Saifuddin. Berikut adalah sebahagian dari komen awal untuk rujukan dan muhasabah diri. Rujuk juga Lapuran lain.

1. Itu yang perlu diperbetul dahulu. Betukkan konteks dan konsep (yang tersirat) lebih daripada yang tersurat. Dan berasaskan itu kena jadi Al Baab! Solat zohor dah hampir.

2. Masaalahnya begini, kita bercakap dengan yang belum balig. Mungkin sudah baligh syarie kerana dah pandai guna internet, tetapi belum balig hakiki kerana tidak merasakan kahadiran Allah semasa menggunakan internet. Adakah anak yang ingin bermain api itu kita nasihatkaan dengan hujah berjela tentang bahaya api. Ada bahasa-bahasa yang perlu digunakan. Sehinggakan kalau perlu mengajuk bahasa mereka, kita perlu turunkan kecerdikkan kita kepada tahap mereka. Sudah pasti kebijaksanan menggunakan pendekatan ini perlu perhatian. Jangan sampai mengajuk itu menjadi tabiat mereka sehingga besar.

3. Kesyaitan itu jelas … kufur. Musuh luar selimaut. Tempatnya atas sedikti dari munafiq. Musuh dalam selimat. Bayangkan betapa susahnya mengenali musuh dalam selimut, solat satu saf dengan kita, Arabnya labih baik dari kita, tetapi hakikatnya, terdapat perbezaan di dalam hakikat Tuhan yang ada di mindanya.

4. Begitu juga isu murtad, bukan dengan sebab mahkamah kata murtad, maka kita menjadi murtad. Bukan kerana persepsi manusia yang akan menjadikan seseorang murtad, termasuklah juga jika seseorang itu mengaku ia murtad. Orang yang mengucap syahadah 5 waktu sekalipun, ramai yang menjadi munafiq, lebih teruk dari murtad, kerana tindak tanduknya yang tidak selari dengan kalimah syahadah yang diucapkan.

5. Bagaiman tidak, di sana sini hanya takdir menjadi penyebab, tanpa mahu mendalami apa sebenar takdir atau Qodo Qadar itu. Dengan mudah Muslim beralas kepada takdir untuk menenangkan jiwanya, tetapi terjemahan ibadah doa itu tidak diperluaskan. Kalau doa hanya mengharapkan keajiban dari Allah, contoh mengharapkan kechanggihan teknoligi, seperti BMW, tanpa mahu mengkaji Sunnah Allah, maka doa Muslim menjadi senjata makan tuan. Senjata yang disalahgunakan. Bayangkan nuclear jatuh ke tangan Melayu, tahu ke macamana nak maintain supaya tidak meletup di belakang rumah? Bukanlah saya memperkecil Muslim, tetapi itulah hakikat sebenarnya. Hanya mengharap non-Muslim menghasilkan kajian dan kita datang kemudian mengkritik kajian tersebut. Kita mahu bangunkan generasi yang dapat memahami kajian dengan asas pemikiran yang tajam seperti Sdr Budak-budak. Ini bila dia kata dia murtad kita mengeluarkan hadith sokongan yang dia benar-benar murtad. Apa itu penyelesaiannya?

6. Sedikit tentang roh. Cantik penjelasan Sdr Saifuddin. Samaada roh diangkat ke langit dalam ertikata langit yang kita tahu sekarang atau tidak, itu adalah ilmu Allah. Yang penting roh kita tidak ke Kubur. Yang ke kubur adalah jasad kita. Kenderaan kita yang dah lusuh dan tidak dapat menampung kehidupan lagi. Roh sebenarnya tersiksa di dalam jasad, kerana sebelum mendapat jasad ianya sangat kenal pada Tuhannya. Ianya sangat patuh. Hanya apabila ia diberikan jasad, sebagai kenderaan yang canggih, roh mula dipengaruhi oleh jasad. Ibarat pemandu memandu di jalan off road yang sangat lecak dan menyebabkan ia tidak nampak pandangan luar dan arahtujunya. Kalau tidak kerana wiper yang membersihkan screen sudah pasti pemandu off road tidak dapat menuju ke garisan penamat. Begitu juga roh kita. Segala pengaruh nafsu yang kotor menyeliputi roh membuatkan roh tidak dapat nampak Tuhannya lagi. Ia perlu dibersihkan untuk melihat arahtuju hakiki. Semuga kita sama-sama dapat mengenali arahtuju sebenar.

7. Kita semua telah melalui lebih awal pengalaman pahit, pengalaman mempunyai darah muda, dan sekarang kita berterima kasih kerana Allah telah mentarbiah kita menjadi seseorang yang dapat berfikiran panjang. Tetapi betapa panjang pemikiran kita, kita perlu mengetahui ada pemikiran yang jauh lebih panjang dari yang kita ada. Kalau tidak masakan Muslim dapat menawan Dunia satu ketika dahulu. Kegagalan kita meneliti pendekatan pemikiran jauh dan panjang ini yang menjadi masaalah utama Muslim hari ini. Ketahuilah untuk melihat jauh kehadapan kita perlu melihat jauh ke belakang. Sebab itu apa sahaja ilmu sains yang melihat jauh ke belakang seperti Big Bang dan Darwin, perlu kita serasikan dengan cara hidup kita, cara beragama kita. Kalau tidak kita tidak dapat menjawab persoalan yang komplek seperti yang dapat difikirkan oleh budak-budak.

8. Cantik sungguh huraian Sdr Saifuddin tentang tingkatan nafsu, yang sebenarnya berkatan dengan tingkatan iman. Pokoknya ialah peningkatan iman taklid (terbawah) kepada tingkatan iman yang lebih tinggi memerlukan kehadiran akal. Tanpa akal ia tidak akan terjadi. Tanpa pendekatan pembuktian ia tidak akan berlaku. Tanpa logic dan ilmu sains semua tidak dapat kita rasakan, temasuklah segala kemudahan seperti internet sekarang ini yang membolehkan kita berbincang secara maya. Memang internet mengandungi sampah sarap yang bertimbun, tetapi itulah yang perlukan, untuk mendidik generasi internet selepas kita agar tahu mengambil kebaikan yang ada hanya sedikit pada internet ini.

9. Pendekatan roti panjang sememangnya disebut di dalam Hadith, tetapi apa itu pendekatan terbaik sekarang ini. Kita sentiada menggunakan veto power, tanpa menggunakan two way communication hanya membentuk mesyarakat yang nantinya tidak dapat berdebat dan berbahas dengan berkesan. Kita sendiri tidak suka dengan veto power PBB, lepas itu kita nak pendekatan veto hanya kerana Hadith menyetakan sedemikian. Nabi saw juga menggalakkan pendekatan bil hikmah. Itu yang perlu kita terapkan kepada generasi baru. Sudah pasti kita perlu merawat generasi baru, tetapi kita jangan lupa berapa ramai generasi lama yang mempunyai masaalah sama tapi tak serupa. Genius itu yang kita mahu jadikan asset kepad Islam. Nak kuda yang baik untuk berperang kita ktak ambil kuda jinak, kuda liar yang dapat di kawal, jauh lebih baik. Kesyaitanan yang dapat ditundukkan adalah jauh lebih baik dari malaikatan yang tidak mempunyai dynamic range.

10. Kalau budak-budak benar-benar selari dengan sains dan logik, lihat sedalam-dalamnya pada Termodynamic Laws. Ketiga-tiganya menyokong ilmu tauhid tentang adanya Allah, tentang adanya yang ghaib iaitu malaikah dan syaitan, dan tentang adanya hari kiamat. Saudara deansama tidak bermasaalah untuk menerangkannya. Logic dan akal adalah asas utama menjadi Al Baab, dan AQ menyatakan dengan jelas bahawa lihatlah kepada kejadian di Alam ini untuk mencari kekuasaan Allah. Jangan cari zat Allah. Dua pekara berbeza. Kita tahu Ali dah bagi duit kat akaun kita, maka kita tahu bahawa Ali telah ke bank dengan sifat kemurahan hatinya memberikan kira wang tersebut. Tak payah cari Ali, sebagai contoh.

11. Saya kurang setuju dengan kenyataan either evolusi atau agama. Agama adalah cara hidup. Cara berfikir. Bagaimana persepsi kita tentang carakerja Allah. Jadi kalau Allah beriradah untuk membentuk kehidupan dengan evolusi maka, evolusilah yang sepatutnya kita dfikirkan. Evolusilah yang sepatutnya kita pisahkan dari kepercayaan bahawa menerima evolusi itu bermakna menolak Tuhan. Jadi creationist atau evolutionist tidak menjejaskan carakerja Allah, tidak menjejaskan adanya Allah, tidak menjejaskan esanya Allah, tetapi kerana pemerhatian yang dibuat oleh ahli sains, memberikan lebih banyak bukti bahawa evolusi itu lebih benar, kita sepatutnya membantu ke arah membuktikannya. Kalau tidak semua hasil sains, termasuk handphon, BMW kena campak ke tepi.

12. Kawan-kawan … saya rasa budak-budak beriman kepada Allah, dia percaya adanya Allah, kerana banyak ayat-ayat Allah yang diquotenya. Saya bukanlah hendak berkompromi tentang wahyu Allah, tetapi dalam keadaan begini, saya lihat budak-budak meletakkan imannya ketepi buat sementara, bagi melancarkan perbincangan dan tidak bias. Kalau asas keimaan dah ada, kemudian disertakan dengan hujah-hujah pembuktian, saya kira kita yang perlu berhati-hati tidak terkeluar dari landasan perbahasan. Tiada salahnya dia menghujahkan sesuatu yang dibawakan atau dikaji oleh bukan Muslim. Keterbukaan kita yang perlu.

13. Kalau sudah boleh menerima micro evolution, saya pasti dengan sedikit masa tambahan, anda akan percaya kepada macro evolution. InsyaAllah … kerana evolution itu adalah carakerja Allah dan iradahnya. Jangana kita tolak evolusi hanya kerana anti orang bernama Dawrin. Bukan dia punya law, Dia kaji Allah punya law, kerana Muslim tidak mahu meneruskan kajian yang telah dimulakan oleh Muslim terdahulu.

14. Saya merujuk kepada nafsu yang membolehkan kita menjadi khalifah sebagaimana iradah Allah. Malaikat tidak boleh mengatasi manusia kerana kehidupannya yang terbatas, tidak seperti manusia yang menjalani ujian kehidupan memperolehi yang terbaik. Memang risikonya boleh terjerumus ke lembah kehinaan jauh lebih teruk dari syaitan. Maka tanpa nafsu tidak layak untuk kita mengatakan kita berada di dalam ujian.

Sekitar perbincangan di Al Ahkam, “tolong saya, Agnosticism” Ms 30, 5hb Jun 08.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.