1. Dari S35 – S43, saya paparkan nota-nota dari Wiki yang membantu saya memahami serba sedikit tentang penciptaan Alam dan kebergantungan kita sebagai manusia kepada Alam. Tidak dinafikan ia hanya sedikit sahaja dari sejarah sepenuhnya tentang Alam. Siri ini adalah sebagai permulaan untuk menjawab persoalan awal dan asas tentang hubungan Big Bang dan Bumi, yang telah menempatkan manusia sebagai mahluk teratas atau dipuncak penciptaan. Siri-siri berikutnya akan menjangkau persoalan seterusnya berhubung penciptaan Alam oleh Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Sesunggunya menjawab persoalan dari mana dan hendak kemana kita, akan membantu untuk mengenal Allah swt.
2. Dengan pendekatan Ulil Al-Baab saranan Kitab Al Quran, berlandaskan konsep “Penserasian Percaya dan Fikir“, perbincangan ini adalah bagi menserasikan Ilmu Agama dan Ilmu Sains, dengan pertama mengkaji petunjuk dari AQ dan kemudian keluar ke Kitab Alam bagi mencari jawapan perinciannya. Kitab AQ menjadi rujukan dan petunjuk untuk menjalani kehidupan yang selamat (Islam), Agama yang bukan sahaja membawa kepada maarifatullah, malah sarat dengan nila-nilai moral kehidupan. Betapa banyaknya saranan dari Allah agar kita menggunakan akal dan indera, mencari bagaimana “Unta dijadikan, langit ditinggikan, gunung didirikan, Bumi dihamparkan dan pelbagai lagi?”. Kesemuanya tidak dapat dilaksanakan sekiranya kefaham kepada Arts dan Sains tidak dikaji secara mendalam.
3. Seperti yang telah dikemukakan sebelum ini, Bgh 6 Teori Darwin – Fi sittah … ,Teori Big Bang adalah sejarah alam bukan kehidupan, sementara Teori Darwin merupakan sejarah kehidupan yang dimungkinkan olah adanya alam bukan kehidupan. Kita diilhamkan dengan kenyataaan bahawa alam ini dijadikan dalam enam ‘hari’ dengan huraian terdapat hanya di dalam Bible (saya tak bersetuju dengan huraiannya), dan tidak di dalam Al Quran. Salah satu sebab kenapa sains perlu ‘dipisahkan’ dari kepercayaan, adalah kerana keajaiban yang boleh timbul dengan hanya kepercayaan. Terbukti di seluruh tamadun manusia dan dirakamkan oleh pepatah Melayu ‘Biar mati anak jangan mati adat’.
4. Setelah Allah beriradah untuk mencipta Alam, Dia menghadirkan kuasaNya (kudrah) dalam bentuk Tenaga Asli. Dirujuk sebagai singularity, ia bermula dengan Tenaga Potensi (Potential Energy) dimana kepadatannya mencapai infiniti dan belum mengambil ruang dan waktu. Tenaga Asli ini berada di suhu yang sangat tinggi, bukan kerana pergerakkan atom, tetapi kerana mengandungi iradah dan code penciptaan Alam, atau Qodo’ dan Qadar yang akan menentukan segala di Alam ini. Menurut ilmu sains, Alam merupakan satu Sistem Termodinamik(UO1-UO4) tertutup dengan jumlah tenaga yang konstant pada setiap masa. Berlakulah Big Bang dan Tenaga Potensi (di dalam haba atau iradah) bertukar menjadi Tenaga Kinetik, yang membentuk Alam secara berkembang. Daya yang mulanya satu bertukar menjadi empat daya asas sejurus selepas Big Bang.
5. Haba Kinetik (dari suhu tinggi kepada rendah) bertukar membentuk elemen-elemen kimia yang asas. Pada tahap tiga, dengan terbentuknya atom, Halik kemudiannya memprogramkan pembentukan elements (unsur-unsur?), lebih dikenali di alam pembelajaran kimia sebagai Jadual Unsur-unsur Kimia (Table of chemical elements). Hydrogen, Helium … sehinggalah yang ke lebihkurang 117 (setakad ini). Beberapa proses yang bebeza dihurai oleh sains untuk pembentukan ini. Dari Tenaga Potensi pada mulanya, bertukar menjadi Tenaga Kinetik (pengembangan dan penyejukan) yang kemudian disimpan kembali sebagai Tenaga Potensi di dalam bentuk atom. Tenaga Potensi di dalam aton ini kemudiannya, sebagai contoh di dalam Matahari, percantuman dua atom Hidrogen membentuk Helium dan mengeluarkan tenaga yang menjadi sumber tenaga utama kepada Bumi. Tenaga ini dibawa dari Matahari ke Bumi oleh photon dan photosintisis, menukar tenaga ini kepada tenaga yang boleh digunakan oleh tumbuhan.
6. Photon yang dibawa oleh Electro-magnetic-wave (emf) juga bertindak dengan elemen-elemen di atmosphere Bumi untuk membekalkan haba. Molecule-molecule di udara Bumi (atmosphere) di mana 75% adalah Nitrogen, membantu mengawal susu Bumi selain dari memerangkap sinaran berbahaya dari Matahari. Cahaya adalah sebahagian dari emf dan malaikat diciptakan Allah dari cahaya. Bagaimanapun konsep yang dibawa oleh tarekat Nur Muhammad (NM), tidak sesuai kerana, NM atau emf, dikatakan menjadi bahan asas kepada semua mahluk di Alam ini. Tiga bentuk asas yang ada di Alam ini ialah haba (nafsu dan jin), cahaya/emf (malaikat) dan jirim. Ketiga-tiga mahluk ini terbentuk dari Tenaga Asli.
7. Alam tidak bermula tanpa haba. Kehidupan juga tidak bermula tanpa haba. Haba memungkinkan pembentukan elemen dan kemudian menghadirkan air (H2O) yang menjadi asas kepada semua kehidupan dengan manusia sebagai puncak kepada penciptaan mahluk. Dari Tenaga Asli yang ada pada awal Big Bang, hanya 10% membentuk Alam yang boleh dilihat dengan 90% lagi dikategorikan sebagai Dark Matter (tidak bertindak-balas dengan emf) dan Dark Energy (terus memacu perkembangan Alam). Kedua-duanya juga menghurai Alam Rohani, yang juga menggunakan Tenaga Asli sebagai bahan bena asas. Emf pula terlibat dengan adanya kepintaran dan proses pengilhaman terutamanya manusia.
Dikirim oleh Pak Din 31