R86 – Evolusi lagi #3

Ogos 27, 2008

Dari Blog Sdr Saifuddin

sharudin said…
Salam Pedagang Jamu

1. Falsafahnya begini, sebelum adanya orang yang mengiatkan kajian sain (saintis) Muslim tidak berminat untuk memasuki padang. Kalau ada yang bermainpun setakad main kampungan, dengan mode main-main., sehinggalah datang pengkaji yang serious, yang tidak kenal penat, terus membuktikan satu demi satu, apa yang dahulunya kepercayaan sahaja kini menjadi kepercayaan yang boleh dibuktikan. Muslim tidak berminat cara begitu. Kebanyakan Muslim terlalu reaktif, langsung tidak proaktif. Hanya membaca bahawa Al Quran telah mengatakan begitu begini 1400 tahun dahulu. Kenapa perlu kita tunggu sehingga sekarang atau sehingga saintis (yang menggunakan akal semaksimanya) datang dan membuat kejian dan kesimpulan, baru kita mempertikai apa yang mereka lakukan. Dunia ini Allah jadikan untuk Muslim, tetapi oleh kerana Muslim lebih suka menyebukkan diri dengan ayat-ayat tidak perlu bukti, dari ayat-ayat yang mengarah kita mencari bukti dengan menggunakan akal, maka Muslim menjadi tertutup mindanya untuk menjadi proaktif, selalu hanya menjdi pembangkang yang beremosi.

2. Ilmu sains itu adalah ilmu mengkaji Alam, yang kita tahu ada pembentuknya. Ada cara-cara membentuknya, Ada carakerja yang perlu dilaksanakan, walaupun pada perlaksanaannya Allah hanya sebut jadi maka jadilah, tidak perlu menggunakan alat atau sesuatu. Bagaimanapun Allah mengingatkan kita melalui Al Quran, bahawa di dalam semua kejadian atau pembentukan itu, terdapat tanda-tanda kekuasaanNya, tanda-tanda carakerjaNya telah dilaksanakan. Dan hanya orang yang berfikir atau Ulil Al Baab sahaja yang dapat menangkapnya. Yang mendapat kunci ghaib yang menutup pengetahuan itu kepada unum. Allah Maha Adil dan Dia memberikan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, samada orang itu kenal padaNya atau percaya padaNya atau tidak. Itulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Segala hakmilik adalah milikNya, tetapi hakguna diberikan kepada mahlukNya. Kita bebas memilih untuk melakukan apa sahaja dengan hanya terbatas kepada peraturan carakerjaNya, SunnahNya.

3. Saya tidak hairan dengan kadar pembangkangan yang berlaku kepada kebenaran. Manusia yang bertamadun telah hidup dengan kepercayaan yang salah sejak 10,000 tahun dahulu tentang Matahari yang mengelilingi Bumi. Hanya apabila saintis membuktikan bahawa kebenarnya adalah sebaliknya, kurang dari 500 tahun dahulu, barulah Muslim membaca ayat yang sama dengan pengertian yang berbeza. Dahulunya sebelum kebenaran diketengahkan, mereka membaca dengan tidak memahami apa yang dibaca, kerana pengajaran yang diberikan kepada mereka adalah seperti itu sejak turun temurun. Ini semua kerana Muslim tidak mahu menggunakan akal dengan cara terbaik dan maksima, dan hanya bergantung kepada orang lain untuk membuat kajian. Apabila kajian dah ada, mereka datang untuk hanya mempertikai dan berbalah tentangnya. Betapa egonya Muslim sebegini? Apakah itu yang Allah mahu dari Seorang Muslim? Terus hidup dalam kepercayaan taklid semata-mata, tanpa mahu berusaha mencari kebenaran. Kalau kita memilih yang ini dan menolak yang itu, di mana kedua-duanya diperolehi dari asas pengkajian yang sama, iaitu ilu sains, maka jadilah kita orang yang berpura-pura. Saya tak kata teori itu dah sempurna tetapi marilah kita berkerjasama mencari kebenaran ayng tersirat di dalamnya. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

May 14, 2008 6:09 PM


R85 – SI “Korbankan ‘Melayu’ Demi Islam?”

Ogos 27, 2008

Dari Blog Saifulislam.com

Ujian October 19th, 2007 at 3:04 pm

Salam Melayu

1. Perlu diingat bahawa berbudaya datang lebih awal dari beragama. Nilai-nilai dalam berbudaya terbena secara perlahan (berevolusi) dari idea-idea ahli budaya (orang-orang yang membentuk budaya tersebut). Peraturan dalam berbudaya adalah kesepakatan yang diterima ramai bagi memastikan kesinambungan budaya tersebut. Segala pekara yang dipercayai boleh menjadikan sesuatu peraturan itu dapat menguatkan maysarakat di dalam sesuatu budaya itu diterimapakai sehingglah ianya didapati tidak dapat memberikan manfaat kepada mereka dalam bermasyarakat.

2. Isu Melayu, bahkan bangsa lain sekalipun, masuk Islam, perlu dilihat sebagai Melayu masuk Muslim. Walaupun Muslim itu adalah orang-orang yang mengamalkan Islam, tahap pengamalan Islam itu selalunya menjadi tandatanya, apabila orang itu gagal membawa Islam yang sebenar. Dari pengamatan Saifulislam.com secara menyeluruh, Islam dan Muslim itu adalah dua entiti yang sangat berbeza, sebagaimana berbezanya Saifulislam.com dan Ustaz Hasrizal sendiri.

3. Islam adalah agama yang sempurna, yang diturunkan kepada manusia oleh Pencipta yang Maha Sempurna. Penafsiran atau penterjemaahan yang betul telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw, dengan pengawasan penuh dari Allah swt. Nabi saw yang merupakan orang berbangsa Arab, seperti bangsa-bangsa lain termasuk Melayu, mempunyai budaya tersendiri sebelum menerima Islam. Maka oleh itu sangatlah penting untuk kita memahami kedudukan budaya dan agama bagi membahaskan dengan tepat yang mana satu perlu diambil dan yang mana satu perlu ditinggalkan.

4. Tidak dinafikan bangsa-bangsa bukan Europa, terutamanya bangsa-bangsa Timur (termsuklah rumpun Melayu Nusantara dan Melayu Malaysia), merupakan bangsa-bangsa yang mempunyai budaya yang lemah lembut, sopan santun dan pelbagai cara halus (bukan ilmu hitam) dalam menjalankan sosial harian sesama mereka. Contoh ketara seperti menerima berlapis dan menolak beralas. Sebagai orang yang mengamalkan pekara ini, kita mengatakan ia sesuatu yang terbaik, tetapi tidakkah kita terfikir bahawa sari satu sudut, ia akhirnya boleh disalahgunakan, secara sedar atau tidak, menjadi, kehilangan ketelusan.

5. Bangsa-bangsa yang mengamalkan budaya terus tanpa selindung (dengan risikonya sekali, semestinya) nampaknya lebih berjaya, dalam menguasai dunia. Ini juga merupakan Sunattulah, yang harus dikaji oleh pengamal budaya lemah-lembut, seperti Melayu, agar dengan kedatangan Islam, yang sudah pasti serasi dengan Sunahtullah, menganalisa secara terperinci, mana satu ciri-ciri budaya yang mesti diketepi, sebagai tanda berkesannya pengambilan carakerja, cara hidup beragama, terutamanya dengan agama yang dinamakan Islam.

6. Penerapan Islam oleh satu-satu bangsa tidak semestinya menjadikan semua orang Islam, atau Muslim itu mempunyai satu cara melaksana sesuatu. Ya, secara asasnya memang hanya satu, contoh berpakaian mesti menutup aurat tetapi tidak semua mesti berbaju Melayu, macam Melayu atau menjadikan jubah pakaian ke masjid, macam orang Badwi, lengkap dengan tali unta di kepala dan sebagainya. Yang menjadi masaalah adalah apabila proiriti untuk menerapkan yang asas ditukar dengan yang kurang asas, dan kemudian dipertahankan sebagai tidak mengikut sunnah Nabi saw. Pekara ini berlaku secara berleluasa sehinggakan generasi baru tidak dapat membeza yang mana satu budaya dan yang mana satu agama.

7. Kalau diambil rumpun Melayu Nusantara, pandangan-pandangan negatif pada Islam yang tidak menepati piawayan asal, semuanya adalah pengaruh kuat asal bangsa yang tidak dapat ditinggalkan oleh bangsa yang menganuti Islam tersebut, terutamanya Melayu. Janji Melayu, harapkan tongkat Melayu, merasa ketuanan Melayu yang kemudiannya menyebabkan kemalasan bertindak, ketidaktelusan Melayu dan bermacam yang lain, itu semuanya berasal dari budaya Melayu, yang sepatutnya dibuang apabila hendak memeluk Islam. Tidak layak dipanggil Muslim sebenarnya sekiranya tidak sampai kepada piawayan kehendak Rabbani. Tetapi sebagai kompromi, oleh kerana Kafir itu mempunyai pelbagai status, makan Muslim itu juga begitu juga. Dan Mukmin juga tidak dinafikan ada pelbagai status, bergantung kepada keimanan seseorang.

8. Di Indonesia, yang mana merupaka tempat periok mencair (melting pot) berbanding Malaysia yang berbentuk mar-mar (mosiac), budaya tidak menentukan agama. Lawat ke Bali dan kita akan dapat melihat serupanya budaya mereka yang menganut berbeza ugama, ditambah dengan para-rupa fizikal yang tidak banya berbeza dan bahasa pertuturan yang sama, sangat susah hendak merujuk kepada siapa yang dirujuk sebagai ‘Allah yang maha Kudus’, tanpa mendalami ciri-ciri sebenar yang membezakannya. Begitu juga yang bersembahayang bersolat bersama Nabi saw, beliau tidak menafikan kehadiran munafiq (bangsa sama, ugama lain, samada berpura atau sebaliknya).

9. Sebagai Melayu ‘biar mati anak jangan mati adat’ perlu dikemaskini. Sunahtullah akan membunuh budaya yang tidak dapat menghidupkan atau menyesuaikan ciri-ciri budaya yang tidak bersusaian dengan kemajuan (jasmani atau rohani). Buku Delima (macam tak betuk aja ejaannya) Melayu, hasil nukilan Pak Mahatir, sehingga dia ditahan, banyak menceritakan tentang isu ini.

10. Kalau diukur dari keserasian Islam dengan sains, terutama sains ketuhanan, memang jelas penerimaan Muslim kepada Islam sangat terbatas. Islam menganjurkan penghasilan umah yang maju di dunia dan di akhirat. Dari hasil yang ada sekarang, ramai Muslim yang menganggap perhatian yang lebih kepada akhirat dengan melupakan dunia (sub-con penimbaan ilmu sains) akan menjadikan mereka mendapat prioriti kelayskan ke Syurga. Tanpa mahu memikirkan sedalam-dalamnya, tiada dunia tiadalah akhirat.

Allahu ‘alam

[Reply]

34 Sharudin October 19th, 2007 at 3:26 pm

Ujian itu adalah saya


R84 – Evolusi Lagi #2.

Ogos 27, 2008

Dari Blog Sdr Saifuddin

1. Sangat bernas hujah saudara-saudari. Syabas kerana anda semua telah menggunakan minda kea rah sepatutnya. Dari pelbagai isu yang di timbulkan saya napak isu yang paling kritikal is aqidah. Memperbetul aqidah kea rah kefahaman Qoro dan Qadar, QQ. “Ia bukan cause & effect yang tiada faktor penengahnya, iaitu Allah.” Cantik sungguh penerangan dari Sdr Rauf (salam pekenalan). Maknanya masaalah ini (kefahaman Darwin dan Big Bang dan ilmu sains yang lain) boleh di pertemukan dengan seserasinya, yang tidak boleh hanyalah apabila kedua belas membawa kayu ukur yang berbeza. Maari kita cari perbezaan kayu ukur kerana 1m = 1.xx ela, setuju. Xx tu kerana kita perlu kepada pendapat pakar yang ahli dlam bidangnya.

2. Sdr Saifudin dan Sdr Rauf bersetuju dengan kehadiran cause and effect atau QQ. Kita semua telah ditanamkan dengan aqidah perlu beriman kepada QQ. Yang percaya atau tidak percaya, QQ akan menghukumi mereka. QQ ini yang selalunya saya rujuk sebagai Sunnah Allah atau carkerja Allah. Kita rujuklah dengan apa nama sekalipun akhirnya ia akan menjurus kepada QQ dan dia milik Allah. Tidak timbul kefahamp[an bahawa QQ telah diswastakan atai di subcontrakkan kepada yang lain dari Allah. Kerana Dialah, Legislative, Dialah Jurisdictive dan Dialah Executive. Saya serahkan kepada pengkaji bahasa Arab untuk memberikan kata sinonimnya.

3. Jadi kita bersetuju dengan adanya QQ. Yang kita tak setuju ialah siapa punya. Sebagai Muslim sudah pasti ia milik Allah. Yang tidak muslim, dan tidak percaya kepada adanya Tuhan dan tuhan, mereka gemar mengatakan ini sebagai nature, semulajadi. Alam semulajadi. Mother Nature. “zhab tabi’i ataupun Dhriyyun” penjelasan dari Sdr Raub. Adakah kita mahu menngambil pendekatan menjauhkan mereka, atau bermusuh dengan mereka, hanya kerana mereka tak nampak atau kurang jelas dengan pemilik kepada QQ atau Nature atau Tabii atau Dhriyyun? Adakah kita mahu berkeras kepada anak kita yang beium balig, kerana ingin meneruskan bermain api. Apakah kita musuhi anak belum samapi balig itu? Adakah kerana anak itu menangis sehingga terpaksa di masukkan ICU, contohnya, maka kita bertekad untuk memerangi mereka?

4. Balig syarie kita selalu dengar, bila manusia mumayyiz, mukallaf atau Melayunya Balig atau apa sahaja yang setara denganya. Balig hakiki yang susah nak dapat. Bukan sahala si Darwin dan kuncu-kuncunya belum Balig Hakiki, malah ramai Muslim. Yang menggelar diri Muslim belum Balig Hakiki. Balig Hakiki ini adalah apabibila kita dapat menterjemah di dalam kelakuan seharian kita, bahawa bukti wujudnya Allah adalah wujudnya Ala mini, wujudnya nature ini. Jadi tidak guna kita berkeras kepada yang belum balig, samada Syarie atau Hakiki. Berlembutlah dengan mereka, mungkin kalau tidak kerana yang belum balig itu anak kita, dia adalah mahluk Allah, yang sedang bekerja keras memahami carakerja Allah.

5. Kalau ada sesuatu yang salah diperkatakan oleh mereka (Barat, Sainstis, Belum Balig Hakiki), kita perlu ingat tiada sesuatu yang akan berlaku, terutama hasil kajian kerja Allah, sekiranya tidak mendapat keizin dari Allah. La hawla wakuwata illa biLah. Jang kita sekali-kali lupa pada itu. Allah menyiapkan Alam ini dengan peraturan dan kadar, dan tidak sekali-kali kamu akan dapati ianya berubah. Samada kami percaya atau tidak kepadaNya dan nya. Maka mereka tidak boleh menipu kita, mereka tidak boleh buat-buat hasil kajian mereka. Malah dari pengamatan saya, mereka tealh banya memahami carakerja Allah dan menghasilkan teknologi yang berguna kepada kita. Kalau tidak tak dapatlah kita nak berhujjah di internet ni!

6. MArilah sama-sama bekerjasama dan menjemput saudara-saudara ke rumah saya, teratak buruk, tak payah bayar sewa, yang disediakan mereka yang kita musuhi ini. Malangnya tiada kopi atau teh, malah air bujang pun tak dapat nak bagi, sebeb tu guna rumah percuma. Saya suka ke rumah Saifulislam.com pasal rumah itu lebih bermakna pada saya. Lama saya menumpang di sana. Selain dari menumpang di Bumi Allah, menumpang di Alam Allah, menumpang idea orang-orang yang mengkaji carakerja Allah, samaada mere sedar atau tidak. Datanglah tak kena tambang kan? Lagi rendah dari Air Asia atau MAS atau mana-mana. Jangan lupa minda terbuka. Yang tertutup kunci di almari rumah.


R83 – Evolusi lagi #1.

Ogos 27, 2008

Dari perbincangan di Blog Sdr Saifuddin.
Juga berkaitan ialah “Percaya atau Tidak?”

1. Wahai pemikir-pemikir sekelian, anda semua telah diberikan kekuatan jasmani dan rohani untuk merantau mencari ilmu di negeri orang. Malang semasa di negeri sendiri dahulu, ketika berada di pendidikan awal, seperti saya juga, kita melalui system yang tidak melatih mengunakan minda sepenuhnya. Bukan salah sepenuhnya ketidakterbukaan, tujuannya bagi membendung kalau ada penyalahgunaan kebebasan, kerana manusia dengan penagaruh emosinya boleh menyalahgunakan akal untuk tujaun tidak bermanfaat, menjadi terbaik dalam hal carakerja manusia (maker), dan tidak berusaha terbaik mencari makna carakerja Allah.

2. Fahamkan betul-betul kedua-duanya arts (carakerja mahluk) dan sains (carakerja haliq). Sebagai panduan carakerja manusia diwahyukan di Al Quran dengan beberapa ayat mengarah kita menjadi Al Baab, dengan keluar melalui pintu Al Quran ke Kitab Alam. Bilangan ayat di Kitab Alam tidak terkira sehinggakan, kiranya kita tambah beberapa kali sejumlah air lautan, tidak akan dapat menulis sepenuhnya ilmu atau iradah atau carakerja Allah. Bayangkan, kalau anda hafiz Al Quran sekalipun, terlalu sedikit ayat-ayat yang dihafal itu berbanding ayat-ayat yang menguasai perjalanan Alam.

3. Nah, sekarang apa bezanya graph y=mx2 (square) + 1 atau higher order equation, kau dilihat dari graph berbanding numerial method dalam penyelesaian manyak masaalah-masalah physics. Satu analogue dan satu lagi digital (quantumised). Tertapi perlu diingat walaupun digital tidak memaparkan data graph setiap masam ia adalah usaha terbaik mengambarkan graph tersebut. Sesat?, jangan! … tak jumpa jalan, tak apa!. Pinjam kata-kata Ustaz SI. Maknanya jangan diharap semua jigsaw puzzle sudah tersedia sekarang, untuk menceritakan peristiwa 15 billion tahun, tanpa menggunakan time machine. Kalau semua dah tersedia, anak anda nanti yang belajar apa lagi? “Bapak dah siapkan semua! Kau duduk mesjid aja lah!”

4. Masa British rampas Wright punya design, dia gunakan untuk melihat si Hitler yang tak sabar nak nyebrang. Kenapa tak guna bot, sampan? U boat? Kerana kapalterbang macam burung, pandangannya luas. Kalau gitu, hero sangat Airforce, suruh dia sahaja, jaga semua! Mana pergi kerjasama? Fahamkan ia dengan kerja sama-sama. Jauh bezanya. Dari atas, pandangn makro, dengan jigsaw yang belum siap sepenuhnyapun kita sudah boleh buat projection, bukan prediction. Prediction ni hal jumpa bomo Siam! Puh kanan puh kiri, siap satu! Tetapi projection atau interpolation adalah element penting dalam ilmu sains selepas observation dan data collection.

5. Si Tom buat obserbation, datang si Dick buat data collection dan kemudian Harry lupa buat projection, pasal Charles hantar somewhere, hehe. Datanglah si Ahmad, buat projection. Ahmad ok, no hankie pankie, tapi kawnnya yang baru jupa bomo tadi yang menyocok!. Iktibarnya kuatkan jatidiri, pada masa yang sama decentralize work load, dengan centralized monitoring, macam dalam Central Nervous System dengan decentralize budy parts. Kalau kita tak percaya pada subkontraktor kita, kerana kita kurang mahir dengan decentralized system atau ineffective monitoring system, itu bukan salah, subkontraktor. Kita bertanggungjawab keseluruhannya. Lagi sesat?

6. Evolusi adalah tentang blueprint, DNA. Kita tak boleh rujuk satu cell sperma dengan egg berevolusi menjadi orang dewasa, kerana DNAnya tidak berubah. Mutation DNA itu yang dipelajari sebagai evolusi. Semua benda ada DNA, mudah atau complex! Allah yang design semua ni .. dan dia letak dalam CD Dia bernama Qodo dan Qadar. QQ Melayu atau kebanyak Muslim banyak salah kefahaman. Bukan Melayu yang ditakdirkan mundur. Tetapi sesiapa yagn mengunakan cirri-ciri Melayu itu yang di Sunnah kan akan mundur. Sunnah Allah berlaku setiap masa dan tak pernah tertunggak.

7. Baca Bhg 6 Fi sitatah ayyam saya, untuk mula perbincangan Adam dari mana. Buangkan fikiran sempit, segala-segala perlu dah ada sekarang. Tak perlu tunggu generasi akan datang menyambungnya. Bukan saya kata kita tak boleh membuatnya, tetapi sebagai manusia kena makan, solat, dan bermacam ibadah dan kerja lain yang perlu dibuat. Yang belum terbukti, jangan pula dijadikan alas an oh Darwin tu gila, macam kaum Nabi Noh kata kat dia. Akhirnya jadi kapal. N Noh punya jati diri. Kalau dia ikut kata kawan tok moh tu tadi? Hanyutlah dia dengan isteri dan anak-anaknya sekali. Kuatkan jatidiri!

8. Creationist ke Evolitionist, bila cerita tang kuasa dan tenaga, tiada siapa yang ada melainkan Allah. Kita tolak Creationist kerana puzzle-puzzle yang ada cukup (walupun belum sepenuhnya ada) untuk membuat ectrapolation kepada evolisi. Sebaliknya Creationist tidak buat apa-apa untuk membuktikan apa-apa. Puh kanan puh kiri. Baik ke jahat ke? Semuanya dari Allah. ‘Faalhamaha Fujuroha wataqwaha’. Yang baik disaluran melalui agen malaikah dan yang jahat dari agen syaitan. Tapi perlu ingat syaitan itu sifat, yang memungkinkan penggunakan manusia atau jin, seperti Surah An Naas.

Ingat kita baru mula perlumbaan kan? Bukan nak cari kalah menang, tapi mencari Tuhan hakiki!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.