R78 Blog Sdr Shahmuzir.

Julai 29, 2008

Salam Sdr Shahmuzir, komen anda sangat dihargai.

1. Rujuk jawapan saya di bawah (petikan satu) iaitu, selagi Tuanpunya Forum AAN mempunyai motto ‘fikir dan peduli’ saya tidak merasakan bermasaalah berada di AAN. Seperti nota bertarikh 14hb July (petikan kedua), saya akan kembali sekitar Ramadan, iaitu selepas 44 hari berehat bagi memungkinkan saya menjalani proses bermuhasabah apa yang telah dibahaskan di AAN selama 44 hari. Terima kasih kerana berkunjung ke Blog ini dan akan saya cuba permudah penterjemahan pendapat yang telah saya berikan, kepada bahasa yang paling mudah, sedaya mungkin, sebagaimana yang Sdr sarankan.

2. Kesemua idea-idea yang diberikan adalah ilham dari Allah, yang pada saya telah melalui penapisan dalam bentuk pengalaman yang saya lalui sehingga ke umur Asar ini. Saya pernah jelaskan di AAN, segala yang saya tuliskan di AAN akan dipertanggung-jawabkan kepada saya sehinggalah terpaksa menjawabnya di Mahkamah di Akhirat kelak. Tidak timbul isu idea bernas atau tidak kerana, konsep yang saya paparkan ialah konsep isi dan kulit . Allah telah menjadikan manusia berbeza dari mahluk yang lain dengan adanya akal dan logik (maaf kalau Sdr termasuk di dalam golongan yang alergik kepada logik).

3. Muslim ditinggalkan dengan Al Quran dan As Sunnah. Dalam pembentukan peraturan hidup, kedua-dua adalah menjadi panduan dan rujukan UTAMA. Sekiranya masih kekurangan, rujukan yang seterusnya ialah Ijma’ dan Qias. Bagaimanapun keempat-empat sumber tersebut, AQ, As Sunnah, ijma’ dan Qias, memerlukan ilmu alat yang lain, sebahagiannya ialah Ilmu Bahasa Arab (Nahu, Balagah, Tajwid dan sebagainya), Ilmu Mantik (ilmu berpemikiran selari) dan beberapa ilmu lain yang asasnya mengajak manusia menjadi Al Bab, iaitu sentiasa berfikir.

4. Pengkritik kepada komen saya kebanyakan adalah dari mereka yang telah dimomokkan dengan hasil negatif dari Ilmu Mantik, Ilmu Falsafah, Ilmu Kalam dan sebagainya. Mereka menganggap bahawa ilmu-ilmu ini tidak relevant langsung kepada pemahaman 4 sumber yang di sebut di atas. Begitu juga secara sedar atau tidak, tindakan sedemikian memperkecil saranan AQ agar kita menggunakan akal dan logik secara bijaksana. Maka mereka juga memperkecil seseorang yang mahu menyambut saranan AQ untuk menjadi Al Bab.

5. Sememangnya penggunaan akal semata-mata tanpa rujukan kepada 4 rujukan di atas adalah sesuatu yang SANGAT SALAH di sisi Islam. Tetapi sebaliknya mereka yang tidak mahu memahami kepentingan penggunaan akal juga lebih parah KESALAHANnya, kerana mengenepikan pemberian nikmat terbesar dari Allah. Sebab itu saranan saya ialah penserasian ilmu Agama (berdasar 4 rujukan di atas) dengan Ilmu Sains (dengan memahami ayat-ayat Allah di Kitab Alam). Maka kalau Kitab Alam ini dirujuk sebagai ….. Alam, amatlah sedihlah saya dengan pemikiran yang sedemikian.

6. “Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi Muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini. Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penakhlukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi SAW. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.”
Dari “Hasil 44 hari di AAN“, Para 7.

7. Saya sangat terkesan dengan artikel Sdr bertajuk “Bayar Diri Anda Dahulu!”. “Tidak layak ada perbandingan sebenarnya. Hanya Allah yang punya segalanya. Jadi tidak timbul kita lemah dan Allah berkuasa, kerana megatakan kita lemah masih memberikan implikasi kita boleh dibandingkan kepada Allah. Kita tak punya apa-apa. Kita tak punya zat, jasmani melainkan apa yang ditajjalikan Allah kepada kita. Perbincangan kapas dan baju kapas sebagai contoh. Jadi kita tidak wujud, hanya Allah yang wujud. Itulah yang pengajaran Sifat 20 melakan. Allah itu wujud. Wajib wujud. Lawannya adam, tak wujud. Kalau kita mengatakan mahluk wujud, maka kita telah tidak membudayakan Sifat 20 di dalam kehidupan seharian kita.” Dari “Allah lebih berkuasa“, Para 6.

Petikan satu dari AAN,

Selagi motto ‘fikir dan peduli’ itu masih relevant, insyaallah akan berjaya. Syabas Ustaz Zain dan rakan-rakan.

KEIKHLASAN founder, seperti kata Sdri Ummi, ke arah menterjemah konsep ‘fikir dan peduli’ ini sangat penting. Memang ia menentukan kejayaan sebagai pembuka minda kepada semua, yang pro-tajdid atau tidak. AAN sepatutnya menarik atau meyakinkan yang belum pro untuk menjadi pro … bukan untuk yang dah pro.

Dari AAN

Petikan kedua dari AAN – Posted: July 14, 2008 – 06:52 PM
——————————————————————————–
judyn wrote:
aRMX, say rasa PDP tu tak tahu, tapi malu nk cakap tak tahu (sori ya PDP kalau ayat ini blh menjatuhkan kredibiliti PDP, sekiranya PDP nk saya tarik balik saya kan buat).

Pak Din wrote:
Kalau tarik balik, dibuku Allah tak boleh padam.
Jumpa lagi sekitar Ramadhan. As Salam

Dari AAN Ms 3


R77 Blog InFusion.

Julai 28, 2008

Dipindah dari Komen 921 menjawab Sdr Iamakubex

Awwal Ad Din Maaarifatullah.

Salam

1. What is important is that sync pulse, and as you put it very rightly, ‘based on observations’, cause Al Quran mentioned that, so many time, especially observations that is done by out two important sensors, the emotion and thought. Afala ta’kilun, afalah tazakrun and anything similar.

2. You know without that sync pulse, which include handshake in protocol, all those packets of information, will be tons of garbage. All these tarbiah from Allah, will be of no information to humankind, as what happen to Muslim now. Allah sets events in the universe, on a very artistic manner, that look like total randomness, but with scientific approach, those randomness, formulate into theories, laws, a beautiful creation, intelligent design in the other form, random natural selection in the right ways, all due to the availability of a sync pulse.

3. It’s not for the sake of you and me, is for the ummah, it for the sake of Islam. So acute the angle of diversion of Muslim from the straight path, the term Muslim becomes irrelevant to fight for compared to the real understanding of concept of Allah and his Universe. Not to invoke the sensitivities of main stream Muslim, but the truth is not in the name, it in the hakikat, as I have put it, the one which exists by zat not by name, especially when we can name any thing to what we like or understood.

4. There exist differences between a believer, a scientist, a believing scientist, a scientific believer and we have to define all these toward achieving the ultimate goal of maarifatullah. The seed of believe has to be sown, and we are lucky enough to be born as Taklid Muslim. With the opportunities that we have, being exposed to the western thinking world, we should maximize the use of brain’s power award to us by Allah. Then only we improve our status, or Taklid Iman to Knowledge Iman, toward the Ideal Iman.

5. The school of scientific study, call for the need to make and gather observations, then analytical process of taking only the truth and proven right. Finally the scientific community conclude on singularity (the unity of existence), which than developed into 4 basics natural forces (during Big Bang – azali), stipulated by the Theory of Everything (ToE). All these when carefully used assist our understanding toward the oneness of Allah. It’s all Tauhid. ToE is tauhid. Scientific approach is parallel to Tauhid objective, understanding the existence and oneness of Allah. I put it as Tauhid (belief) and Tauhid (proof).

6. Do not be alarmed by the finding of science, that God does not exist. Allah yang dimanusiakan manusia yang tidak wujud. Rujuk artikel saya berhubung bagaima manusia memahlukkan Allah, kerana tidak dapat mengimaginasikan denga cara yang hakiki, manusia mengambil jalan memahlukkan Allah, kerana itu lebih mudah untuk dikomunikasi dan diimaginasikan. Memang Tuhan begini tidak akan dijumpai, tetapi ToE, bukan 4 dimensi, 3 ruang 1 masa, Sekurang-kurangnya 11 atau 21 kata mathematiknya. Ini yang kita cari. Maarifatullah.


S022 Petikan dari AAN – Al Quran.

Julai 27, 2008

1. Posted: June 11, 2008 – 12:25 PM

AQ diturunkan secara ala-evolusi iaitu berdikit-dikit, kerana Allah tahu ia akan mendatangkan masaalah penyerapan dan penyampaian. Jadi kehidupan ini Allah jadikan menggunakan cara evolusi, Kitab-kitab yang Allah wahyukan juga berevolusi dari satu hingga akhirnya AQ. Isu atheist menggunakan evolusi untuk melemahkan iman adalah isu secondary, kerana hanya iman yang lemah, atau taklid sahaja yang terpengruh. Yang faham betul-betul dengan carakerja Allah atau SunnahNya sudah pasti tidak akan termakan umpan mereka. Saya kagum Sdr Judyn boleh memahami pemisahan atheist dan evolusi. Tak ramai yang dapat menerima. Tugas kita adalah memahamkan umum kepada carakerja ala-evolusi dan bahaya atheist.

2. Posted: June 11, 2008 – 12:31 PM

Sains itu adalah ilmu yag mengkaji carakerja Allah atau Sunnah Allah dan ia sangat mustahak untuk membuktikan dan mengukuhkan kepercayaan kita. Sains bukan sekadar mata pelajaran yang perlu diambil untuk dapat ijazah dan kemudian dapat kerja. Sains adalah pemerhatian kepada Alam yang penuh dengan kejadian-kejadian yang Allah jadikan. Segala kejadian, termasuk yang mudah seperti amalm dan siang adalah tanda-tanda kekuasaan Allah dan hanya AL Baab yang dapat menegakkannya. Yang lain tidak akan sanggup.

3. Posted: June 11, 2008 – 12:36 PM

AQ tidak pernah anti sains. Hampir 1000 ayat-ayat berkaitan sain di dalam AQ. Tetapi Allah mengarahkan manusia terutamanya Muslim keluar dari Pintu Kitab AQ menuju ke Kitab Alam untuk mencari jawapan seterusnya. Kajilah Alam untuk memehami carakerja Allah dan SunnahNya. Segala kejadian Alam semulajadi adalah ayat-aayt Allah, yang membawa panduan sama berat seperti ayat dari AQ. Menidakkan ayat-ayat Allah di Kitab Alam sama hukumnya dengan menidakkan aya-aayt di dalam AQ. Kalau kita tidak dapat memehami sains serahkan kepada yang boleh memahaminya tetapi jangan memperkecilkan sains sebagai bukan ilmu mengkaji ALam atau Sunnah Allah.

4. Posted: June 11, 2008 – 03:56 PM

Tepat sekali saranan itu. Bahasa itu jiwa bangsa. Uniknya bahasa Arab apabila dianalisa dengan komputer memperlihat ketinggian mutu bahasanya. Dan sudah pasti seperti juga disaran oleh Sdr Perswis, AQ itu adalah Mukjizat pada kandungannya, pada petunjuknya, pada hidayahnya. Tetapi sebagaimana pernah saya utrakan sebelum ini, senjata nuclear yang paling berbahaya sekalipun, kalau disalahgunakan akan membahayakan pengguna atau yang memeliharanya. Jangan kita terlalu aysik dengan keunikan bahasanya, kesenian penyampainnya sehingga kita terpegun kaku di Pintu Al Quran, tanpa mahu bertindak kepada apa yang ingin di sampaikannya. Jadilah Ulil Al Baab yang sentiasa memikirkan Allah (zikrullah) dengan melihat dan mengkaji Alam selepas meneikmati kesenian AQ. Jangan kita terlalu mengharap pahala mudah hanya membaca tanpa mahu bertindak seterusnya. Ibarat surat dari kampung yang menyuruh kita balik kerana ayah sakit, tetapi kerana bahasa suratnya terlalu berseni kita khayal mensyairkannya atau mendendangkannya atau membacanya.

5. Posted: June 11, 2008 – 05:38 PM

Cantik betul quote yang sdr buat. tepat pada sasarannya. Saya melihat oleh kerana kefahaman Muslim telah jauh menyimpang kerana pengajaran yang kurang tepat, hasillah sekarang Muslim yang tidak dapat menangani masaalah semasa. Mengaku mengikut sunnah Nabi saw tetapi tidak dapat menghasilkan kekuatan Ummah seperti di zaman Nabi saw sehinggakan segelintir Yahudi yang menceroboh tidak dapat ditangani oleh Muslim. Kerana tidak memahami AQ sebagai sumber memahami Sunnah Allah. Tidak dinafikan AQ itu mukjizat dan penutup kepada Wahyu-wahyu sebelumnya, tetapi disalah tafsir oleh Muslim. Bukan AQ yang mengandungi error tetapi penterjemahannya kepada cara hidup yang tidak tepat.

6. Posted: June 11, 2008 – 05:46 PM

Falsafah yang hendak disampaikan sangat jelas, bahawa AQ (penutup kepada Kitab-kitab sebelumnya) adalah sumber utama segalanya, tetapi lengkap dari segi apa? Kalau nak cari macamana nak buat roti canai, tak kan nak muatkan dalam AQ? Letak cara buat roti canai kena letak cara buat kebab dan hotdog dsb. Jadi AQ lengkap dan jelas sebagai panduan asas keperluan kepada kehidupan terutamanya maarifatullah. Sains hanya ditulis dengan signs (tanda-tanda) yang perlu diperolehi penjelasan selanjutnya di Kitab Alam. Kalau letak semua yang tak percaya akan komplain juga, kenapa tebal sangat?

7. Posted: June 11, 2008 – 05:54 PM

Setuju dengan Sdr Deansama. Saintis jernih. Menerangkan yang ghaib, yang Allah pegang kuncinya. Dan Allah Maha Adil Dia berikan kepada siapa sahaja yang mengkaji Alam, samada yang menkaji itu percaya atau tidak kepadaNya. Yang kurang jelas, atau yang banyak makar (putar belitnya) ialah pengguna ilmu sains, tertutamanya ahli ekonomi kerana mereka memaksimakan penggunaan nafsu manusia di dalam menggunakan kemajuan sains. Saintis terlalu sibuk nak buat pemasaran. Tak ramai saintis yang kaya. Yang kaya ialah kapitalist. Pengguna kemajuan sains dan teknologi. Maka yang kotor adalah penggunanya, bukan sains. Sains itu keperluan, terutama ke arah maarifatulah untuk memberikan sokongan kepada ilmu tauhid.

8. Posted: June 11, 2008 – 06:02 PM

Seperti pernah saya katakan sebelum ini, pendekatan makro adalah penting. Jangan kita terlalu sibuk dengan mikro, sehingga kesibukan itu mengaburi arahtuju kita. Kehidupan kita tidka lain hanya untuk maarifatullah. Nak kaji zat Allah, AQ dah beritahu kamu tidak akan dapt memikirkan tentang zatNya, tetapi AQ berkalu-kali mengarahkan kita mengkaji carakerjaNya atau SunnahNya. Dan AQ mengatakan hanya Al Baab yang akan dapat melaksanakannya. Jadi soalan mikro atau ranting dan cabang, saya serahkan kepada yang ahli. Saya lebih suka memantau dari pandangan makro atau pandangan burung, sehinggalah keperluan mendesak untuk mendarat.

Dari perbincangan Hisrotical Errors di AAN ms 6


S021 The Quran Ch4 UK 14-Jul-08.

Julai 23, 2008

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

Part 9

Part 10

Part 11

Part 12


R76 Komen pendek di SI.

Julai 22, 2008

1. 12 Pak Din
on 22 Jul 2008 at 10:54 am

Dari Artikel, “Bencana ini berterusan pula apabila timbul budaya menafsirkan istilah seseorang tanpa merujuk kepada pemahamannya tentang istilah itu. Penggunaan istilah oleh Ibnu Taimiyyah banyak ditafsirkan sebagai dalil yang membuktikan beliau itu seorang ahli tajsim, menetapkan arah dan tempat bagi Allah dan sebagainya. Sedangkan penggunaan istilah sedia dimaklumi oleh kita semua bagaimana ia mempunyai dilalat (pemaknaan) dan pemahaman yang kadangkala berkembang, berbeza dari seorang kepada seorang yang lain, dari satu zaman ke satu zaman yang lain.Hal yang sama berlaku kepada mereka yang menghukum sesat Syed Quthb semata-mata kerana tidak memahami istilah dan maksud yang Syed Quthb gunakan di dalam penulisan beliau. Sungguh malang keadaan seperti ini…”

Lega membaca

2. 12Pak Din
on 22 Jul 2008 at 11:14 am
“Apabila saya membaca tentang Islam, sekarang ini saya sudah yakin yang Kristian bukan agama yang benar. Cuma, adakah Islam ini agama yang sebenar-benarnya, saya masih mengkaji. Kita hari ini banyak diselubungi oleh pseudoreligion. Susah nak bezakan antara ajaran agama yang asal dengan intepretasi pengikutnya yang pelbagai. Saya tidak pasti adakah saya sedang memahami Islam sebenar atau pseudo-Islam?”, Brian menyambung kalamnya.

Sebagai dulunya bukan Islam, Brian berfikir dan bertanya, tetapi bila lahir dengan nama Muslim, kebanyakannya ikut sahaja ke mana arus persekitaran bawa.

[Reply]

Abu Saif reply on July 22nd, 2008 11:17 am:

Komen Pak Din amat saya perlukan, untuk turut sama point out isi-isi penting artikel. Jazakallahu khairan

3. 9 Pak Din
on 22 Jul 2008 at 11:46 am
“Ada satu lagi kelompok ibu bapa yang ‘ikhlas’ menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Biar pun agak ganjil melihat mereka datang ke perkarangan masjid dengan baju yang seksi, berseluar pendek dan bapa memakai gelang emas… saya akur bahawa ada secebis keinginan di hati mereka untuk anak-anak menerima didikan agama.

Saya menerimanya dengan hati terbuka.”

Hati terbuka yang terluka Ustaz, tidak memberikan kesan kepada mereka, tetapikan bila terluka Pengubal Qodo’ Qadar, Dia tak kira. Suruh penulis amalan catit di blognya dan Qadar ketentuanNya mengatakan ‘ikhlas’ itu tak bermakna. Memang saya delima tentang mengambil hati atau mengambil tahu? Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan ‘on the right side of the road’.

[Reply]

Abu Saif reply on July 22nd, 2008 11:58 am:

Kerana itu kalimah IKHLAS saya kurung di antara ‘ dan ‘.

Kalau disanggah mak bapak begini, nanti ditariknya ana keluar meninggalkan sekolah. Kesian anak-anak.

4. 58 Pak Din
on 22 Jul 2008 at 12:21 pm
“mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang berpengaruh.”

Berkuasa menghasilkan Muslim di Kaherah, sementara berpengaruh menghasilkan Islam di Paris.

Berkuasa menghasilkan pemakaian tudung di Tanahair (Riyad) tetapi tidak bila di London. Sebaliknya bila terpengaruh dengan ajarah yang sebenar. ke angkasa lepaspun masih menutup aurat.

Berkuasa menghasilkan bilangan sementara berpengaruh menghasilkan mutu.

Yang berpengaruh dan berkuasa ibarat khalifah yang Allah kehendaki, memakmurkan Bumi untuk mendapat keredoaan di Akhirat, tetapi yang berkuasa dan berpengaruh, menghasilkan kahlifah yang manusia kehendaki.

Akhirnya yang berkuasa memperkenalkan Allah yang Berkuasa sementara yang berpengaruh memperkenalkan Allah yang Maha Sempurna.

5. 12Pak Din
on 22 Jul 2008 at 11:35 am
Posted: July 10, 2008 – 10:41 AM
——————————————————————————–
Kalau kita terus beranggapan bahawa parti yang memerintah negara, maka kita akan terus berbalah berpanjangan dan tidak dapat memimpin dengan baik. Politik adalah kepimpinan. Ibarat memimpin sebuah keluarga, kedua-dua suami dan isteri memimpin keluarga dengan garis panduan Agam yang telah ditentukan. Begitu juga penyokong dan pembangkang di dalam sesebuah kerajaan seperti di Malaysia. Suami dan isteri yang memimpin perlu duduk berbincangan (di parliment) dan kesepakatan bersama itu yang memerintah. Jangan kita ajar anak kita memahak kepada ibu atau bapa sahaja. Kedua-dua berfungsi bersama sekiranya bersepakat.

Dari AAN

Semalam TGNA kata “Apa ada pada PAS, yang nak ditegakkan ialah Islam dan UMNO hanya menghancurkan Islam”. Kurang tepatlah ibu mengatakan Islam bapa tidak berguna. Sebagai anak kenapa perlu ambil side .. ibu ke bapa?.


S020 Hasil 44 hari di AAN #2 – Big Bang.

Julai 19, 2008

1. Petikan tread yang dimulakan Sdr Saifuddin (Deansama) di AAN.

Posted: June 07, 2008 – 06:02 AM
Post subject: Historical and Scientific Errors in Al-Quran

——————————————————————————–
Minta maaf kepada mod sekiranya saya tersalah parking tajuk ni (tak tau nak letak bahagian mana). Thread ni saya buka khas untuk menjawab persoalan-persoalan budak-budak tentang tajuk topik di atas. Saya buka topik baru sebagai memudahkan kita fokus pada tajuk perbincangan kerana saya lihat thread yang lepas macam dah menyimpang jauh dari fokus utama.

Dan kalau boleh thread ini kita kumpulkan soalan-soalan yang selalu ditujukan oleh atheist supaya kita sama-sama berbincang dan menjawabnya inshaAllah.

Berikut saya quotekan kata budak-budak.

Persoalan 1: 6 Hari Penciptaan Alam

Persoalan 2: Tidak Mengambil Orang Kafir Sebagai Teman

Persoalan 3: Islam Mengajar Keganasan

Persoalan 4: Bintang atau Tahi Bintang

Persoalan 5: 7 Lapis Langit dan Bumi, Ketinggian Adam

Persoalan 6: Banjir Besar Nuh, Musa Menyeberangi Laut Merah

Minta tolong mereka yang ahli dalam bidang tafsir, hadis, falsafah, sains dan metafizik sama-sama memerah otak untuk kita menjawab soalan-soalan ini sekaligus menangkis tuduhan-tuduhan dari atheis.

2. Tersentuh dan merasakan peduli kepada isu aqidah yang melibatkan sains, saya mendaftar di AAN pada 1hb Jun 08, setelah membaca ulasan dari Sdr Saifuddin di artokelnya bertajuk “Kembalilah ke pangkal jalan” bertarikh 3hb Jun. Sdr Budak-budak memulakan tread “Tolong saya,Agnosticism” pada 15hb May. Saya meberikan komen pertama seperti berikut.

Posted: June 01, 2008 – 10:53 AM
——————————————————————————-
Salam Budak-budak

Saya merasakan Sdr Budak-budak adalah seorang yang matang menggunakna akal dan mindanya. Sehinggakan sekiranya dia ‘keluar’, dengan berbekalkan akal itu, sekiranya dia terus menggunakannya dengan menjadi AL Baab, saya pasti dia akan masuk balik. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan Sdr tentang menjalai kehidupan dan pencarian kebenaran, tetapi terlalu banyak unutk ditulis di sini, maka saya singkatkan sebagai sharudin.com.

Komen kedua dan ketiga adalah petikan dari komen 1092, komen di Saifulislam.com 10080 (komen no 24) dan komen 15882 (Perenggan ketiga, komen no 13.

3. Sdr Deansama menulis,

Posted: June 02, 2008 – 05:37 PM
——————————————————————————–
Hujah budak-budak mengatakan Al-Quran ada scientific flaws selalunya bersumber dari sini. http://www.faithfreedom.org/Articles.htm

Kita mulakan dulu dengan tuduhan-tuduhan terhadap Nabi Muhammad.

- Seorang pedophile – berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun (Muslim 8. 3310)
- Seorang perogol – membenarkan para sahabat merogol tawanan perang yang telah berkahwin ( Bukhari, Volume 5, Book59, Number 459)
- Seorang bernafsu tinggi (bersetubuh dengan Mariah tanpa mengahwininya)

Banyak lagi tuduhan di sini. http://www.faithfreedom.org/challenge.htm

Kalau Islam betul, maka kita buktikan Islam betul.

4. Panel AAN, Sdr Al-Jawhar menulis,

Posted: June 02, 2008 – 05:48 PM

——————————————————————————–
Sebenarnya ada beberapa persoalan yang perlukita perhatikan disini :

1. Apakah agama budak-budak sebelum jadi macam ni??…..ada tak sesaper kat AAN ni yang boleh confirmkan kat saya bahawa , sebelum ini dia memang beragama Islam.??…Atau sebenarnya dia ni bukanlah orang Islam , tapi datang ke AAN sekadar nak menimbulkan keraguan kita kepada Islam….( Maaf , kalau terjahan saya sangat-sangat tersalah )

Ana beranggapan sebegitu kerana adalah tidak logik dan munasabah sekali , hanya dengan kerana membaca surah Jinn , si budak-budak dengan bangganya mengumumkan keluar daripada Islam…

Adalah susah , malahan kes terpencil sebenarnya , jika seseorang yang memang dari lahir sudah beragama Islam dan dibesarkan dengan agama Islam tanpa pengaruh luaran , akan membuat kenyataan keluar Islam dengan sewenang-wenangnya , walaupun dia tergolong dalam golongan orang yang sungguh jahat dan tak pernah buat amal ibadah…..Melainkan dia adalah seseorang yang convert daripada agama lain kepada Islam….Maka kemungkinan dia keliru dengan Islam dan mengambil keputusan untuk kembali kepada agamanya semula.

Sebab itu ana mahu memastikan dahulu , siapakah sebenarnya dia ini…dan ana mahukan kepastian daripada mana-mana forumers yang pernah mengenalinya secara betul…bukan kenal di alam maya….

2. Bila sudah dipastikan bahawa budak-budak memang seorang Islam , maka kita semua bertanggungjawab untuk membetulkan kembali pemikirannya serta membawa dia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar….

bersambung di AAN ….

5. Sdri Afifah555,

Posted: June 02, 2008 – 10:31 PM
——————————————————————————–
salam. ust bad, ana tak bersetuju dgn gurauan ust bad terhadap budak2 dan juga taktik menakut-nakutkan nya. Seeloknya ,biarlah hujah di jawab dgn hujah.

>>untuk pengetahuan semua ada sahabat ana yg melayari AAN tapi dia tak register telah bersms dgn ana. dalam sms itu dia menyatakan kepercayaan dia sudah mulai goyang. dia sudah mulai ragu tentang hadis yg telah dinyatakan dlm thread ini iaitu tentang askar muslim yang boleh merogol dan tentang nabi bernafsu terhadap mariah al-qibti(tanpa mengahwininya).Harap kita semua dapat menjawap persoalan2 ini dengan hujah dan bukan dgn emosi. dan tak lupa juga tentang pernikahan nabi dgn aisyah sewaktu umur aisyah 6 tahun. dlm sms itu dia bertanyakan kewajaran mengahwini perempuan pada usia yg amat muda. please help us.

Posted: June 03, 2008 – 12:58 AM
——————————————————————————–
salam. ana baru je dapat sms dari sahabat ana. dia suruh online. dalam sms tu dia cakap budak2 ditakut2kan ddengan law enforcement. ana tak setuju la dgn cara itu. hujah biarlah di jawab dgn hujah. kalau dari segi zahirnya kita dapat memaksa dia mengaku islam tapi batinnya tidak begitu apa guna. macam kes lina joy, kita nafikan ic nya dibuang perkatan islam tapi adakah dia islam?

please don’t insult budak2 crediblity. hormatlah dia. anggaplah dia seperti adik atau anak kita sendiri. jika adik kita atau anak kita menghadapi masalah dan persoalan yg sama macam budak2 , adakah kita akan hantarkan dia pada jabatan agama atau kita sendiri melaksanakan hukuman kpd dia. berhikmah lah. ini bukan masalah budak2 sahaja, ana pun goyang dibuatnya. itu belum kira sahabat ana. dia sentiasa sms tentang update terkini thread ini.

6. Sdr Islamuntuksemua memetik tulisan Ustaz Hasrizal,

Posted: June 03, 2008 – 03:18 AM
——————————————————————————–
salam.

patutlah terasa macam ade sumtin wrong berlaku kt AAN.tu yg jari jemari ni klik link AAN.
adikku budak-budak, sy tak dapat nak ikuti keseluruhan thread ini.tapi saya ade artikel yg menarik dari ust hasrizal dari saifulislam.com

harap adikku budak2 dapat baca dgn perlahan dan bertenang.
adik ,bersyukurlah apa yg kita ada.bersyukurlah, nanti allah akan buka pintu-pintu kebesarannya.

ini artikel ust hasrizal tentang al-quran.

Siapa di Sebalik al-Quran Itu?

7. Oleh kerana pertama kali berforum dan tak faham format, saya tak quote soalan semasa menjawab. Apa nak buat .. newbie. Lima komen seterusnya.

a. Yang mempunyai iman yang mantap (iman ilmu atau iman yang disertakan dengan pembuktian) saya rasa tidak dapat di goncang keimananya, hanya apabila iman itu adalah iman taklid iany sangat rapuh.

b. Kita tidak dapt berfugsi dengan berkesan (atau mengarah kepada kebenaran) sekiranya kita mengambil hujung ekstreme. Adanya jasad sebagai kenderaan kepada kita (roh) juga datang bersama nafsu (ke arah kejahatan dan kebaikan) Keduanya tidak dapat dipisah. Penserasian yang perlu, iaitu pengimbangan keperluan. Tanpa nafsu kita (roh) tak boleh hidup. Terlebih mengikut nafsu juga memusnahkan hidup kita. Maka soal ilmu sain (fikir dan bukti) perlu diimbangi dengan ilmu agama (percaya dan ikut)

c. Tiada kecelaruan yang diluar kawalan dikalangan pengkaji ilmu sains, hanya kita yang tidak terlibat secar lansung ini yang celaru, memikirkan sedikit kecelaruan yang ada pada pengkaji sains. Mereka mengharapkan sedikit kecelaruan yang ada di dalam ilmu sians diselesaikan oleh penghuni Bumi seterusnya, bukan mentah-mentah menolah keberadaannya.

d. Evolusi adalah carkerja Allah (SunnahNya) yang telah diperhatikan oleh saintis (pemerhati Kitab Alam) yang kemudiannya membuat kesimpulan yang berguna untuk dijadikan manfaat kepada kehidupan. Kalau ada kejahatan yang timbul dari keputusan atau kajian sains, selalunya bukan dilakukan oleh ahli sains, tetapi ramai orang bukan sains yang mengambil kesempatan mengeksploit kajian sains untuk kepentingan dan kewangan mereka.

e. Alah beriradah untuk menjadikan kebaikan. Tetapi SunnahNya juga mengatakan bahawa dalam penciptaan kebaikan itu, hasil sampingannya adalah kejahatan. Itu adalah kebidupan. Allah jadikan setiap sesuatu dengan berpasangan, buruk dan baik. Itu kehendak Allah. Dia juga memebrkan garis panduan untuk memil;ih yang baik dan yang jahat, supaya kita berada di dalam keselamatan (Islam).

8. Setelah 33 ms berbahas, Sdr Budak2 tidak kembali. Saya berta’ruf dengan warga AAN, tetapi ditegur, “Kalau bleh, nak taaruf tu buat la topik lain ye. Topik ni utk bincang ngn bebudak. Nnt dia datang blk, isu tah ke mana.. dia pun dah tarak minat mau diskus. “

Sdr Deansama telah membuka topik baru khusus menjawab persoalan Sdr Budak2.

9. Akhirnya, kesimpulan saya tentang Big Bang.

Posted: July 03, 2008 – 10:04 AM
——————————————————————————–
Reincarnation wrote: (Budak2 dengan nama baru)
the other theory is that the big bang occurs at the imediate end of the previous universe. the universe colapses in a supermassive black hole. the black hole can not exist, because the universe isn’t there for it to exist in. therefore, the black hole ceases to exist, and a new universe is made.

If you choose “God”, then instead of “What was before the Big Bang?”, you have to ask “What was before God?”, which is exactly the same question, just with “the Big Bang” renamed as “God”.

Pak Din wrote:
The piont to understand is the 1 st thermodynamic law, there exist an amount of energy, to be used as the very basic building blok to everything. Be it black hole and then it evoperate and cause a new universe and so on. That pure energy of God (proving His existance) is what exist before the Big Bang.

Big Bang is the description of the method used by Allah, and its is not Allah Himself. He is beyond our mind to think due to the higer dimention differences. The existance of higher dimension, cannot be tought of by the lower. A 2-dimention man, as in a drawing, will not be able to comprehend depth or height. SO we, in the lower dimension, cannot comprehend of Allah’s existance, but his presence is in the form of energy. Pure energy, the cosmic egg, ie before the Big Bang.

Sdr Perswis says “Is it hard to accept that The God is the Creator of everything? He create the universe from nothing at all. Only He exist with the existence that cannot be think nor imagined.
People are pondering on concept(s) they themselves admit won’t be answered anytime soon and forget that there exist something for them to ponder upon which is much closer! “

10. Kesimpulan dari tread (28 ms 21 hari) “Historical and Scientific Errors in Al-Quran” ialah,

a. Saya faham dengan kekecewaan saudara (Deansama) dalam hal ini .. tetapi kekadang terpaksa dilakukan kerana tidak mahu isu dasar iaitu aqidah terpisah dari isu-isu kehidupan. Saya melihat Islam itu adalah The way of life. Maka seharusnya segala tindak-tanduk kehidupan dan perbincangan akhirnya ke arah mengenal Allah. Jadi terpesongnya tread ini dari tajuk asalnya adalah kerana untuk tidak mahu melihat terpesongnya akidah kita dalam membincangkan apa sahaja isu berkaitan kehidupan.

Pandangan ilmu sains saudara sangat-sangat diperlukan di sini.

b. Asasnya segala pembacaan dan penimbaan ilmu tidak boleh dipisahkan dari Kitab-kitab Wahyu yang telah diturunkan. Kemudian kita perlu mengikuti saranan AQ untuk keluar mengkaji Kitab Alam, yang mengandungi ayat-ayat menunjukkan kekuasaan dan kewujudan Allah … sekiranya asas itu diabaikan, banyak link manapun tidak akan mengahasilkan keimanan yang jitu. Kita perlukan iman taklid menjadi iman ilmu dan terus meningkat ke arah iman kamil.

Hanya persoalan 1 yang disentuh dan yang lainnya tidak. Seterusnya saya membuka tread “Big Bang; Carakerja Allah
Sdr Deansama membuka “Evolution or Creation?”


S019 Hasil 44 hari di AAN #1.

Julai 18, 2008

1. Setelah 44 hari bersama warga AAN saya semakin faham dengan bentuk perbalahan Muslim yang berumur berabad ini. Kalau nak dikatakan masaalah USUL dan FURU’, pun susah juga, kerana tasawwur tentang keduanya berbeza. Pandangan dari Orang Agama dan Orang Beragama adalah bebeza. Bagaimanapun kredit sepatutnya diberikan kepada tuanpunya forum Ust Zain kerana berkerja keras menyediakan wadah perbincangan terbuka dan mengambil tindakan yang berani memastikan terbukanya forum tersebut. Bukan mudah untuk terus mengendalikannya secara sendirian, bagaimana terasa pedihnya hati selama 44 hari mengeluarkan 999 komen di AAN. Saya sempat meneliti beberapa isu berkaitan forum di AAN dan disenaraikan berikut.

2. Dari Blog Saifulislam.com

Hati budi penulis, dinilai pada penulisannya. Dan biar pun sheikh zain-ys tidak pernah saya temui di alam nyata, hasil penulisan dan gaya bahasanya, meletakkan beliau di barisan insan yang saya hormati, kerana komitmen beliau kepada kesederhanaan. Suatu sikap yang semakin terhakis dari kemunculan pengunjung generasi baru di halaman web al-ahkam.net itu.

Masih terkenang, lama dulu, saya sedikit berselisih faham dengan sheikh THTL di dalam diskusi kami. Sheikh zain-ys menghantar email kepada saya meminta agar saya tidak ambil hati dan Alhamdulillah… biar pun mungkin angin saya dan sheikh THTL (juga tidak pernah saya temui di alam offline) selalu berlainan tiupan, diskusi kami menjadi lebih sejahtera. Pelayaran di al-ahkam.net diteruskan.

3. Dari Blog Sdr Kamin, Tuesday, December 04, 2007

al-Qaradhawi : Siapa kata Assyaerah sesat?

Aqidah Assyaerah dikaitkan pengasasnya Abu Hasan Assya’ri, yang sebelum itu berpegang kepada aqidah Muktazilah, dan selepasnya mengikut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada peringkat akhir hidupnya, sebagaimana didapati didalam salah satu buku terakhirnya al-Ibanah. Ia diasaskan dengan kaedah beriman dengan Sifat Allah yang sesuai dengan dirinya, takwil maknanya, dan melarang sesuatu menyerupainya. Aqidah ini diterima ramai dikalangan orang Islam.

Perselisihan yang timbul adalah berkenaan dengan mengtakwil sifat-sifat Allah swt, Dikaitkan perselisihan diantara Aqidah Salaf dan Aqidah Khalaf. Apakah mereka ini sesat atau kafir? Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa :- walaupun saya cenderung kepada pandangan salaf mengenai isu sifat, tetapi saya tidak mengkafir, menyesatkDDan dan menganggap kaum Khalaf sebagai berdosa kerana melakukan takwil. Sesungguhnya khilaf itu berpunca didalam isu bahasa arab dan memahami nas-nas Quran dan Sunnah.

4. Dari Blog Saifulislam

Jika kita mempelajari Fiqh, kita harus terlebih dahulu membiasakan diri dengan kaedah-kaedah yang membentuk Fiqh itu sendiri. Fiqh tidak boleh difahami hanya dengan menghafal hukum A, B dan C. Fiqh tidak boleh difahami tanpa terlebih dahulu mempelajari Usul Fiqh iaitu ilmu yang mengajar bagaimana isu A hukumnya menjadi A, dan isu B hukumnya B.
Maka begitu jugalah dengan Sejarah. Jika sesiapa cuba mendekati sejarah hanya dengan membaca peristiwa, tanpa jelas kepada dirinya bagaimana peristiwa itu direkod dan kemudian bagaimana ia patut ditafsir… sejarah akan menjadi beku dan jumud… membosankan dan membuang usia. Untuk itu, kita perlu kepada Usul al-Tarikh, atau kadang-kadang disebut juga sebagai Fiqh al-Tarikh. Di IIUM, ia dimasukkan sebagai topik di bawah subjek Research Methodology.

5. Dari Blog Dr Danial

Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan. Dalam konteks ini al-Quran menekankan tentang kepentingan menguasai dua ayat. Penguasaan dua ayat bermaksud menguasai, pertamanya, ayat-ayat al-Quran dan, keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta. Ayat dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud, seperti yang disebutkan dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic. Pertama, ia bermaksud “verses of the Quran” atau ayat-ayat Quran, dan kedua, ia bermaksud “sign” atau tanda dan bukti.

Penguasaan ayat-ayat al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Melalui al-Quran manusia mengenali tujuan hidup dan cara hidup. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 89, “Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim.”

6. Dari Blog Abu Umair, Hadis Atau Feqah?, Posted on July 14, 2008 by abuumair

Mungkin kita pernah mendengar orang membuat perbandingan antara ilmu hadis dan ilmu feqah, mana satu yang patut dipelajari. Ada yang mengutamakan hadis semata-mata, dan ada juga yang mengutamakan feqah semata-mata. Tidak kurang juga yang memilih salah satu daripada keduanya, sambil memperlekehkan yang lain.

Bagi seorang penuntut ilmu, perbandingan seumpama ini tidak menguntungkan. Yang sepatutnya dilakukan ialah cuba menguasai kedua-dua jenis ilmu ini; hadis dan feqah. Inilah yang dituntut oleh syarak dan memberi faedah kepada perjalanan akademiknya.

Imam Syafie (wafat: 204H) telah memberi wasiat tentang kepentingan dua ilmu ini dalam satu bait syairnya:

Segala ilmu selain Al-Quran adalah batil,
Kecuali hadis dan feqah dalam agama.

Ilmu hadis adalah petunjuk dan dalil, manakala ilmu feqah pula adalah natijah kefahaman daripada hadis. Apakah ertinya seseorang yang tenggelam dalam ilmu hadis dengan segala macam cabang-cabangnya, mempelajari mustalahnya, jalur-jalur hadisnya, perawi-perawinya, tetapi tidak memahami makna hadis, permasalahan-permasalahannya dan istinbat feqah daripadanya.
Dan apakah ertinya seseorang yang menguasai ilmu feqah dengan segala masalah-masalah furuknya, tetapi tidak tahu tentang dalil-dalinya, dan tidak pasti adakah pendapat yang dipegangnya disokong oleh hujah atau tidak.

7. Komen saya di Blog Sdr Mukhtar berhubung Salaffossoleh.

Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi Muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini.

Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penakhlukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi SAW. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.

Menjadikan Salafi idola sebagai contoh perlu kepada melihat yang tersirat bukan yang tersurat. Yang tersurat ialah pedang dan kuda, yang tersirat ialah kemenangan Muslim mengatasi kekuatan Kafir. Sekarang ini kalau Muslim mahu mengidolakan Salafi, jangan di atas dasar mengenepikan ilmu sains dan teknologi.

Saya sebut ini kerana, memang itu yang berlaku. Apabila membaca Al-Quran (AQ) Muslim hanya membaca yang tersurat dan meninggalkan yang tersirat, maka di dalam kehidupan seharian pun terbawa-bawa sikap tersebut. Sentiasa tidak mahu memahamai apa yang tersirat di dalam surat. Sentiasa mahu mengambil Salafi sebagai idola tetapi kurang memikirkan apa yang tersirat di sebalik kemajuan golongan Salafi terdahulu.


S018 Allah adalah segalanya.

Julai 11, 2008

Petikan dari Blog Sdr Saifuddin, “Kalau ada Tuhan, mengapa ada kejahatan? Kalau Tuhan itu baik, mengapa dunia ini tidak dihiasi dengan kebaikan semata? Mengapa masih ada sakit dan penderitaan?”

Sebagai memulakan perbincangan, saya paparkan situasi berikut …

Allah itu Maha Adil, tidak bias, tidak berpolariti, ie -ve or +ve. When He created life, He created +ve thing. If you take a pencil, adn raise one end to denote +ve the other has to come down, ie -ve. Do we say Allah had created -ve. His Good Intention is to create life which is +ve, but -ve is a result of creation of +ve. This is where Thermodynamics Law #2 come handy. But He has created life.

His creation is stipulated in his CD (the current trend) called Qodo and Qadar. Imagine buying a CD game of Golf, say. The CD is complete. Is the CD bias? Is the CD that determine who wins or loose the game? Yes and No! depends on how you look at it. Its entirely up to the player to win or loose, agreed? He, as the writer or creator of the game, has set everything for a person to win. The player is not against Him! The player is against oneself. You know the rule, you follow the rule, you determine the end

Dua perenggan di atas adalah dari Komen 950

Dan petikan berikut dari Hari Vesak Jangan Sesak
Tak jumpa pulak dari mana datang pharse berikut, “The script is getting tougher and tougher”.“semata – mata ‘a pawn’ (in a chess game)”. Tulis siang tadi tak sempat post, malam dah lupa mana nak letak.

How are you doing? Hibernating or consolidating thoughts and plans? Or somehow, it came across your mind not to let this blog knows everything. Be strong! Be ourselves! Have self-esteem (jatidiri). Its only a systematic error, as in the study of science, not a random error. A mistake is not a mistake, if it is not repeated twice. Yes, we might think we have not repeated the same thing. Or repeating the same rubbish?, but who are people to judge what we do. The best teacher is Allah. He sourced all ilham and guidance. What do people have when they keep on closing their mind, when Allah said we should be opening ours, especially to observe, and deduce that His presence and energy are always there with us, in nature.

“The script is getting tougher and tougher”. Its in how we define life. If we are expecting life to be easy than everything will be difficult, but if we mindset out approach to learn and accept that life is tough, then, there is nothing as tough as trying to undersatand His attributes, hence being maarifatullah. Worse than that, if maaarifatullah is considered as rubbish, than let main stream people say that. Let them sunk in doing what they like best, without thinking the purpose of doing what they do. We are not here on this world to searh for tranquality (peaceful mind) but we are here in search of the truth, the absolute truth. And remember there is nothing easy about finding the truth.

“semata – mata ‘a pawn’ (in a chess game)”. Yes, we have agreed, to be a superstar. But what is the chances of being one? Do we then regret we are not borned in Hollywood or Bollywood but instend in Malaywood? That where the understading of His way of writing the script is very improtant. In order to understand His script, which is almost imposibble, we have to understand how He works. Sunnah Allah. People do get bored with this particuar word, Sunnah Allah, I recond, but what choice do we have, in order to understand His script. We kept forgetting He formed this Universe with His energy and power, with His intention and will. If we say taht we nwvwe forget that, I am sure Muslim will not be in the position they are at the moment of history.

The whole idea about life is to find a superstar, not among the heros or heroines. There cannot be more than a pair of those. The rest are supporting actors, passer-by, and a whole gamut of charaters required for the play. Every actor is important. Leaving one, at any level, means that the whole play changed. So I have the view that superstars are not borned out of a hero’s role, its out of every actor. In the case of our life, we are not considering us as an actor, not as a single human being. Its our generation, its our understanding that we are playing role in the formation of our next generations. And the previous generations also affect our presence in this very world. So how do we reat to that? Do we say that we were destained not to be superstar? Never, its not the role given, its the role we played. Do adapat and evolve, in the true sense.


S017 Harun Yahaya & WW

Julai 8, 2008

Dari blog Sdr Saifuddin, Harun Yahaya.

1. Harun Yahaya tidak memehak kepada evolusi tetapi bersetuju kepada Big Bang, sesuatu yang menghairankan. Big Bang adalah sejarah ala-evolusi untuk bukan-kehidupan, yang kemudiannya memungkinkan berlaku evolusi, iaitu sejarah atau carakerja Allah tentang kehidupan. Mungkin kerana tekanana persekitaran membuatkan beliau terpaksa menerima cara creationist dan lebih mudah untuk mengikut sentimen arus perdana, samada Muslim atau Kristian. Dari segi saintifiknya, saya melihat Big Bang adalah sejarah Alam, dari perkembangan awal cekrawala sehinggalah kepada evolusi dan apex penciptaan mahluk iaitu manusia. Big Bang masih dan terus berlaku kerana kadar perkembangan masih mengalami acceleration. Ini dimungkinkan oleh tenaga yang dirujuk sebagai Dark Energy.

2. Saya mengambil ayat dari AQ yang mengatakan Alam ini terbentuk di dalam enam ayyam, yang saya ringkaskan di dalam Bhg 6, Teori DARWIN, Fi sittah … Penceramah di video menerangkan, pada molecular level, iaitu tahap 3 dan 4 dalam ringkasan saya Bhg 6, semua yang ada di Alam ini terdiri dari atom yang sentiasa bergerak. Dynamic Equilibrium. Saya kira ini tidak dapat disangkal lagi bagi mereka yang mempelajari Alam melalui displin sains. Keseluruhan blog saya adalah bertujuan untuk menserasikan pembuktian ilmu sains kepada adanya nas-nas yang berkaitan dengan aqidah kita tentang kehidupan. Saya pasti dengan minda yang terbuka luas, penserasian dapat diperolehi. Ilmu sians ialah ilmu yang mengkaji carakerja Allah. Kitab AQ tidak memperincikan penerangan tentang proses pembentukan Alam. Bagaimanapun Kitab AQ mengarahkan kita merujuk ke Kitab Alam untuk mencari jawapan.

3. “Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).” – dari R56 ke SI.

4. “Saya kira tidak keseorangan dalam meredah arus mencari persimpangan yang sepatutnya, kerana persimpangan yang telah di ambil salah kerana tercemar dengan isu dalam jubah, sehinggakan bagi membendung keganasan berfikir, terpaksa difatwakan haram segala yang berkaitan, dan semacam ada papan tanda ‘jalan mati’ dipacak di situ. Saya tidak persoal hukuman mati yang telah dijatuhkan dahulu, kerana kita tidak mengetahui peristiwa sebenar, adakah unsur konspirasi disebaliknya. Bagaimanapun jalan ke arah itu semamangnya menyeramkan kerana alat yang hendak digunakan, iaitu falsafah dan sains, bukan merupakan alat yang diterima ramai untuk membuktikan keesaan Allah, di mata arus perdana.” – Dari R61 ke SI.

5. Seperti dijelaskan penceramah di Video, kehadiran Zat Allah di Alam ini merupakan asas kepada Wahdatul Wujud. Dari AAN, tajuk “tolong saya,Agnosticism” ms 37,

Reincarnation wrote:
“If you choose “God”, then instead of “What was before the Big Bang?”, you have to ask “What was before God?”, which is exactly the same question, just with “the Big Bang” renamed as “God”. “

Perswis wrote:
“Is it hard to accept that The God is the Creator of everything? He create the universe from nothing at all. Only He exist with the existence that cannot be think nor imagined.
People are pondering on concept(s) they themselves admit won’t be answered anytime soon and forget that there exist something for them to ponder upon which is much closer! “

Saya menjawab,
“The existance of higher dimension, cannot be tought of by the lower. A 2-dimention man, as in a drawing, will not be able to comprehend depth or height. SO we, in the lower dimension, cannot comprehend of Allah’s existance, but his presence is in the form of energy. Pure energy, the cosmic egg, ie before the Big Bang.”

6. Zat Allah swt tidak hadir di ALam ini. Allah bersifat Muhalafatu lil hawadith, tidak serupa dengan mahluk. Oleh itu zat Allah tidak mungkin dibuktikan melalui pemerhatian atau kajian ilmu sains. Tetapi dari AQ, ayat-ayat berkaitan Al Baab, mengarahkan kita melihat atau memehatikan kehadiran kuasa atau tenaga Allah, melalui segala kejadian ciptaanNya di Alam ini, termasuklah yang paling mudah pertukaran siang dan malam. Maka tajjalinya zat Allah (kehadiran, menifestasi, terjemahan) di Alam ini merupakan tenaga dan kuasa, yang saya rujuk sebagai the Cosmic Egg, di perenggan 5. Isu jubah mengatakan bahawa Allah bersamanya, sudah semestinya tidak benar. Begitu juga pentaism dan sebagainya, yang mengatakan zat Allah hadir di dalam Alam. Bagaimapun Hopkin mengatakan, “if the unification of laws in the universe, is God, then I believe in God”, juga memerlukan penapisan sekiranya yang dia maksudkan ialah zat Allah.

7. “Pewaris Nabi saw sepatutnya mempunyai kedua2 kepakaran Ilmu Sunatullah dan Ilmu Syariat Allah (Sunnah Nabi). Ibarat pada fitrahnya manusia memerlukan dua kaki bagi menstabilkan perjalanan (walaupun ketika memandu), untuk tidak mudah goyang ditiup gelora mendatang. Ingatlah Nabi saw adalah seorang saintist, kerana mengeluarkan kenyataan2 sains disamping gelaran2 lain yang banyak disandangnya. Masakan berkesan fungsi pewaris sekiranya berjalan kali sebelah atau memakai tongkat. Apakah kepincangan muslim dewasa ini tidak disebabkan oleh tongkat yang patah?. Ukurkah kewarasan kita melalui ilmu sains dan arts.” – Dari Bgh 4 DARWIN.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.