S030 Muhasabah setahun lepas #1.

Ogos 17, 2008

1. “4. Ustaz Hasrizal sentiasa mengingatkan “Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.” Dan kadang-kadang (hampir selalu sebenarnya) menurut Akhi Amin Ahmad “sememangnya kita pilih utk tidak bersetuju (kadang2 tanpa hujah)..”. Tiada alasan yang dapat difikirkan dengan rational, bahkan hanya menurut emosi (dari pengaruh lambaian warna-warna melambai lembut di atas).” – dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/14/r37/

2. “3. Kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita faham dengan apa yang Allah sampaikan melalui RasulNya. Kalau dalam bab akidahpun ramai yang termasuk di dalam golongan 72 dari 73, iaitu 1/73, apatah lagi dalam bab-bab yang lain dari akidah. Sebenarnya tiada pemisahan antara ekomoni dan akidah. Semuanya ada di dalam Islam. Tetapi kerana Muslim telah mesub-kontrak kebanyakan penimbaan ilmu sains kepada bukan Islam, timbullah pengasingan antara bab-bab agama dan sains. Begitu juga boleh dikatakan kebanyakan teori yang dilaksanakan dalam kehidupan adalah dirumus oleh bukan Muslim, walaupun pada mulanya ada yang berdasarkan pemikiran Islam.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/17/r38/

3. “6. Ilmu sains adalah alat untuk menghasilkan bukti. Ia tidak dapat dan tidak boleh menjadi asas membenih kepercayaan atau iman. Keperluan beriman atau percaya perlu, pada asas dan permulaan, tetapi sekiranya ia tidak disambung dengan penggunaan alat (ilmu sains), kepercayaan tersebut akan terus hanya berdasarkan kepercayaan tanpa pembuktian. Itu asas kepincangan umat Muslim hari ini. Terlalu dihantui dengan ugutan kehidupan akhirat, sehingga mati kekuatan pemikiran. Lupakah kita bahawa, hanya dengan pemberian akal, kita layak bergelar manusia? Hanya dengan pemberian ilmu (yang bergantung pada akal) manusia dilantik menjadi khalifah di Bumi Allah ini? Dan beragama itu (Islam) tidak lain hanya kerana berakal? Jadi kenapa pendekatannya selalu menolak penggunaan akal? Untuk mempermudah penyampaian … sehingga semuanya tergelincir dari jalan yang lurus!” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/12/03/s06/

4. “2. Kesemua idea-idea yang diberikan adalah ilham dari Allah, yang pada saya telah melalui penapisan dalam bentuk pengalaman yang saya lalui sehingga ke umur Asar ini. Saya pernah jelaskan di AAN, segala yang saya tuliskan di AAN akan dipertanggung-jawabkan kepada saya sehinggalah terpaksa menjawabnya di Mahkamah di Akhirat kelak. Tidak timbul isu idea bernas atau tidak kerana, konsep yang saya paparkan ialah konsep isi dan kulit . Allah telah menjadikan manusia berbeza dari mahluk yang lain dengan adanya akal dan logik (maaf kalau Sdr termasuk di dalam golongan yang alergik kepada logik).” = Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/07/29/r78-blog-sdr-shahmuzir/

5. “7. Komen saya di Blog Sdr Mukhtar berhubung Salaffossoleh.
Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi Muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini.
Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penakhlukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi SAW. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.
Menjadikan Salafi idola sebagai contoh perlu kepada melihat yang tersirat bukan yang tersurat. Yang tersurat ialah pedang dan kuda, yang tersirat ialah kemenangan Muslim mengatasi kekuatan Kafir. Sekarang ini kalau Muslim mahu mengidolakan Salafi, jangan di atas dasar mengenepikan ilmu sains dan teknologi.” = Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/07/18/s019-hasil-44-hari-keluar-ke-aan/

6. “2. Saya mengambil ayat dari AQ yang mengatakan Alam ini terbentuk di dalam enam ayyam, yang saya ringkaskan di dalam Bhg 6, Teori DARWIN, Fi sittah … Penceramah di video menerangkan, pada molecular level, iaitu tahap 3 dan 4 dalam ringkasan saya Bhg 6, semua yang ada di Alam ini terdiri dari atom yang sentiasa bergerak. Dynamic Equilibrium. Saya kira ini tidak dapat disangkal lagi bagi mereka yang mempelajari Alam melalui displin sains. Keseluruhan blog saya adalah bertujuan untuk menserasikan pembuktian ilmu sains kepada adanya nas-nas yang berkaitan dengan aqidah kita tentang kehidupan. Saya pasti dengan minda yang terbuka luas, penserasian dapat diperolehi. Ilmu sians ialah ilmu yang mengkaji carakerja Allah. Kitab AQ tidak memperincikan penerangan tentang proses pembentukan Alam. Bagaimanapun Kitab AQ mengarahkan kita merujuk ke Kitab Alam untuk mencari jawapan.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/07/08/s017-harun-yahaya-ww/

7. “1. Pencarian manusia kepada tuhan bermula dari ‘baliq’. Setelah Allah swt mengajarkan nama2 sebagai simbolik kenaikan pangkat kepada khalifah. Perlu juga diingat mulanya Islam (budaya hidup) juga pada saat yang sama. Bukan bermakna yang sebelum itu tidak Islam, (seluruh alam bertasbih kepadaNya) tetapi dengan bermulanya kewarasan akal, mahluk Allah dipertanggung-jawabkan dengan pilihan yang dibuat. Perkembangan pengunaan akal terus meningkat dari saat itu, berinteraksi dengan alam dengan petunjuk (sedar atau tidak) dari Allah swt.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/08/28/bhg04/


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.