1. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? Ya memang Ustaz telah lebih 10 tahun menguruskan Saifulislam berlandaskan nilai Islam. Ustaz Hasrizal sentiasa mengingatkan “Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.”. Semuanya berkaitan akhlak dan berkaitan nilai Islam. Sehinggakan isu Paris kini dah ke Tokyo dan tidak hairan kalau ia terlihat di banyak lagi bandar-bandar besar di Dunia ini. Alhamdullilah.
2. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “5. Perlu diketahui dengan itu bahawa Alam keseluruhannya adalah Islam, iaitu dalam keadaan selamat dan menurut perintah Penciptanya, sehinggalah Allah menjadikan mahluk yang diberikan kebolehan untuk mencampakkan diri mereka ke lembah tidak selamat. Dengan adanya akal dan nafsu, manusia menjadi mahluk yang paling banyak diberikan pilihan untuk melaksanakan kehidupan. Segala-gala yang dibentuk pada awalnya boleh dimanfaatkan untuk manusia, terbatas hanya kepada kepintaran akal. Malangnya semua ini tidak berikan begitu sahaja, melainkan akan dipertanggung-jawabkan kepada manusia segala apa yang dia pilih untuk melakukannya. Allah sentiasa memberikan garis panduan melalui Kitab-kitab dan Rasul-rasulNya, agar manusia mendapat cara menjalankan kehidupan sesuai kehendakNya.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s02/
3. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “3. Allah tidak bertindak untuk terus menegur manusia dengan secara terus, melalui pemberian syariat tertentu pada awalnya, sebagaimana tidak adanya disebut Al Quran behubung permberian kitab atau suhuf kepada Nabi Adam. Bagaimanapun Al Quran menceritakan bagaimana anak-anak Nabi Adam belajar dari persekitaran (Alam) dengan meniru gaya perlakuan binatang melakukan sesuatu. Ini merupakan bukti bahawa Allah memberikan manusia kepercayaan penuh terhadap kepandaian mereka menggunakan akal yang baru diberikan. Hanya selepas beberapa waktu, manusia semakin jauh menyimpang dari landasan asal, barulah Allah bertindak mengwahyukan kepada orang-orang pilihannya, untuk membawa peringatan secara terperinci.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/
4. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “Islam adalah cara hidup yang diterima Allah. Islam itu dari sejak azali. Kesemua mahluk di dalam keadaan ISlam (selamat) sebelum Allah beriradah memberikan cukup akal kepada manusia pertama iaitu N Adam as. Selepas itu dengan berbekalkan akal dan ilmu, tanggungjawab juga terpikul ke atas bahu manusia dari segala pilihan yang dibuatnya. Isu kahlifah adalah isu kepimpinan dan kepimpinan itu bermula dari roh yang memimpin diri dan akhirnya mencapai kepada kepimpinan kepada sekumpulan diri atau masyarakat. Ini yang dikatakan politik. Kepimpinan masyarakat. Maka disebabkan Islam itu adalah cara hidup dan ia berkisar kepada USUL maarifatullah sebagai asas agama, kesemua politik atau kepimpinan masyarakat semestinya berpaksikan kepada ketuhanan. LAri dari asas tersebut maka ia tidak menajdi Islam lagi.” Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/#comment-1822
5. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “3. Kenyataan “Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam”, perlu dilihat dengan mengemukakan adanya 124,000 nabi-nabi yang telah diturunkan Allah. Dari manusia pertama, Nabi Adam, sehingga Nabi Muhammad saw, nabi penutup, dan sudah pasti Sunnah Allah menurunkan mengikut keperluan masa dan tempat. Jadi bolehlah dinafikan “Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita.” Sekiranya tidak “bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/26/r48/
6. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “5. Islam itu jelas dari mula. Islam itu memberikan penekanan kepada mengenal dan mentauhidkan Allah dari mula. Mengesakan Allah tidak berubah dari awal sehinggalah ke Nabi terakhir, walaupun syariat berubah mengikut zaman, sesuai tahap kepandaian manusia menggunakan akal yang diberikan Allah dari mulanya. Dan tahap penggunaan akal manusia masih terus berkembang, sesuai penemuan-penemuan ilmu alam semulajadi yang baru oleh manusia. Maka setiap kali pengamal Islam terkeluar dari landasan tauhid, Allah menurunkan Kitab dan persuruhNya untuk memperbetulkan keadaan. Yang terkeluar dari landasan inilah yang akhirnya menamakan diri mereka, lain dari Islam, contohnya menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani dan sebagainya (dengan Islam sebagai asas),” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/28/r21/
7. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? Persoalannya sekiranya nilai Islam itu terdapat dan boleh dilihat di mana-mana, maka ia bukanlah sesuatu yang baru. Kerana sebelum N Adam diberikan cukup akal lagi, Islam itu sudah ada di Dunia ini, malah di Alam ini. Dengan pemberian akal kepada N Adam as, manusia diberikan kebebasan memilih. Malangnya terlalu ramai yang memilih mengikut nafsu, sehinggakan perutusan utamanya, iaitu mengenal Allah dengan mengesakanNya, menjadi rendah keutamaannya. Yang mudah diserap adalah nilai-nilai Islam yang datang dengan kalimat tauhid tadi. Cukup baik … tetapi tidak sampai kepada maarifatullah.
Untuk renungan. Sesuatu yang baru?
Ogos 27, 2008 at 12:10 am |
[...] Seterusnya penulis khutbah mengegaskan bahawa budaya barat yang maju sekarang ini, semuanya berasaskan kepada Islam, yang satu masa dahulu menaluki sebagagian besar negara di dunia ini. Kejayaan Barat ini juga [...]
Ogos 27, 2008 at 10:20 pm |
shiha July 4th, 2007 at 10:20 am
Salam..
Seperti selalu, artikel yang menarik! Apa yang ingin saya persoalkan adalah konsep Melayu yang ustaz utarakan tu. Melayu yang beradap sopan, Melayu yang berbudi bahasa, Melayu yang cakap berkias atau cakap berlapik dan menghormati yang lebih tua, contohnya. Suatu waktu dahulu, mungkin 30 – 40 tahun yang lampau, inilah yang menjadi pegangan orang Melayu. Namun semakin sukar kini untuk kita lihat Melayu sebegitu. Adakah itu bermakna, kita semakin hilang keMelayuan kita, atau, kita semakin hilang nilai kemanusiaan kita, atau kedua – duanya sekali?
Indeed, nilai ketakwaan itu tidak melihat kepada bangsa, sosioekonomi, mahupun tahap pendidikan, sebaliknya iman yang menjadi faktor utama. Ada penjual kuih yang lebih bertakwa dari seorang pensyarah. Ada juga mualaf yang lebih bertakwa dari seorang yang mengaku Muslim sejak dari lahir, dan pelbagai lagi lah. Namun nilai akhlak itu, IMHO, tidak dapat tidak, masih dipengaruhi oleh culture dan budaya sesuatu bangsa. It is not uncommon to see Chinese yang makan ‘gelojoh’, seolah – olah itu sudah diterapkan dalam budaya mereka. Sedangkan bagi kita orang Melayu, makan sebegitu sungguh tidak beradab…
Jadinya, bolehkah kita mempersoalkan isu kemanusiaan itu semata – mata tanpa menyentuh bangsanya. Atau, isu bangsa sahaja tanpa melibatkan isu kemanusiaan. Atau, adakah terdapat asimilasi antara kedua – duanya yang mana kita perlu mengaitkan kedua – dua faktor tersebut untuk menghuraikan sikap Islam Melayu sekarang? Wallahua’lam.
Dari http://saifulislam.com/?p=657#comment-3663
Ogos 28, 2008 at 7:45 am |
Protokol Yahudi adalah satu perancangan terperinci dan teliti, ianya adalah hasil satu kongeres Yahudi antara bangsa yang telah berlangsong di bandar Bal di Swizland pada tahun 1897, yang dipengurusi oleh Teodur Hardzal.
Apa yang dapat kita simpulkan dari kesemua protokol yang sebanyak dua puluh empat (24) protokol, ialah satu luahan kebencian, hasad, dengki kesumat kaum Yahudi terhadap alam seluruhnya, Islam mau pun bukan Islam, selain dari bangsa Yahudi. Ianya mencerminkan segala sifat buruk dan jahat, pendendam, tamak, haluba, gelojoh, penindas, membunuh dan sebagainya. Falsafah yang menyebut “ Matlamat menghalalkan sarana” merupakan pegangan terpenting dalam ajaran Yahudi dan darinya terlakar perancangan jahat mereka yang di sebut: The protocols of Learned Elders of Zion”.
Di hari ini kita boleh pegang buku ini kemudian kita cuba padankan dengan sinario yang berlalu di hadapan mata kepala kita, pasti kita mendapati ianya berlaku satu persatu, persis sebagai mana yang dirancana oleh pihak Yahudi itu.
Ajaran-ajaran agama dengan segala nilai murni yang dibawa oleh para nabi dan rasul telah dapat membentuk budi pekerti manusia di merata pelosok dunia, membenteras hawa nafsu, kecenderungan jahat, pekerti liar, namun dengan kemunculan Yahudi dan pengaruh protokolnya telah melenyap hampir semua nilai-nilai murni yang dibina oleh ajaran-ajaran Ilahi itu, kini dunia dan tidak terlepas Malaysia seakan-akan berada di zaman Jahiliah dengan segala amalan-amalan yang liar dan tidak berperi kemanusian.
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=2&thread_id=5263&pid=69011#post_69011
Ogos 30, 2008 at 1:45 pm |
[...] dalam menjalankan kehidupan seharian. Budaya kehidupan mahluk sebelum pemberian akal, merupakan budaya mengikut dan menerima apa saya yang diilhamkan oleh Allah kepada mahluknya, contoh dari Al Quran, Allah mengwahyukan lebah untuk [...]
Ogos 31, 2008 at 2:38 am |
Islam yang sangat sempurna, tidak berkenhendakan umpat mengumpat, bodek membodek. Islam hanya tunggal, bukannya terbahagi2, berkelompok2, berkaum2, bersuku2, bermazhab2. Berlalunya zaman dan tumbuhnya Islam2 ciplak yang menghasil porak peranda sesama sendiri, perbalahan tanpa henti. Fenomena ini difatwa sebagai ’hikmah disebalik tabir’ olih ulama’2 konservatif, kerana buntunya persepsi bahawa Islam yang ada sekarang adalah sebahgian dari Islam2 ciplak yang diasaskan atas kesuku2an. Ulama’2 kini cenderung pada memanjangkan dan mengulang2i fatwa2 Israilliyat. Dan sayugialah diperhatikan dengan minda yang hening, bahawa kemungkinan fatwa2 pemesongan ini telah dipasarkan sekian lama olih para2 sarjana2 ’gulungan kertas ijazah’, yang mengiakan tesis2, tanpa peka bahawa universiti2 adalah tempat penyembelihan yang terancang bagi minda2. Dan telah belalu abad2, dekad2, tahun2 dan hari2 dari Hijriah 1429, tanpa memungkinkan lagi kebenaran ungkapan2 yang dipelajari.,
Dari http://topengminda.blogspot.com/2008/06/mimpi.html
Ogos 31, 2008 at 10:40 pm |
The history of Western civilization shows us that most social and moral progress has been brought about by persons free from religion.
In modern times the first to speak out for prison reform, for humane treatment of the mentally ill, for abolition of capital punishment, for women’s right to vote, for death with dignity for the terminally ill, and for the right to choose contraception, sterilization and abortion have been freethinkers, just as they were the first to call for an end to slavery.
The Foundation works as an umbrella for those who are free from religion and are committed to the cherished principle of separation of state and church.
Dari http://www.ffrf.org/purposes/
Nilai Moral (Morale value) adalah warisan budaya Islam. Islam itu sejak azali dan semua mahluk sebelum N Adam as adalah Islam. Bila N Adam as dikurniakan akan dan tanggungjawab, warisan nilai moral yang datang dari Islam terus berkembang dan terserap ke semua agama, walaupun ketuhanan diketepikan.
September 1, 2008 at 6:57 pm |
Alhamdulillah saya mengerti mengapa saya menganut Islam sewaktu saya di negara bukan Islam. Sebaliknya sewaktu di negara Islam dulu, saya malah confused dengan orang Islam yang mengaku Muslim tetapi tingkahlakunya bertentangan dengan tuntutan syariah Islam. Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk kepada saya untuk memahami Islam yang sebenarnya, lalu mengamalkannya dengan hati yang tenang dan tenteram.
Suatu hari saya mendapat jawapan bahawa jika saya cintakan Allah maka saya mesti buktikan dengan mengikuti Rasulullah sallallahu alaihi wasalam sebagaimana firman Allah dalam ayat berikut, Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imram : 31). Ayat ini menimbulkan rasa ingin mengamalkan Islam sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasalam untuk membutikan cinta saya kepada Yang Menciptakan diri saya.
Dari http://saifulislam.com/?p=1216#comment-11403
September 8, 2008 at 4:49 pm |
Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.
Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat.
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D’day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Dari http://forum.wgaul.com/showpost.php?s=792330326a7c8d5b094179accc2fb946&p=2257187&postcount=50
September 10, 2008 at 12:29 am |
Malang sekali jika manusia dibantu oleh manusia yang menolak Tuhan, kerana dia akan berkrisis nilai.
Mereka ketiadaan TUJUAN.
Tetapi apalah pula nilainya, manusia yang mengimani Akhirat dengan mengabaikan Dunia, mengimani Allah tetapi mengabaikan manusia.
MUSLIM dan ISLAM, sekali lagi menjadi persoalannya.
Dari http://saifulislam.com/?p=2806
Untuk renungan dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/07/20/atheists-bagaimana-mengajak-mereka-ke-syurga/#comment-1373
“Ingat lagi cerita seorang lelaki warak & seorang pelacur perempuan dengan anak-anak yatim. Si lelaki warak walaupun berjiran dengan anak-anak yatim tetapi tidak pernah menghiraukan kebajikan mereka. (spt cukupkah makanan, minuman, pakaian mereka), semuanya tidak pernah diambil tahu. Dia asyik beramal ibadah sahaja kepada Allah tanpa mempedulikan hablum minan naas. Sedangkan si perempuan tadi walaupun pekerjaannya sebagai pelacur tetapi sentiasa mengambil tahu, berat akan keadaan dan permasalahan anak-anak yatim tersebut. Bila hal ini diadu kepada Rasulullah s.a.w. siapakah ahli neraka di antara kedua mereka itu. Jawab baginda s.a.w.: Si lelaki adalah ahli neraka sedangkan si perempuan adalah ahli syurga.”
September 21, 2008 at 9:41 am |
Melihatkan longgokan manusia yang cuba mencium Hajar Al Aswad di Makkah Al Mukarramah mengingatkan penulis tentang keadaan Ramadhan di Malaysia, bagaimana peliknya manusia ini apabila tidak diberi petunjuk Ilahi.
Pelik sekali penulis memikirkan tentang betapa pada bulan Ramadhan, manusia berpusu-pusu ke Masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh bersama Imam, tidak kiralah 8 atau 20 rakaat, tetapi tidak dapat hadir untuk solat Isya’ berjemaah di Masjid, apakan lagi solat berjemaah di Masjid untuk waktu-waktu lain.
Pelik apabila kita melihat manusia berpusu-pusu ke pasar-pasar malam untuk membeli juadah bebuka puasa tetapi tidak terlintas untuk berpusu-pusu ke Masjid untuk solat Asar berjemaah sebelum itu.
Pelik juga melihat manusia membeli juadah berbuka dengan begitu mewah, tetapi tidak ada satu sen pun yang sanggup diberikan kepada fakir miskin sebagai sedekah.
http://imakubex.blogspot.com/2008/08/ramadhan-dan-kepelikan-manusia.html