Dari Blog Sdr Saifuddin
1. Sangat bernas hujah saudara-saudari. Syabas kerana anda semua telah menggunakan minda kea rah sepatutnya. Dari pelbagai isu yang di timbulkan saya napak isu yang paling kritikal is aqidah. Memperbetul aqidah kea rah kefahaman Qoro dan Qadar, QQ. “Ia bukan cause & effect yang tiada faktor penengahnya, iaitu Allah.” Cantik sungguh penerangan dari Sdr Rauf (salam pekenalan). Maknanya masaalah ini (kefahaman Darwin dan Big Bang dan ilmu sains yang lain) boleh di pertemukan dengan seserasinya, yang tidak boleh hanyalah apabila kedua belas membawa kayu ukur yang berbeza. Maari kita cari perbezaan kayu ukur kerana 1m = 1.xx ela, setuju. Xx tu kerana kita perlu kepada pendapat pakar yang ahli dlam bidangnya.
2. Sdr Saifudin dan Sdr Rauf bersetuju dengan kehadiran cause and effect atau QQ. Kita semua telah ditanamkan dengan aqidah perlu beriman kepada QQ. Yang percaya atau tidak percaya, QQ akan menghukumi mereka. QQ ini yang selalunya saya rujuk sebagai Sunnah Allah atau carkerja Allah. Kita rujuklah dengan apa nama sekalipun akhirnya ia akan menjurus kepada QQ dan dia milik Allah. Tidak timbul kefahamp[an bahawa QQ telah diswastakan atai di subcontrakkan kepada yang lain dari Allah. Kerana Dialah, Legislative, Dialah Jurisdictive dan Dialah Executive. Saya serahkan kepada pengkaji bahasa Arab untuk memberikan kata sinonimnya.
3. Jadi kita bersetuju dengan adanya QQ. Yang kita tak setuju ialah siapa punya. Sebagai Muslim sudah pasti ia milik Allah. Yang tidak muslim, dan tidak percaya kepada adanya Tuhan dan tuhan, mereka gemar mengatakan ini sebagai nature, semulajadi. Alam semulajadi. Mother Nature. “zhab tabi’i ataupun Dhriyyun” penjelasan dari Sdr Raub. Adakah kita mahu menngambil pendekatan menjauhkan mereka, atau bermusuh dengan mereka, hanya kerana mereka tak nampak atau kurang jelas dengan pemilik kepada QQ atau Nature atau Tabii atau Dhriyyun? Adakah kita mahu berkeras kepada anak kita yang beium balig, kerana ingin meneruskan bermain api. Apakah kita musuhi anak belum samapi balig itu? Adakah kerana anak itu menangis sehingga terpaksa di masukkan ICU, contohnya, maka kita bertekad untuk memerangi mereka?
4. Balig syarie kita selalu dengar, bila manusia mumayyiz, mukallaf atau Melayunya Balig atau apa sahaja yang setara denganya. Balig hakiki yang susah nak dapat. Bukan sahala si Darwin dan kuncu-kuncunya belum Balig Hakiki, malah ramai Muslim. Yang menggelar diri Muslim belum Balig Hakiki. Balig Hakiki ini adalah apabibila kita dapat menterjemah di dalam kelakuan seharian kita, bahawa bukti wujudnya Allah adalah wujudnya Ala mini, wujudnya nature ini. Jadi tidak guna kita berkeras kepada yang belum balig, samada Syarie atau Hakiki. Berlembutlah dengan mereka, mungkin kalau tidak kerana yang belum balig itu anak kita, dia adalah mahluk Allah, yang sedang bekerja keras memahami carakerja Allah.
5. Kalau ada sesuatu yang salah diperkatakan oleh mereka (Barat, Sainstis, Belum Balig Hakiki), kita perlu ingat tiada sesuatu yang akan berlaku, terutama hasil kajian kerja Allah, sekiranya tidak mendapat keizin dari Allah. La hawla wakuwata illa biLah. Jang kita sekali-kali lupa pada itu. Allah menyiapkan Alam ini dengan peraturan dan kadar, dan tidak sekali-kali kamu akan dapati ianya berubah. Samada kami percaya atau tidak kepadaNya dan nya. Maka mereka tidak boleh menipu kita, mereka tidak boleh buat-buat hasil kajian mereka. Malah dari pengamatan saya, mereka tealh banya memahami carakerja Allah dan menghasilkan teknologi yang berguna kepada kita. Kalau tidak tak dapatlah kita nak berhujjah di internet ni!
6. MArilah sama-sama bekerjasama dan menjemput saudara-saudara ke rumah saya, teratak buruk, tak payah bayar sewa, yang disediakan mereka yang kita musuhi ini. Malangnya tiada kopi atau teh, malah air bujang pun tak dapat nak bagi, sebeb tu guna rumah percuma. Saya suka ke rumah Saifulislam.com pasal rumah itu lebih bermakna pada saya. Lama saya menumpang di sana. Selain dari menumpang di Bumi Allah, menumpang di Alam Allah, menumpang idea orang-orang yang mengkaji carakerja Allah, samaada mere sedar atau tidak. Datanglah tak kena tambang kan? Lagi rendah dari Air Asia atau MAS atau mana-mana. Jangan lupa minda terbuka. Yang tertutup kunci di almari rumah.