1. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? Ya memang Ustaz telah lebih 10 tahun menguruskan Saifulislam berlandaskan nilai Islam. Ustaz Hasrizal sentiasa mengingatkan “Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.”. Semuanya berkaitan akhlak dan berkaitan nilai Islam. Sehinggakan isu Paris kini dah ke Tokyo dan tidak hairan kalau ia terlihat di banyak lagi bandar-bandar besar di Dunia ini. Alhamdullilah.
2. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “5. Perlu diketahui dengan itu bahawa Alam keseluruhannya adalah Islam, iaitu dalam keadaan selamat dan menurut perintah Penciptanya, sehinggalah Allah menjadikan mahluk yang diberikan kebolehan untuk mencampakkan diri mereka ke lembah tidak selamat. Dengan adanya akal dan nafsu, manusia menjadi mahluk yang paling banyak diberikan pilihan untuk melaksanakan kehidupan. Segala-gala yang dibentuk pada awalnya boleh dimanfaatkan untuk manusia, terbatas hanya kepada kepintaran akal. Malangnya semua ini tidak berikan begitu sahaja, melainkan akan dipertanggung-jawabkan kepada manusia segala apa yang dia pilih untuk melakukannya. Allah sentiasa memberikan garis panduan melalui Kitab-kitab dan Rasul-rasulNya, agar manusia mendapat cara menjalankan kehidupan sesuai kehendakNya.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s02/
3. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “3. Allah tidak bertindak untuk terus menegur manusia dengan secara terus, melalui pemberian syariat tertentu pada awalnya, sebagaimana tidak adanya disebut Al Quran behubung permberian kitab atau suhuf kepada Nabi Adam. Bagaimanapun Al Quran menceritakan bagaimana anak-anak Nabi Adam belajar dari persekitaran (Alam) dengan meniru gaya perlakuan binatang melakukan sesuatu. Ini merupakan bukti bahawa Allah memberikan manusia kepercayaan penuh terhadap kepandaian mereka menggunakan akal yang baru diberikan. Hanya selepas beberapa waktu, manusia semakin jauh menyimpang dari landasan asal, barulah Allah bertindak mengwahyukan kepada orang-orang pilihannya, untuk membawa peringatan secara terperinci.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/
4. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “Islam adalah cara hidup yang diterima Allah. Islam itu dari sejak azali. Kesemua mahluk di dalam keadaan ISlam (selamat) sebelum Allah beriradah memberikan cukup akal kepada manusia pertama iaitu N Adam as. Selepas itu dengan berbekalkan akal dan ilmu, tanggungjawab juga terpikul ke atas bahu manusia dari segala pilihan yang dibuatnya. Isu kahlifah adalah isu kepimpinan dan kepimpinan itu bermula dari roh yang memimpin diri dan akhirnya mencapai kepada kepimpinan kepada sekumpulan diri atau masyarakat. Ini yang dikatakan politik. Kepimpinan masyarakat. Maka disebabkan Islam itu adalah cara hidup dan ia berkisar kepada USUL maarifatullah sebagai asas agama, kesemua politik atau kepimpinan masyarakat semestinya berpaksikan kepada ketuhanan. LAri dari asas tersebut maka ia tidak menajdi Islam lagi.” Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/#comment-1822
5. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “3. Kenyataan “Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam”, perlu dilihat dengan mengemukakan adanya 124,000 nabi-nabi yang telah diturunkan Allah. Dari manusia pertama, Nabi Adam, sehingga Nabi Muhammad saw, nabi penutup, dan sudah pasti Sunnah Allah menurunkan mengikut keperluan masa dan tempat. Jadi bolehlah dinafikan “Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita.” Sekiranya tidak “bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/26/r48/
6. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “5. Islam itu jelas dari mula. Islam itu memberikan penekanan kepada mengenal dan mentauhidkan Allah dari mula. Mengesakan Allah tidak berubah dari awal sehinggalah ke Nabi terakhir, walaupun syariat berubah mengikut zaman, sesuai tahap kepandaian manusia menggunakan akal yang diberikan Allah dari mulanya. Dan tahap penggunaan akal manusia masih terus berkembang, sesuai penemuan-penemuan ilmu alam semulajadi yang baru oleh manusia. Maka setiap kali pengamal Islam terkeluar dari landasan tauhid, Allah menurunkan Kitab dan persuruhNya untuk memperbetulkan keadaan. Yang terkeluar dari landasan inilah yang akhirnya menamakan diri mereka, lain dari Islam, contohnya menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani dan sebagainya (dengan Islam sebagai asas),” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/28/r21/
7. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? Persoalannya sekiranya nilai Islam itu terdapat dan boleh dilihat di mana-mana, maka ia bukanlah sesuatu yang baru. Kerana sebelum N Adam diberikan cukup akal lagi, Islam itu sudah ada di Dunia ini, malah di Alam ini. Dengan pemberian akal kepada N Adam as, manusia diberikan kebebasan memilih. Malangnya terlalu ramai yang memilih mengikut nafsu, sehinggakan perutusan utamanya, iaitu mengenal Allah dengan mengesakanNya, menjadi rendah keutamaannya. Yang mudah diserap adalah nilai-nilai Islam yang datang dengan kalimat tauhid tadi. Cukup baik … tetapi tidak sampai kepada maarifatullah.
Untuk renungan. Sesuatu yang baru?
Dikirim oleh Pak Din 31