S47 Siapa melakukannya? #2

September 16, 2008

Salam. Dari perbincangan di ILI.

1. Dalam mengenal apa sahaja kita perlu tahu zat, perbuatan dan sifat. Afal (perbuatan) tidak mungkin ada tanpa zat. Sifat menerangkan tentang afal dan zat sesuatu. Contoh Allah (nama zat) itu berkuasa (nama sifat). Berkuasanya Allah tidak menyerupai kuasa mahluk yang ada. Berkuasanya Allah sesuai dengan keadaanNya. Bila kita mempelajari mahluk, kita akan mempelajari terlebih dahulu apa zat dan bagaimana ia dijadikan/dibena. Contoh belajar tentang katak kelas biologi, kita kena kaji apa yang membentuk zat katak itu, kemudian kita pelajari bagaiman ia mendapat kekuatan untuk melompat tinggi. Dan seterusnya kita tahu sifat katak suka berada di tempat lembab.

2. Dalam mengenal Allah tidak sekali-kali kita mengkaji tentang zat Dia, kerana kita tidak diberikan akal yang cukup untuk mengkaji zatNya. Kita di arah melihat kepada kesan dari kekuasaan Allah itu. Sebagai AQ megajak kita menjadi Al Bab, agar dapat melihat segala kejadian di Alam ini menunjukkan kekuasaan Allah dan seterusnya membuktikan kewajudan zatNya yang tidak boleh dikaji itu. Antaranya AQ Surah Al Baqarah,

“[164] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”

3. Zat Allah di ‘luar’ dimensi ruang-masa, tetapi kuasaNya hasil dari tajjali zatNya menguasai segala yang ada di Alam, termasuk yang paling asas pengendalian dan penguat-kuasaan Qodo’ dan Qadar (QQ). Tiada timul isu sub-kontrak QQ kepada Alam atau Nature. Ciri-ciri kelahiran kita telah ditetapkan, sampai kebetulannya maka terjadilah kita. Allah yang menentukan segala kadar-kadar atau ciri-ciri segala seuatu berlaku, tetapi kerana Maha AdilNya Dia memberikan kekebasan penuh kepada mahluk membuat pilihan, yang kemudian secara kebetulan atu hasil dari Qodo’ menetapkan Qadar yang sediada. Ibarat magnet yang diletakkan di bawah meja (tak nampak) tetapi boleh mengerakkan paku (di atas menja) kerana kuasa magnetnya hadir.

4. Apa yang perlu difikirkan ialah kenyataan bahawa carakerja Allah mengarah kepada kesatuan, iaitu asasnya hanya Allah yang wujud dengan zat, yang kemudiannya membentuk segala yang kita nampak sebagai ‘wujud’ di Alam ini. Maka wujud Allah dan wujud mahluk adalah dua wujud yang sangat berbeza dan sebenar tidak layak wujud mahluk diistilahkan sebagai wujud, melainkan diistilahkan sebagai ‘wujud pada nama’, sementara wujud Allah adalah wujud pada zat. Wujud pada nama bukanlah wujud yang sebenar atau hakiki kerana wujudnya memerlukan kepada wujud yang lebih asas, iaitu wujudnya Allah. Penemuan sains ini yang dirujuk sebagai ‘Teori of Everything (TOE)’ adalah tidak sama dengan konsep Wahdatul Wujud seperti yang pernah diperkenalkan oleh Al-Hallaj, ‘Tiada apa di dalam jubahku melainkan Allah’.

5. Allahlah yang Tanzih (Transenden) dan Yang Tasybih (Immanen) . Transenden mengisyaratkan bahawa sebagai Zat Mutlak Allah tidak memiliki keserupaan dengan apapun dan Immanen mengisyaratkan bahawa Dia dapat dikenal melalui ciptaan-ciptaanNya. Maka, jelas bahawa ciptaan-ciptaannya menggambarkan Sifat dan Af’alNya. Maka dengan sifat-sifat, sebahagiannya Qudrah-kuasa, Iradah-Berkehendak, Ilmu-Mengetahui, Hayat-Hidup, Sama’-Mendengar, Basar-Melihat dan Kalam-Berkomunikasi, selain dari sifat-sifat yagn terkandung di AsmaulHusna 99, tenaga yang datang dari kekuasaan Allah itu hadir pada Azali, sebagaimana dihurai di dlaam ilmu sains dengan berlakunya Big Bang.

6. Dengan pendekatan Ulil Al-Baab saranan Kitab Al Quran, berlandaskan konsep “Penserasian Percaya dan Fikir“, perbincangan ini adalah bagi menserasikan Ilmu Agama dan Ilmu Sains, dengan pertama mengkaji petunjuk dari AQ dan kemudian keluar ke Kitab Alam bagi mencari jawapan perinciannya. Kitab AQ menjadi rujukan dan petunjuk untuk menjalani kehidupan yang selamat (Islam), Agama yang bukan sahaja membawa kepada maarifatullah, malah sarat dengan nila-nilai moral kehidupan. Betapa banyaknya saranan dari Allah agar kita menggunakan akal dan indera, mencari bagaimana “Unta dijadikan, langit ditinggikan, gunung didirikan, Bumi dihamparkan dan pelbagai lagi?”. Kesemuanya tidak dapat dilaksanakan sekiranya kefaham kepada Arts dan Sains tidak dikaji secara mendalam.

7. Haba Kinetik (dari suhu tinggi kepada rendah) bertukar membentuk elemen-elemen kimia yang asas. Pada tahap tiga, dengan terbentuknya atom, Halik kemudiannya memprogramkan pembentukan elements (unsur-unsur?), lebih dikenali di alam pembelajaran kimia sebagai Jadual Unsur-unsur Kimia (Table of chemical elements). Hydrogen, Helium … sehinggalah yang ke lebihkurang 117 (setakad ini). Beberapa proses yang bebeza dihurai oleh sains untuk pembentukan ini. Dari Tenaga Potensi pada mulanya, bertukar menjadi Tenaga Kinetik (pengembangan dan penyejukan) yang kemudian disimpan kembali sebagai Tenaga Potensi di dalam bentuk atom. Tenaga Potensi di dalam aton ini kemudiannya, sebagai contoh di dalam Matahari, percantuman dua atom Hidrogen membentuk Helium dan mengeluarkan tenaga yang menjadi sumber tenaga utama kepada Bumi. Tenaga ini dibawa dari Matahari ke Bumi oleh photon dan photosintisis, menukar tenaga ini kepada tenaga yang boleh digunakan oleh tumbuhan. – Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/09/03/s34-thermodynamic-laws/


P564 15-09-08 30:20-27

September 16, 2008

P563 P565

BUKTI-BUKTI KEBESARAN ALLAH SWT YANG TERDAPAT PADA ALAM SEMESTA.

20. وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Dia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

21. وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

22. وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

23. وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

24. وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

25. وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ۚ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِنَ الْأَرْضِ إِذَا أَنْتُمْ تَخْرُجُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

26. وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

27. وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ ۚ وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.