R80 Kitab ”KimyauSaadah” oleh Al Ghazali.

chn5calligpeackockDari Blog Petunjuk ke Jalan Lurus.

Mengenal Diri Sendiri sebagai kunci untuk mengenal ALLAH S.W.T.

1. Sebagaimana yang diketahui, bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki akhlak. Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang berarti mengosongkan dari sifat sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat sifat yang terpuji (TAHALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat ditempuh dengan sekaligus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat-tingkat. Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu Ma’rifat, berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh sungguh, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya dan siapakah yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ”Barang siapa yang mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.

MENGENAL DIRI SENDIRI

2. Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) dan bentuk-bentuk bathin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang dimaksudkan dengan Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada disebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci dan berpengaruh di dalam tubuh dan dialah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insan Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dialah yang bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah SWT.

3. Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa dan dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata. Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani / Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh / Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu dan ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil didalam dirinya sendiri. Sungguh benar sekali istilah yang menyebutkan bahawa ”Manusia itu adalah mikromos” atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.

4. Sebahagian orang berpendapat bahawa hakekat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kecuali peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Didalam Quran Allah berfirman: ”Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit saja” .(S. Isra 85) . Apabila seseorang bertafakur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya itu pada masa dahulunya, ”tidaknya pernah ada”. Firman Allah: ”Tidaklah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun”. Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikitpun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala dan sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.

5. Dengan jalan memikirkan hal tersebut diatas maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan dan Kasih-Sayangnya Tuhan yang menjadikannya. Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata didalam kehidupan ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, pakaian, perumahan dan sebagainya ,yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap didalam muka bumi ini. Disini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman dan Rahimnya Allah yang begitu besar dan luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban keajaiban. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya dan penuh pula dengan berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih Sayang-Nya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu ”ADA”. Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan Allah.

MENGENAL ALLAH

6. Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan perbuatan kita bagi mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kepada kita kekuatan,kepandaian dan mencintai ciptaanNya. Sifat sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa kedua duanya iaitu ALLAH dan ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna dan tidak berukuran.

7. Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, Tetapi kesukaran kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti perasaan marah,sakit ,gembira dan cinta.Hal ini merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebebkan oleh bentuk dan ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat mengenal suara dan begitu pula dalam mengertikan kenyataan kenyataan pokok yakni Tuhan dan Roh. Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirkannya sebegitu jauh. Betapapun juga, kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia adalah tidak mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya. Sebagaimana yang telah dihuraikan, ”ROH” tidak mempunyai tempat tertentu dalam sesuatu bahagian badan, tidak terpisah pisah, tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah “JASAD”. Demekianlah ALLAH, tidak mengenal ruang dan masa, tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Esa, Maha Kuasa, Maha Besar dan Maha Agung.

Kimyau Saadah offline online

17 Responses to “R80 Kitab ”KimyauSaadah” oleh Al Ghazali.”

  1. Pak din berkata:

    Dari segi falsafahnya pula, Syeikh Ahmad Khatib menyatakan, “Asal ilmu hisab iaitu dari akal dengan membersihkan jiwa dengan cara yang telah diketahui oleh ahlinya.”; “Orang yang menghantarkan ilmu ini siapa ia dan iaitu Nabi Idris s.a.w. dan atasnya kata Hasibul Karimuddin anak Nabi Daniel. Dengan berkat doa bapanya Daniel itu dan telah membukakan oleh Allah Taala baginya akan `ain alm hingga diperbuatnya ilmu hisab ini dan ilmu falak, ilmu hai’ah dan ilmu handasah dan ilmu tib.”; “Amal dan ibadat dan makan dan minum dan pakaian dan lain demikian itu segalanya berkehendak kepada hitungan dan telah muafakat segala manusia Islamnya dan kafirnya atas mengasihi ilmu hisab ini dan atas memujinya dan atas bersungguh-sungguh daripada menghasilkannya.”; “Adapun kelebihannya maka iaitu tiada terhingga kerana kebanyakan daripada ilmu berkehendak daripada dia dan kebanyakan ilmu syariah masuk di dalamnya ilmu hisab.”; “Dan berkata Ibnu Hidurrahmatullahtaala bermula ilmu hisab ini satu rukun daripada agama kerana dengan ilmu ini diketahui kiblat dan waktu sembahyang dan puasa dan bilangan bulan dan tahun dan bilangan hari.”; “(Dialah) yang menjadikan akan matahari jadi cahaya dan akan bulan jadi cahaya dan mentakdirkan Ia akan dia pada beberapa tempat perjalanannya kerana hendak mengetahui kamu akan bilangan tahun dan akan hitungan dan tiada menjadikan Allah Taala akan demikian itu melainkan dengan sebenarnya yang menyatakan ia akan tanda adanya bagi kaum yang mengetahui mereka itu maka segala itu dalil bagi kebesaran ilmu hisab.”; “Tatkala ada ilmu hisab tinggi darjat kerana tiada terkahaya daripadanya tiap-tiap manusia pada ketika mukimnya dan tiada pula pada ketika musafirnya kerana segala manusia berkehendak kepada makanan dan minum dan ibadat dan tiap-tiap sesuatu daripada demikian itu masuk di dalamnya hitungan.”

    Dari http://www.kesturi.net/2008/08/02/melayu-sudah-lama-dalam-bidang-matematik-mantik/

  2. Pak Din berkata:

    Isu Tauhid memang selalunya mengundang perbezaan pendapat dalam penterjemahan disebabkan perbezaan tahf dan cara berfikir. Yang dikemukakan … “apakah jawapan yang terbaik untuk kita berikan kepada kanak-kanak tersebut” disebut kanak-kanak. Jawapan bagi kanak-kanak yang belum baligh adalah berbeza dengan jawapan kepada orang yang sudah baligh. Itupun baru merujuk kepada orang dewasa yang baligh syarie, belum lagi kepada yang baligh hakiki (tauhid).

    Rujuk http://abulehyah.blogspot.com/2008/08/ahkamnet-menyebarkan-akidah-mujassimah.html bagi menguatkan hujah Sdr puyengskecik di atas.

    Cuba kita fikirkan soalan rendah sedikit, “Dimana Kerajaan Malaysia?”. Maka seperti dicadangkan oleh Sdr Skema “di mana-mana” bermakana di mana-mana di Malaysia. Apakah jawapan itu tidak mengundang perbezaan pendapat. Sudah pasti. Terjemahan kepada adanya Kerajaan Malaysia ialah, di mana-mana sahaja di Bumi Malaysia, undang-undang Malaysia akan berkuatkuasa. Malah bukan di Malasyia sahaja, kalau sebagai orang Malaysia kita bermasaalah di Jepun, contoh, kita masih dilindungi oleh undang-undang Malaysia kerana hubungan diplomatik antara Malaysia-Jepun, sebagai contoh.

    Al Quran menyebut tanda-tanda kekuasaan (yang membuktikan kewujudanNya) Allah dapat dilihat di seluruh Alam (di mana-mana). Sebagaimana disebut bahawa ‘di dalam penciptaan langit dan bumi, pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan) bagi Ulil Albaab’. Jawapan ini lebih sesuai secara tidak lansung menghurai di mana Allah! Dan sesuai bagi menjawab kepada pengkaji-pengkaji ilmu sains, yang mengkaji tentang Alam.

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=5182&pid=67786#post_67786

  3. Sha berkata:

    Pada tempat lain Dia berfirman, “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya.” (Qs. Al-Baqarah [2]: 156)

    Ayat di atas menyatakan bahwa selain manusia berasal dari Tuhan, Dia juga merupakan tempat tujuan manusia, karena awal manusia adalah dari Tuhan dan akhirnya pun menuju ke arah-Nya. Sesuai dengan ayat ini dikatakan bahwa tujuan penciptaan manusia adalah melakukan perjalanan ke arah Tuhan. Dengan mencermati ayat di atas, kita akan mengetahui bahwa kalimat yang disebutkan di atas adalah “kembali kepada-Nya” dan bukan “kembali di dalam-Nya” sehingga hal ini tidak akan mengarahkan kita pada yang dilakukan oleh sebagian para sufi, dimana mereka meyakini bahwa tujuan penciptaan manusia adalah kefanaan dalam Tuhan, melainkan kita harus mengatakan bahwa manusia memiliki perjalanan ke arah-Nya, yaitu perjalanan ke arah kesempurnaan yang tak terbatas. Dengan gerakan kesempurnaannya inilah manusia harus menarik dirinya ke arah Tuhan.

    “Dan Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya. Dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).” (Qs. Al-Maidah [5]: 18)

    “Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk).” (Qs. An-Nur: 42, dan Qs. Fathir [35]: 18)

    “Dan hanya kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan.” (Qs. Fathir [35]: 4, dan Qs. Al-Hadid [57]: 5)

    “Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan.” (Qs. As-Syura [42]: 53)

    “… kemudian hanya kepada Tuhan-mulah kamu akan kembali.” (Qs. As-Sajdah [32]: 11, dan Qs. Al-Jatsiyah [45]: 15)

    “Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, ….” (Qs. Al-Maidah [5]: 48, dan Qs. Hud [7]: 4)

    “Hai manusia, sesungguhnya kamu menuju kepada Tuhan-mu dengan kerja dan usaha yang sungguh-sungguh, maka kamu pasti akan menjumpai-Nya.” (Qs. Al-Insyiqaq [84]: 6)

    Ayat di atas pun menempatkan manusia sebagai pekerja keras yang bergerak dan berusaha menuju ke arah sumber keberadaan

    Dari http://www.wisdoms4all.com/ind/?p=49

  4. Sha berkata:

    [b]puyengskecik wrote

    Mengenal Allah adalah huraian yang meluas kerana ia membabitkan 4 sudut ilmu iaitu syariat, tarikat, ma’rifat dan hakikat. Tetapi apa yang terjadi di dalam permainan ilmu ini seperti yang saya katakan, jin ini akan melemahkan ilmu pengamalnya jika meninggalkan solat dan memperkuatkan ilmu pengamalnya jika tidak meninggalkan solat. Inilah permainan yang membuatkan i’tikad yang salah timbul dalam diri pengamalnya yang kurang mendalam ilmunya tentang Allah. Tetapiu bagi orang2 yang benar2 mengenal Allah dari 4 sudut ilmu, tidaklah menjadi masalh dalam hal i’tikad ini.

    Inilah yang tersembunyi disebalik apa yang saya katakan. Jika diterangkan hal ini amat panjang dan seolah2 memberi galakkan agar orang mempelajari ilmu ini. Walhal saya mendedahkan ilmu ini agar orang2 menjauhinya. Di zaman yang serba canggih ini, kebanyakkan ilmu2 yang membawa kita untuk mengenal allah telah tersembunyi dan ada sesetengahnya dianggap sesat.
    Wallahu A’lam.

    Kecenderungan pendakwah ketika ini adalah mempermudah segala-gala. Katanya. Oleh kerana jauh lebih mudah membaca tersurat dari memahami tersirat, maka taks dibaca tanpa kefahaman kepada konteks. Segala-galanya secara lahiriah. Pendekatan sufi mengajak kita berfikir mendalam mencari kebenaran yang hakiki. Bagaimanapun kerana terlalu banyak yang tersalah ambil simpang, pendekatan sufi dan tariqat menjadi sesuatu yang diperangi dan diharamkan. Saya melihat penggunaan alat. iaitu ilmu sains dapat membantu mengembalikan kerosakkan ini. AQ mengarahkan kita menjadi Al Baab dengan meneliti tanda-tanda kekuasaan Allah dari kejadian di Alam ini. Inilah ilmu sains. Malangnya, keperluan berfikir mendalam menjadikan sains juga diketepikan.

    “2. Tidak seperti Syariat Allah, Sunnah Allah, juga yang Melayunya membawa makna peraturan, telah ada sejak azali lagi. Sebelum lagi adanya Nabi Adam sebagai manusia pertama, Sunnah Allah telah menjadi program atau aturcara yang menentukan perjalanan Alam ini. Sunnah Allah yang dirujuk sebagai Nature oleh mereka yang tidak percayakan Allah, merupakan hukum halangan (rujuk Bhg 16 Teori Darwin) yang memberikan kesan sertamerta berbanding hukum garisan, yang pembalasannya ditangguhkan sehingga ke hari pembalasan. Kedua-dua Syariat dan Sunnah Allah merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Muslim dan memahami fungsi setiap satu memberi kesan berbeza yang amat ketara.” – dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/22/s05/

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=4890&pid=68137#post_68137

  5. Sha berkata:

    Akidah Islam adalah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.

    Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara paling mudah dan senang untuk difahami. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datang mengambil dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.

    Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?

    Dari http://drmaza.blogspot.com/

  6. Pak Din berkata:

    Bermula agama itu ialah dengan mengenal akan Allah, Tuhan seru sekalian alam. Tempat seluruh umat manusia(baik yang beriman maupun yang tidak) bergantung dari segala harapan dan pengharapan.

    Dan tidaklah dipandang dan dianggap seseorang itu beragama sebelum ia mampu dan dapat mengenal Allah sebaik-baik dan sebenar-benarnya pengenalan. Jika demikian dapat dipastikan bahwa seluruh ibadah dan peribadatan yang dulu kita lakukan hingga sekarang dan sampai pada masa yang akan datang dianggap tidak syah karena arah yang tidak pasti ibadah dan peribadatan itu akan ditujukan kemana.

    Sementara yang kita tahu, yang kita yakini selama ini hanya sebatas dan sekedar nama saja tanpa tahu sebenarnya yang punya nama dan ujudnya. Dengan demikian sia-sialah apapun yang kita lakukan.

    “Allah” adalah himpunan huruf-huruf hijaiyah yang berangkai dalam satu kesatuan kata yang kita imani dan yakini sebagai nama dari Tuhan yang teramat sakral, dan diatas dari segala yang Ada.

    Dari http://www.airsetitik.co.cc/

  7. Haf berkata:

    “Siapa Yang Mengenal Dirinya, Maka Dia Telah Mengenal Tuhan-nya”

    Mukaddimah

    Kita sering mendengar ramai penceramah yang sering mengucapkan ungkapan seperti ini kerana menyangka ianya adalah hadis Rasulullah yang perlu diimani. Ungkapan ini sering disalahtafsirkan, khususnya penganut aliran Wahdatul Wujûd.

    Sebenarnya ungkapan ini bukanlah merupakan hadis Rasulullah

    Naskah Hadis (maudhu’)

    مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ

    Maksudnya “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia telah mengenal Rabb-nya.”

    Imam an-Nawawiy berkata, “Hadits ini tidak sahih.”
    Ibn as-Sam’aniy berkata, “Ini adalah ucapan Yahya bin Mu’adz ar-Raziy.”

    Dari http://darulkautsar.com/penghadis/iman/siapa.htm

  8. Rin berkata:

    Mereka mencari kesempurnaan, dan sentiasa menyambung tugasan yang selesai dengan tugasan yang seterusnya. Itulah sebahagian dari makna NIHONJINRON barangkali. Khasaa’is Jepun!

    Benarlah ungkapan Muhammad Abduh tentang Paris dan Kaherah… di Tokyo pula saya bertemu dengan nilai yang sama. Firman Allah SWT:

    “Kemudian apabila engkau telah selesai dari satu-satu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha meneruskan pekerjaan yang berikutnya” [Al-Insyirah 94: 7]

    Inilah yang diajar oleh Islam. Bahawa setelah selesai suatu tugasan, apa yang harus datang ke fikiran adalah tugasan yang seterusnya. Bukannya membayangkan kerehatan dan santai-santai yang berlebihan.

    Selesai solat fikirkan solat yang seterusnya.

    Selesai projek, fikirkan projek yang seterusnya.

    Selesai program, fikirkan program yang seterusnya.

    Namun sebagai seorang Muslim, imbangkanlah kesungguhan ini dengan sesuatu yang tiada pada orang Jepun:

    “Dan kepada Tuhanmu jua, harus engkau datang memohon dengan penuh keinginan” [Al-Insyirah 94: 8]

    Dari http://saifulislam.com/?p=2600

  9. Ana berkata:

    KENAL DIRI

    Jalan membina kepercayaan harus terbina di atas usaha manusia mengenal diri. Itulah asasnya agama kita mengajar:

    “Barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah dia akan Tuhannya” [sila rujuk komen ke-13 di bawah untuk keterangan mengenai qaul ini]

    Kenal Tuhan melalui jalan Kenal Diri…

    Itulah kuncinya untuk manusia kembali menjalin hubungan dengan Tuhan. Iaitu hasil keupayaan mengenal diri. Soalnya ialah, apakah aspek diri yang mahu dicari?

    Manusia yang meneroka diri, akan bertemu dengan dua realiti. Setiap insan, mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan inilah yang mesti dikenal pasti, untuk manusia meneroka dan mengenal diri.

    Manusia yang sedar bahawa hidupnya harus berperanan akan memaksa diri untuk mencari potensi. Semuanya atas keyakinan bahawa tiada manusia yang lahir dengan asal kebodohan, sebaliknya setiap insan lahir dengan kepandaian-kepandaian yang berbeza.

    Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15682

  10. Min berkata:

    Perasaan yang dimiliki oleh manusia, seperti rasa malu, rasa jijik timbul secara otomatik dan tidak dipaksa untuk merasakannya. Perasaan itu timbul begitu saja, ketika berhadapan dengan kotoran timbul rasa jijik, ketika berhadapan dengan harimau timbul rasa takut.

    Merasa adalah kerja ruh. Perasaannya bertukar berdasarkan apa yang dilihat. Kalau lihat makanan rasa ingin, kalau melihat cacing rasa jijik. Begitulah perasaan itu selalu silih berganti. Begitu jugalah dengan rasa bertuhan. Kalau kita tidak kenal Tuhan, akan sukar untuk menimbulkan rasa bertuhan. Walaupun kita memiliki ilmu tentang Tuhan berkuasa, Tuhan memberi ilmu dan lain-lain lagi, tidak terasa Tuhan itu Maha Pelindung dan Penyelamat, Maha mengetahui dan seterusnya.Tetapi kalau kita tahu Tuhan berkuasa dan memahami bagaimana kuasa Tuhan itu, barulah sedikit banyak merasakan Tuhan berkuasa. Misalnya untuk merasakan pentingnya oksigen yang telah Allah beri dalam kehidupan kita. Kita tutup hidung, tentu tak lama kita dapat bertahan.

    http://sufipejuang.wordpress.com/2008/01/08/mengenal-allah-dengan-hati-2/

  11. Min berkata:

    Metode Imam al-Ghazali dalam menentang lawannya ialah disebut dalam Kitabnya “Tahafur al-Falsafah” :
    “Hendaklah diketahui bahawa matlamatnya ialah memberi peringatan tentang kebaikan iktikadnya dalam falsafah. Mereka menyangka metode mereka adalah suci dari percanggahan (tanaqud) dengan menjelaskan bentuk kecelaruan yang ada. Oleh itu, saya tidak akan masuk dalam perbincangan menolak pendapat mereka kecuali masuk sebagai seorang yang menuntut (jawapan) dan ingkar. Bukan masuk sebagai seorang pendakwa dan mengesahkan sesuatu. Saya akan membatalkan apa yang mereka iktikadkan secara putus dengan beberapa perkara yang mewajibkan (mereka terima). Kadang kala saya mewajibkan mereka dengan mazhab Muktazilah, kadang kala mazhab al-Karamiyyah, dan kadang kala mazhab al-Waqifiyyah. Saya tidak akan membina atau mempertahan mazhab tertentu. Bahkan saya akan jadikan semua mazhab satu pasukan untuk menetang mereka. Sesungguhnya semua mazhab menyalahi kamu dalam hal terperinci. Mereka terebentang kepada asas agama (usuluddin). Maka kami akan mengalahkan mereka, dan ketika kesempitan akan hilang segala kedengkian”.

    Dari http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36104&postdays=0&postorder=asc&start=15&sid=8c018d0a4ff810dbf057784dec13204c

  12. Sha berkata:

    Imamuna Al-Ghazali menyebut 3 Perkara yg menjadi sebab kpd KUFURnya ahli falsafah Islam di dalam kitab tahafut al-falasifah;

    1) Mengatakan alam ini qadim.
    2) Allah Ta’ala hanya mengetahui perkara2 yg kulliyat (umum) dan tidak mengetahui perkara yg juziyyat (kecil2).
    3) Manusia dibangkitkan dengan roh sahaja tanpa jasad pada hari kiamat.

    Kesimpulan ;

    Ilmu falsafah boleh menjadi SAMPAH jika tidak didasari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Disarankan supaya mendalami ilmu aqidah terlebih dahulu supaya tidak tergelincir dari landasan ahli sunnah wal jamaah. Dan ilmu falsafah boleh menjadi PERMATA yg tidak ada nilainya jika kita menemui jalan yg benar dalam memahaminya seperti yg difahami oleh al-Ghazali..

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=131&thread_id=2687&pid=68981#post_68981

  13. Haf berkata:

    Seterusnya berkata lagi Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;

    ” Kata Imam Syafie ; Barangsiapa yang meninggalkan empat perkara ini sempurna imannya, dan iaitu (kam ),dan (kaif), dan (mata), dan (aina), maka adapun (kam) maka dinyatakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan maka jika dikata orang ; Kamillah ? Yakni “ berapa Allah?” maka jawab olehmu : iaitu wahid yakni Esa pada zatNya dan pada sifat-sifatNya dan pada perbuatanNya. Dan (kaif) iaitu ditanya dengan dia daripada kaifiat maka jika ditanya orang : kaifallah? Yakni “ betapa Allah (bagaimana rupa Allah?)” maka jawab olehmu ; tiada mengetahui seseorang akan hakikat zat Allah melainkan Ia jua. Dan (mata) itu tiada dengan dia daripada zaman (masa) maka jika dikata orang : Matallah? Artinya ; manakala didapati Allah? (bilakan Allah Taala wujud?) maka jawab oleh mu : Allah Taala itu awalnya tiada permulaan dan akhir tiada kesudahan. Dan (aina) dan tiada dengan dia daripada makan (tempat), maka jika dikata orang : Ainallah?[7] (di mana Allah?) maka jawab oleh mu : Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasnya masa kerana zaman (masa) dan makan (tempat) baharu keduanya.

    Bermula Allah taala itu Qadim dan yang Qadim tiada berdiri dengan yang baharu dan barangsiapa yang menyerupakan Allah , Tuhan yang bersifat dengan Rahman dengan suatu maka tiada syak pada kufurnya. Maka takut olehmu akan diri kamu dan pelihara akan dia daripada menyerupa ia akan Allah dengan suatu bahagi daripada bahagi yang baharu ini maka demikian itu kufur. Dan sungguhnya wajib bagi Allah itu mukhalafah (bersalahan) bagi segala yang baharu kerana bahawasanya jikalau menyama ia akan dia nescaya adalah baharu seumpamanya. Dan telah terdahulu pada burhan wajib qidamnya dan baqa’nya dan wajiblah ia bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi, dan apabila sabitlah baginya Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi nescaya nafilah daripadanya Mumatsilah Lil Hawaditsi ( bersamaan Allah pada segala yang baharu). Selesai nukilan penulis (abu lahyah) daripada Kitab Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah”[8]

    Dari http://abulehyah.blogspot.com/2008/08/syeikh-daud-bin-abdullah-al-fathony.html

  14. Sha berkata:

    Kata “tajali” (At.: tajalli) merupakan istilah tasawuf yang berarti ”penampakan diri Tuhan yang bersifat absolute (tersendiri tanpa serta dengan sesuatu ujud/ Tunggal/ Esa/ Tiada ujud makhluk walau pun sezarrah) dalam bentuk alam/perasaan semata2.( UJUD yang hanya tergambar pada daerah minda sahaja tetapi seolah ujud ada ‘diluar’ minda)

    Istilah ini berasal dari kata tajalla atau yatajalla, yang artinya “menyatakan diri”.
    Konsep tajali melimpah dari pandangan bahwa Allah Swt dalam kesendirian-Nya (sebelum ada alam fatasi sifatNya) ingin melihat ‘KedirianNya’ . Karena itu seolah2 ‘dijadikan’Nya alam ini, walhal alam adalah sifat ‘KEDIRIAN NYA’.

    Dari http://maskbrain.blogspot.com/2008/08/tajalli-konsep-nur-muhammad.html

  15. Sha berkata:

    Apa benar dunia dan harta itu harus di hindari ?

    Orang memandang bahwa yang disebut Dunia ya bumi dan segala isinya ini yaitu mobil, rumah, rupiah, istri, anak, hp, televisi, ancol, dll. Padahal pengertian dunia menurut pandangan Al-Ghozali seperti yang tertuang dalam Minhajul Tholibin adalah dunia = sesuatu yang tidak bermanfaat untuk Akhirat. Tidak disebut dunia segala aktivitas yang bermanfaat untuk akhirat. Dari pengertian itu, maka jelas bahwa pengertian dunia yang seperti kebanyakan orang pahami sekarang beda 180 derajad dengan para ulama Islam terdahulu. Padahal masa Imam Al-Ghozali, pengaruh2 filsafat Yunani dan Hindia sudah begitu merasuk, namun pemahaman terhadap makna dunia yang dicela masih tetap terjaga.

    Jelas sekali pengertian dunia kebanyakan kita sekarang juga akibat filsafat hindu yang memisahkan dunia roh (arwah) dan dunia manusia (dunia). Walhasil, kekeliruan memahami dunia ini menjadi faktor yang menyebabkan manusia males nyemplung ke dunia atau kalau mau nyemplung ya nyemplung saja sekalian tanpa aturan agama + cukup bertobat setelah maksiat, diulang dan diulang terus.

    Dari http://dnuxminds.wordpress.com/2007/07/11/akibat-kesalahan-memamahi-ruh-dan-dunia-menghindari-dunia-atau-malah-kecebur-basah/

  16. Sha berkata:

    Untuk mencapai ma’rifat, al-Ghazali menjelaskan tentang langkah-langkahnya: Pertama, syak (ragu-ragu atau skeptis). Menurutnya, sikap ragu-ragu dapat mendorong seseorang untuk mencari kebenaran yang sejati. Ia mengatakan:
    من لن يشك لم ينظر ومن لم ينظر لم يبصر ومن لم يبصر بقي فى العمى والضلال
    “Barangsiapa tidak pernah mengalami keragu-raguan, maka dia tidak akan pernah berfikir. Barangsiapa tidak berfikir, maka dia tidak akan bisa melihat (kebenaran). Dan barangsiapa yang tidak bisa melihat, maka dia akan tetap berada dalam kebutaan dan kesesatan.”

    Dari http://peziarah.wordpress.com/2007/03/07/al-ghazali/

  17. Haf berkata:

    Sekadar memberi pandangan..betulkan saya kalau tersilap.

    Dari segi syriat mengenal Allah tidaklah diwajibkan tetapi dgalakkan. Ini kerana sekiranya syariat dijalankan dengan yakin , ikhlas dan redha tetap diterima Allah amalanya berdasarkan firman Allah di dalam surah Al-Maeda(5:85)

    “Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.”

    Namun begitu, kiranya kita mengenal Allah, maka kita akan lebih faham akan suruhannya dan larangannya dan secara tidak langsung menjadikan amalan yang kita lakukan lebih lazat.

    Menuntut ilmu adalah fardhu bagi semua umat islam. Jika dihuraikan pengertian ilmu, amat dalam sekali.

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=5282&pid=70985#post_70985

Tinggalkan Jawapan