R78 Blog Sdr Shahmuzir.

Julai 29, 2008

Salam Sdr Shahmuzir, komen anda sangat dihargai.

1. Rujuk jawapan saya di bawah (petikan satu) iaitu, selagi Tuanpunya Forum AAN mempunyai motto ‘fikir dan peduli’ saya tidak merasakan bermasaalah berada di AAN. Seperti nota bertarikh 14hb July (petikan kedua), saya akan kembali sekitar Ramadan, iaitu selepas 44 hari berehat bagi memungkinkan saya menjalani proses bermuhasabah apa yang telah dibahaskan di AAN selama 44 hari. Terima kasih kerana berkunjung ke Blog ini dan akan saya cuba permudah penterjemahan pendapat yang telah saya berikan, kepada bahasa yang paling mudah, sedaya mungkin, sebagaimana yang Sdr sarankan.

2. Kesemua idea-idea yang diberikan adalah ilham dari Allah, yang pada saya telah melalui penapisan dalam bentuk pengalaman yang saya lalui sehingga ke umur Asar ini. Saya pernah jelaskan di AAN, segala yang saya tuliskan di AAN akan dipertanggung-jawabkan kepada saya sehinggalah terpaksa menjawabnya di Mahkamah di Akhirat kelak. Tidak timbul isu idea bernas atau tidak kerana, konsep yang saya paparkan ialah konsep isi dan kulit . Allah telah menjadikan manusia berbeza dari mahluk yang lain dengan adanya akal dan logik (maaf kalau Sdr termasuk di dalam golongan yang alergik kepada logik).

3. Muslim ditinggalkan dengan Al Quran dan As Sunnah. Dalam pembentukan peraturan hidup, kedua-dua adalah menjadi panduan dan rujukan UTAMA. Sekiranya masih kekurangan, rujukan yang seterusnya ialah Ijma’ dan Qias. Bagaimanapun keempat-empat sumber tersebut, AQ, As Sunnah, ijma’ dan Qias, memerlukan ilmu alat yang lain, sebahagiannya ialah Ilmu Bahasa Arab (Nahu, Balagah, Tajwid dan sebagainya), Ilmu Mantik (ilmu berpemikiran selari) dan beberapa ilmu lain yang asasnya mengajak manusia menjadi Al Bab, iaitu sentiasa berfikir.

4. Pengkritik kepada komen saya kebanyakan adalah dari mereka yang telah dimomokkan dengan hasil negatif dari Ilmu Mantik, Ilmu Falsafah, Ilmu Kalam dan sebagainya. Mereka menganggap bahawa ilmu-ilmu ini tidak relevant langsung kepada pemahaman 4 sumber yang di sebut di atas. Begitu juga secara sedar atau tidak, tindakan sedemikian memperkecil saranan AQ agar kita menggunakan akal dan logik secara bijaksana. Maka mereka juga memperkecil seseorang yang mahu menyambut saranan AQ untuk menjadi Al Bab.

5. Sememangnya penggunaan akal semata-mata tanpa rujukan kepada 4 rujukan di atas adalah sesuatu yang SANGAT SALAH di sisi Islam. Tetapi sebaliknya mereka yang tidak mahu memahami kepentingan penggunaan akal juga lebih parah KESALAHANnya, kerana mengenepikan pemberian nikmat terbesar dari Allah. Sebab itu saranan saya ialah penserasian ilmu Agama (berdasar 4 rujukan di atas) dengan Ilmu Sains (dengan memahami ayat-ayat Allah di Kitab Alam). Maka kalau Kitab Alam ini dirujuk sebagai ….. Alam, amatlah sedihlah saya dengan pemikiran yang sedemikian.

6. “Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi Muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini. Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penakhlukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi SAW. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.”
Dari “Hasil 44 hari di AAN“, Para 7.

7. Saya sangat terkesan dengan artikel Sdr bertajuk “Bayar Diri Anda Dahulu!”. “Tidak layak ada perbandingan sebenarnya. Hanya Allah yang punya segalanya. Jadi tidak timbul kita lemah dan Allah berkuasa, kerana megatakan kita lemah masih memberikan implikasi kita boleh dibandingkan kepada Allah. Kita tak punya apa-apa. Kita tak punya zat, jasmani melainkan apa yang ditajjalikan Allah kepada kita. Perbincangan kapas dan baju kapas sebagai contoh. Jadi kita tidak wujud, hanya Allah yang wujud. Itulah yang pengajaran Sifat 20 melakan. Allah itu wujud. Wajib wujud. Lawannya adam, tak wujud. Kalau kita mengatakan mahluk wujud, maka kita telah tidak membudayakan Sifat 20 di dalam kehidupan seharian kita.” Dari “Allah lebih berkuasa“, Para 6.

Petikan satu dari AAN,

Selagi motto ‘fikir dan peduli’ itu masih relevant, insyaallah akan berjaya. Syabas Ustaz Zain dan rakan-rakan.

KEIKHLASAN founder, seperti kata Sdri Ummi, ke arah menterjemah konsep ‘fikir dan peduli’ ini sangat penting. Memang ia menentukan kejayaan sebagai pembuka minda kepada semua, yang pro-tajdid atau tidak. AAN sepatutnya menarik atau meyakinkan yang belum pro untuk menjadi pro … bukan untuk yang dah pro.

Dari AAN

Petikan kedua dari AAN – Posted: July 14, 2008 – 06:52 PM
——————————————————————————–
judyn wrote:
aRMX, say rasa PDP tu tak tahu, tapi malu nk cakap tak tahu (sori ya PDP kalau ayat ini blh menjatuhkan kredibiliti PDP, sekiranya PDP nk saya tarik balik saya kan buat).

Pak Din wrote:
Kalau tarik balik, dibuku Allah tak boleh padam.
Jumpa lagi sekitar Ramadhan. As Salam

Dari AAN Ms 3


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.