S031 Muhasabah setahun lepas #2.

Ogos 18, 2008

1. ” 7. Salah satu sebab kenapa sains perlu ‘dipisahkan’ dari kepercayaan, adalah kerana keajaiban yang boleh timbul dengan hanya kepercayaan. Terbukti di seluruh tamadun manusia dan dirakamkan oleh pepatah Melayu ‘Biar mati anak jangan mati adat’. Dengan kepercayaan manusia sanggup melakukan apa sahaja, walaupun tiada kebenaran pada apa yang dilakukan, atau, di atas dasar sangkaan yang kepercayaan mereka itu benar. Sains hanya boleh dinamakan sains apabila ada kepercayaan bahawa sesuatu itu dapat dibuktikan kebenarannya. Bukan dengan percaya tetapi empirikal. Lihat ayat Al Quran, serasi tetapi terpisah.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/13/r8/

2. “5. Di sana sini firkah berpegang kepada Al Quran dan As Sunah, tetapi pada masa yang sama, kedua-dua itu menjadi senjata untuk mengkafirkan firkah yang belawanan. Saya sebenarnya tertekan dengan keadaan itu, sehinggalah apabila saya menggunakan keupayaan akal, pada tahap yang lebih tinggi, melalui pemahaman pemikiran falsafah, terasa perbezaannaya dan merasa lega, setelah letih melayan firkah yang tak berfikir.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/11/r6/

3. “9. Dengan memahami hukum E = A + B + C + D, kita akan dapat memperjelas kedudukan komponan utama sesuatu entiti, termasuklah alam ini. Kita akan menjelajah kepada beberapa konsep baru, sebelum dapat memperincikan bagaimana kedudukan bahan asas alam, B kepada komponen lain iaitu C dan D. Yang penting ialah C (ilmu membuat) dan D (daya membuat) tidak hadir di dalam entiti yang dihasilkan. Jadi tidak ada kemungkinan, apa yang dihasilkan menyerupai bahan yang membentuknya.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/09/35/

4. “4. Saya kira yang menjadi masaalah ialah sikap tak mahu belajar sains yang membelenggu muslim sekarang ini. Besar kemungkinan kerana, yang mengajar ilmu agama terlalu sedikit yang minat dengan sains, yang mahu mengaikan pelbagai teori sains kepada ketuhanan. Saya melihat pewaris-pewaris yang sebegini, tidak berjalan dengan dua kaki, iaitu maaf kata tempang.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/15/r10/

5. “4. Dengan hanya menambahkan niat atau tujuan yang betul, melaksanakan setiap satu kerja, Allah menjadikan kerja tersebut sebagai satu kategori yang berbeza, yang lebih tinggi, dari kerja biasa kepada ibadah. Dari hanya mendapat keizinan kepada mendapat keredhaan Allah swt. Begitu mudahnya tugas manusia mendapatkan keredhaan dari Tuhannya, menjadi sesuatu yang amat berat untuk dilaksanakan kerana ramai antara manusia yang tidak mahu memikirkannya sebelum membuat sesuatu pekerjaan.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/16/36/

6. “Ilmu Tauhid adalah ilmu mengenal Allah. Dengan memahami ilmu sains, kefahaman kita kepada Allah akan menjadi lebih berkesan, sebagaimana contoh orang Purba pun pandai buat rumah, tetapi dengan sains dan teknologi, teknik membuat rumah menjadi lebih berkesan dan menghasilkan rumah yang jauh lebih baik. Kalau pemikiran kita terbuka kepada manhaj ilmu sains (akal rational), insyaAllah, kewujudan Allah akan menjadi lebih bermakna pada kita sebagai muslim dan mukmin.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/16/r11/

7. “3. Ahli Sunnah wal jamaah (mereka yang mengikuti Al Quran, Sunnah dan Qias-Jemaah) pun tidak terlepas dari ratio 1:73, bukan sahaja ahli Kitab zaman dahulu. Ini juga angkara penggunaan istilah setara buroq. Mungkin kalau tidak di tahap asas, usul, pokok, terdaptlah perbebezaan di pringkat furuk, dahan, ranting. Ia, memang ada yang medamaikan diri dengan ‘Firkah itu rahmat’ tetapi dengan ramai yang anti-Mazhab (selangkah sebelum anti-Pluralisma) sekecil mana firkah di tangan, akan menjadi isu yang besar. Tak ke meluas perpechahan 8 dan 20 rakaat pada yang sunat?” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/17/r12/


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.