1. Pada asasnya development (perkembangan) bayi bermula dari benih hingga ke tua, tidak dirujuk sebagai evolusi, kerana ia tidak melibatkan perubahan DNA. Hanya apabila ada perubahan DNA, maka proses perubahan boleh dirujuk sebagai evolusi. Perubahan virus sars (selesema burung) umpamanya (yang pernah dilihat oleh Dr Shiha) adalah mutasi (perubahan) DNA dan termasuk dalam kategori micro-evolution. Begitu juga kegelapan kulit orang yang generasi sebelumnya terdedah kepada cahaya matahari, merupakan mutasi atau adapatasi jasmani yang berlaku yang boleh dikategorikan sebagai evolusi. Menarik bukan? Design Allah!
2. Yang menarik satu lagi ialah “materi bukan-organik melalui siri-siri kebetulan” atau Natural Selection, merupakan ciri-ciri asas evolusi. Tetapi perlu diingat natural selaction perlu dipandang sebagai Allah Selection bagi kita yang beriman. Jangan pula kita menjadi marah kalau mereka terus mengatakan ia sebagai Natural Selection, kerana tidak ramai yang bersikap beralah dengan kenyaataan sebegini. Teruskan berfikir tentangnya dan Ummu akan mendapati akhirnya sampai kepada kefahaman konsep kebarangkalian (probability).
3. Big Bang masih berlaku. BB dimungkinkan oleh adanya Dark Energy, yang saintis rujuk sebagai Dark kerana dapat merasai kehadirannya tetapi tidak dapat membuktikannya secara material. Sudah pasti Ummu dapat menjelaskan kenapa? Sebagai Muslim kita beriman bahawa Allah itu wujud tetapi wujudnya tidak di Alam ini. Segala yang hadir di Alam ini terbena dari tenaga asas, yang merupakan tajjali dari Allah dan bukan zatNya, sebagaimana kesalahan yang dibuat oleh Al Hallaj, Ibn Arabi, Pantheism dan yang setara dengannya.
4. Ayat ‘Allah bersemayam di atas arsy’ perlu ditakwilkan sebagai Allah (yang mempunyai dimensi (tahap) yang tinggi (lebih tinggi dari Alam ini yang hanya 4-5 dimensi), berada di luar dari dimensi Alam. Allah berada di atas dimensi Alam. KekuasaanNya berada di dalam Alam. KekuasaanNya membentuk Alam ini. Sebagimana ayat Al Bab yang menyatakan segala kejadian Alam ciptaan Allah merupakan tanda-tanda atau bukti kekuasaan dan keesaan Allah.
Dari Komen 1200.
5. Wahdatul Wujud? Bersatunya Tuhan dengan manusia yang telah mencapai hakiki… Ini adalah istilah orang-orang sufi yang mabuk cinta kepada Allah SWT sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj). Mereka bercakap dari sudut pandangan mereka yang “dah” mengenal Allah SWT tetapi silapnya mereka ini telah menyebarkan kepada orang ramai yang belum sampai taraf seperti mereka. Bagi yang menerima secara membuta tuli menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menunaikan kewajipan kepada Allah SWT seperti solat kerana bagi mereka, mereka dah bersatu dengan Allah SWT.
6. Perkara ini pernah berlaku di kampung saya dimana ada beberapa golongan tua yang memerli arwah abah saya yang dalam perjalanan ke masjid dengan mengatakan “itulah orang-orang yang belum kenal Allah, kena pergi masjid untuk solat sedangkan mereka tak perlu kerana Allah ada bersama mereka” sambil menepuk-nepuk dada seolah-olah Allah ada di dada mereka. Sedihkan? Sedangkan Rasulullah SAW sendiri sebagai kekasih Allah SWT tetap menunaikan solat dan kewajipan-kewajipan yang lain.
7. Saya setuju Pak Din mengatakan segala yang hadir di alam ini merupakan tajalli dari Allah, bukan zatNya. Manusia tidak mungkin bersatu dengan Allah SWT kerana zat manusia terdiri dari gabungan molekul-molekul yang merupakan darah atau daging sedangkan zat Allah SWT lain dari itu, tidak merupakan gabungan molekul, bukan benda padat, bukan benda cair dan bukan gas.Tiap makhluk mempunyai sifat yang terbatas dan tidak sempurna sedangkan Allah SWT mempunyai sifat yang tidak terbatas dan Maha Sempurna. Jadi, bagaimana manusia boleh bersatu dengan Allah sedangkan dalam perihal zatpun sangat-sangatlah berbeza.
8. Allah bersifat Mukhalafatuhu lil hawadis – berdiri sendiri, bermaksud Allah tidak memerlukan apa-apapun terhadap makhlukNya sedangkan makhluklah yang sentiasa memerlukan Allah SWT dalam semua perkara. Yang ada pada manusia adalah bukti-bukti kewujudanNya bukannya kewujudanNya ada pada diri manusia.
Dari Komen 1204.
Dikirim oleh Pak Din 31