1. Alam sesuai dihurai dalam 6 tahap penciptaannya, Complex Living Cell (CLC), Simple Living Cell (SLC), Bonding-Compund-Molecule (BCM), Table of Elements (TOE), Proton-Electon-Neutron (PEN) dan Quantum Matters (QM), di mana Tenaga Asli membentuk bahan asas (string on membrane) di tahap QM semasa Big Bang. Teori Big Bang adalah sejarah alam bukan kehidupan, sementara Teori Darwin merupakan sejarah kehidupan yang dimungkinkan oleh adanya alam bukan kehidupan. Maka SLC dan CLC, terlibat dengan kehidupan, yang antara lainnya mempunyai ciri boleh membiak dengan DNA sebagai blue print yang menentukan kesinambungan evolusinya.
2. Kalau Agama mempunyai tiga serangkainya Iman Islam dan Ikhasn, maka Sains juga disokong oleh tiga serangkainya sendiri, iaitu Physics (P), Chemistry (C) dan Biology (B). Secara asasnya Physics is about behaviour, Chemistry is dealing with the made-up dan Biology is about growth (life). Dari mahluk bukan kehidupan menjadi mahluk hidupan, teori sains mengaitkannya dengan Abiogenesis terutamanya selapas dieksperimentkan di makmal, Miller-Urey experiment. Berlakulah kehidupan dengan pendekatan Agamanya menyebut, roh sebagai penyebab hidupnya jasad menjadi mahluk hidup. Tanpa roh jasad tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan atom-atom yang tersusun.
3. “Persoalannya, siapakah sebenarnya yang melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh?”. Jawapan agamanya, “58. Beliau juga menyatakan bahawa cinta makhluk kepada Allah s.w.t bersumber dari pendengaran kata-kata “Kun” (Jadilah!) yang membawa makhluk-makhluk itu menempati alam kejadian. Al-Qunawi rah. pula menyatakan bahawa: Allahlah yang Tanzih (Transenden) dan Yang Tasybih (Immanen) . Transenden mengisyaratkan bahawa sebagai Zat Mutlak Allah tidak memiliki keserupaan dengan apapun dan Immanen mengisyaratkan bahawa Dia dapat dikenal melalui ciptaan-ciptaanNya. Maka, jelas bahawa ciptaan-ciptaannya menggambarkan Sifat dan Af’alNya “ – Dari Blog Ummahonline.com
4. Quantum Science memaparkan sesuatu yang menarik, kerana dari sesuatu yang pasti (deterministik) menjadi kepada sesuatu yang kurang pasti (probablisik), berikutan penemuan ciri-ciri photon sebagai talam dua muka?. Tempiasnya ke bahagian cognatif (minda dan akal) tidak kurang hebat, sehinggalah persoalan kesedaran kita, perlu menjawab adakah kehidupan kita sesuatu yang reality atau sebaliknya. Secara saintifiknya kalau kita telah menerima bahawa kita sebagai manusia adalah atom-atom tersusun yang diberikan roh untuk hidup, maka tidak menjadi kesusahan menerima bahawa reality itu bukan untuk kita.
5. “Keseluruhan kehidupan kita adalah illusion. Mahluk tidak wujud dalam erti kata sebenar kerana Allah sahaja yang layak mempunyai sifat wujud. Hanya Allah yang wujud pada zat, mahluk hanya wujud pada nama, tidak pada zat. Itu yang hak, tetapi kerana kita berada di alam mahluk, kita merasakan kita yang wujud dan Allah yang tidak, atau wujud tetapi tak tahu di mana? Kalau illusio itu lawannya reality, maka realitynya hanya Allah, mahluk ini illusion, bukan sahaja masa, begitu juga dengan ruang. Kita setuju bahawa segala yag ada di ALam ini (mahluk) terdiri dari atom, yang kalau diunjurkan seterusnya, bahawa seluruh Alam ini (mahluk) adalah berasaskan kepada tenaga atau kuasa kepunyaan zat Allah. Bukan zat Allah itu yang membentuk Alam (ini dah jadi Wahdatul Wujud) tetapi kuasaNya yang dizahirkan ke Alam ini yang membentuk segalanya. Alam ini adalah close thermodynamic system.
.” – Dari IluvIslam.
6. Maka “Mahasuci Allah yang telah membentuk segala yang ada di Alam ini termasuklah manusia, dari tiada kepada ada. Bagaimanapun sekiranya kita mengatakan bahawa Dia mengadakan kita dari tiada dengan yang sesuatu yang tiada, maka implikasinya ialah adanya sesuatu yang lain daripada zatNya. Secara saintifiknya, terbatallah Thermodyamic Law no satu, itupun kalau kita percaya dengan sains dan cuba untuk mengaitkannya dengan akidah kita. Kita sebagai roh, yang diberikan jasad di Dunia, melalui 7 phasa kehidupan di alam Allah.” Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/05/12/m001-respond-to-muhtar-suhaili/
7. Jadi “Bagaimana simple atoms dapat menghasilkan perkara yang kompleks tersebut?”. Kerana adanya roh kehidupan. Kerana adanya kita bersama susunan atom yang membentuk jasad. Sampai masanya kita sendiri akan meninggalkan jasad (mati). Semua kehidupan mempunyai roh dan akal, tetapi manusia diberikan cukup akal untuk mengalami kesedaran dan boleh bertanya “Siapakah kita, dari manakah kita dan hendak ke mana?”. Akal kehidupan mahluk lain hanya asas yang membolehkan mereka menurut perintah sahaja atau tidak dipertanggung-jawabkan kepada pilihan. Biology adalah cabang sains yang menerokanya.
Dikirim oleh Pak Din 31