R85 – SI “Korbankan ‘Melayu’ Demi Islam?”

Dari Blog Saifulislam.com

Ujian October 19th, 2007 at 3:04 pm

Salam Melayu

1. Perlu diingat bahawa berbudaya datang lebih awal dari beragama. Nilai-nilai dalam berbudaya terbena secara perlahan (berevolusi) dari idea-idea ahli budaya (orang-orang yang membentuk budaya tersebut). Peraturan dalam berbudaya adalah kesepakatan yang diterima ramai bagi memastikan kesinambungan budaya tersebut. Segala pekara yang dipercayai boleh menjadikan sesuatu peraturan itu dapat menguatkan maysarakat di dalam sesuatu budaya itu diterimapakai sehingglah ianya didapati tidak dapat memberikan manfaat kepada mereka dalam bermasyarakat.

2. Isu Melayu, bahkan bangsa lain sekalipun, masuk Islam, perlu dilihat sebagai Melayu masuk Muslim. Walaupun Muslim itu adalah orang-orang yang mengamalkan Islam, tahap pengamalan Islam itu selalunya menjadi tandatanya, apabila orang itu gagal membawa Islam yang sebenar. Dari pengamatan Saifulislam.com secara menyeluruh, Islam dan Muslim itu adalah dua entiti yang sangat berbeza, sebagaimana berbezanya Saifulislam.com dan Ustaz Hasrizal sendiri.

3. Islam adalah agama yang sempurna, yang diturunkan kepada manusia oleh Pencipta yang Maha Sempurna. Penafsiran atau penterjemaahan yang betul telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw, dengan pengawasan penuh dari Allah swt. Nabi saw yang merupakan orang berbangsa Arab, seperti bangsa-bangsa lain termasuk Melayu, mempunyai budaya tersendiri sebelum menerima Islam. Maka oleh itu sangatlah penting untuk kita memahami kedudukan budaya dan agama bagi membahaskan dengan tepat yang mana satu perlu diambil dan yang mana satu perlu ditinggalkan.

4. Tidak dinafikan bangsa-bangsa bukan Europa, terutamanya bangsa-bangsa Timur (termsuklah rumpun Melayu Nusantara dan Melayu Malaysia), merupakan bangsa-bangsa yang mempunyai budaya yang lemah lembut, sopan santun dan pelbagai cara halus (bukan ilmu hitam) dalam menjalankan sosial harian sesama mereka. Contoh ketara seperti menerima berlapis dan menolak beralas. Sebagai orang yang mengamalkan pekara ini, kita mengatakan ia sesuatu yang terbaik, tetapi tidakkah kita terfikir bahawa sari satu sudut, ia akhirnya boleh disalahgunakan, secara sedar atau tidak, menjadi, kehilangan ketelusan.

5. Bangsa-bangsa yang mengamalkan budaya terus tanpa selindung (dengan risikonya sekali, semestinya) nampaknya lebih berjaya, dalam menguasai dunia. Ini juga merupakan Sunattulah, yang harus dikaji oleh pengamal budaya lemah-lembut, seperti Melayu, agar dengan kedatangan Islam, yang sudah pasti serasi dengan Sunahtullah, menganalisa secara terperinci, mana satu ciri-ciri budaya yang mesti diketepi, sebagai tanda berkesannya pengambilan carakerja, cara hidup beragama, terutamanya dengan agama yang dinamakan Islam.

6. Penerapan Islam oleh satu-satu bangsa tidak semestinya menjadikan semua orang Islam, atau Muslim itu mempunyai satu cara melaksana sesuatu. Ya, secara asasnya memang hanya satu, contoh berpakaian mesti menutup aurat tetapi tidak semua mesti berbaju Melayu, macam Melayu atau menjadikan jubah pakaian ke masjid, macam orang Badwi, lengkap dengan tali unta di kepala dan sebagainya. Yang menjadi masaalah adalah apabila proiriti untuk menerapkan yang asas ditukar dengan yang kurang asas, dan kemudian dipertahankan sebagai tidak mengikut sunnah Nabi saw. Pekara ini berlaku secara berleluasa sehinggakan generasi baru tidak dapat membeza yang mana satu budaya dan yang mana satu agama.

7. Kalau diambil rumpun Melayu Nusantara, pandangan-pandangan negatif pada Islam yang tidak menepati piawayan asal, semuanya adalah pengaruh kuat asal bangsa yang tidak dapat ditinggalkan oleh bangsa yang menganuti Islam tersebut, terutamanya Melayu. Janji Melayu, harapkan tongkat Melayu, merasa ketuanan Melayu yang kemudiannya menyebabkan kemalasan bertindak, ketidaktelusan Melayu dan bermacam yang lain, itu semuanya berasal dari budaya Melayu, yang sepatutnya dibuang apabila hendak memeluk Islam. Tidak layak dipanggil Muslim sebenarnya sekiranya tidak sampai kepada piawayan kehendak Rabbani. Tetapi sebagai kompromi, oleh kerana Kafir itu mempunyai pelbagai status, makan Muslim itu juga begitu juga. Dan Mukmin juga tidak dinafikan ada pelbagai status, bergantung kepada keimanan seseorang.

8. Di Indonesia, yang mana merupaka tempat periok mencair (melting pot) berbanding Malaysia yang berbentuk mar-mar (mosiac), budaya tidak menentukan agama. Lawat ke Bali dan kita akan dapat melihat serupanya budaya mereka yang menganut berbeza ugama, ditambah dengan para-rupa fizikal yang tidak banya berbeza dan bahasa pertuturan yang sama, sangat susah hendak merujuk kepada siapa yang dirujuk sebagai ‘Allah yang maha Kudus’, tanpa mendalami ciri-ciri sebenar yang membezakannya. Begitu juga yang bersembahayang bersolat bersama Nabi saw, beliau tidak menafikan kehadiran munafiq (bangsa sama, ugama lain, samada berpura atau sebaliknya).

9. Sebagai Melayu ‘biar mati anak jangan mati adat’ perlu dikemaskini. Sunahtullah akan membunuh budaya yang tidak dapat menghidupkan atau menyesuaikan ciri-ciri budaya yang tidak bersusaian dengan kemajuan (jasmani atau rohani). Buku Delima (macam tak betuk aja ejaannya) Melayu, hasil nukilan Pak Mahatir, sehingga dia ditahan, banyak menceritakan tentang isu ini.

10. Kalau diukur dari keserasian Islam dengan sains, terutama sains ketuhanan, memang jelas penerimaan Muslim kepada Islam sangat terbatas. Islam menganjurkan penghasilan umah yang maju di dunia dan di akhirat. Dari hasil yang ada sekarang, ramai Muslim yang menganggap perhatian yang lebih kepada akhirat dengan melupakan dunia (sub-con penimbaan ilmu sains) akan menjadikan mereka mendapat prioriti kelayskan ke Syurga. Tanpa mahu memikirkan sedalam-dalamnya, tiada dunia tiadalah akhirat.

Allahu ‘alam

[Reply]

34 Sharudin October 19th, 2007 at 3:26 pm

Ujian itu adalah saya

12 Responses to “R85 – SI “Korbankan ‘Melayu’ Demi Islam?””

  1. Min berkata:

    Abu Saif October 18th, 2007 at 2:59 pm

    Komen saya di al-ahkam.net:

    saya bukan berteori. Allah SWT sendiri menjelaskan bahawa Dia yang menjadikan manusia itu berjantina, berbangsa dan bersuku. Bukan saja-saja, tetapi untuk taaruf. bila kita dok asyik cela bangsa, kita cela benda yang Allah buat, dan jauh sekalilah nak explore apa hikmah Allah ciptakan manusia begitu.

    bila Islam tersebar di luar bumi arab, apakah nilai-nilai tempatan terhapus? maksud saya, ketika bahasa arab menjadi bahasa ilmu di negeri ajam, apakah bahasa parsi, bahasa turki terhapus? apakah cara berpakaian berubah kepada satu cara pakaian lain?

    apabila islam jadi lemah di sub-continent india, bahasa parsi hilang dan digantikan dengan bahasa urdu. bagaimana kita definisikan benda ni dalam Islam?

    apabila kita bosan dengan perangai melayu, atau kita menyampah dengan umno yang dilabel memperjuangkan melayu, kita tak jumpa satu ayat yang boleh jelaskan kebosanan kita tu, lantas kita buat kesimpulan mudah, melayu tak punya apa-apa! selepas melayu terima islam pun, melayu masih tak punya apa-apa!

    sudahkah dibongkar semua sejarah kepulauan melayu sehingga kita boleh buat kesimpulan yang kepulauan melayu ni takde apa-apa nilai?

    Dari http://saifulislam.com/?p=657#comment-6054

  2. Min berkata:

    nape bersetuju dgn statement dr maza tersebut

    1]melayu juara keruntuhan akhlak.
    2]melayu juara kemiskinan.
    3]melayu Pulau pinang miskin yg amat.
    4]melayu terkenal dgn budaya subsidi.
    5]melayu bangsa emosional.
    6]melayu bukan pengilang tapi pengguna.
    7]melayu kaya pandang hina melayu miskin.
    8]melayu educated\berpelajaran bangga berbahasa inggerris.
    9]perempuan melayu mudah dibawa ke ranjang.
    10]pengemis ramai melayu.
    11]melayu mudah kena tipu.
    12]melayu bodoh dlm akademik.
    13]melayu taksub pd pemimpin.
    14]pelacur majoritinya melayu.
    15]melayu ramai pemalas.
    dan lain-lain lagi.

    Dari http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33984&postdays=0&postorder=asc&start=30&sid=42e47606ee1076a0a32fce857a184ac3

  3. Min berkata:

    POTENSI MANUSIA

    Semua manusia mempunyai potensi yang sama. Mereka berpotensi menjadi baik dan berpotensi menjadi buruk.

    Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Asy-Syams 91 : 7-10)

    Saya tidak perlu membuang kemelayuan saya untuk menjadi lebih Islamik. Malah banyak aspek kemelayuan diri yang saya pertahankan, malah menjadikannya sebagai sebahagian daripada perjuangan.

    Dari http://saifulislam.com/?p=657

  4. Min berkata:

    MASALAH ILMU?

    Apakah gerakan Islam hari ini tidak cukup ILMU? Adakah persoalan hari ini merupakan persoalan ILMU?

    Jika dahulu, mungkin. Penyertaan seseorang di dalam gerakan Islam adalah bermotifkan amal. Mereka mahu bekerja, dan melakukan sesuatu untuk membantu agama. Lantas generasi era itu tidak banyak bertanya. Mereka tidak begitu mementingkan TAHU terhadap ILMU sebanyak-banyaknya, kerana terbukti bahawa tahu banyak, tidak semestinya menghasilkan kerja dan sumbangan yang banyak.

    Lantas di suatu ketika, gerakan Islam tidak kisah sangat jika ada pendukungnya yang tersilap memahami beberapa aspek nas. Jika ada ahli yang meletakkan maksud Wala’ pada konteks yang salah, atau memahami konsep Jamaatul Muslimin secara simplistik atau silap, ia bukanlah isu yang perlu diperbesarkan kerana yang semua itu hanya PROSES. Apa yang perlu diutamakan adalah OUTPUT, iaitu AMAL. Kerja! Selagi mana ahli gerakan Islam bekerja, maka maksud penglibatan mereka sudah tercapai.

    Dari http://saifulislam.com/?p=198

  5. Min berkata:

    Melayu pencipta nombor ‘kosong’?
    Kiriman pada Friday, October 26 @ 14:22:33 MYT
    Topik: Pub

    Oleh: Fathi Aris Omar
    ‘Kosong’, atau 0, bukan sebarang nombor, penemuannya merevolusikan pemikiran matematik dan sains moden. Nombor ini diperkenalkan di Eropah pada awal abad ke-13 selepas ia dikembangkan di dunia Arab-Islam pada kurun kesembilan.

    Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai “menemui” nombor maha penting ini pada tahun 594.

    Fathi Aris Omar, seorang aktivis pro-kebebasan bersuara dan pernah menerbitkan
    buku Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi (Feb 2005), selain pernah
    terlibat dalam kajian tentang “Post-Soeharto Indonesia Public Sphere”
    di Jakarta, Indonesia. Penulis turut bergiat cergas dalam gerakan pelajar
    dakwah 1983-1991. Kolum Pub (ringkas kata dari Public House atau Kedai Kopi) ini bertujuan untuk mengangkat hal-hal yang paling selekeh kepada hal-hal yang paling penting, dengan pesanan “sebarang kesesatan dan kesalahfahaman bukannya tanggungjawab penulis!” Manakala, artikel ini pertama kali diterbitkan di MstarOnline pada 25 Oktober 2007. Beliau dapat dihubungi menerusi faomar@yahoo.com.

    Tamadun Eropah mengambil kosong, atau zero, daripada penemuan dunia Arab, sifr (sifar). Ia dibawa oleh pemikir Itali, Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci. Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang membawa masud “tiada apa-apa”, “simbol”, “kod” atau “mesej rahsia”.

    Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain — penciptaan simbol ‘kosong’ mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.

    Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.

    Dari http://ummahonline.com/index/modules.php?name=News&file=article&sid=612

  6. Min berkata:

    Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang).

    Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada

    pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik).

    Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16

    Dari http://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu/ oleh Shaharir Mohammad Zain ASASI

  7. Haf berkata:

    Anda boleh mencari kedai Cina Malaysia di Swansea, Wales dan lain-lain bahagian United Kingdom. Namun kedai ‘Melayu Islam’ Malaysia amat sedikit, terdapat sebuah di Ireland yang dimilik oleh rakan kami dengan panggilan mesranya “Abang Man”, mungkin ada beberapa lagi di Ibu kota London. Namun bilangannya masih amat jauh jika dibanding dengan bangsa Umat Islam yang lain. Manakan tidak, Melayu asyik dihantui dengan pepatah mereka sendiri :

    “Hujan emas di negara orang manakan sama dengan hujan Batu di Negara sendiri”

    Baguskah kita asyik berpegang teguh dengan pepatah ini sehingga lari dari mengambil dan memberi manfaat kepada masyarakat luar?. Bukankah Islam melangkau garis sempadan negara?.

    Dari http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=751&Itemid=72

  8. Min berkata:

    Promote meritocracy among the Malays, show them how to compete. Especially for places in Universities. It counter-productive to the Malays where everything is handed down a silver plater; the result is the local university graduates cannot compete in the real world and they end up working in the public sector, where the government having to create more jobs to absorb them. How long can these go on? In the age of globalization, they need to learn to compete on merit, if not they will be trapped in a 3rd world economy and a low standard of living. Its a catch 22 situation. To break the cycle, meritocracy must be introduced; NEP given transparency to ensure there’s no abuse of the system for the rich to get richer.

    Dari http://vwfs68.blogspot.com/2008/03/malay-special-rights-and-nep.html Chinese writer

  9. Min berkata:

    Tuan-tuan dan puan-puan, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini mari sama-sama kita memainkan peranan agar negara kita dimerdekakan daripada gejala-gejala negatif seperti budaya kuning yang saya sebutkan tadi. Ibubapa didiklah anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan lupa anda sebagai ibubapa, anda memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan anak-anak anda berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Nasihat yang sama juga saya berikan pada Dr. Danial bin Zainal Abidin sebab dia juga seorang bapa kepada 8 orang anak. Ini peranan yang perlu kita lakukan. Jangan asyik menonton gusti, cari gincu yang mahal lagi terbaik, seronok ke salon yang dapat mencantikkan diri kita. Jangan asyik itu. Bukan tidak boleh tapi jangan asyik sehingga kita melupakan benda yang paling besar ertinya pada kehidupan kita iaitu mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

    Dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/08/29/merdeka-negara-tidak-masuk-syurga/

  10. Sha berkata:

    Eternally annoying Malaysian traits

    By Syed Nadzri (29/09/2005)

    You know you’re Malaysian when… you never RSVP invitations and you consider it normal to be one hour late for functions. These habits, unfortunately, are some of the not-very-positive things that have become so customary and even considered passable that they have the tendency to remain stuck in the Malaysianness in most of us.

    That’s why perhaps we can still laugh off the delays and bad sense of punctuality. We even have a name for it – “Malaysian time”, which is somehow faithfully observed by many even when they are abroad.

    Dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/06/28/the-unislamic-punctuality-of-janji-melayu/

  11. [...] Melayu itu Muslim tidak juga mencerahkan [...]

  12. [...] Sutnik minda kita dengan sesuatu yang kita persepsikan sebagai tidak sepatutnya, maka potensi Ahsanul Takwin itu akan mengenali serangan besar yang akan datang. Tanpa suntikan itu, jangan cerita hal kekebalan. [...]

Tinggalkan Jawapan