P563 12-09-08 30:11-19.

September 12, 2008

P562 P564

BUKTI KEBENARAN HARI BERBANGKIT DAN PENGGOLONGAN MANUSIA PADA HARI ITU KEPADA MU’MIN DAN KAFIR.

11. اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).

12. وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُبْلِسُ الْمُجْرِمُونَ
Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan diam membisu serta berputus asa.

13. وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ مِنْ شُرَكَائِهِمْ شُفَعَاءُ وَكَانُوا بِشُرَكَائِهِمْ كَافِرِينَ
Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah), padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.

14. وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ
Dan semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan).

15. فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ
Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.
16. وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ فَأُولَٰئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ

Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.

17. فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

18. وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

19. يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ
Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).


P562 11-09-08 30:1-10

September 12, 2008

P561 Ulangkaji Sifat 20.
P560 P563

KEBENARAN PEMBERITAAN AL QURAN TENTANG PERISTIWA YANG AKAN TERJADI.
Berita kemenangan Bangsa Rumawi, Ahli Kitab, atas bangsa Persia, musyrik.

1. الم
Alif, Laam, Miim.

2. غُلِبَتِ الرُّومُ
Orang-orang Rom telah dikalahkan;

3. فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ
Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;

4. فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira;

5. بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ
Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

6. وَعْدَ اللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

7. يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Kaum yang menentang Nabi Muhammad saw akan hancur seperti halnya kaum yang menentang nabi-nabi zaman dahulu.

8. أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ ۗ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

9. أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

10. ثُمَّ كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاءُوا السُّوأَىٰ أَنْ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَكَانُوا بِهَا يَسْتَهْزِئُونَ
Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.


R89 SIO Komen petang Jumaat.

September 12, 2008

Komen-komen Terkini 12-09-08 15:45

  • Sentuhan Seberang di Ramadhan 1429H (29)
    • Pak Din:
      Sesungguhnya bulan ini adalah
    • Mazlina: Syukran jaziilan ya ustaz for sharing…
    • gotikajiwalara: salamcuma nak berkongsi
  • Ramadhan Bulan Mengasah Gergaji (13)
    • Pak Din: “saya bertekad untuk mendegilkan
  • Bercadang Untuk Tidak Berpuasa (76)
    • Pak Din: Ayie, kekuatan dah diberi sejak dari
    • maverich: salam mengenai jalan penyelesaian kpd
  • Kesungguhan Tanpa Tuhan dan Akhirat? (38)
    • Pak Din:
      Salam “Kita terlupa bahawa jika
  • Kemuncup Dalam Perjuangan (51)
    • hiten mitsurugi: walaumacamana bijak atau
    • Pak Din: SalamKekhuatiran saya juga
    • Kak
      Ija
      : Maaf ustaz, silap “park”…
    • Kak
      Ija
      : Akhlak, akhlak, akhlak, sesungguhnya
    • Kak
      Ija
      : Terima kasih kerana bertanya. Benar,…
  • Puasa Yop, Puasa! (42)
  • Kekalutan Doa Pengantin Yusuf Dan Zulaikha (34)
    • srsmn: Assalamualaikum̷ 0;. boleh saya
  • Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri (172)
  • 1. “Sesungguhnya bulan ini adalah bulan menyubur cinta kepada-Nya… dengan mendampingi kalam-Nya AL-QURAN” … bukan kerana mengharapkan ganjaran pahala tetapi kerana mengingati petunjukNya yang banyak terkandung di dalamnya. Sedih juga terdapt situasi, kemerduan bacaan terus bergema tanpa berjaya menyentuh minda dan rasa. Sememangnya kekadang terfikir, kesan karaoke album Opick lebih banyak menyentuh kalbu ummah berbanding tadarusnya. Patut sebaliknya!

    2. “saya bertekad untuk mendegilkan diri”
    Istiqamah dalam mendegilkan diri itu pasti akan mendatang hasil lumayan. Sudah pasti tidak nampak di penilaian harta jasmani, kerana komputer pusat ‘currency exchange’ di masyarakat kita tercemar akibat kecendrungan melihat harta jasmani sebagai mengatasi harta rohani (ilmu).
    Malangnya kedegilan, kalau diwarisi (oleh masyarakat) bahagian negatifnya, akan menjadikan mata gergaji cepat tumpul disebabkan dua kesungguhan, iaitu kedegilan pemberi melawan kedegilan penerima. Sekadar mencoret sesuatu.

    3. Ayie, kekuatan dah diberi sejak dari kecil lagi … sehinggakan terus bergerak solo (complement ni!). Memang kita merasakan kita perlukan kebih kekuatan … tetapi sebenarnya memaksimakan yang ada, jauh lebih baik dari mengharapkan pemberian baru. Alasan bukan masaalah individu, ia seakan seperti masaalah ummah, … mungkin kerana carafikir kita (saya dan kita!), sebagai ummah menjadikan diri individu kita terbelenggu kepada perangkap kaca (glass ceiling or wall).
    Selamat mengnikmati kurma!

    4. Salam
    “Kita terlupa bahawa jika orientasinya adalah pahala dan keredhaan Allah (IKHLAS), maka manusia yang paling baik adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Carilah redha Allah dengan membantu hamba-hamba-Nya. Itu lebih bermakna. Allah suka, manusia pun dapat manfaatnya.”
    Kita juga sering terlupa keikhlasan itu dibahagi kepada 4 hubungan utama. Ikhlas dalam hubungan kita (roh) dengan Allah, sesama manusia (roh), sesama mahluk lain dan keikhlasan dengan jasad (sebagai kenderaan hidup di Dunia). 3 hubungan berbentuk tawassul (untuk mencapai tawakkal) kepada Allah sementara dengan Allah sudah pasti kita bertawakkal, menjadikan akhirnya semua hubungan adalah kerana Allah.

    5. Salam
    “Kekhuatiran saya juga berenang-renang di lubuk idea bahawa PAS seharusnya lebih dominan dalam menetapkan hala tujunya sendiri berbanding sekadar menjadi pelengkap kepada agenda 16 September 2008 yang penuh persoalan.
    Tidak pernah di dalam sejarah, PAS bergerak sebagai penumpang.”
    “1. Dengan terpancar beam pertama di LHC CERN maka bermula satu era baru dunia penerokaan ilmu sains, yang sebenarnya ialah ilmu mengkaji carakerja Allah atau SunnahNya. Kehadiran LHC selepas berpuluh billion USD dilabur dengan penglibatan berpuluh ribu sainstis (secara langsung atau tidak) menjadikan ia satu eksperiment terbesar dan termahal di Dunia, dalam kegairahan manusia mencari asal usul mereka. Teori yang telah digubal dengan model mathematiknya, kini perlu dibuktikan dengan pencarian partikal-partikal yang terlibat. Antaranya ialah Higgs Boson, atau God Particle, kerana partikel ini akan dapat menghurai penterjemahan tenaga (energy) kepada jisim (matter). Teroy of Everythings adalah teori yang akan membuktikan bahawa carakerja Allah menuju kepada kesatuan. Semuga Allah memberikan Muslim pemikiran untuk bersama-sama terlibat dalam pencariannya.” – http://sharudin.wordpress.com/2008/09/10/s46-pembuktian-big-bang/
    2. “9. Memperingati status menumpang, saya dengan ini meminta izin kepada Ust Hasrizal untuk menumpang di halamannya buat sementara. Walaupun tahu sedikit tentang komputer, penumpangan ini akan mengingati saya status sebagai penumpang di bumi Allah. Belum sentuh pasal yang menumpang carta populariti halaman ini. No 5 keseluruhan tetapi No 1 pada tema yang saya cari, keterbukaan berbincang hal agama. Memang senang nak cari masjid yang buka pintu, tetapi susah nak cari penjaga yang mengizinkan kafirun masuk, melainkan ada munafikun dan sirkun yang terlepas di saf pertama (zaman Nabi saw pun berlaku, jadi tak bimbang).” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/08/29/bhg05/
    Perlukah kita terus menumpang?

    6. Salam
    “Dia berlatih mengawal diri.
    Berlatih untuk lebih waras ketika meminta.”
    Dua nilai asas manusia yang sering menimbulkan masaah besar. Perperang dengan nafsu (mengawal diri) adalah lebih besar dari peperangan bersenjata biasa.
    Ketidak-warasan Muslim ketika meminta (doa) jelas kerana bermacam-macam permintaan yang dipanjatkan, tanpa mahu menyedari bahawa telah banyak yang diberikan kepada meraka. Hanya kerana manusia tidak dapat melihat keutamaan atau tertutup minda memikirkannya. Maka latihan dari kecil sememangya patut secara tegas.

    7. Selamat berpuasa


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.