S025 Komen 1041. Penserasian dan kemajuan.

1. Sekurang-kurangnya untuk diri saya, saya meletakan kepentingan proses beradapatasi dan berevolusi itu sebagai satu kemestian di dalam hidup. Kita mungkin menggunakan perkataan yang saintifik dengan mengambil dua perkataan tersebut. Di peringkat kehidupan biasa, tanpa mahu mengaitkan sains di dalam kehidupan, ciri-ciri tesebut masih perlu walaupun nanmanya bukan lagi sesaintifik itu. Menyesuaikan diri kepada persekitaran dan memperbaiki taraf kemajuan diri, mungkin dua pendekatan biasa yang perlu diambillira sebagai prinsip kehidupan.

2. Melatih diri kepada menyesuaikan dan mempertingkat kemajuan diri adalah perlu bukan sahaja untuk menjalani atau mengharungi kehidupan di dunia, malah proses yang sama akan di kehidupan seterusnya, walaupun tema besar kebidupan mungkin berbeza. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, tujuh fasa kehidupan kita, kesemuanya berbeza tema, tetapi tidak dapat dinafikan pendekatan yang perlu dilakukan adalah serupa, dalam ertikata mengabdikan dan ke arah mengenal Tuhan.

3. Sekiranya kita mengambil pendekatan mudah, dengan tidak mahu bersikap positif di Dunia, maka apa yang menghalang sikap yang sama akan terlaksana di alam lain. Sekiranya kita mengambil sikap tunggu dan lihat, apa yang akan menghalang kita bersikap sedemikian di alam seterusnya. Maka seterusnya, dengan mengikut arus perdana di dunia, kita juga akan terbawa-bawa dengan sikap yang sama apabila menjalani kehidupan di alam seterusnya.

4. Adapt dan evolve adalah ciri utama yang dipaparkan dalam Teori Darwin, walaupun ciri tersebut bukanlah hanya terdapat di dalam teori tersebut. Tanpa memahami atau mendalami Teori tersebut, kita masih boleh menggunakan dua ciri tersebut. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah, Teori Darwin adalah kajian sainstifik yang menyeluruh, yang memerlukan kita mempiawaikan pemikiran kepada sesuatu yang lebih kukuh asasnya dan terbukti perlaksanaannya.

5. Sdri Ummu mengingatkan kepada perlunya proses adapt dan evolve secara berterusan. Sudah semestinya itu satu usaha kearah kejayaan. Tanpa istiqamah atau pendirian tetap melaksanakan sesuatu, sudah pasti kita tidak dapat melakasanakan kehidupan memperjuangkan sesuatu sehingga ke penghujungnya. Angat-angat tahi ayam, seperti kata pepatah Melayu. Perlu diingat juga, bahawa kegiatan yagn dilakukan mungkin berbeza, tetapi ciri asas pelaksanaan kegiatan itu tidak berubah.

6. Di bawa tajuk penserasian percaya dan fikir ini, suka saya mengingatkan bahawa ianya, iaitu proses percaya, yang secara tradisinya diwarisi dengan berkesan, memerlukan dua ciri yang disebut tadi, iaitu adapt dan evolve. Tanpa fikir, percaya kita akan terus menguasai diri dan menjadi penghalang kepada perkembangan seterusnya. Jadi sebelum kita kehabisan waktu melaksanakan perubahan, perlulah kita fikirkan apakah yang perlu perubahaan kepada warisan percaya kita.

Komen 1041

5 Responses to S025 Komen 1041. Penserasian dan kemajuan.

  1. Mil berkata:

    Sebagai contoh, mujaddid pertama ialah Sayidina Umar bin Abdul Aziz. Dia membawa pembaharuan hanya berkaitan dengan masalah negara saja. Dia tidak menyentuh soal ibadah, akhlak, masyarakat atau ekonomi. Sebab di zamannya semua aspek itu tidak rosak. Yang rosak ialah soal pemerintahan negara.

    Begitu juga kedatangan mujaddid kedua, Imam Syafie. Dia datang bukan untuk membetulkan masalah ibadah, akhlak, ekonomi, atau masyarakat. Dia menyelesaikan hal-hal mengenai ulama. Sebelum kedatangan Imam Syafie, ulama-ulama memberi fatwa tanpa ada kaedah atau cara. Pada masa itu, orang membuat hukum dan fatwa tidak mengikut prosedur. Maka Imam Syafie pun membuat kaedah. Lahirlah dua kaedah yaitu usul fiqh dan khawaidul fiqhiyah. Sampai sekarang ulama menerima dan memakai kaedah ini. Jadi Imam Syafie datang untuk menyelesaikan masalah ijtihad.

    Di waktu kedatangan mujaddid ketiga, Imam Abu Hassan Asyaari, yang rosak adalah aqidah. Sebab di waktu itu Islam sudah mulai meluas, falsafah Barat dan Yunani sudah meresap masuk ke dalam Islam. Jadi mujaddid ini tidaklah menyentuh hal-hal ekonomi, akhlak dan ibadah, tetapi membetulkan aqidah yang sudah keliru. Sebab itu ada kaedah sifat 20 itu dalam ilmu tauhid dan usuluddin.

    Begitulah pula datang mujaddid seterusnya, Imam Fakhrurrazi. Dia membuat kaedah bagaimana mentafsirkan Al Quran.

    Kemudian, kerosakan semakin bertambah berat. Islam sudah terpecah-pecah. Ibadah sudah tidak ada hubungan dengan akhlak. Aqidah pula seolah-olah tersendiri.

    Datanglah mujaddid seterusnya yaitu Imam Ghazali, membawa suatu kaedah untuk menggabungkan ketiga-tiga asas agama yaitu tauhid, fikih dan tasawuf. Dalam setiap amalan umat Islam mesti terangkum tauhid, fikh dan tasawuf. Sebab ketiga-tiga asas tersebut tidak dapat dipisahkan satu sama lain.

    Dari http://heliconia.wordpress.com/mujaddid/

  2. Nur berkata:

    Of course, Darwinians have the right to believe in whatever they wish, but it is crucial to unveil that theirs is a subjective faith, not an objective truth, as they have been claiming for more than a century. This unveiling would mark a turning point in the history of Western civilization, by reconciling science and religion and letting people become intellectually fulfilled theists. Moreover, it would mark a turning point in the history of the world, by changing the meaning of “the West” and “Westernization” in the eyes of Muslims. They have been resisting the influx of godlessness from the West for a long time; they would be much less alarmed in the face of a redeemed West.

    Phillip E. Johnson once said that the ID debate is about the question whether the U.S. is a nation under God or a nation under Darwin. We Muslims see the latter as a plague; we have no problem with the former. We might have disagreements, but we agree on the most fundamental truth of all ? that there really is a God out there, and He is the One to Whom we owe our very life and existence.

    Dari http://www.thewhitepath.com/archives/2005/12/under_god_or_under_darwin.php

    Perhatikan “This unveiling would mark a turning point in the history of Western civilization, by reconciling science and religion and letting people become intellectually fulfilled theists.”

  3. Nur berkata:

    AL-AHKAM.NET SUMBER AJARAN MUJASSIMAH DAN WAHHABIYAH

    AL-AHKAM.NET merupakan Laman web yang suka memfitnah dan mentohmah ulamak-ulamak Islam. Jenama ‘tajdid’ yang diwarwarkan oleh AL-AHKAM.NET adalah suatu usaha untuk mengorak langkah ke arah memperbaharui Syariat Islam yang sedia ada dan digantikan dengan ajaran agama baru yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahhab yang berteraskan akidah mujassimah Ibn Taymiyah al-Harrany, Karramiyah,dan Hasywiyyah. al-Ahkam.net dengan kata lainnya sebagai agen menyebarkan perpecahan dalam umat Islam dan mereka adalah satu persatuan yang berorganisasikan Protaz tiruan yang tidak mempunyai teras agama lantas berperanan menyebarkan fahaman mujassimah dan mushabbihah kepada masayarakat Islam. Sejajar dengan cita-cita golongan Yahudi , AL-AHKAM.NET mampu untuk memeningkan masyarakat dan mengelirukan akidah sebenar umat Islam.

    Dari http://abulehyah.blogspot.com/2008/08/ahkamnet-menyebarkan-akidah-mujassimah.html

  4. [...] S025 Komen 1041. Penserasian dan kemajuan. 1. Sekurang-kurangnya untuk diri saya, saya meletakan kepentingan proses beradapatasi dan berevolusi itu sebagai satu [...] [...]

  5. Pak Din berkata:

    Cara pertama itu tadi adalah cara yang mententeramkan akal, memuaskan intelek. Daripada tajuk (a+b)² = a²+2ab+b² hinggalah kepada subjek aqidah kita tentang ghaibiyyat, membahaskan sesuatu dengan nas dan dalil, ternyata berupaya menjadikan kita TAHU.

    Tetapi, apakah cukup manusia diberi ilmu agar jahil menjadi tahu? Apakah matlamat Islam sekadar memberitahu dan menjadi tahu. Berapa ramai yang tahu Islam di tahap A1 tetapi tidak hidup dengan Islam? Soalnya apakah kita bertindak berdasarkan apa yang kita TAHU? Cuba kita tanya kepada perokok, apakah mereka tidak tahu yang rokok itu membunuh? Kita yakin yang mereka amat tahu tentang bahaya rokok. Habis, jika mereka sudah tahu, mengapa mereka masih merokok? Adakah kerana jiwa mereka jiwa pejuang berani mati? Berani merokok walaupun menempah maut? Selayaknya insan berjiwa seperti inilah yang dihantar ke Palestin.

    http://saifulislam.com/?p=401

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.