1. Sekurang-kurangnya untuk diri saya, saya meletakan kepentingan proses beradapatasi dan berevolusi itu sebagai satu kemestian di dalam hidup. Kita mungkin menggunakan perkataan yang saintifik dengan mengambil dua perkataan tersebut. Di peringkat kehidupan biasa, tanpa mahu mengaitkan sains di dalam kehidupan, ciri-ciri tesebut masih perlu walaupun nanmanya bukan lagi sesaintifik itu. Menyesuaikan diri kepada persekitaran dan memperbaiki taraf kemajuan diri, mungkin dua pendekatan biasa yang perlu diambillira sebagai prinsip kehidupan.
2. Melatih diri kepada menyesuaikan dan mempertingkat kemajuan diri adalah perlu bukan sahaja untuk menjalani atau mengharungi kehidupan di dunia, malah proses yang sama akan di kehidupan seterusnya, walaupun tema besar kebidupan mungkin berbeza. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, tujuh fasa kehidupan kita, kesemuanya berbeza tema, tetapi tidak dapat dinafikan pendekatan yang perlu dilakukan adalah serupa, dalam ertikata mengabdikan dan ke arah mengenal Tuhan.
3. Sekiranya kita mengambil pendekatan mudah, dengan tidak mahu bersikap positif di Dunia, maka apa yang menghalang sikap yang sama akan terlaksana di alam lain. Sekiranya kita mengambil sikap tunggu dan lihat, apa yang akan menghalang kita bersikap sedemikian di alam seterusnya. Maka seterusnya, dengan mengikut arus perdana di dunia, kita juga akan terbawa-bawa dengan sikap yang sama apabila menjalani kehidupan di alam seterusnya.
4. Adapt dan evolve adalah ciri utama yang dipaparkan dalam Teori Darwin, walaupun ciri tersebut bukanlah hanya terdapat di dalam teori tersebut. Tanpa memahami atau mendalami Teori tersebut, kita masih boleh menggunakan dua ciri tersebut. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah, Teori Darwin adalah kajian sainstifik yang menyeluruh, yang memerlukan kita mempiawaikan pemikiran kepada sesuatu yang lebih kukuh asasnya dan terbukti perlaksanaannya.
5. Sdri Ummu mengingatkan kepada perlunya proses adapt dan evolve secara berterusan. Sudah semestinya itu satu usaha kearah kejayaan. Tanpa istiqamah atau pendirian tetap melaksanakan sesuatu, sudah pasti kita tidak dapat melakasanakan kehidupan memperjuangkan sesuatu sehingga ke penghujungnya. Angat-angat tahi ayam, seperti kata pepatah Melayu. Perlu diingat juga, bahawa kegiatan yagn dilakukan mungkin berbeza, tetapi ciri asas pelaksanaan kegiatan itu tidak berubah.
6. Di bawa tajuk penserasian percaya dan fikir ini, suka saya mengingatkan bahawa ianya, iaitu proses percaya, yang secara tradisinya diwarisi dengan berkesan, memerlukan dua ciri yang disebut tadi, iaitu adapt dan evolve. Tanpa fikir, percaya kita akan terus menguasai diri dan menjadi penghalang kepada perkembangan seterusnya. Jadi sebelum kita kehabisan waktu melaksanakan perubahan, perlulah kita fikirkan apakah yang perlu perubahaan kepada warisan percaya kita.
Dikirim oleh Pak Din 31