S019 Hasil 44 hari di AAN #1.

1. Setelah 44 hari bersama warga AAN saya semakin faham dengan bentuk perbalahan Muslim yang berumur berabad ini. Kalau nak dikatakan masaalah USUL dan FURU’, pun susah juga, kerana tasawwur tentang keduanya berbeza. Pandangan dari Orang Agama dan Orang Beragama adalah bebeza. Bagaimanapun kredit sepatutnya diberikan kepada tuanpunya forum Ust Zain kerana berkerja keras menyediakan wadah perbincangan terbuka dan mengambil tindakan yang berani memastikan terbukanya forum tersebut. Bukan mudah untuk terus mengendalikannya secara sendirian, bagaimana terasa pedihnya hati selama 44 hari mengeluarkan 999 komen di AAN. Saya sempat meneliti beberapa isu berkaitan forum di AAN dan disenaraikan berikut.

2. Dari Blog Saifulislam.com

Hati budi penulis, dinilai pada penulisannya. Dan biar pun sheikh zain-ys tidak pernah saya temui di alam nyata, hasil penulisan dan gaya bahasanya, meletakkan beliau di barisan insan yang saya hormati, kerana komitmen beliau kepada kesederhanaan. Suatu sikap yang semakin terhakis dari kemunculan pengunjung generasi baru di halaman web al-ahkam.net itu.

Masih terkenang, lama dulu, saya sedikit berselisih faham dengan sheikh THTL di dalam diskusi kami. Sheikh zain-ys menghantar email kepada saya meminta agar saya tidak ambil hati dan Alhamdulillah… biar pun mungkin angin saya dan sheikh THTL (juga tidak pernah saya temui di alam offline) selalu berlainan tiupan, diskusi kami menjadi lebih sejahtera. Pelayaran di al-ahkam.net diteruskan.

3. Dari Blog Sdr Kamin, Tuesday, December 04, 2007

al-Qaradhawi : Siapa kata Assyaerah sesat?

Aqidah Assyaerah dikaitkan pengasasnya Abu Hasan Assya’ri, yang sebelum itu berpegang kepada aqidah Muktazilah, dan selepasnya mengikut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada peringkat akhir hidupnya, sebagaimana didapati didalam salah satu buku terakhirnya al-Ibanah. Ia diasaskan dengan kaedah beriman dengan Sifat Allah yang sesuai dengan dirinya, takwil maknanya, dan melarang sesuatu menyerupainya. Aqidah ini diterima ramai dikalangan orang Islam.

Perselisihan yang timbul adalah berkenaan dengan mengtakwil sifat-sifat Allah swt, Dikaitkan perselisihan diantara Aqidah Salaf dan Aqidah Khalaf. Apakah mereka ini sesat atau kafir? Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa :- walaupun saya cenderung kepada pandangan salaf mengenai isu sifat, tetapi saya tidak mengkafir, menyesatkDDan dan menganggap kaum Khalaf sebagai berdosa kerana melakukan takwil. Sesungguhnya khilaf itu berpunca didalam isu bahasa arab dan memahami nas-nas Quran dan Sunnah.

4. Dari Blog Saifulislam

Jika kita mempelajari Fiqh, kita harus terlebih dahulu membiasakan diri dengan kaedah-kaedah yang membentuk Fiqh itu sendiri. Fiqh tidak boleh difahami hanya dengan menghafal hukum A, B dan C. Fiqh tidak boleh difahami tanpa terlebih dahulu mempelajari Usul Fiqh iaitu ilmu yang mengajar bagaimana isu A hukumnya menjadi A, dan isu B hukumnya B.
Maka begitu jugalah dengan Sejarah. Jika sesiapa cuba mendekati sejarah hanya dengan membaca peristiwa, tanpa jelas kepada dirinya bagaimana peristiwa itu direkod dan kemudian bagaimana ia patut ditafsir… sejarah akan menjadi beku dan jumud… membosankan dan membuang usia. Untuk itu, kita perlu kepada Usul al-Tarikh, atau kadang-kadang disebut juga sebagai Fiqh al-Tarikh. Di IIUM, ia dimasukkan sebagai topik di bawah subjek Research Methodology.

5. Dari Blog Dr Danial

Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan. Dalam konteks ini al-Quran menekankan tentang kepentingan menguasai dua ayat. Penguasaan dua ayat bermaksud menguasai, pertamanya, ayat-ayat al-Quran dan, keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta. Ayat dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud, seperti yang disebutkan dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic. Pertama, ia bermaksud “verses of the Quran” atau ayat-ayat Quran, dan kedua, ia bermaksud “sign” atau tanda dan bukti.

Penguasaan ayat-ayat al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Melalui al-Quran manusia mengenali tujuan hidup dan cara hidup. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 89, “Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim.”

6. Dari Blog Abu Umair, Hadis Atau Feqah?, Posted on July 14, 2008 by abuumair

Mungkin kita pernah mendengar orang membuat perbandingan antara ilmu hadis dan ilmu feqah, mana satu yang patut dipelajari. Ada yang mengutamakan hadis semata-mata, dan ada juga yang mengutamakan feqah semata-mata. Tidak kurang juga yang memilih salah satu daripada keduanya, sambil memperlekehkan yang lain.

Bagi seorang penuntut ilmu, perbandingan seumpama ini tidak menguntungkan. Yang sepatutnya dilakukan ialah cuba menguasai kedua-dua jenis ilmu ini; hadis dan feqah. Inilah yang dituntut oleh syarak dan memberi faedah kepada perjalanan akademiknya.

Imam Syafie (wafat: 204H) telah memberi wasiat tentang kepentingan dua ilmu ini dalam satu bait syairnya:

Segala ilmu selain Al-Quran adalah batil,
Kecuali hadis dan feqah dalam agama.

Ilmu hadis adalah petunjuk dan dalil, manakala ilmu feqah pula adalah natijah kefahaman daripada hadis. Apakah ertinya seseorang yang tenggelam dalam ilmu hadis dengan segala macam cabang-cabangnya, mempelajari mustalahnya, jalur-jalur hadisnya, perawi-perawinya, tetapi tidak memahami makna hadis, permasalahan-permasalahannya dan istinbat feqah daripadanya.
Dan apakah ertinya seseorang yang menguasai ilmu feqah dengan segala masalah-masalah furuknya, tetapi tidak tahu tentang dalil-dalinya, dan tidak pasti adakah pendapat yang dipegangnya disokong oleh hujah atau tidak.

7. Komen saya di Blog Sdr Mukhtar berhubung Salaffossoleh.

Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi Muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini.

Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penakhlukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi SAW. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.

Menjadikan Salafi idola sebagai contoh perlu kepada melihat yang tersirat bukan yang tersurat. Yang tersurat ialah pedang dan kuda, yang tersirat ialah kemenangan Muslim mengatasi kekuatan Kafir. Sekarang ini kalau Muslim mahu mengidolakan Salafi, jangan di atas dasar mengenepikan ilmu sains dan teknologi.

Saya sebut ini kerana, memang itu yang berlaku. Apabila membaca Al-Quran (AQ) Muslim hanya membaca yang tersurat dan meninggalkan yang tersirat, maka di dalam kehidupan seharian pun terbawa-bawa sikap tersebut. Sentiasa tidak mahu memahamai apa yang tersirat di dalam surat. Sentiasa mahu mengambil Salafi sebagai idola tetapi kurang memikirkan apa yang tersirat di sebalik kemajuan golongan Salafi terdahulu.

26 Respons bagi “S019 Hasil 44 hari di AAN #1.”

  1. Pak Din Berkata:

    Dari http://hafizfirdaus.com/index.php?option=com_content&task=view&id=99&Itemid=9

    Saya tidak kata mempelajari sifat 20 tidak penting. Saya hanya mengajak ahli-ahli fikrah berfikir tentang metodologi mempelajari tauhid yang dipelupori oleh Sheikh Abu Hassan `Ali Al-Asy’ari dan Sheikh Abu Hassan `Ali Al-Asy’ari. Kaedah mempelajari tauhid ini adalah kaedah yang baru timbul setelah dunia Islam dipengaruhi oleh ilmu kalam.

  2. Pak Din Berkata:

    Isu salafi sekali lagi menjadi buah mulut sebahagian dari pendakwah sejak kebelakangan ini. Ini mungkin disebabkan perbincangan semula terhadap kesahihan beberapa amalan masyarakat Melayu Islam di Malaysia yang berlaku pada peringkat nasional pada tahun lepas. Mungkin juga disebabkan beberapa pertikaian yang ditimbulkan oleh sebahagian pihak terhadap kaedah, pendekatan dan uslub dakwah Ikhwan yang mula mendapat tempat di dalam hati sebahagian aktivis dakwah dan beberapa gerakan Islam di tanahair. Perbincangan tentang isu salafi ini banyak berkisar di sekitar dua isu ini; amalan masyarakat Melayu Islam yang merupakan khilaf fiqhi dan manhaj dakwah.

    Dari http://protajdid.blogspot.com/2007/08/saya-juga-salafi-seperti-anda.html

    http://sharudin.wordpress.com/2007/08/01/d010/

  3. Pak Din Berkata:

    Dalam pembahasan sebelumnya sudah jelas bahwa Tuhan, sebagaimana adalah tunggal, dalam perbuatan-Nya juga adalah tunggal serta tidak mempunyai sekutu dan rekanan. Perbuatan-perbuatan Tuhan dapat dikelompok-kelompokkan di bawah penggolongan secara universal, seperti “Maha Pencipta”, “Maha Memberi Rezki”, “Maha Memberi Hidayah”

    Dalam natijahnya, tauhid perbuatan juga saling berhubungan dengan bagian-bagian universal perbuatan-perbuatan Tuhan, dimana terbagi kepada cabang-cabang yang beragam seperti “Tauhid dalam kepenciptaan”, “Tauhid dalam pemberian rezki”, “Tauhid dalam pemberian hidayah” dan sebagainya. Kendati setiap dari cabang-cabang tauhid perbuatan dapat dibahas dan diobservasi secara terpisah, akan tetapi sebagian dari bagian-bagian ini mendapatkan prioritas yang lebih khusus dan mendapatkan perhatian secara spesifik dalam ayat-ayat dan riwayat-riwayat serta juga dalam sumber-sumber teologi Imamiyah. Kami dalam bahasan ini akan meninjau secara singkat bagian yang paling penting dari cabang-cabang tauhid perbuatan.

    Dari http://www.wisdoms4all.com/ind/?p=19

  4. Pak Din Berkata:

    Salam,

    Yang terkesan pada saya ialah gambar Rumah Rakyat (RR) dan Rumah Menteri (RM).

    Bagaimanapun, yang menyedihkan ialah RM dimungkinkan dari kuasa orang yang tinggal di RR. Bukan masaalah penindasan berlaku sebenarnya, tetapi kerana manusia tidak suka membuka minda luas untuk mengkaji carakerja Allah, sehinggakan tidak dapat memikirkan pemimpin bagaimana yang seharusnya dijadikan ketua. Saya melihat kedua-dua penyokong dan pembangkan adalah pemimpin, ibarat ibu dan bapa memimpin keluarga. Kedua-duanya patut berbahas(bukan berbalah) dan hasil perbahasan yang menjadi landasan memerintah negara. Kedua-dua menjadikan Islam sebagai pegangan tetapi malangnya kefahamanan tentang Islam masing-masing yang menjadi alat mereka berbalah.

    Dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/07/07/larian-amal-sempena-karnival-amal-merdeka-2008/#comment-5452

  5. Pak Din Berkata:

    Ilmu bertokok tambah kerana pembuatan dan pengalaman membuat. Ilmu baru pasti akan muncul hasil dari pembuatan. Apabila bulan terang kerang dan ketam amat kurang. Bulan gelap ialah masa untuk mencandat sotong. Bila ada jamung sotong akan berkumpul. Apabila diganti dengan lampu karbaid sotong masih juga berkumpul. Lambu karbaid diganti pula dengan lampu bateri. Sotong masih juga berkumpul. Maka dijadikan ilmu pengetahuan bahawa sotong tertarik dengan cahaya. Pengalaman terkumpul ini dijadikan asas ilmu pengetahuan oleh datuk nenek moyang kita.

    Dari http://aminiskandar.wordpress.com/2007/09/15/berfikir-dan-bergerak-hishamuddin-rais/

  6. Pak Din Berkata:

    Oleh karena itu, apabila seseorang tidak sepakat dengan intervensi agama dalam masalah-masalah keduniawian, selain keyakinannya terhadap keluasan tauhid rububiyyah benar-benar diragukan, bisa jadi juga pernyataannya akan kembali kepada penafian rububiyah atau penafian prinsip keberadaan Tuhan yang kemestian dari hal ini adalah penafian rububiyyah.

    Dari http://www.wisdoms4all.com/ind/?p=4

  7. Pak Din Berkata:

    Demikianlah celotehan para fisikawan quantum yang merasakan keberadaan Dzat Maujud Mutlak yang berada di luar cakrawala pengetahuan dan pengalaman manusia.

    Data yang ada pada manusia hanya memungkinkan cakrawala itu bergeser, sehingga medan pemahaman tentangnya makin bertambah. Demikianlah para ilmiawan itu mengintip lewat celah-celah fisika kuantum, makin hanyut dalam ketakjuban. (QS. Al Mulk: 4).

    Dalam bahasa matematika batas atas disebut limit. Definisi limit adalah nilai-nilai suatu pengalaman manusia senantiasa mendekati ambang limit, tetapi dia takkan bisa melampauinya. Ambang limit itu sendiri merupakan ungkapan yang tak terbatas dan tak terperikan. Kehendak melampaui ambang ini adalah upaya mahluk keluar dari ketaksempurnaan dirinya. Akan tetapi, begitu ia keluar dari ambang ini, ia akan tertelan dalam Kekosongan – jati diri eksistensinya akan lenyap dalam Ketakterbatasan. Pada saat dengan fana oleh ahli makrifat. 7) mengikuti firman Allah :

    “Semua yang berada di alam (ciptaan) akan merasakan fana (musnah, binasa). Dan tetap kekallah Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (QS. Ar Rahman : 26-27).

    Dari http://ahmadsamantho.wordpress.com/2008/07/11/fisika-quantum-dan-tasawuf/

  8. Pak Din Berkata:

    The term “sciences of the materialists” requires explanation. It does not mean, as one might think, science that is based on the assumption that matter (and energy) is the sole constituent of the universe. Jews and Christians might agree that such “sciences of the materialists,” if not “unlawful,” at least present a truncated view of reality, omitting as they do the spiritual realm. It means, rather, according to the commentary of Reliance of the Traveller, the “conviction of materialists that things in themselves or by their own nature have a causal influence independent of the will of Allah. To believe this is unbelief that puts one beyond the pale of Islam.”
    At issue here is not the existence of the spiritual realm, but the condemnation by al-Ghazali in The Incoherence of the Philosophers of “the judgment of the philosophers,” first of all Avicenna,

    “that the connection that is observed to exist between causes and effects is a necessary relation, and that there is no capability or possibility of bringing the cause into existence without the effect, nor the effect without the cause.”

    Causes and effects are inadmissible, according to al-Ghazali, because causes limit the absolute freedom of Allah to bring about whatever events he wills. Effects are brought about, not by causes, but by the direct will of Allah.
    We see then that the condemnation of “the sciences of the materialists” and the condemnation of philosophy are really the same condemnation and that the condemnation of “the sciences of the materialists” is a condemnation of far more than secular science, extending as it does to any analysis of causes and effects, whether materialist or not. It extends even to any discussion of the nature of any object, whether material or spiritual, because the nature of an object conditions how it affects and is affected by other objects. So in the end the condemnation of “the sciences of the materialists” is a condemnation of any effort to understand anything.

    Dari http://bsimmons.wordpress.com/2006/12/01/what-islamic-science-and-philosophy/

  9. Pak Din Berkata:

    What does quantum physics say about the universe?

    Can we derive any new knowledge about the universe from quantum physics? After all, the entire universe is composed of an unimaginable large number of matter and energy. It seems to be of great importance to understand quantum theory properly in view of the large-scale structure of the cosmos. For example, an interesting question in this context is why the observable matter in the universe is packed together in galaxies and is not evenly distributed throughout space. Could it have to do with the quantum characteristics of energy? Are quantum effects responsible for matter forming discrete entities, instead of spreading out evenly during the birth of the universe? The answer to this question is still being debated

    Dari http://www.thebigview.com/spacetime/quantumtheory.html

  10. Pak Din Berkata:

    But acknowledgement of Allah as the sole Sustainer of the world is not enough to become a Muslim. It is essential that this belief be substantiated with practice, i.e. to worship Allah, Alone, without invoking others for help. Pagans, particularly Arab infidels, acknowledge Allah as the sole Creator and Sustainer, but they can not be regarded as Muslims unless they substantiate this belief with practice, i.e., to worship Allah alone. If we look into the verses of the Holy Quran, we see that they call for the Oneness of Allah in worship. The various verses of the Quran tell us that unbelievers acknowledge Allah as the Only Sustainer of the universe, but their deeds do not conform to their belief. Therefore, they are admonished to confirm the oneness of Allah in their worship and in their deeds. Allah Almighty said, “O you people ! Adore your Guardian Lord Who Created you and those who came before you that you may have the chance to learn righteousness; Who has made the earth your couch, and the heavens your canopy : and sent down rain from the heavens; and brought forth there-with fruits for your sustenance; then set not up rivals unto Allah when you know (the truth)” (28) which was the first command to people in the Holy Quran by Allah, the Almighty.

    Dari http://www.salafipublications.com/sps/sp.cfm?subsecID=TAW02&articleID=TAW020001&articlePages=4

  11. Pak Din Berkata:

    Ketika BERSIH berjaya mengumpulkan rakyat dari pelbagai agama, bangsa dan parti politik, atas suatu titik persamaan iaitu mahukan keadilan dan transparesi dalam pemerintahan dan pilihanraya, kita dikejutkan dengan idea-idea kelompok ultra Salafi yang tidak henti-henti melaungkan seruan, “haram menegur pemerintah secara terbuka”.

    Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan tulisan terbuka.

    Kemuncaknya adalah haram menegur pemerintah melalui demonstrasi di jalan raya.

    Semua ini diklasifikasikan sebagai maksiat kepada Allah.

    Saya faham, memang terdapat banyak hadith Nabi SAW dan peringatan dari atsar Sahabah tentang tuntutan menyabarkan diri atas kezaliman pemerintah. Tetapi hadith-hadith tersebut diungkapkan dalam konteks satu amalan politik yang ada karakter tertentu. Malah larangan menegur pemerintah secara terbuka juga tidak mutlak.

    Konteks politik yang saya maksudkan itu ialah, selama 1000 tahun pemerintahan Islam, kita tidak mempunyai legasi constitution yang memperincikan bidang kuasa dan kaedah check and balance di dalam sebuah kerajaan. Channel menegur pemerintah lazimnya dalam format yang straight to the point dan kita bisa faham bagaimana teguran secara terbuka dan langsung mempunyai risiko yang tinggi untuk mencetuskan keresahan dan ketidak stabilan sosial. Maka, mengekalkan ketenteraman awam, lebih penting dari usaha meluruskan pemerintah dalam kesalahan-kesalahan peribadinya yang tertentu.

    Dari http://saifulislam.com/?p=1000

  12. shiha Berkata:

    Salam..

    Sekadar bertandang bertanyakan khabar :) Adab orang yang muda kepada yang lebih senior :D

    Sepanjang bulan Ogos ini, kami yang passionate about breastfeeding akan menjadi lebih sibuk dari biasa. World Breastfeeding Week (WBW) disambut setiap minggu pertama bulan Ogos (1-7/08/08 untuk tahun ini). Banyak aktiviti juga yang saya akan terlibat, insyaAllah.

    Menariknya, WBW ini diasaskan oleh World Alliance of Breastfeeding Action (boleh google WABA), yang mana CEOnya adalah Datuk Anwar Fazal, a Malaysian from Penang! Pengaruh WABA ini akhirnya membawa kepada Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI) yang telah dan sedang diimplementasikan di hampir ke seluruh hospital kerajaan di Malaysia. Dan juga di kebanyakan hospital – hospital di seluruh dunia.

    Maaflah Pak Din, sekadar mumblings and ramblings. Jumpa lagi sekitar Ramadhan. Masing – masing kita ada perjuangan yang kita passionate about. Saya sentiasa bersetuju dengan kata – kata Ustaz, Erti Hidup Untuk Memberi!

    Wasalam.

  13. Pak Din Berkata:

    As Salam

    Terima kasih kerana mengunjung dan bertanya kahabar. Wah … nampaknya sibuk juga bulan sebelum puasa ni ya. Bergitulah selalulanya perancangan kita sebagai Melayu Muslim di Malaysia ni. Segala perancangan perlu mengikut hitungan Qamariah daripada Syamsiah. Apapun kesibukan itu yang menghidupkan kita dengan pelbagai warna. Sudah pasti ‘Erti Hidup Untuk Memberi’ perlu juga dihidupkan, sebagaimana kerja lain agar semuanya menjadi ibadah dan mendapat keredoaan Allah.

    Its ok to ‘mumblings and ramblings’, MR. My blog is open to anything and any topic. And that’s what life is all about. Don’t you think, the places we have visited, including AAN and others are places for doing the same. We all muble and ramble. The cultural way of MR is stramline with Petua (seniors) and Fatwa (agamawan). But I prefer to MR on Fakta, especiallay that converge to Sunnah Allah. Nothing else on my mind. I should tell you that I learn few lessons during the 44 days visits to AAN, especially on Big Bang.

    Jadikan segala kerja sebagai ibadah dengan mengingati fakta bahawa tiada sesuatu yang dapat kita lalukan tanpa kehadiranNya. Kehadiran kuasa dan tenagaNya … untuk lebih tepat lagi. Meminjam kata-kata Sufi (bukan talid kat dia) Syariat, Tarikat, Maarifat, Hakikat dan Hadirat.

  14. Pak Din Berkata:

    Losing Touch with Reality
    July 4th, 2008 at 9:32am |
    Bismillahirrahmanirrahim,

    I am a bit worried with the developments that is happening this week, mainly because the things that I am reading is becoming increasingly complex and that it requires full mental exertion in order to get it right.

    The thing is, I don’t think that after this experience, I can ever be the same again. I am certainly loosing touch with the realities that I am used to; the deterministic, materilistic universe that I have come to love. The problems concerning the epistemology and ontological differences between all the different interpretation of philosophy has occupied my mind for quite the whole of this week. The result is perhaps a sceptism of life itself, what reality really means. People speak of the brain being a matrix, yet the problem with that is that we are presupposing that our senses are indeed giving us the right sensations of the world, and that existence is, in the end, deterministic.

    Of course, that would make perfect sense in a Newtonian world view, but the advent of modern physics has shown us that it is insufficient, and that perhaps there are things that is missing from our interpretation of the universe. Perhaps the Atomists’ point of view that we always take as being true (broadly speaking, not clear, can’t be bothered to explain) has to be replaced with Idealism, and yet there are still problems with Idealism, as there are problems with Positivism, Realism as well as espousing to the view that Metaphysics is relevant again. Empiricism, Instrumentalism, all the isms have their own critiques, all of which points to a simple explanation; logic is subjective to one’s own experiences and belief.

    Perhaps it is a mistake in saying that, that by saying that I am espousing to a particular point of view in the philosophical discussion. That said, everyone does, I would think. Everyone thinks their model is the truth, at least to them. How far can we go beyond ourselves, one might ask. The problem with seeking for the truth is that it is subjected to the experiences that we gain as human beings.

    Who are you to say that just because you think this particular view is right that mine is wrong? I may have my own ideas, and my own way of thinking, therefore, I might be right in my own context. Of course, there are certain things that we assume to be true – that Gravity exists in a field, that a field of some description exists, that forces are real – but there are ways of arguing which may rebutt the need for a deterministic way of thinking, to the point that we can question the basic things that we assume to be true.

    I suppose that is just the way humans are. Before Newton, it was not widely believed that mathematics alone can describe Nature, and yet it did, to some extent. Now with Quantum Mechanics and Relativity, who knows what kind of things that we may think off. Perhaps going back to the ancients is a good idea; there is always benefit in having hindsight.

    Dari http://imakubex.iluvislam.com/?p=63, Terima Kasih.

  15. Pak Din Berkata:

    Al-Qur’an yang dihafal dalam hati, dibaca oleh lisan, dan
    ditulis dalam mushaf-mushaf, bagaimanapun caranya Alqur’an
    dibaca oleh qari, dilafadzkan oleh seseorang, dihafal
    oleh hafidz, atau dibaca dimanapun ia dibaca, atau ditulis
    dalam mushaf-mushaf dan papan catatan anak-anak dan
    yang lainnya adalah kalamullah-bukan makhluk.

    Buku Aqidah Salaf ms 15

  16. shahmuzir Berkata:

    Assalamu’alaikum…

    Pak Din dah tinggalkan AAN ke?

    Bersabarlah Pak Din ye. Walaupun ada bbrp info yang Pak Din kongsikan tak dapat memahamkan saya, namun hormat saya pada Pak Din sebagai seorang yang lebih senior umurnya akan saya jagai.

    Mungkin ramai pengunjung2 AAN yang muda2 ni banyak terlajak tatkala berforum di alam maya. Saya yakin kadang2 Pak Din terluka. Namun, saya tetap kagum dengan kesabaran Pak Din melayani kerenah mereka. Tinggi benar sabar Pak Din.

    Jika Pak Din ada idea2 bernas, saya harap lain kali Pak Din terjemahkannya ke dalam bahasa yang mudah dan meraikan orang yang mendengar. Ada kalanya, memang sukar untuk kita menterjemahkan fikiran dan pemikiran kita ke bentuk bahasa biasa. Namun, fikiran dan pemikiran itulah yang telah membentuk siapa kita.

    Sekadar menjenguk…
    wAllahu ta’ala a’lam.

  17. R78 Blog Sdr Shahmuzir. « Sharudin.com Berkata:

    [...] Blog Sdr Shahmuzir. Telah terbit Julai 29, 2008 DARWIN Salam Sdr Shahmuzir, komen anda sangat [...]

  18. Adros Berkata:

    Dengar kata pengajian PakDin sudah bermula sejak 10-20-30 tahun lalu. Maka setelah dia berada di tahap ‘upper six’, saya baru nak masuk ‘darjah satu’..? Mungkin begitulah juga scenario golongan ‘muda’ di AAN, ‘terbatuk-batuk’ utk memahamkan apa yang di utarakan oleh PakDin?

  19. Pak Din Berkata:

    Yang penting adalah keterbukaan minda sebagaimana yang selalu disarankan AQ agar kita berfikir terutamanya tentang kejadian Alam semulajadi, termasuklah yang semudah melihat pertukaran malam dan siang. mungkin ramai antara kita kata apa kaitan perubahanan siang dan malam dengan aqidah kita? Jawapannya … segala kejadian di Alam Allah ini merupakan tanda-tanda hadirNya Dia dan kekuasaanNya. Maka mengkaji kejadian Alam atau Ilmu Mengkaji Alam itu adalah Ilmu Tahuid Feal Allah, bukan sahaja Tauhid Asma’ was Sifat yang penting, tetapi Tauhid Afeal itu jauh lebih penting untuk diketahui.

  20. Rin Berkata:

    Sejauh mana pengaruh Arabisme dalam Islam pula? Kerana kecenderungan kita kalau kembali pada tradisi “kembali pada asal” (istilah salafi, misalnya), tidak dapat memecahkan di mana aspek Arabnya itu?

    Memang lebih 50% isi kandungan Al-Qur’an itukan merespons persoalan-persoalan Arab lokal sebenarnya. Kerana Al-Qur’an tidak turun dalam ruang yang hampa (vacuum) tetapi sebagai respons dalam persoalan-persoalan lokal Arab. Tapi banyak orang yang keliru, dikiranya Arab itu identik dengan Islam. Arabisasi identik dengan Islam. Itu yang terpapar. Dan, banyak sekali hukum-hukum yang berada dalam Al-Qur’an itu khasnya untuk orang Arab. Seperti hukum potong tangan. Hukum potong tangan sebelum Islam datang sudah ada. Hukum rejam sebelum Islam datang sudah ada. Dalam dunia Arab sendiri. Jadi itu bukan tipikal Islam. Kerana itu sudah ada sebelumnya. Persis seperti poligami misalnya. Itukan bukan sesuatu yang baru. Kerana poligami itu Arab adalah tradisi jahiliyyah.

    Dari http://ummahonline.wordpress.com/2006/09/10/abdul-moqsith-ghazali-nabi-muhammad-bukannya-nabi-terakhir-siri-3/

  21. Rin Berkata:

    Perbedaan para rasul dan umat yang menganut rasul-rasul itu masing-masing adalah terletak pada:

    1. Para rasul/nabi atau tiap-tiap rasul/nabi tugasnya menyampaikan RISALAH TUHAN/ALLAH sesuai Al Maidah (5:5) ayat 5:67 (rasul), Al An Aam (6) ayat 124,125 (Allah), Al A’raaf (7) ayat 62 (Nuh), 68 (Huud), 79 (Shaleh), 93 (Syuaib), 144 (Musa), Al Ahzaab (33) ayat 38, 39, 40 (Muhammad), Al Jinn (72) ayat 23, 26, 27, 28 (Siapa saja).
    Sedang tiap-tiap penolaknya adalah pemuka agama sesuai Al A’raaf (7) ayat 60 (zaman Nuh), 66 (zaman Huud), 75 (zaman Shaleh), 88 (zaman Syuaib), 109 (zaman Musa). Oleh karena itu carilah wujud RISALAH TUHAN/ALLAH itu sejak Adam sampai kiamat dan sampaikanlah kepada umat manusia dan dapat dikatakan seorang rasul dan pasti ditolak oleh pemuka agama sesuai At Taubah (9) ayat 97.

    2. Para penganut tiap-tiap rasul/nabi pada umumnya hanya menyampaikan RISALAH NABI/RASUL yang bersangkutan, sehingga mengakibatkan tidak sadar bersifat ARBABAN/MEMBERHALAKAN/MENYEMBAH/MENUHANKAN nabi/rasul sesuai Ali Imran (3) ayat 80, dan tidak sadar bersifat ARBABAN/MEMBERHALAKAN/MENYEMBAH/MENUHANKAN para pemuka agama selain Allah sesuai At Taubah (9) ayat 31.
    Sifatnya mendahulukan NABI/RASUL dari pada Allah. Shahadatain lebih dari pada shahadat tauhid sesuai Az Zumar (39) ayat 45.

    3. Jadi setelah Muhammad saw. kira-kira ada rasul lagi atau tidak sesuai aturan dalil rumusan yang tidak pernah berubah sesuai Al Fath (48) ayat 23 itu ! Dan siapakah pembawa HARI TAKWIL KEBENARAN KITAB yang wajib ditunggu-tunggu, tetapi dilupakan oleh umat manusia sesuai Al A’raaf (7) ayat 52,53 yang pasti isinya adalah RISALAH TUHAN/ALLAH sejak Adam sampai kiamat sesuai Al An Aam (6) ayat 124,125, Al Baqarah (2) ayat 30-39, Al A’raaf (7) ayat 27, Thah (20) ayat 117.
    Nabi Muhammad saw. melukiskan RISALAH TUHAN/ALLAH ITU pada syiar-syiar Allah dalam manasik haji, thawaf Kabah, sa’i Sofa-Marwa, wukuf Arafah, mabit Musdalifah, Jamarat batu pada Ula, Wusta, Aqaba Mina.
    Barangsiapa yang dapat melukiskan RISALAH TUHAN/ALLAH manasik haji itu didalam skema tertulis sejak Adam sampai kiamat sesuai maksud Al An Aam (6) ayat 7, Al Isro (17) ayat 13,14,71,72, maka dia adalah seorang rasul seperti para rasul yang sebelumnya.
    Berbuat manasik haji (isinya adalah Risalah Taurat Musa sesuai Al A’raaf (7) ayat 144) akan tetapi tidak mengetahui rahasiananya sama saja dengan seumpama keledai sesuai Al Jumu’ah (62) ayat 5.
    Apalagi mengingat hadits bahwa tiap-tiap 100 tahun akan ada pembaharu untuk abad ke-15 ini. Silahkan cari sendiri, mungkin anda sendiri orangnya ?.

    Dari http://ummahonline.wordpress.com/2006/09/10/abdul-moqsith-ghazali-nabi-muhammad-bukannya-nabi-terakhir-siri-3/#comment-312

  22. Pak Din Berkata:

    CARA MELIHAT a.k.a PERCEPTION

    “Lelaki mempunyai 9 rasional dan 1 emosi, Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 rasional”, suatu pandangan yang popular.

    Saya rasa, rata-rata golongan perempuan kurang bersetuju dengan kata-kata tersebut. Namun di sini, persoalan yang ingin dibincangkan bukanlah kesahihannya, tapi lebih kepada bagaimana “melihat” isu di atas. Pertamanya, rata-rata golongan perempuan kurang bersetuju adalah kerana perkataan “emosi” tersebut telah memberi kesan negatif kepada keseluruhan maksud yang ingin disampaikan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itu satu cara melihat…

    Banyak kajian telah membuktikan bahawa Emotional Quotient (EQ) lebih menjamin kejayaan berbanding Intellectual Quotient (IQ). Tanpa menafikan kedua-keduanya penting dan perlu disempurnakan, bukankah mempunyai 9 emosi itu lebih baik dan merupakan suatu kelebihan? Jadi, golongan lelaki yang sepatutnya kurang bersetuju dengan pandangan di atas. Itu satu cara melihat, yang lain sedikit dari kebiasaan…

    Dari http://elbaeraqy.wordpress.com/2008/06/15/blind-spots-often-wrong-but-never-in-doubt/

  23. Mil Berkata:

    Sistem Ptolemy

    Model sistem solar yang dibina Ptolemy (87 – 150 AD) adalah perbaikan berdasarkan model alam semesta Aristotle (384 – 322 BC). Model ini mengandungi beberapa siri bulatan sepusat (concentric sphere) dalam keadaan Bumi menjadi pusat (geocentric). Dalam model ini, Matahari, Bulan dan bintang-bintang beredar mengelilingi Bumi.

    Ptolemy menjelaskan, dalam model ini planet-planet beredar secara epikitaran (epicycles) iaitu planet beredar dalam satu bulatan orbit yang kecil dan dalam masa yang sama juga mengelilingi Bumi. Hal ini dapat dijelaskan dalam video yang berikut:

    Dari http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/01/kiamat-sudah-dekat.html

    Ahmad Saifuddin Amran
    Tahun 2, Fakulti Perubatan
    Jordan University of Science and Technology

    Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

  24. Mil Berkata:

    Disiplin ilmu dalam pengajian secara tradisinya dibahagikan kepada tiga kategori; Syariat, Usuluddin dan Tasawuf. Dalam setiap disiplin ilmu terdapat prinsip kerangka dan metodologinya tersendiri yang secara asanya bertunjang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Dengan lain perkataan, para ulama’ telah meletakkan asas-asas metodologi penting, bagaimana berinteraksi dengan isu-isu pemikiran, aqidah, hukum, kemasyarakatan, maslahat dan sebagainya.

    Sebagai contoh, dalam usaha mengistinbatkan hukum, para ulama telah meletakkan asas dan metodologinya sebagai yang terkandung dalam disiplin usul al-Fiqh. Ini bermakna hanya pihak-pihak tertentu yang berkeahlian sahaja layak bercakap mengenainya. Begitu juga cara berinteraksi dengan perbendaharaan fiqh warisan ulama’.

    Dari http://seminarliberal2008.wordpress.com/2008/07/04/seminar-pemikiran-islam-peringkat-kebangsaan-2008/

  25. P192 Ulangkaji kandungan SDC. « Keluarga Sharif Yamah Berkata:

    [...] Pandangan Orang Agama (mencari Agama) dan Orang Beragama (mencari Ketuhanan) amat berbeza. Setiap manusia perlu bekerja untuk mencari nafkah kehidupan termasuk Orang Agama. [...]

  26. SA32 Hadhari, Adahari & Dahlari. « Sharudin.com Berkata:

    [...] ini, Islam yang diperjuangkan oleh 124,000 Nabi-nabi itu adalah terbaik, dengan Al Quran sebagai Kitab Petunjuk dan Alam Semesta sebagai Kitab [...]

Tinggalkan jawapan