1. Petikan tread yang dimulakan Sdr Saifuddin (Deansama) di AAN.
Posted: June 07, 2008 – 06:02 AM
Post subject: Historical and Scientific Errors in Al-Quran
——————————————————————————–
Minta maaf kepada mod sekiranya saya tersalah parking tajuk ni (tak tau nak letak bahagian mana). Thread ni saya buka khas untuk menjawab persoalan-persoalan budak-budak tentang tajuk topik di atas. Saya buka topik baru sebagai memudahkan kita fokus pada tajuk perbincangan kerana saya lihat thread yang lepas macam dah menyimpang jauh dari fokus utama.
Dan kalau boleh thread ini kita kumpulkan soalan-soalan yang selalu ditujukan oleh atheist supaya kita sama-sama berbincang dan menjawabnya inshaAllah.
Berikut saya quotekan kata budak-budak.
Persoalan 1: 6 Hari Penciptaan Alam
Persoalan 2: Tidak Mengambil Orang Kafir Sebagai Teman
Persoalan 3: Islam Mengajar Keganasan
Persoalan 4: Bintang atau Tahi Bintang
Persoalan 5: 7 Lapis Langit dan Bumi, Ketinggian Adam
Persoalan 6: Banjir Besar Nuh, Musa Menyeberangi Laut Merah
Minta tolong mereka yang ahli dalam bidang tafsir, hadis, falsafah, sains dan metafizik sama-sama memerah otak untuk kita menjawab soalan-soalan ini sekaligus menangkis tuduhan-tuduhan dari atheis.
2. Tersentuh dan merasakan peduli kepada isu aqidah yang melibatkan sains, saya mendaftar di AAN pada 1hb Jun 08, setelah membaca ulasan dari Sdr Saifuddin di artokelnya bertajuk “Kembalilah ke pangkal jalan” bertarikh 3hb Jun. Sdr Budak-budak memulakan tread “Tolong saya,Agnosticism” pada 15hb May. Saya meberikan komen pertama seperti berikut.
Posted: June 01, 2008 – 10:53 AM
——————————————————————————-
Salam Budak-budak
Saya merasakan Sdr Budak-budak adalah seorang yang matang menggunakna akal dan mindanya. Sehinggakan sekiranya dia ‘keluar’, dengan berbekalkan akal itu, sekiranya dia terus menggunakannya dengan menjadi AL Baab, saya pasti dia akan masuk balik. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan Sdr tentang menjalai kehidupan dan pencarian kebenaran, tetapi terlalu banyak unutk ditulis di sini, maka saya singkatkan sebagai sharudin.com.
Komen kedua dan ketiga adalah petikan dari komen 1092, komen di Saifulislam.com 10080 (komen no 24) dan komen 15882 (Perenggan ketiga, komen no 13.
Posted: June 02, 2008 – 05:37 PM
——————————————————————————–
Hujah budak-budak mengatakan Al-Quran ada scientific flaws selalunya bersumber dari sini. http://www.faithfreedom.org/Articles.htm
Kita mulakan dulu dengan tuduhan-tuduhan terhadap Nabi Muhammad.
- Seorang pedophile – berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun (Muslim 8. 3310)
- Seorang perogol – membenarkan para sahabat merogol tawanan perang yang telah berkahwin ( Bukhari, Volume 5, Book59, Number 459)
- Seorang bernafsu tinggi (bersetubuh dengan Mariah tanpa mengahwininya)
Banyak lagi tuduhan di sini. http://www.faithfreedom.org/challenge.htm
Kalau Islam betul, maka kita buktikan Islam betul.
4. Panel AAN, Sdr Al-Jawhar menulis,
Posted: June 02, 2008 – 05:48 PM
——————————————————————————–
Sebenarnya ada beberapa persoalan yang perlukita perhatikan disini :
1. Apakah agama budak-budak sebelum jadi macam ni??…..ada tak sesaper kat AAN ni yang boleh confirmkan kat saya bahawa , sebelum ini dia memang beragama Islam.??…Atau sebenarnya dia ni bukanlah orang Islam , tapi datang ke AAN sekadar nak menimbulkan keraguan kita kepada Islam….( Maaf , kalau terjahan saya sangat-sangat tersalah )
Ana beranggapan sebegitu kerana adalah tidak logik dan munasabah sekali , hanya dengan kerana membaca surah Jinn , si budak-budak dengan bangganya mengumumkan keluar daripada Islam…
Adalah susah , malahan kes terpencil sebenarnya , jika seseorang yang memang dari lahir sudah beragama Islam dan dibesarkan dengan agama Islam tanpa pengaruh luaran , akan membuat kenyataan keluar Islam dengan sewenang-wenangnya , walaupun dia tergolong dalam golongan orang yang sungguh jahat dan tak pernah buat amal ibadah…..Melainkan dia adalah seseorang yang convert daripada agama lain kepada Islam….Maka kemungkinan dia keliru dengan Islam dan mengambil keputusan untuk kembali kepada agamanya semula.
Sebab itu ana mahu memastikan dahulu , siapakah sebenarnya dia ini…dan ana mahukan kepastian daripada mana-mana forumers yang pernah mengenalinya secara betul…bukan kenal di alam maya….
2. Bila sudah dipastikan bahawa budak-budak memang seorang Islam , maka kita semua bertanggungjawab untuk membetulkan kembali pemikirannya serta membawa dia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar….
bersambung di AAN ….
5. Sdri Afifah555,
Posted: June 02, 2008 – 10:31 PM
——————————————————————————–
salam. ust bad, ana tak bersetuju dgn gurauan ust bad terhadap budak2 dan juga taktik menakut-nakutkan nya. Seeloknya ,biarlah hujah di jawab dgn hujah.
>>untuk pengetahuan semua ada sahabat ana yg melayari AAN tapi dia tak register telah bersms dgn ana. dalam sms itu dia menyatakan kepercayaan dia sudah mulai goyang. dia sudah mulai ragu tentang hadis yg telah dinyatakan dlm thread ini iaitu tentang askar muslim yang boleh merogol dan tentang nabi bernafsu terhadap mariah al-qibti(tanpa mengahwininya).Harap kita semua dapat menjawap persoalan2 ini dengan hujah dan bukan dgn emosi. dan tak lupa juga tentang pernikahan nabi dgn aisyah sewaktu umur aisyah 6 tahun. dlm sms itu dia bertanyakan kewajaran mengahwini perempuan pada usia yg amat muda. please help us.
Posted: June 03, 2008 – 12:58 AM
——————————————————————————–
salam. ana baru je dapat sms dari sahabat ana. dia suruh online. dalam sms tu dia cakap budak2 ditakut2kan ddengan law enforcement. ana tak setuju la dgn cara itu. hujah biarlah di jawab dgn hujah. kalau dari segi zahirnya kita dapat memaksa dia mengaku islam tapi batinnya tidak begitu apa guna. macam kes lina joy, kita nafikan ic nya dibuang perkatan islam tapi adakah dia islam?
please don’t insult budak2 crediblity. hormatlah dia. anggaplah dia seperti adik atau anak kita sendiri. jika adik kita atau anak kita menghadapi masalah dan persoalan yg sama macam budak2 , adakah kita akan hantarkan dia pada jabatan agama atau kita sendiri melaksanakan hukuman kpd dia. berhikmah lah. ini bukan masalah budak2 sahaja, ana pun goyang dibuatnya. itu belum kira sahabat ana. dia sentiasa sms tentang update terkini thread ini.
6. Sdr Islamuntuksemua memetik tulisan Ustaz Hasrizal,
Posted: June 03, 2008 – 03:18 AM
——————————————————————————–
salam.
patutlah terasa macam ade sumtin wrong berlaku kt AAN.tu yg jari jemari ni klik link AAN.
adikku budak-budak, sy tak dapat nak ikuti keseluruhan thread ini.tapi saya ade artikel yg menarik dari ust hasrizal dari saifulislam.com
harap adikku budak2 dapat baca dgn perlahan dan bertenang.
adik ,bersyukurlah apa yg kita ada.bersyukurlah, nanti allah akan buka pintu-pintu kebesarannya.
ini artikel ust hasrizal tentang al-quran.
Siapa di Sebalik al-Quran Itu?
7. Oleh kerana pertama kali berforum dan tak faham format, saya tak quote soalan semasa menjawab. Apa nak buat .. newbie. Lima komen seterusnya.
a. Yang mempunyai iman yang mantap (iman ilmu atau iman yang disertakan dengan pembuktian) saya rasa tidak dapat di goncang keimananya, hanya apabila iman itu adalah iman taklid iany sangat rapuh.
b. Kita tidak dapt berfugsi dengan berkesan (atau mengarah kepada kebenaran) sekiranya kita mengambil hujung ekstreme. Adanya jasad sebagai kenderaan kepada kita (roh) juga datang bersama nafsu (ke arah kejahatan dan kebaikan) Keduanya tidak dapat dipisah. Penserasian yang perlu, iaitu pengimbangan keperluan. Tanpa nafsu kita (roh) tak boleh hidup. Terlebih mengikut nafsu juga memusnahkan hidup kita. Maka soal ilmu sain (fikir dan bukti) perlu diimbangi dengan ilmu agama (percaya dan ikut)
c. Tiada kecelaruan yang diluar kawalan dikalangan pengkaji ilmu sains, hanya kita yang tidak terlibat secar lansung ini yang celaru, memikirkan sedikit kecelaruan yang ada pada pengkaji sains. Mereka mengharapkan sedikit kecelaruan yang ada di dalam ilmu sians diselesaikan oleh penghuni Bumi seterusnya, bukan mentah-mentah menolah keberadaannya.
d. Evolusi adalah carkerja Allah (SunnahNya) yang telah diperhatikan oleh saintis (pemerhati Kitab Alam) yang kemudiannya membuat kesimpulan yang berguna untuk dijadikan manfaat kepada kehidupan. Kalau ada kejahatan yang timbul dari keputusan atau kajian sains, selalunya bukan dilakukan oleh ahli sains, tetapi ramai orang bukan sains yang mengambil kesempatan mengeksploit kajian sains untuk kepentingan dan kewangan mereka.
e. Alah beriradah untuk menjadikan kebaikan. Tetapi SunnahNya juga mengatakan bahawa dalam penciptaan kebaikan itu, hasil sampingannya adalah kejahatan. Itu adalah kebidupan. Allah jadikan setiap sesuatu dengan berpasangan, buruk dan baik. Itu kehendak Allah. Dia juga memebrkan garis panduan untuk memil;ih yang baik dan yang jahat, supaya kita berada di dalam keselamatan (Islam).
8. Setelah 33 ms berbahas, Sdr Budak2 tidak kembali. Saya berta’ruf dengan warga AAN, tetapi ditegur, “Kalau bleh, nak taaruf tu buat la topik lain ye. Topik ni utk bincang ngn bebudak. Nnt dia datang blk, isu tah ke mana.. dia pun dah tarak minat mau diskus. “
Sdr Deansama telah membuka topik baru khusus menjawab persoalan Sdr Budak2.
9. Akhirnya, kesimpulan saya tentang Big Bang.
Posted: July 03, 2008 – 10:04 AM
——————————————————————————–
Reincarnation wrote: (Budak2 dengan nama baru)
the other theory is that the big bang occurs at the imediate end of the previous universe. the universe colapses in a supermassive black hole. the black hole can not exist, because the universe isn’t there for it to exist in. therefore, the black hole ceases to exist, and a new universe is made.
If you choose “God”, then instead of “What was before the Big Bang?”, you have to ask “What was before God?”, which is exactly the same question, just with “the Big Bang” renamed as “God”.
Pak Din wrote:
The piont to understand is the 1 st thermodynamic law, there exist an amount of energy, to be used as the very basic building blok to everything. Be it black hole and then it evoperate and cause a new universe and so on. That pure energy of God (proving His existance) is what exist before the Big Bang.
Big Bang is the description of the method used by Allah, and its is not Allah Himself. He is beyond our mind to think due to the higer dimention differences. The existance of higher dimension, cannot be tought of by the lower. A 2-dimention man, as in a drawing, will not be able to comprehend depth or height. SO we, in the lower dimension, cannot comprehend of Allah’s existance, but his presence is in the form of energy. Pure energy, the cosmic egg, ie before the Big Bang.
Sdr Perswis says “Is it hard to accept that The God is the Creator of everything? He create the universe from nothing at all. Only He exist with the existence that cannot be think nor imagined.
People are pondering on concept(s) they themselves admit won’t be answered anytime soon and forget that there exist something for them to ponder upon which is much closer! “
10. Kesimpulan dari tread (28 ms 21 hari) “Historical and Scientific Errors in Al-Quran” ialah,
a. Saya faham dengan kekecewaan saudara (Deansama) dalam hal ini .. tetapi kekadang terpaksa dilakukan kerana tidak mahu isu dasar iaitu aqidah terpisah dari isu-isu kehidupan. Saya melihat Islam itu adalah The way of life. Maka seharusnya segala tindak-tanduk kehidupan dan perbincangan akhirnya ke arah mengenal Allah. Jadi terpesongnya tread ini dari tajuk asalnya adalah kerana untuk tidak mahu melihat terpesongnya akidah kita dalam membincangkan apa sahaja isu berkaitan kehidupan.
Pandangan ilmu sains saudara sangat-sangat diperlukan di sini.
b. Asasnya segala pembacaan dan penimbaan ilmu tidak boleh dipisahkan dari Kitab-kitab Wahyu yang telah diturunkan. Kemudian kita perlu mengikuti saranan AQ untuk keluar mengkaji Kitab Alam, yang mengandungi ayat-ayat menunjukkan kekuasaan dan kewujudan Allah … sekiranya asas itu diabaikan, banyak link manapun tidak akan mengahasilkan keimanan yang jitu. Kita perlukan iman taklid menjadi iman ilmu dan terus meningkat ke arah iman kamil.
Hanya persoalan 1 yang disentuh dan yang lainnya tidak. Seterusnya saya membuka tread “Big Bang; Carakerja Allah“
Sdr Deansama membuka “Evolution or Creation?”
Dikirim oleh Pak Din 31