S49 Hal 44.

November 7, 2008

44 hari sudah berlalu dari Malam Lailatul Qadar Ramadan yang lepas dan semakin padamlah tarbiah Ramadan bersamanya.

Bagaimanapun …

Obama dah menang (Presiden Amerika ke 44) selepas lebih 44 tahun kaum kilit Hitam memperjuangkan hak kebebesan di sana.

Osama masih girang (44 x 2 bulan diburu Amerika tapi masih bebas).

Ooden hilang? (Selepas 44h tak mengisi Sarudin dot com dan mungkin akan terus bercuti 44h, diharapkan.)

Ps Ooden adalah nama timangan Pak Din di dalam keluarga.

Syukur, simpang malaikat 44 kerana Biru Muda kekurangan 44 kerusi (perlu sebenar kurang sikit) untuk berhasrat memegang tampuk.

Seronok juga nak melihat hasil 44h dari sekarang kesan kegirahan Dunia menyambut Obama mewarisi lebih dari 44 jenis masaalah dari Bush.

Begitu juga teruja menunggu 44h kesan dari pakej stimulus 7 Bil rangsangan ekonomi Pak Najib, yang mencuba nasib selepas Pak Lah.

Sehingga bertemu lagi … Salam 44.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.