saifuddin wrote:
Apakah itu konsep kebetulan (by chance, accident) dalam sains?
Adakah konsep kebetulan benar-benar wujud?
Adakah konsep kebetulan menafikan kewujudan Tuhan?
Adakah sains itu terbatas?
1. Menyentuh sains sebenarnya menyentuh Sunnah Allah dan subset paling penting di dalamnya ialah Qodo’ dan Qadar. Qodo’ memberikan gambaran kebebasan kita memilih, sementara Qadar adalah kadar-kadar ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk menjadi bagaimana sesuatu boleh berlaku. Ibarat satu CD game yang sempurna tanpa kecacatan. Sebaik sahaja kita hidupkan program CD tersebut, kita yang membuat pilihan untuk memastikan kita berjaya menjalani ujian yang diberikan oleh program CD tersebut. Dalam kes QQ Allah, kejayaan kita bergantung kepada ilmu kita memahami segala ketentuan yang telah dimasukkan ke dalam QQ tersebut.
2. ‘By chance’ adalah konsep yang menunjukkan bahawa, apa sahaja pilihan yang kita buat (Qodo’ yang memenuhi kadar-kadar tertentu, yang telah ditentukan Allah, maka ketentuan itulah yang menjadi hasil. By chance tidak membawa konotasi negatif seperti accident, sesuatu yang tidak dirancang. By chance merupakan usaha kita yang mengena kepada kadar yang telah disediakan Allah. Umpama nak lulus ujian kena belajar. Tetapi ada yang belajar tapi tak lulus, kerana caranya tidak menepati kadar untuk lulus. By chance menyatakan, usaha belajar kita itu sesuai dengan ketentuan lulus ujian, maka ianya ‘by chance’ akan berlaku.
3. ‘Kebetulan’ boleh membawa tanggapan sama dengan ‘takdir’ dalam arus perdana Melayu. Kita terlalu banyak menyalahkan takdir tanpa disedari, “Dah takdir .. terima ajalah!”. “Ujian dari Allah” untuk menenangkan jiwa, tetapi tanpa disedari menyalahkan Allah kerana mengatakan segalanya telah ditentukan Allah. Kita perlu faham yang ditentukan Allah adalah ciri-ciri sesuatu untuk berlaku, bukan individu atau waktu akan berlaku. Dua pekara berbeza. Jadi ‘By chance’ yang diterjemah kepada ‘kebetulan’ itu boleh membawa konotasi negatif, kalau disalah erti, seperti mana berlaku kepada ‘takdir’
4. Kita tidak tahu sebenarnya apa yang kita usahakan akan mendatangkan hasil atau tidak. Secara ‘kebetulan’ sekiranya ia menepati kadar-kadar yang disediakan Allah, maka berhasillah usaha kita (dan itu yang selalunya kita harapkan dari usaha kita), sekiranya tidak, maka barulah konsep berserah (tawakkal) boleh digunakan, itupun selepas kita mengulangi usaha buat beberapa kali (iltizam). Kalau mahu dinegatifkan penggunaan ‘kebetulan’ atau ‘by chance’, seperti mana dilakukan dalam terjemahannya semasa membincangkan evolusi, maka kita kan dapat tanggapan bahawa ia berlaku secara sendiri tanpa perlu ada pengeraknya.
5. Oleh itu tanggapan atau persepsi negatif pada ‘kebetulan’ atau ‘by chance’ memang boleh membawa kepada hilangnya fungsi Tuhan, bukan kerana ianya benar, tetapi kerana kefahaman kita kepada konsep ‘kebetulan’ itu yang tidak tepat. Inillah yang berlaku, setiap kali evolusi dibincang, oleh kerana Darwin mengatakan ‘by chance’ kita berpersepsi ianya adalah secara tidak dirancang atau ‘accident’. Evolusi dan ‘by chance’ adalah cara melaksanakannya sementara yang merancangnya ialah Allah, bagi yang percaya dan nature bagi yang tidak mahu percaya.
6. Ilmu sains adalah kefahaman kita kepada Sunnah Allah. Ilmu sains atau Laws of physics adalah subset kepada Law of Nature (by Allah). Kefahaman kita kepada Sunnah Allah atau Laws of nature sudah pasti terbatas. Sebeb itu kita terima kehidupan ini sebagai satu evolusi, sehingga kefahaman kita kepada sesuatupun perlu berevolusi. Jadi pada soalan ‘Adakah sains itu terbatas?’, jawapannya ialah ya … dan dengan hanya menerima petunjuk dari AQ, tidak menjadikan kefaham kita tidak terbatas, kerana terjemahan dari whyu yang diberikan juga memerlukan pemikiran yang mendalam, yang hanya boleh diperolehi melalui displin sains.
7. Sdr Saifuddin sebenarnya faham kedudukan QQ, ‘by chance’ dan sebagainya, hanya memberikan peluang kita berbincang lebih lanjut tentangnya. Mungkin Sdr Imakubex dapat menghurai ‘Laws of Uncertainity’ yang berkait dengan Quantum Physics, sebagai lanjutan menguatkan hujjah kenapa ‘by chance’ selalu berlaku. Photon has no mass (which mean it should travel at infinite speed) but it has momentum (making it travel at limited speed). And its a wave and a particle. Cantik sungguh ciptaan Allah, untuk sama-sama kita fikirkan. Selamat berbincang.
Dikirim oleh Pak Din 31