S027 Percaya atau tidak?

Ogos 14, 2008

Sekitar perbincangan di Blog Sdr Saifuddin.

1. Saya kira banyak lagi jigsaw pieces yang telah sediada, dan sebahgian besarnya telah menghasilkan teknologi atau kemudahan yang kita gunakan sekarang. Jangan kita lupa kenderaan, hand phone, bla bla yang guna setiap hari itu adalah hasil dari kefahaman kepada carakerja Allah iaitu hasil kajian ilmu sains. Hasil penat lelah saintis. Kiranya mereka menipu, secara sedar atau tidak, sudah pasti Sunnah Allah akan menjalankan tugas menidakkannya. Contoh, meletupnya shuttle Nasa adalah kerana berlakunya penipuan (secara tidak sedar) kepada Sunaah Allah.

2. Menjadi evolutionist bermakna kita merancang serapi-rapi nya kehidupan kita, sebagai mana tarbiah Allah dalam AlamNya. Creationist tidak mempunyi mind set begitu. Mereka memperjuangkan berterima kasih kepada Allah tanpa mahu tahu apa yang dia faham tentang perlunya berterima kasih. Sebenarnya mereka Creationist, tak mahu mengkajipun siapa itu Allah hakiki, kerana pada mereak dah dapat, terima kasih sahajalah.

3. Kita bukan tidak mengucapkan terima kasih. Kita cuba memahami secara mendalam kategori terima kasih. Bukan atas dasar satu sen terima kasih, satu juta terima kasih yang sama. Dengan menjadi evolutionist kita meletakkan diri dihadapan kertas putih, melihat ke Alam dan melakar (bukan membuat kelakar) kejadian ciptaan Allah (terima kasih Shiha) dengan betul-betul mahu mengetahui carakerja Allah kerana kita tidak mungkin menemui zat Allah. Lainlah kalau kita kaji Kambing, zatnya ada, jadi tak payah nak susah mengendap kambing buat apa, literally speaking.

4. Saya pernah sentuh bahawa, sikap creationist akhirnya membentuk masyarakaat penerima tongkat. Mental subsidi. Mereka mengharapkan lahir di dunia semua dah ada. Dah siap. Termasuklah Adam dah jadi, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Negara dia lahir pun tak ada, kalau tidak kerana orang yang bersikap evolutionist. Negara perlu dibena. Satu konsep yang susah nak diterima generasi baru yang lahir jumpa tikus atas meja. Islam terus ada? Solat terus wajib? Semuanya berevolusi.

5. Kalau kita takutkan evolusi kerana akhirnya perlu berevolusi Islam atau agama nenek moyang kita, itu adalah pemikiran yang salah. Dari dulu kita makan. Masa duduk dalam gua jadi hunter gather kita makan. Dah jadi crocodile hunter pun kita makan. Dalam gua garpu asli, dah duduk gua cement kenalah evolve ke garpu tiruan. Kemajuan kan? Jadi hal makan tak berubah, hal cara makan berubah.

6. Kehidupan itu evolusi. Adaptasi. Yang tidak beadaptasi mati. Pupus. KO. Ya lah memang kadar kepupusannya tak sama. Ada cepat ada lambat, tapi tunggu sahajalah, creastionist akan mati. Sebagaimana matinya Matahari mengeliling Bumi. Memang ramai yang kata, apa mengeliling apa tak perlu, tak berkaitan dengan akidah. Kalau kita berpegang kepada Iman Taklid memang semua tak boleh diubah. Iman pun perlu evolusi kalau tidak iman kita pun mati. Jadi sebelum kita mati, berevolisilah sebelum minda anda mati dulu. Kesian Muslim tanpa minda.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.