S024 Dari Komen 1033. Adapt & Evolve.

Ogos 10, 2008

1. Beradapatasi adalah prosess penyesuaian diri kepada keadaan persekitaran. Tidak pula ia membawa konatasi buruk dengan menjatuhkan harga diri kepada harga pasaran, dengan memastikan jatidiri dipupuk dan dibaja oleh ilmu pengetahuan. Keseimbangan menimbangan keperluan adalah jawapan kepada perluanya kita kepada beradaptasi. Contoh paling kerata yang saya perjuangkan ialah bagaimana kita beradapatasi ke arah mengenal Allah hakiki di dalam arus perdana yang hanya mengenal Allah melalui percaya. Maka kita perlu berilmu untuk beradapatasi dan bayangkan contoh-contoh yang ada di zaman lampau seperti beradaptasinya N Ibrahim dengan bapanya seorang ketua pembuat berhala dan juga kemudiannya N Muhammad saw, beradapati di dalam suasana arus perdana jahiliah.

2. Maka adakah Nabi saw mati kebuluran hanyut bersama jahiliah dalam memperjuangkan jatidirinya? Tidak sekali-kali, dan inilah adapatasi yang dimaksudkan. Nabi masih menjadi ahli perniagaan di suasana persekitaran jahiliah. Berniaga dengan jahiliah, bermain dengan jahiliah, berinteraksi dengan jahiliah, hidup di tengah-tengah disayang dan dicintai jahiliah. Bapak saudaranya nabi paling suka dengannya tetapi tidak mahu menerima Islam yang dibawanya. Maka adaptasi bagaimanyang nabi perlukan? Setelah beberapa tahun mengembangkan Islam beliau terpaksa berhijrah kepada suasana baru. Ini juga digarisbawahi oleh keperluan kepada beradaptasi atau menyesuaikan cara kepada tujuan perjuangan aga yang diazam tercapai walaupun keadaan sekeliling tidak kundusif untuk berkembang.

3. Maka apa terjadi kepada Muslim sekarang ini, bila diarah berniaga, kita memberikan alasan terlalu kapatilis suasana sekarang. Itu haram ini tak boleh. Ke sana tersepit dan ke sini terbeban. Semua ini memerlukan pengadaptasian atau penyesuan mindset ke arah yang praktikal, yang akan membawa kita mengharungi keadaan yang tidak kita rasakan sesuai unutk menjadi sesuai kepada prinsip yang kita bena di dalan jiwa.

4. Keseluruhan pembenaan blog ini adalah proses beradapatasi kepada suasana arus perdana, yang terlalu mementingkan Fardu Ain, maaf kata mementingkan diri. Kita tidak sedar pengajaran FA tidak membantu sasiah Muslim kerana tiada kefahaman kepada solat untuk apa, kyusuk untuk apa, beribadah untuk apa, dan pelbagai persoalan peribadatan yang hanya dibuat mengikut rasa. Maka kita perlu beradapatasi. Dan apa lagi cara yang paling terbaik kalau tidak melihat kepada Alam Allah dan belajar dari carakerja Allah membentuk Alam ke arah kesempurnaan. Theory of evolution. Jangan kita pentingkan atau sensasikan pasal kambing makan rumput dan kita makan salad (sayur) maka kita saudara kambing?

5. Beradapatasi yang perlu sangat kita lalukan adalah memahami keutamaan Sunnah Allah di atas Sunnah Rasul. Memahami keutmaan Fardu Kifayah berbanding Fardu Ain. Ini yang susah. Kita diajar dari kecil sebaliknya dan hasilnya semua Muslim melaksanakan ibadah tetapi hanya mendapat penat kerja yang tidak menentu. Apakah yang diperolehi oleh Muslim dari ibadah solat sekarang? dengan hasil yang jelas Muslim termundur di segala bidang, pelajaran, kewangan, dan segalanya. Maka beradapatsailah kita dengan mengunakan akal. Carilah jawapannya di Al Quran dan apa yang saya nampak hanyalah dengan menggunakan pendekatan atau manhaj Ulil Al Baab, iaitu membuktikan adanya kewujudan dan kekuasaan Allah dengan melihat kepada adanya kejadian Alam sekeliling.

Komen 1033


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.