1. Alhamdullilah sampai juga ke umur 10 bulan saya bergiat menulis di Blog. Dari awal saya bukannya tidak punya idea untuk menulis, tetapi saya sentiasa bertanyakan diri apakah perlu ianya ditulis? Apakah perlu diberitahu kepada bukan-keluarga saya tentang apa yang telah diilhamkan Allah kepada saya. Akhirnya, setelah telalu ramai yang menolak ilmu sains untuk dijadikan sebagai alat membantu mendalami kefahaman ketuhanan, saya terpaksa memulakan sesuatu. Allah menemukan saya melalui abang saya kepada Ustaz Hasrizal, dan kebetulan isunya ialah Evolusi, iaitu teori ilmu sains yang terbaru dan masih panas dibincangkan di sana sini. Saya melihat di Malaysia, pengaruh creationist terlalu meluas dikalangan ahli Agama dan saya khuatir kena menjawab di Akhirat kelak, “Kalau dah diilhamkan ianya salah kenapa tak bersuara di Dunia dahulu?”
2. Sekurang-kurang sekarang saya boleh menjawab telah mencuba. Samada Muslim dapat menerima atau tidak hujah-hujah saya itu adalah terpulang kepada kuasa Allah dan hidayah dan petunjukNya yang sentiasa diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Saya boleh menarik nafas lega, walaupun ada cemuhan, tuduhan dan pelbagai rintangan, membeban fikiran dalam menyatakan kebenaran carakerja Allah adalah membentuk kehidupan yang berevolusi. Saya sangat pasti dengan hakikat bahawa kehidupan itu ada evolusi. Kehidupan itu Allah ciptakan untuk dirasai mahluk dan cara untuk merasai atau melalui pengalaman yang terbaik adalah dengan berevolusi, iaiatu berlakunya perubahan. ‘The only constant in life is change’. Yang tidak berubah di dalam kehidupan adalah perubahan.
3. Dari awal teori Darwin yang saya sokong bukan untuk membuktikan nenek moyang dari sesuatu. Saya mengemukakan DARWIN saya sebagai mengingatkan diri tentang wujudnya Allah, tentang pentingnya kita mengenal Allah hakiki, bukan hanya dengan percaya adanya Allah. Ia perlu dibuktikan sehingga tiada syak, dzan dan waham dalam bertuhan. Kalau pendekatannya ialah hanya bertuhan atau God Centered, maka tiada salah golongan materialist. Materialist yang kemudiannya mencipta kapitalist, untuk menghukum mereka yang menentang ideologi materialist, bertuhankan material. Mereka sedar kepada hubungan material-tenaga. Mereka sedar adanya kesatuan sebab-akibat di dalam kesatuan material-tenaga. Tetapi oleh kerana mereka tidak mahu melangkah sedikit ke arah kebenaran, maka mereka tersangkut di perangkap materialist.
4. Berevolusinya pemikiran manusia menyebabkan berevolusinya kefahaman kita terhadap Tuhan dan Allah. Konsep Tuhan yang diperibadikan dan dimanusiakan atau dimahlukkan yang banyak berlaku sekarang. Contoh, penulisan saya yang tidak beremosi ini, yang rata nadanya, hanya tertakluk kepada emosi dan perasaan pembacanya. Kalau pembaca sedang dianugerahkan ‘hormon senyum’ ketika membaca, maka teks yang sama memberikan ‘personalised identity’ kepada orang yang berbeza. Kalau yang membaca sedang bermasaalah dengan apa sahaja, sudah pasti kepekaannya akan melekatkan konotasi negatif tersendiri kepada ayat-ayat yang dibacanya. Bagitu juga dalam bertuhan. Allah yang mahal adil itu diperibadikan oleh pemikiran individu, bagi individu yang kuat jatidiri sendiri, atau diperibadikan oleh pemikiran gurunya yang mengajar bagaimana hendak memperibadikan Tuhan mereka.
5. Contoh, sesebuah rumah dibuat oleh pembena binaan (PB). PB berkepakaran membena sebuah rumah yang kukuh dan boleh digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Bagi menambah nilai artistik kepada rumah, arkitek terlibat. PB, arkitek dan beberapa yang lain, membena rumah atau bangunan sehingga siap. Mereka tidak mengetahui, apakah akhirnya kegunaan benaan itu. Ya akitek mereka benaan untuk ruang pejabat, untuk kedai pemasaran atau rumah kediaman. Tetapi akhirnya sekiranya pengguna rumah itu, samada tuan rumah atau penyewanya, menggunakan sesuatu benaaan ke arah kejahatan, ia tidak ada kena mengena dengan PB atau arkitek yang membenanya. PB bebas dari dituduh sebagai penyebab kepada terjadinya kegiatan kejahatan dibenaannya. Secara aqli, tidak logik menyalahkan pembena benaan kepada apa yang akan terjadi kepada penggunaan benaannya.
6. Begitu juga Tuhan hakiki atau Allah. Dengan maha Pengasih dan PenyayangNya Dia memberikan hak milikNya untuk menjadi hak guna kepada mahluk, terutamanya manusia. Dia yang memungkinkan segalanya. Dia yang membena dan membentuk segala jenis benaan di Alam ini. Dari Big Bang hinggalah permulaan kehidupan, semuanya Dia yang memungkinkan pembenaan tersebut. Dia kemudian menentukan kadar-kadar sebab-akibat dari awal, sebelum lagi diciptakan kehidupan dan Alam ini. Maka terpulang kepada mahluk untuk berevolusi mengikut kadar-kadar yang telah ditentukan. The survival of the fittest. Yang tidak kuat akan pupus. Tidak timbul tidak ada keadilan di situ dari pandangan Allah. Hanya dari pandangan mahluk sahaja ia nampak berat sebelah. Kenapa harimau mesti makan rusa? Kenapa burung yang kena makan cacing? Kenapa kapitalist yang dapat mengaut keuntungan besar?
7. Saya mengingatkan diri saya terutamanya, untuk memgambil peluang kesempatan dan kemudahan yang ada, yang telah diberikan Allah, untuk memaksimakan usaha memberi kefahaman kepada sesama manusia. Jangan sampai disoal di Hari Penghakiman mengapa tidak memberikan sedikit harta intelek yang telah diilhamkan kepada orang lain. Bukan harta benda sahaja yang perlu dizakatkan, harta intelek juga perlu dizakat sebagai pembersihan kepada harta tersebut, bukan sahaja secara zakat wajib, tetapi juga secara hadiah, pemberian biasa dan sebagainnya. Semuga dengan kebersiahn harta tersebut kita tidak lagi dibebankan dengan persoalan sama di Akhirat kelak. Allah sentiasa bersama mahlukNya pada setiap masa dan tempat. Semuga saya dapat menukar 10 bulan kepada 10 tahun.
Dikirim oleh Pak Din 31