Pak Din reply on May 10th, 2008 3:04 pm:
1. Pendekatan tradisi sediaada memanusiakan Allah, memahlukkan Allah, sudah pasti tanpa di sedari oleh yang melakukannya. Sebagai manusia kita menggunakan bahasa manusia untuk berhubung atau memberitahu dan mengambil-tahu sesuatu yang berlaku. Fakta ini telah di ketahui umum dan mudah untuk semua orang menangkapnya. Apabila sudah terbiasa dengan menceritakan tentang manusia atau tentang mahluk, manusia terbawa-bawa menceritakan kewujudan Allah sebagaimana mereka menceritakan tentang manusia atau mahluk. Maka bermulalah satu pengumpulan data-data yang salah dan semakin berlalu masa dan zaman, menebal kepercayaan terhadap apa yang dipercaya tentang Allah, terutama kerana ramainya yang tidak mahu mengapplikasikan kritikal tinking dalam pemikiran seharian.
2. Manusia hidup dalam kepercayaan. Manusia boleh hidup dalam kepercayaan walaupun kepercayaan itu tidak berasaskan kepada satu pembuktian yang kukuh. Ini telah berlaku zaman berzaman. Contoh yang paling ketara ialah, tamadun manusia yang telah berkembang sejak 5,000 tahu dahulu mampu melakar sejarah walaupun tanggapan atau kepercayaan salah terhadap kebenaran yang berlaku di alam. Manausia hanya tahu yang Bumi ini mengelilingi matahari kurang dari 500 tahun dahulu, dari 5000 tahun bertamadun. Itupun berlaku setelah satu jiwa terkorban dalam menyatakan kebenaran tersebut. Kita mungkin mengatakan itu tidak berlaku di dalam Islam, kerana padri Kristian yang menghukum mati ahli sains yang bercanggah pendapat dengan kepercayaan mereka.
3. Sedar atau tidak apa yang berlaku tentang kepercayaan boleh hidup tanpa kebenaran, masih terus berlaku sekarang, dengan berleluasanya keengganan masyarakat mendekatkan diri kepada ilmu sains, satu-satunya (the only) dislpin yang dapat membuktikan kebenaran Alam. Seperti yang pernah saya utarakan di dalam Siri DARWIN, memang ramai yang mengatakan mereka tidak menolak sains, tetapi sains bagaimana yang tidak ditolak? Hanya apabila sains menghasilkan kejuruteraan dan kemudian teknologi yang membantu menyenangkan hidup mereka. Contohnya, sains gunaan yang menghasilkan kereta dan segala pekakas dan peralatan modern, termasuk internet yang digunakan, tetapi apabila sains tersebut cuba menghubungkaitkan antara persekitaran dan ketuhanan, ilmu itu ditolak ke tepi, kerana ada ilmu alternatif yang lebih mudah, iaitu percaya sahajalah.
4. Jiwa anak-anak yang baru mengenal Alam, secara fitrahnya sangat ingin mengetahui dan mengenali kebenaran. Tanpa disedari ibubapa kebanyakaannya mematikan semangat ini, kerana kebuntuan mencari jawapan abibat dari perwarisan ‘perangkap adat’ yang tidak mengutamakan pemikiran. Maka membesarlah anak itu seperti ibubapanya, mewarisi warisan yang sama. Budaya ini terus dipertahan dan ada yang sanggup berkorban sehingga mengatakan ‘biar mati anak, jangan mati adat’. Penafsiran Islam yang berlaku selama itu tidak menjernihkan keadaan kerana pewarisan salah yang sangat menebal di kalangan masyarakat.
5. Tidak dapat tidak, kita perlu menyedari kesalahan kita meneruskan kepercayaan tanpa mahu mencari pembuktian. Hidup kita terus dihantui sikap selesa dengan kepercayaan yang ada, dibuktikan hanya dengan ayat-ayat yang tidak mengajak mencari bukti, sedangkan ada ayat-ayat yang mengarah untuk mencari pembuktian. Malangnya antibody melindungi kepercayaan ini sangat kebal dan disusahkan lagi oleh sikap empunya diri mahu mengekalkan kekebalan tidak menentu itu. Maka Allah terpaksa menutup hati dan minda mereka, dan memberikan ilham tentang ilmuNya itu kepada yang bersedia menerimanya. Sebab itu dikalangan Muslim pelajaran sains menjadi satu beban dan kesusahan yang amat sangat.
6. Maka teruslah kita menangguhkan jawapan sehinggalah anak dah besar, yang pada masa itu telah pun diimmunisasikan oleh masyarakat sekelilingnya dengan kekebalan yang diceritakan tadi. Berpusinglah satu kitaran lagi, dari generasi ke generasi. Hanya segelintir kecil yang dapat memikirkan kebenarannya, tetapi antara segelintir yang kecil itu juga ramai yang hanyut di bawa arus perdana melainkan sebahagian kecil dari segelintir tadi. Maka teruslah tradisi ‘.. akan jawab bila dah besar nanti’ sebagai warisan bangsa.
Sekitar perbincangan di Blog Saifulislam.com dengan tajuk “Perlaukah Manusia Kepada Tuhan?”. Walaupun jawapan kepada persolan itu adalah “ya” atau “YA”, sejarah pencarian manusia kepada Tuhan hakikinya, terlalu banyak terpesong dan menanbah bilangan agama yang ada di Dunia ini. Setiap kali penyelewangan akidah berlaku, manusia sekurang-kurang mendapat nilai-nilai muri kehidupan dari whyu yang diberikan olah Allah, tetapi tetap masih tidak dapat melihat ke arah hakikat ketuhanan yang sebenar.
Dikirim oleh Pak Din 31