R86 – Evolusi lagi #3

Dari Blog Sdr Saifuddin

sharudin said…
Salam Pedagang Jamu

1. Falsafahnya begini, sebelum adanya orang yang mengiatkan kajian sain (saintis) Muslim tidak berminat untuk memasuki padang. Kalau ada yang bermainpun setakad main kampungan, dengan mode main-main., sehinggalah datang pengkaji yang serious, yang tidak kenal penat, terus membuktikan satu demi satu, apa yang dahulunya kepercayaan sahaja kini menjadi kepercayaan yang boleh dibuktikan. Muslim tidak berminat cara begitu. Kebanyakan Muslim terlalu reaktif, langsung tidak proaktif. Hanya membaca bahawa Al Quran telah mengatakan begitu begini 1400 tahun dahulu. Kenapa perlu kita tunggu sehingga sekarang atau sehingga saintis (yang menggunakan akal semaksimanya) datang dan membuat kejian dan kesimpulan, baru kita mempertikai apa yang mereka lakukan. Dunia ini Allah jadikan untuk Muslim, tetapi oleh kerana Muslim lebih suka menyebukkan diri dengan ayat-ayat tidak perlu bukti, dari ayat-ayat yang mengarah kita mencari bukti dengan menggunakan akal, maka Muslim menjadi tertutup mindanya untuk menjadi proaktif, selalu hanya menjdi pembangkang yang beremosi.

2. Ilmu sains itu adalah ilmu mengkaji Alam, yang kita tahu ada pembentuknya. Ada cara-cara membentuknya, Ada carakerja yang perlu dilaksanakan, walaupun pada perlaksanaannya Allah hanya sebut jadi maka jadilah, tidak perlu menggunakan alat atau sesuatu. Bagaimanapun Allah mengingatkan kita melalui Al Quran, bahawa di dalam semua kejadian atau pembentukan itu, terdapat tanda-tanda kekuasaanNya, tanda-tanda carakerjaNya telah dilaksanakan. Dan hanya orang yang berfikir atau Ulil Al Baab sahaja yang dapat menangkapnya. Yang mendapat kunci ghaib yang menutup pengetahuan itu kepada unum. Allah Maha Adil dan Dia memberikan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, samada orang itu kenal padaNya atau percaya padaNya atau tidak. Itulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Segala hakmilik adalah milikNya, tetapi hakguna diberikan kepada mahlukNya. Kita bebas memilih untuk melakukan apa sahaja dengan hanya terbatas kepada peraturan carakerjaNya, SunnahNya.

3. Saya tidak hairan dengan kadar pembangkangan yang berlaku kepada kebenaran. Manusia yang bertamadun telah hidup dengan kepercayaan yang salah sejak 10,000 tahun dahulu tentang Matahari yang mengelilingi Bumi. Hanya apabila saintis membuktikan bahawa kebenarnya adalah sebaliknya, kurang dari 500 tahun dahulu, barulah Muslim membaca ayat yang sama dengan pengertian yang berbeza. Dahulunya sebelum kebenaran diketengahkan, mereka membaca dengan tidak memahami apa yang dibaca, kerana pengajaran yang diberikan kepada mereka adalah seperti itu sejak turun temurun. Ini semua kerana Muslim tidak mahu menggunakan akal dengan cara terbaik dan maksima, dan hanya bergantung kepada orang lain untuk membuat kajian. Apabila kajian dah ada, mereka datang untuk hanya mempertikai dan berbalah tentangnya. Betapa egonya Muslim sebegini? Apakah itu yang Allah mahu dari Seorang Muslim? Terus hidup dalam kepercayaan taklid semata-mata, tanpa mahu berusaha mencari kebenaran. Kalau kita memilih yang ini dan menolak yang itu, di mana kedua-duanya diperolehi dari asas pengkajian yang sama, iaitu ilu sains, maka jadilah kita orang yang berpura-pura. Saya tak kata teori itu dah sempurna tetapi marilah kita berkerjasama mencari kebenaran ayng tersirat di dalamnya. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

May 14, 2008 6:09 PM

4 Responses to R86 – Evolusi lagi #3

  1. Min berkata:

    Hal-hal ini telah dijelaskan oleh ulama-ulama tauhid sepanjang zaman, dulu seperti Imam al-Ghazali dan kini seperti Sheikh Abdul Halim Mahmud dan Sheikh Said Ramadhan al-Buti. Sebagai contoh, sedikit petikan daripada Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Al-Maqsadul Asna Fi Asmaa’il Husna’ menjelaskan:
    “Sesungguhnya akal tidak terdaya untuk membuat ketetapan ke atas sesuatu sehinggalah ia membatasinya dulu di dalam dua perkara: Masa dan tempat, maka dia berkata bila dan di mana. Selama mana sesuatu itu tidak dibatasi di antara dua perkara ini maka akal tidak ada sebarang daya ke atasnya. Maka akal tidak berdaya untuk membuat ketetapan terhadap Allah (Tabaraka wa Taala) dan tidak juga ke atas sifat-sifatNya, begitu juga ke atas qadha’ dan qadarNya. Akal adalah terbatas, ia tidak mampu menanggapi sesuatu yang tidak terbatas dan tidak mampu untuk membuat ketetapan ke atas sesuatu yang infiniti. Allah Azza Wa Jalla adalah tiada dibatasi maka akal tidak mampu untuk membuat ketetapan mengenaiNya. Akal juga tidakmampu untuk menggambarkan sesuatu yang abadi dan timbangan akal akan menjadi goyang sekiranya ia cuba untuk membuat ketetapan ke atas sesuatu yan dak dibatasi dan ia akan terjebak ke dalam pertentangan yang mustahil paradoks), dan akal tidak mampu untuk membuat ketetapan dan tidak akan benar ketetapannya melainkan pada perkara- perkara yang materialistik sahaja, ada pun (perkara yang disebalik benda) alam ghaib maka akal tiada sebarang kebolehan untuk membuat sebarang ketetapan mengenainya. ”

    Secara keseluruhannya aku setuju jika kita katakan sains perlu membincangkan hal ini. Teruskan kajian. Tapi ia bukan wilayah sains semata-mata kerana persoalan hakikat asal usul manusia dan alam keseluruhannya adalah persoalan fundamental yang diperlukan oleh semua manusia. Jadi, tunduk pada metodologi penyelidikan yang diiktiraf oleh Islam.

    Dari http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/05/hendak-percaya-atau-tidak.html#comment-4430452047125271078

  2. Min berkata:

    Posted on 28-08-2008 18:06 Senarai Moderator Peraturan

    ijatto wrote:
    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti
    membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU…
    Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
    Terlalu mengejar KESEMPUNAAN .
    Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu
    juga yang akan MENYESAL….

    [/b]

    Salam …

    Delima juga bercerita mencari kempurnaan ni … ya. Isunya bukan tak boleh mencari kesempurnaan tetapi jangan usaha ke arah itu tidak disetakan dengan tawwakkal kepada Allah. Usaha keada kesempurnaan perlu dimaksimakan, tetapi tanpa bertawwakal kepada Allah, kita mengenepikan unsur-unsur kemanusiaan, yang selalunya kurang sempurna. Tidak bermakna kita tidak mengarahkan usha ke arah mencari kesempurnaan, hanya usaha itu ada pengimbangnya. Usaha adalah kerja kita, hasil dari usaha adalah kerja Allah. Oleh itu carilah kesempurnaan dan bertawwakallah kepada Allah. Hasilnya adalah ke arah kesempurnaan insan.

    ““Tekanan yang sepatutnya boleh ditawarkan oleh negara Arab kepada pelajar Malaysia yang menuntut di situ boleh dihapuskan dengan pelajar itu sendiri menurunkan standard mereka. Tanpa sedar, matlamat yang diletakkan hanyalah pada upaya lulus (sekadar lulus) dan balik ke Malaysia dengan kelulusan itu.”

    Kalau lihat international conference yang melibatkan pelbagai bahasa, ramai yang berbahasa Inggeris rojak, atau telo/loght bahasa asal penceramah …. Faham juga makna yang disampaikan … begitulah nampaknya. Bukan teks tetapi konteks. Kurang tajwid tapi lebih faham?” – dari http://saifulislam.com/?p=2632#comment-31324

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=80&thread_id=779&pid=69138#post_69138

  3. Sha berkata:

    Naturalism affirms no God except the god of impersonal, non-living, undesigned, physical chemistry. A natural process of change is essentially random and/or undirected, but natural processes actually seem to “select” some processes and activities in the sense that “better” or stronger ones survive while others perish. Naturalists believe that this unconscious, non-directed “selection” process along with random genetic fluctuations (i.e., mutations) are the keys that explain the origin of the world of living things as we know it today.

    Thus the naturalistic “world view” is the overall belief that nature itself is all that there is. God did not design it. Intelligence was a result not a cause of the developing world. Nature formed itself by strictly natural processes. This claim has several implications.

    On the earth there seems to be a host of different conscious personalities. Naturalism by definition says that personality arose (evolved) from the non-personal, from that which was matter and energy only. There is nothing in a naturalistic universe that is essentially personal.

    Dari http://www.4truth.net/site/c.hiKXLbPNLrF/b.2832653/k.5AAE/Naturalism_A_World_View.htm Blog Kristian.

  4. Sha berkata:

    This is especially true immediately after the death of the Prophet when there were considerable infighting and fragmentation within the nascent Islamic polity.

    In order to retain the integrity of the society against harm brought upon by those who have broken away from it, the ruling to kill the apostates were authorized.

    In short, only when these apostates are deemed to pose a serious and clear threat to the political authority and unity of Islam that such punishment is sanctioned.

    Therefore, when viewed in this light, one can see that death is an acceptable punishment for apostasy only when it presents a political – not religious – threat to Islam.

    I believe that this is a very important prerequisite which have been missed or overlooked – rightly or wrongly – by large segments of contemporary Muslims.

    By demanding the killing of apostates without any regards for its original historical context, I believe that Muslims have misinterpreted the spirit of the sharia’ and misrepresented the universal values of social justice and compassion which Islam stands for.

    Dari http://wanaimran.wordpress.com/2008/07/31/apostasy-of-authority-and-interpretation/

    The evolution of feqh. Rujuk SIO “Kalau ada feqh .. ada usul feqh”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.