Pak Din reply on May 10th, 2008 3:04 pm:
1. Pendekatan tradisi sediaada memanusiakan Allah, memahlukkan Allah, sudah pasti tanpa di sedari oleh yang melakukannya. Sebagai manusia kita menggunakan bahasa manusia untuk berhubung atau memberitahu dan mengambil-tahu sesuatu yang berlaku. Fakta ini telah di ketahui umum dan mudah untuk semua orang menangkapnya. Apabila sudah terbiasa dengan menceritakan tentang manusia atau tentang mahluk, manusia terbawa-bawa menceritakan kewujudan Allah sebagaimana mereka menceritakan tentang manusia atau mahluk. Maka bermulalah satu pengumpulan data-data yang salah dan semakin berlalu masa dan zaman, menebal kepercayaan terhadap apa yang dipercaya tentang Allah, terutama kerana ramainya yang tidak mahu mengapplikasikan kritikal tinking dalam pemikiran seharian.
2. Manusia hidup dalam kepercayaan. Manusia boleh hidup dalam kepercayaan walaupun kepercayaan itu tidak berasaskan kepada satu pembuktian yang kukuh. Ini telah berlaku zaman berzaman. Contoh yang paling ketara ialah, tamadun manusia yang telah berkembang sejak 5,000 tahu dahulu mampu melakar sejarah walaupun tanggapan atau kepercayaan salah terhadap kebenaran yang berlaku di alam. Manausia hanya tahu yang Bumi ini mengelilingi matahari kurang dari 500 tahun dahulu, dari 5000 tahun bertamadun. Itupun berlaku setelah satu jiwa terkorban dalam menyatakan kebenaran tersebut. Kita mungkin mengatakan itu tidak berlaku di dalam Islam, kerana padri Kristian yang menghukum mati ahli sains yang bercanggah pendapat dengan kepercayaan mereka.
3. Sedar atau tidak apa yang berlaku tentang kepercayaan boleh hidup tanpa kebenaran, masih terus berlaku sekarang, dengan berleluasanya keengganan masyarakat mendekatkan diri kepada ilmu sains, satu-satunya (the only) dislpin yang dapat membuktikan kebenaran Alam. Seperti yang pernah saya utarakan di dalam Siri DARWIN, memang ramai yang mengatakan mereka tidak menolak sains, tetapi sains bagaimana yang tidak ditolak? Hanya apabila sains menghasilkan kejuruteraan dan kemudian teknologi yang membantu menyenangkan hidup mereka. Contohnya, sains gunaan yang menghasilkan kereta dan segala pekakas dan peralatan modern, termasuk internet yang digunakan, tetapi apabila sains tersebut cuba menghubungkaitkan antara persekitaran dan ketuhanan, ilmu itu ditolak ke tepi, kerana ada ilmu alternatif yang lebih mudah, iaitu percaya sahajalah.
4. Jiwa anak-anak yang baru mengenal Alam, secara fitrahnya sangat ingin mengetahui dan mengenali kebenaran. Tanpa disedari ibubapa kebanyakaannya mematikan semangat ini, kerana kebuntuan mencari jawapan abibat dari perwarisan ‘perangkap adat’ yang tidak mengutamakan pemikiran. Maka membesarlah anak itu seperti ibubapanya, mewarisi warisan yang sama. Budaya ini terus dipertahan dan ada yang sanggup berkorban sehingga mengatakan ‘biar mati anak, jangan mati adat’. Penafsiran Islam yang berlaku selama itu tidak menjernihkan keadaan kerana pewarisan salah yang sangat menebal di kalangan masyarakat.
5. Tidak dapat tidak, kita perlu menyedari kesalahan kita meneruskan kepercayaan tanpa mahu mencari pembuktian. Hidup kita terus dihantui sikap selesa dengan kepercayaan yang ada, dibuktikan hanya dengan ayat-ayat yang tidak mengajak mencari bukti, sedangkan ada ayat-ayat yang mengarah untuk mencari pembuktian. Malangnya antibody melindungi kepercayaan ini sangat kebal dan disusahkan lagi oleh sikap empunya diri mahu mengekalkan kekebalan tidak menentu itu. Maka Allah terpaksa menutup hati dan minda mereka, dan memberikan ilham tentang ilmuNya itu kepada yang bersedia menerimanya. Sebab itu dikalangan Muslim pelajaran sains menjadi satu beban dan kesusahan yang amat sangat.
6. Maka teruslah kita menangguhkan jawapan sehinggalah anak dah besar, yang pada masa itu telah pun diimmunisasikan oleh masyarakat sekelilingnya dengan kekebalan yang diceritakan tadi. Berpusinglah satu kitaran lagi, dari generasi ke generasi. Hanya segelintir kecil yang dapat memikirkan kebenarannya, tetapi antara segelintir yang kecil itu juga ramai yang hanyut di bawa arus perdana melainkan sebahagian kecil dari segelintir tadi. Maka teruslah tradisi ‘.. akan jawab bila dah besar nanti’ sebagai warisan bangsa.
Sekitar perbincangan di Blog Saifulislam.com dengan tajuk “Perlaukah Manusia Kepada Tuhan?”. Walaupun jawapan kepada persolan itu adalah “ya” atau “YA”, sejarah pencarian manusia kepada Tuhan hakikinya, terlalu banyak terpesong dan menanbah bilangan agama yang ada di Dunia ini. Setiap kali penyelewangan akidah berlaku, manusia sekurang-kurang mendapat nilai-nilai muri kehidupan dari whyu yang diberikan olah Allah, tetapi tetap masih tidak dapat melihat ke arah hakikat ketuhanan yang sebenar.
Pak Din reply on May 7th, 2008 11:39 am:
Seronoklah guna reply ni Ustaz, sekali lagi.. terutama waktu artikel keluar kesibukan (apa yang sibuk tak pasti?) melanda.
Sdr Ariff55, dah dengar tentang suku sunnah, iaitu Muslim yang mengikut sunnah hanya pada apa yang Nabi saw buat selepas berumur 40 tahun. Sunnah Nabi dari Baliq hingga menjadi Rasul tak begitu dipedulikan. Nabi saw bertungkus-lumus mendalami ilmu perniagaan, perdagangan, ekonomi, inter-faith business dan beracam lagi yang berkaitan, sehinggkan beliau mengingatkan ‘90% dari rezeki itu ada di perniagaan’. Ini menjadikan Muslim separuh sunnah. Kemudian ambilkira Muslim tidak meletakkan keutamaan kepada sunnah yang lebih besar (Sunnah Allah), maka keseluruhan menjadi hanya Muslim suku sunnah.
http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15776
Pak Din reply on May 7th, 2008 11:26 am:
Terima kasih Ustaz format yang batu ni. Seronok pulak guna. Artikel ini juga sangat menarik. Setuju dengan ungkapan menarik itu, tetapi menjadi Melayu ni takut juga nak guna butang reply. Tapi …
Keberanian Sdr Samad mengatakan Melayu malas berfikir (dan huruf besar lagi) dan petikan Ustaz tentang kata mereka, sepatutnya menjadikan kita mahu dan kemudian tahu kepentingan berfikir. Masaalahnya ialah warna berfikir itu yang berbeza. Sesetengah warna tidak membawa kita jauh kerana keterbatasannya.
[Reply]
Pak Din reply on May 7th, 2008 11:29 am:
Dah bagi peluang pembetulan pun masih ada silap .. ‘baru’ bukan ‘batu’. Tak rugi bayar duit kopi. Hehe.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15769
Pak Din reply on May 7th, 2008 1:06 pm:
Ni lepas Ustaz seronok tengok saya seronok tengok format baru. Turutan pengeluarannya tidak berturut.
Kita memang arif dengan Balig Syarie (Ibadah) (Mumayyiz, Mukallaf dan setara) tetapi kita jarang memikirkan tentang Balig Hakiki (Tauhid). Di tahap balig hakiki, “keperluan kepada tuhan adalah” bukan sahaja “fitrah atau naluri semulajadi manusia” tetapi itulah kehidupan, itu kita, itulah segala-galanya.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15767
Pak Din reply on May 7th, 2008 2:19 pm:
“Awwal ad-din maarifatullah” Bermulanya agama itu mengenal Allah. Tidak dinafikan kepentingan syariat, peraturan, undang-undang dsb tetapi menghidupkannya adalah jauh lebih penting. Manusia membesar dari setitik air dan bersamanya berkembang kesedaran berbekalkan akal yang diberikan. Tiada cara yang terbaik untuk melatih melainkan dari kecil diasuh dengan bersyariat. Malangnya apabila ‘keselesaan’ bersyariat tidak diimbangi dengan sikap mengambiltahu apa yang dilakukan, jadi;ah situasi yang yang disebutkan di atas, iaitu mendewakan fekah dan orang yang mengajar fekah. Mendewa, kerana pada tahap itu tiada persoalan dikemukakan dengan hanya sekedar mengikut dan terus mengikut.
Al Quran menitik beratkan solat (yang menjadi tiang agama) tetapi solat bagaimana yang Allah wajibkan. Dengan kefahaman kepada ayat “Fa waylul lilMusoleen”, Allah mengatakan bahawa ada solat yang menyebabkan ke neraka, iaitu solah yang yang hanya ‘kyusuk’ (mengingat Allah) di dalam solat tetapi di luar solat dia lupa Allah. Ini semuanya kerana tidak mengenali Allah dan tidak mengenali diri. Malangnya kebanyakan penyampai fekah mahir di bidangnya dan enggan berbincang masaalah ketuhanan.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15755
Pak Din reply on May 7th, 2008 2:27 pm:
Apakah dengan kedatangan pemain Isreal, terus Allah menjadi ada dua? Apakah dengan tiadanya syaitan di bulan Ramadhan, maka semua orang berpuasa? Apakah dengan kesedaran memboikot barangan Denmark? atau USA menjadikan bulan puasa akan datang, pasar maghrib berkurangan? (jumlah keseluruhan makan yang di ambil berkurang dari bulan biasa). “Lakum dinnukum waliya din”
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15748
Pak Din reply on May 7th, 2008 4:19 pm:
Sekiranya kita berjaya membawa Mat Rempit untuk bertahajud, maka credit untuk kita memperkenalkan cara kepadanya, tetapi mengalikan tujuan merempit kepada persoalan dari mana datangnya keseronokkan semasa merempit, credit kita akan lebih menghampiri kesempurnaan. Mat Rempit menggunakan naluri yang sama, iaitu percaya keseronokan itu datanganya dari merempit, sebagaimana adanya ‘abid yang percaya seronok datang dari beribadah kepada Tuhan.
Menyelami hakikat seronok. yang datang dari percaya kepada sesuatu itu, sebagaimana yang disebut kedua-dua di atas tidak menghasilkan kepada mengenali Tuhan. Ia dibuktikan apabila si Iblis lebih mudah mengganggu ‘abid tersebut, berbanding si ‘alam yang sedang tidur.
Pokonya ialah, ilmu yang menghurai dari mana datangnya keseronokan itu yang akan memberikan hasil mengenal Tuhan dari mendalam cara bagaimana seronok itu diperolehi.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15744
Pak Din reply on May 7th, 2008 3:33 pm:
“Allah telah memberi ruang kepada kita melalui makhluknya”. Kalau difahami betul-betul “Inna lilLlah wainna ilahi rojiun” dengan penglibatan ilmu sains, kita akan mendapati bahawa kesemua yang ada di alam ini adalah terbena dari atom (neutron, elektron dan proton), walaupun ramai yang tidka mahu atau tidak dapat menghubungkaitkan kenyataan itu dengan akidahnya.
Selanjutnya, diperingkat Quantum Physics (ilmu sains yang lebih halus seninya), pembuktian telah dibuat oleh sains (yang dahulunya telah membuktikan bahawa Bumi mengelilingi Matahari, bukan sebaliknya), bahawa Teory of Everthing menyarankan tiada apa yang ada di alam ini melainkan tenaga. Tenaga siapa?
Segala tindak-tanduk mahluk yang berdiri di atas zat jasmani yang ada, juga tidak lain daripada kesan atau asalnya dari tenaga yang sama. Ini bermakna potensi ke arah kesempurnaan itu berada di semua mahluk, terutamanya manusia, kerana telah dihampirkan lagi dengan adanya bekalan akal fikiran. Maka ini menjawab “siapa kenal diri kenal dia akan Tuhannya” atau nak diterbalikkan juga masih berkesan untuk digunakan.
[Reply]
Kak Ija reply on May 7th, 2008 3:55 pm:
Welcome back, Pak Din. Lajunya komen, guna petrol PRIMAX ke?
[Reply]
Pak Din reply on May 7th, 2008 6:56 pm:
Suka yang hijau ke?
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15732
Pak Din reply on May 7th, 2008 3:18 pm:
Kalau yang dibahas (kesan dari berfikir) itu adalah hal-hal carakerja mahluk, ketahuilah bahawa manusia itu bersikap bolak-balik (flip-flop kata Mahathir) atau kata lain banyak perangai dan ragamnya, yang menimbulkan banyak (divergent) hasilnya. Tetapi kalu yang difikirkan itu tentang carakerja Haliq, ketahuilah bahawa Al-Quran mengingatkan kita bahawa Sunnah Allah itu tidak berubah (convergent) mengikut masa.
Ini tidak bermakna kehidupan itu perlu tidak berwarna atau tidak mengharap kesenian yang pelbagai. Kepalbagaian warna dan seni dalam menjalani carakerja mahluk, terutamanya manusia, akan lebih bermakna dan diredhai Allah, sekiranya ia dibuat setelah kita berusaha memahami dan ke arah membudayakan carakerja Allah.
Ketahuilah warna putih itu mengandungi semua warna bagi yang berilmu sains (sebab itu adanya pelangi, yang hanya memperlihat 7 warna sebagai contoh). Arus perdana sudah pasti mengatakan puti itu boring, tak ada taste, tak macho, monotonous dan sbg, sedangkan hakikat sebenarnya hanya dapat diketahui dengan critical thinking melalui dislpin ilmu sains.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15731
27 bint Haris April 15th, 2008 at 2:55 pm
Assalamua’alaikum Ustaz
Persoalan yang menarik… tetapi berat untuk difikirkan bagi mereka yang benar-benar berfikir sebagaimana orang yang lahir tanpa agama berfikir… berfikir untuk mencari kebenaran dan seterusnya menegakkan kebenaran untuk ummah sejagat.
Kita(atau mungkin lebih tepat saya, dididik dengan asas agama yang kukuh (kukuh pada penilaian muslim Malaysia), bersekolah di sebuah sekolah agama ulung dan ternama… dididik untuk menerima dan mengulangi hujah yang diajar, takut untuk menyuarakan persoalan, kerana takut dikatakan murtad, syirik, atheist dsb.
Sedangkan kebenaran yang diperolehi dengan pencarian itu lebih bermakna dan bernilai.
Persoalan saya, mana yang diterima:
1. Insan yang mengaku beragama Islam bertuhankan Allah kerana tradisinya begitu, sekadar mengamalkan ritual agama (solat, puasa, zakat, haji, syahadah sekadar syahadah dalam solat)
@
2. Insan yang dalam pencarian hakikat mengapa dia diciptakan… bagaimana sekiranya dalam pencarian tersebut, tidak sempat untuk bertemu dengan realiti kebenaran?
Mungkin Ustaz akan kata, diterima di sisi Tuhan, adalah penilaian Tuhan… Tapi bagaimana untuk memastikan sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berada di landasan yang benar yang sebenar-benarnya?
[Reply]
Pak Din reply on May 6th, 2008 6:01 pm:
Soal bertemu itu secondary, primary nya seperti yang bintun tulis, mencari hakikat dan saya mendapati ilmu sains banyak membantu.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15726
25 infinit April 15th, 2008 at 9:16 am
Assalamualaikum..
Thaniah ustaz kupasan isu yang menarik..Kenapa perlu bertuhan, Berfikir,Mengenal diri, mengenal tuhan. macam bertasauf..
Tapi kalu difikirkan, awal agama mengenal tuhan…dlm konteks silibus agama islam kat malaysia ni biasa nya kita kena belajar taharah,sembahyang,baca quran.. mananya awal agama mengenal tuhan…
mengenal diri…biasanya kita diajar fakta fiq dan syariat basic..sedangkan untuk megenal diri hanya pada tariqat bertasauf bukan fakta semata mata..
Ambil cnth Al-ghazali pada masa keungulanya hadis,fiq,falsafah dan tasauf dikuasai setelah perjalanan megenal diri dan megenal tuhan ditempuhi dan menemuinya..
Sedangkan Alquran untuk orang yang berfikir dan bertakwa…
[Reply]
Pak Din reply on May 7th, 2008 2:55 pm:
Saya sokong sepenuh tenaga soalan lansung saudara, “mananya awal agama mengenal Tuhan”? Malah bukan setakad itu, pengalaman saya menimba ilmu, hanya bertemu dengan Tok Fekah yang kurang selesa dan menjadi resah bila ditanya soalan luar Fekah. Jauh lebih mudah memberikan jawapan halal haram dari memberikan jawapan mengapa halal haram.
Bagaimanapun bertarikat bertasauf masih perlu pendekatan baru. Secara tradisinya bertarikat yang berdasarkan falsafah (ke arah critical thinking) akhirnya tidak begitu berkesan tanpa pembuktian melalui displin ilmu sains. Sebaliknya juga, bertolak dari ilmu sains dengan tidak melalui sistem kepercayaan (iman) juga tidak menjanjikan hasil mengenal Tuhan. Hanya apabila benih percaya (iman) dibajai dengan pembuktian melalui Kitab Alam (melalui displin ilmu sains atau ilmu mengenal cara kerja Allah), hasil sebenar akan tajjali.
Syariat, tarikat, hakikat, marifat dan hadirat menyempurnakan perjalanan insan mencari Tuhan. Memanglah Nabi Ibrahim tidak menggunakan perkataan ini dalam menolak kenapa bulan dan bintang yang tenggelam timbul, tidak layak menjadi Tuhan, tetapi itulah Islam sebenar, menyokong evolusi jasmani dan rohani.
Al Quran semamangnya untuk orang yang berfikir dan hendak/mahu menggunakan akal fikiran. Hanya Ulil AlBaaab yang dapat merungkai adanya Kitab Alam (ayat-ayat Allah) dan hidup memperjuangkannya. Dan disebutkan lagi bahawa ayat-ayat Allah (yang ghaib itu) atau Sunnah Allah atau Carakerja Allah itu tadak berubah mengikut masa. Yang berubah adalah kefahaman kita terhadapnya.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15712
Pak Din reply on May 7th, 2008 3:55 pm:
“tidak perlukan lagi agama” tidak membawa erti tidak perlukan Tuhan. Tidak perlukan nasi tidak menjamin kepada tidak perlukan makan, umapmanya. Tidak perlukan wang bukanlah bermakna tidak mengharapkan kebahagian atau ketenangan. Semuanya adalah alat. Alat untuk mencapai sesuatu. Antara alat yang diperlukan untuk mencapai sesuatu, kebiasaannya. Kita perlukan sebab untuk memungkinkan musabab.
Dalam erti kata sebenar, memang kita tak perlu sebab. Tak perlu agama (awas) tetapi kita perlu Tuhan. Bila kita balig hakikat, ia menjadi common sense, dalil aqli untuk wujudnya Allah adalah adanya alam ini. Sedikit dari ilmu kalam. Common sense balig syarie, menjelaskan kenapa bayi tak kenal api untuk membezakannya dari mainan, atau isi dan kulit pisang. Tetapi common sense syarie berbeza dari balig hakiki.
Sekiranya Tuhan diperolehi tanpa agama maka ia seperti memperolehi kenyang tanpa perlu kepada makan. Kemarahan atheis bersebab dari penafiran salah golongan penyampai tentang Tuhan. Umpamanya Allah datangkan Islam, bukan sahaja sejak dari N Adam as, malah dari Big Bang (azali) tetapi disampaikan bahawa ISlam adalah pembawaan Nabi Muhammad saw.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15696
Pak Din reply on May 9th, 2008 10:43 am:
Why not? Why not the question of “benda2 camni” be discussed by Ustaz. I fully supported Ustaz idea of questioning and I found it interesting to read your blog. Your ability to wonder beyond Big Bang, to include feeling (emotions), intelligence, evolution are all interesting topics, which have impact on our aqidah, hence, definately should be dissussed by ustaz-ustaz, especially Al-Ustaz (to be Dr Hasrizal). Other ustazs who do not discuss these issues should be attending refreshment courses on the the topic of ‘Apa itu ayat-ayat Allah?’
Yes, you have a fantastic imagination (not that negative one). Remember our good old friend, used-to-be-clerk dr Eienstien. His work is a product of imagination. His job (being a clerk at a patents office) allow him to visit warmak (if he is a Malay) but because he believe in God, and said that God did not play dice, God gave him the best idea ever produced in the displine of sciences, the two theories of relativities, all due to his imagination.
I value imagination, and so do Al-Ustaz (#11), because it’s the beginning of everyhings. Belief needs imagination. Science need imagination. Arts need imagination. Even when we are in love we need imagination. To be able to produce results, in undertaking tasks, we need imagination. Only when the imagination becomes infocus (or unfocus) or out of focus, then it become blur. Vision 2020 becomes, you know what? Our ability to focus, from the starting point of imagining something, determines the result.
Now start by embedding in our imagination the question of “…. Tuhan?” Our ability to focus is directly proportional function of our intelligence. If along the way the image become blurred, we know what went wrong!. Which parts or tools (or device as you put it) need repair? Should we change the tool and opt a different approach. Only if we are rigid (due to some environmental constrain, such as perangkap adat) and unwilling to open up our mind, then we are doom for failure.
Allah should not, at our age (Balig Hakiki), be an imagination. He should not be virtual. He should not be Fana’, to quote the Ilmu Kalam. He is as clear an image (imagination without ‘ination’) can be. We are virtual. We are in ‘fantasy’. We do not exist, if He does not exist. It’s a question of existence. To clarify, let examine a situation a cotton shirt made from a lump of cotton. Cotton being transform into tread, then sheet of cloth before finally converted to a shirt. Focus carefully, or you will get blurred, do cotton exists or cotton shirt exists, in essence. The shirt exits by name (nama) but the cotton exist by matter (zat). Apakah boleh disamakan kewujudan pada nama dengan kewujudan pada zat?
Saya tak setuju cadangan Ustaz suruh tulis Melayu. Melayu ke, Arab ke, English ke, ‘blasphemous sket” ke, semuanya alat. Message dari pemikir dah sampai kepada yang hendak berfikir, lainlah kalau dia memang tak nak berfikir? Atau esok kena hantar ke pensyarah untuk penilaian markah? Markah kita Dia yang jaga, Bahasa Jawa sekalipun Dia tahu! Maaf dipinta pada hati yang tersentuh, tujuannya nak menyentuh akal.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15686
13 Abu Saif April 14th, 2008 at 8:09 pm
Wsalam.
Saya menggunakan ayat “ISLAM MENGAJAR KITA…” kerana mahu mengelakkan perbahasan tentang qaul man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu” itu. tetapi bagus jika boleh dikongsi di ruangan komen ini.
Abu Muzaffar ibn al-Sam’ani mengatakan bahawa qaul ini tidak tsabit sebagai hadith. Ia diriwayatkan dari Yahya ibn al-Muadz al-Razi, bahawa qaul ini adalah qaul Yahya. Imam an-Nawawi juga memberikan pandangan yang sama bahawa ia tidak tsabit sebagai hadith nabi saw (keterangan oleh Imam Sakhawi dalam Madasud al-hasanah).
Jika qaul ini dinisbahkan kepada Nabi SAW maka ia menjadi hadith palsu. Akan tetapi jika ia dinisbahkan kembali kepada Yahya ibn al-Muadz al-Razi, maka ia menjadi kata-kata yang memberi kebaikan. Maka janganlah disangka qaul ini sebagai Hadith dan jangan sekali-kali ia dinisbahkan kepada Nabi SAW.
Golongan Wahdatul Wujud yang ‘memanipulasi’ qaul ini, harus dilihat sebagai kesalahannya datang dari mereka dan bukan dari qaul ini.
Wallahu A’lam bi al-Sawaab
[Reply]
Pak Din reply on May 8th, 2008 12:00 pm:
Saya bersetuju dengan Ustaz berhubung pemanipulasian yang berlaku berhubung qaul itu. Kekuatan indera akal sebagai alat untuk berfikir hanya boleh diperluas ruang pencapaiannya hanya dengan kemajuan sains. Sebagai contoh indera penglihatan dari jasad mata yang diberikan, tidak dapat menganalisa kuman yang hadir bersama kita, tetapi dengan kemajuan sains, indera penglihatan itu telah dapat diperluas dengan adanya microscope. Sekarang ini bukan setakad kuman saja yang dapat diintai penghidupannya, kemajuan sains yang dipacu oleh golongan yang minat Sunnah Allah, telah mencipta electron microscope, yang saisnya lebih besar dari sebuah rumah banglo. Usah ditanya berapa cawan kopi ia perlukan tetapi percuma sekalipun, seperti ilmu Allah di Kitab Alam, Muslim tidak akan dapat memaksimakan penggunaannya untuk mengintai akidah yang bersarang di jiwa.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15682
3 Kak Ija April 14th, 2008 at 4:20 pm
Di situlah isunya, dalam keadaan serba mewah sukar bagi manusia untuk rasa perlu bertuhankan Allah, akibatnya kebanyakan manusia bertuhankan hawa nafsu atau lebih tepat lagi hiburan dan cara hidup hedonistik.
Akak nak sebut pada ustazlah apa yang anak akak nyatakan pada akak kerana sentiasa mengulang2 isu Spiritual Quotient nih, “Mak tak jemu2 ulang pasal tu”.
“Ustaz, terima kasih kerana tidak jemu-jemu mengulang-ulang apa ertinya kita menganut Islam dari segi aqidah”. Allah jua yang dapat membalasnya. InsyaAllah kalau berkesempatan akak belanja kopi.
[Reply]
Pak Din reply on May 8th, 2008 12:21 pm:
Salam Kak Ija
Saya harap Kak Ija (dan yang lain semuanya) tidak ambil hati, makan hati, kecik hati atau jauh hati, dengan apa yang saya tulis. Saya mendendangkan nada RAP (Ransangan Akal bukan Perasaan), tetapi kekadang Melayu mengingatkan ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’ pun tak boleh pakai juga kerana inai blonde dah jadi trend (cuba check rambut anak Akak, hehe).
Seperti Akak “Ayah ni tak jemu-jemu ke ulang pasal tu” … wording lain sekitlah, kata anak saya di Kelas Permata999. Saya menjawab “Sudah pasti anak-anak menyesal bila ayah dah jemu mengatakannya!”.
Tang, berkesempatan itu harap-harap tidak menjadi kesempitan.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15661
Sebahagian dari artikel Ustaz.
Jika persoalan “perlukah manusia kepada Tuhan” tidak diselesaikan, kita mahu membebel marahkan orang yang enggan bersolat, kita mahu menyuruhnya bersolat untuk menyembah apa? Menyembah siapa?
Seandainya hal ini tidak selesai, segala nasihat tentang tudung, aurat, berpakaian sopan dan sebagainya… adalah seumpama bunyi motor rempit melintas jalan di depan rumah. Mengganggu ketenteraman awam, dan menyakitkan telinga.
Cabaran terbesar bagi saya sebagai seorang pendakwah, adalah untuk mengajak manusia berfikir, “perlukah mereka kepada Tuhan?” Itulah sebesar-besar persoalan yang mesti diselesaikan, sebelum segala wacana agama mahu diketengahkan.
Sekurang-kurangnya Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri telah memulakan kitabnya bertajuk Aqidah al-Mu’min, dengan topik, “Keperluan Manusia Kepada Aqidah”. Persoalan mengapa manusia perlu kepada agama, didahulukan sebelum aspek-aspek lain diketengahkan untuk perbahasan.
….
Justeru jatuhlah hukuman paling berat di alam ini, ke atas jenayah paling binasa… apabila manusia HIDUP SAMBIL LEWA dan MALAS BERFIKIR.
Malas itu DOSA kerana ia menyekat manusia dalam kewajipan mengenal diri dan mengenal Tuhan.
Dari http://saifulislam.com/?p=1738
Pak Din August 26th, 2008 at 10:32 am
Salam
“Bukan pada lokaliti tempatnya.Namun apa yang pasti pada pemikiran rakyatnya yang harus dibersihkan.Pemikiranku.Pemikiran kalian.Pemikiran kita bersama.” kata Sdr warkahraudhah. Setuju!
Tidak begitu sedih kalau masaalah pembersiah minda ini hanya masaalah Melayu atau Malaysia. seperti yang saudara kemukakan, kerana dari 20+ million, hanya 40% Islam-Melayu. Yang amat menyedihkan saya, ialah ini masaalah Muslim, yang mengaku Islam tetapi terus mencemari Islam dan berlaku berluasa di Dunia Muslim. Tambah menyedihkan lagi apabila Muslim meningkatkan kepekaan emosinya apabila ditegur tentang nilai Islamnya, atas preteks mencemuh atau memperkecil Islam dan Muslim. “Namun kenapakah seringkali islam difitnah kerana kebobrokan yang ada pada muslimnya?” Kalau keganasan Jepun di WW2 adalah kerana nilai kejepunan yang patuh arahan dan peraturan, tanpa soal-balik kewajaran arahannya, tidakah itu yang berlaku sekarang di Dunia Muslim? Akan terus berlaku kalau kita tidak mengenalpasti saranan utama di dalam mengamati wahyu yang diberikan oleh Pengubal nilai Islam. Maka … Kenali Pengubal kemudaian nilai yang digubal.
Untuk renungan. Sesuatu yang baru?
Dari http://saifulislam.com/?p=2600#comment-31115
Posted: Tue Sep 05, 2006 6:01 pm Post subject:
Saya rasa perbincangan tentang Penafian Ketuhanan untuk mencari kebebasan tidak layak diperbincangkan dalam website UMMAHonline.com (untuk menyatukan ummah yang berpegang kepada kalimah Laillahailallah) dan terutamanya di negara Malaysia.
Perbincangan Penafian Ketuhanan akan menyebabkan orang awam yang kurang mengaji agama, akan goyah akidah dan imannya.
Masalah dalam agama belum selesai, inikan pula masalah luaran agama.
Itulah nasihat ringkas saya.
Dari http://ummahonline.com/index/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=163
40. Tuhan adalah Pengasih lagi Penyayang, tapi Dia juga keras kepada orang yang berleluasa
41. Janganlah menzalimi manusia, orang yang zalim di dunia lagi Tuhan akan bertindak!
42. Kalau kita ada hati perut, oksigen sahaja pun kita sudah terhutang budi dengan Tuhan
43. Sombong adalah pakaian Tuhan, siapa sombong dia telah membuat perkara yang terlarang paling besar.
44. Mari kita promosi Tuhan, kerana manusia telah melupakan-Nya
45. Marilah kita jadikan Tuhan satu-satunya pemimpin untuk semua manusia
46. Kalau Tuhan manusia jadikan Dia pemimpin bersama, manusia akan bersatu dan bekerjasama.
47. Cintakan Tuhan, rahsia perpaduan sejagat
48. Kalau seseorang tidak takutkan Tuhan, apa lagi yang menghalang dia membuat kejahatan?
49. Takutkan Tuhan menjadi benteng daripada membuat kejahatan.
50. Milikilah rasa berTuhan, kita akan miliki segala-galanya. Segala-galanya tidak dimiliki pun tidak mengapa
Dari http://heliconia.wordpress.com/2008/08/20/50-dalil-mempromosikan-tuhan-manusia-sudah-melupakannya/