S71 Salam Uji.

Januari 30, 2009

8 Pak Din January 29th, 2009 at 12:01 pm

Salam Uji,

1. Kalau dilihat dari dua soalan yang Ustaz dapat, bagi menguji pendirian diri itu, sangat mencerahkan suasana, dari sudut penerimaan sebahagian IPT dalam memertabatkan ilmu sains sebagai alat yang penting dalam kemajuan Ummah. Tidak perlu ada kaitannya dengan Muhammad Abduh, atau sesiapa yang lain, kepentingan mengambil ilmu sains itu telah tercatit di dalam AQ, walaupun perkataan yang digunakan mungkin berbeza. Sebab itu penekanan saya, dan juga Ustaz bersetuju, bahawa lebel atau nama sahaja tidak membawa makna yang besar, sehinggalah kita melihat apa yang dimaksudkan dengan lebel atau nama tersebut. Bukan kita golongan anti-slogan, tetapi mahu mengurangkan sangkaan yang selalunya menyebabkan kesalahan prasangka berlebihan.

2. Setiap kali ilmu sains dikemukakan, ramai juga agamawan yang mengatakan mereka menerima ilmu itu. Tidak saya nafikan kenyataan itu. Tidak saya nafikan bahawa pengguna setia kepada hasil penemuan ilmu sains adalah bahagian besarnya terdiri dari Muslim termasuk mereka dari golongan agamawan. Terutamanya Muslim yang duduk di atas limpahan kurnia Allah berbentuk emas hitam. Mereka punya kuasa beli yang tidak terhingga besarnya, yang malangnya kekadang disalah-guna atau tidak mahu digunakan untuk menjadi senjata berkesan menghadapi ancaman musuh mereka. Kalau hanya negara-negara Muslim pengeluar minyak bersetuju pada asasnya menggunakan dinar emas, umpanamanya, sudah pasti dapat memberikan tamparan kepada matawang Amerika yang menjadi satu-satunya matawang dagangan minyak yang diterima.

3. Malangnya kegemaran menggunakan teknologi (peralatan hasil dari ilmu sains) tidak menjadikan Muslim mahu mengkaji bagaimana teknologi itu membantu mereka. Segala penemuan pertama masih dilakukan oleh Bukan-Muslim, yang sebenarnya bukan cerdik sangat dijadikan Allah, tetapi mempunyai sifat ketelitian yang tinggi dalam memerhati dan mengkaji peristiwa yang terjadi di dalam Alam. Seperti kata Eienstain, “Saya bukan bijak, hanya terlalu sangat ingin-tahu (curious) tentang sesuatu yang berlaku”. Dari satu sudut, mereka lebih sesuai digelar Ulil Al Baab, dari Muslim yang hanya membaca tentang adanya perkataan itu di dalam Kitab AQnya.

4. “Sedikit demi sedikit tanah umat Islam dimamah kuasa Barat. Benua India mengalami penjajahan dan penguasaan langsung oleh British, khususnya selepas 1857, manakala Mesir pula mula mengalami pengalaman yang sama semenjak ketibaan Napoleon Bonaparte pada 1798 bersama saintisnya.” Kekuatan Barat menaluk Dunia adalah kurniaan Allah juga, walaupun kita selalu mengatakan mereka tidak kenal Allah. Tetapi mereka sentiada tidak lengkang dari menggunakan kuasa Allah. Tiada kuasa, selain dari kuasa Allah yang dapat digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan, seperti menaluki Dunia. Semua melibatkan kuasa Allah. “Laa hawla walaa quwwata, illaa bilLah”. Samada kita kenal pada Dia atau tidak, segalanya adalah dari kuasa dan tenagaNya.

5. Dari http://sharudin.wordpress.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/
“5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landaasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan.

6. Berlapanglah dada atau lebih tepat bukalah minda kita untuk memahami keadaan sebenar. Bukan-Islam telah berjaya mengubah-suai Islam untuk kegunaan mereka di atas Dunia ini. Kita sebagai Muslim sepatutnya mengunakan sepenuhnya nilai-nilai Islam, bukan sahaja untuk mencapai kejayaan di Dunia, sebagaimana Bukan- Islam telah mengubah-suai dan berjaya, tetapi meneliti kembali apa yang perlu dikembalikan kepada landasan sebenar, agar dapat menggunkannya di Dunia dan Akhirat. Bukan dengan membenci apa yang mereka telah lakukan. Sikap kebencian itu tidak akan mendatangkan hasil kepada Muslim. Bukan Islam sudah membena kekuatan menggunakan Sunnah Allah. Muslim iri-hati dengan kejayaan tersebut lantas bermusuhan dengan mereka, sedangkan apa yang mereka gunakan itu adalah asalnya nilai Islam. Mereka bukan untuk dimusuhi tetapi perlu diajak bersama-sama kembali ke landasan yang sebenarnya.”


S70 Petikan 6 pertama.

Januari 30, 2009

Satu perenggan dari setiap artikel S54 – S59.

5. Oleh itu, memahlukkan Allah PADA NAMA DAN TIDAK PADA HAKIKAT, adalah satu keperluan, berdasarkan tiada bahasa lain yang difahami bersama untuk digunakan. Dari satu sudut, pentakwilan dan sebagainaya tidak berlaku pada nama, hanya perlu berlaku pada hakikat, kerana sudah semestinya hakikat keduanya berbeza. Allah berwajah dan mahluk juga berwajah, nama yang sama digunakan untuk menceritakan keduanya, tetapi sudah pasti hakikat keduanya berbeza. Kita tidak takwil pada kata namanya tetapi kefahamannya hakikat yang mewakili nama itu berbeza antara keduanya. Kita terbawa-bawa dengan kefahaman bahawa makna kata nama yang digunakan untuk menerangkan seuatu tentang Allah itu sama dengan pengalaman kita sebagai mahluk. Ini yang menyesatkan. Itu sebenarnya tidak dapat menerima hakikat mahluk dan Haliq itu berbeza, “Laisa kamislihi syai”, Tiada sesuatu yang serupa dengaNya, pada HAKIKAT. Pada nama mungkin sama. Allah ada tangan dan sebagainya, begitu juga mahluk ada tangan dan sebagainya. Sama tapi tak serupa.

5. Dari enam tahap pembentukan mahluk seperti di rujuk di tajuk “Fe Sitah”, di tahap asas sekali iaitu di Alam Quantum, Dunia bertukar dari alam yang berdasarkan ketentuan biasa – Newtonian Deterministik kepada ketentuan kebarangkalian (Probabalistik). Ini kerana di tahap itu kita tidak lagi berkemampuan mengikuti dengan teliti kehalusan senibena yang tarhasil dari carakerjaNya. Ia tidak bermakna kita perlu terus bersikap hanya berserah kepadanya tanpa usaha seterusnya menkaji dan mendalami Kitab AlamNya. Akal yang diberian Allah berpotensi besar untuk merungkai kunci ghaib, sudah pasti dengan meneruskan usaha gigih ke arah mencarinya dan kemudian berserah wakil kepadaNya. Bagaimana kita mengasah minda untuk menyelesaikan masalah-masaalah seperti mencari tuan punya ikan yang dipaparkan oleh Sdr VC, maka begitulah pentingnya kita menyelami masaalah hubungkait antara tiga jenis mahluk Allah, yang berasaskan (unsur-unsur) tanah, seperti manusia, yang berasaskan cahaya (bahagian dari emf) dan yang berdasarkan kepada nyala api (haba, secara saintifiknya).

4. Selagi Sunnahtullah dan Syariatullah tidak diperhalusi, selagi itulah realiti dikaburi illusi. Selagi Muslim hanya memberatkan bersyariat, selagi itu mereka akan dihantui illusi. Sehinggalah Muslim mengimbangi keperluan bersunnah dan bersyariah, barulah mungkin realiti mengatasi illusi. Muslim telah terlalu lama bermimpi untuk berjaya dengan hanya bersyariat. Muslim telah lama memperjuangkan semangat Islam tanpa bersunnah (Allah). Ini yang melemahkan Muslm sebenarnya. Disogok dengan illusi bahawa bersyariah itu adalah segala-galanya dan mengenepikan pentingnya realiti bersunnah (Allah).

3. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Patutkah kita hairan dengan keadaan begitu? Tahap akal manusai berkemabng dari tiada kepada ada. Dari ada secara baligh syarie kepada ada secara baligh hakiki. Tak semua orang boleh mencapai tahap akal yang sama. Yang cenderung kepada sains mengasahnya untuk membuktikan kepercayaan, sementara yang cenderung kepada agama mengambil pendekatan “samikna waatokna”, kami dengan dan kami patuh. Dari masa ke semasa berevolusilah menjadi dua perbezaan ketara. Walau apa kita lakukan, dengan definasi ceramah berjela, pada ketiaka itu, itulah saha tahap akalnya. Ya … memang kita rasa, apalah susah sangat nak menerima, mereka tak apa-apa, yang menyampai yang selalunya merana.

6. Berpersatuan adalah sebahagian dari sistem pendidikan. Berpeleseran adalah bukan dari sistem pendidikan. Berpeleseran dalam berpersatuan ini yang selalu menjadi duri dalam daging. Malah berpeleseran di luar persatuan juga tidak kurang menjadi pilihan kurang bijak siswa, kerana pada mereka perpersatuan adalah kerja sia-sia. Dalam semua pekara ibadah kita perlukan jihad, atau kesungguhan. Berpersatuan yang banyak berpeleseran (bukan sahaja kerana isu darah muda siswa siswi) tetapi merangkumi segala yang tidak mendatang kesungguhan. Berpersatuan yang hanya mementingkan semangat sendiri, berpersatuan yang hanya mementingkan kepercayaan, berpersatuan yang tidak mendatang keterbuakan dan sebagainaya adalah semua merupakan peleseran.

2. Salaf dan Khalaf mempunyai persamaan yang sama, kerana kedua-duanya mengunakan kekuatan akal. Cuma bezanya ialah tahap mana kekuatan dose kegunaan, yang menjadi persoalan. Sebenarnya semua mahluk diberikan akal, untuk membolehkan mereka menerima ilham, sebagaimana, lebah juga diberikan ilham (malah ayatnya disebut wahyu) untuk bersarang di bukit atau di pohon. Batu yang bergolekpun mmendapat ilham dari Allah, sudah pasti melalui indera yang bersamaan dengan akal. Walau bagaimanapun mahluk yang pertama sempurna akalnya untuk menerima tanggung-jawab adalah Adam, bukan Adam yang Ustaz cerita, tetapi Nabi Adam. Berterusanlah akal berevolusi dari masa ke semasa, sehinggalah ke zaman Salaf dan Khalaf.


S69 Salam TV.

Januari 30, 2009

Pak Din January 28th, 2009 at 5:46 pm

Salam TV,

1. Dua petikan yang menjadi rujukan perbincangan,
a. “Kekhuatiran tatkala mengendalikan program anak-anak remaja hari ini. Ramai dari kalangan mereka yang mempunyai ibu bapa dan keluarga yang komited dengan Islam, tetapi si anak memberontak dan berjiwa pemberontak. Ia bermula dengan kebosanan hidup, terutamanya apabila mereka mula membandingkan diri dengan kawan-kawan sebaya. ”
b. “Kedewasaan itu adalah upaya memilih antara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Menyediakan anak menuju alam dewasa, menuntut ibu bapa mendidik anak untuk memilih dan membuat keputusan.”

2. Tujuh tahap perkembangan manusia di Dunia, 1. pensenyawaan. 2. kandungan, 3. bayi, 4. kanak-kanak, 5. remaja, 6. dewasa dan 7. tua. Kita tidak akan sentuh perkembangan phasa 1 -3, untuk kali ini, tetapi phasa 4 – 7 sangat berkaitan dengan tajuk dibincangkan. Pendidikan formal berlaku dari peringkat kanak-kanak dengan bersekolah rendah, semasa remaja di sekolah menengah dan seterus di IPT sehingga awal dewasa, sekitar 23 tahun. UPSR, PMR, SPM menjadi kayu ukur kefahaman sistem pendidikan dan seterusnya pelbagai pilihan ada di tahap lepasan SPM, samada yang berjaya ke IPT atau melanjutkan kemahiran di bidangan kemahiran hidup (vokasional).

3. Sepertimana Islam disampaikan dalam tiga serangkai berbentuk Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ikhsan, serampang tiga mata pula diperlukan dalam banyak sudut kehidupan untuk mencapai sesuatu tujuan, 1. Jangka pendek, 2 Jangka sederhana dan 3. Jangka panjang. Keperluannya adalah kerana betujuan memperbaiki keadaan persekitaran. Contoh dalam pendidikan, bermula dengan pendirikan yang menutamakan kefahaman untuk lulus peperiksaan, menjadi tujuan jangka pendek belajar. Di jangka sederhana, apabila mencapai awal dewasa, KEUTAMAAN pendidikan perlu menekankan pula belajar untuk mencari kerja dan akhirnya pendidikan dan pembelajaran jangka panjang sewajibnya untuk mengenal Tuhan.

4. Tidakkah kita terfikir bahawa semua Nabi-nabi yang diturunkan merupakan suatu jenis pemberontakkan? Kalau Islam pada ketika itu sudah berada di jalan yang benar, tidak ada keperluan unttuk menurunkan Nabi. Kesemua mereka diutuskan untuk membetulkan akidah Islam, yang selalunya melibatkan pemberontakkan, sekurang-kurang pada ideologi adat dan budaya di mana Nabi itu diutuskan. Sebab itu saya selalu menekankan tentang pengorbanan daripada mencari ketenangan. Apabila sahaja Islam tersasar dari landasannya, perlu ada pemberontakkan di dalam jiwa yang tersedar bahawa ia tidak sepatutnya begitu. Kita telah lama memperkatakan ramainya yang beragama tanpa Tuhan. Perlukan kita menenangkan jiwa dengan tiada pemberontakan?

5. Isu pemberontakan jiwa remaja selalunya timbul, apabila betembung dengan sogokan iman taklid. Ibubapa gagal memberikan penjelasan yang berdasarkan fakta, tetapi selalu menggunakan pendekatan petua atau fatwa. Jiwa remaja yang masih hampir fitrah ini (dengan rohnya kenal Rabbnya) tidak dapat menerima sogokan yang tidak berfakta. Mereka perlukan pembuktian dan pemikiran, tetapi kerana ibubapa telah dimasyarakatkan dengan cara arus perdana yang hanya bergantung kepada kepercayaan semata-mata, gagal untuk memberikan penjelasan sains kepada pegangan kepercayaannya. Ini yang menjadi asas pemberontakan jiwa remaja. Tambah-tambah lagi bila dipaksa. Memang tidak dinafikan ada kejayaan cara paksakan atau pujukan, tetapi hasilnya adalah satu lagi generasi yang juga menjadi percaya ikut sahaja.

6. Serampang tiga mata menjadi alat menyesuaikan diri dengan suasana, tanpa jiwa mengalami kejutan. Apa yang dilakukan dengan hanya beriman taklid, adalah selari dengan jangka pendek, tetapi apabila sudah besuai-kenal diperingkat itu, perlu memikirkan jangka sederhana. Lagi awal tujuan jangka panjang diterapkan lagi baik kepada pegangan kepercayaan. Jangka pendek iman taklid perlu mengarah kepada iman bukti (dengan ilmu), Jangka pendek, berhubung dengan perasaan, perlu disulami dengan kefahaman berhubung dengan akal, dijangka panjang. Jangka pendek, kyusuk dalam solat perlu diterapkan dengan jangkan panjang kyusuk di luar solat. Malangnya pendidikan selalunya tersekat di peringkat jangka pendek sahaja, menjadikan baligh syarie tidak mencapai kepada baligh hakiki.


S68 SSAS Benih.

Januari 29, 2009

Mereka Mahu Kita Mencampakkan Benih di Awang-awangan

1. Benih Islam telah tersemai di Alam sejak Azali (Big Bang). Benih Islam adalah benih terbaik yang sedia digunakan dalam semua ruang dan masa. Dengan menyemai benih ini kepada ruang yang yang kita berada, benih Islam akan bercambah menjadi cara menyelesaikan semua permasaalahan yang timbul. Segala nilai yang baik adalah berlandaskan kepada Islam. Pencemarannya menjadi kepada tidak baik, berlaku sepanjang masa, sehinggakan Muslim sekarang tidak tahu membezakan hasil yang baik dari yang tidak baik. Kabur pandangan Muslin jadinya kerana, penyempitan penafsiran mereka tentang Islam dan dari mana datang Islam itu. Kucar kacir pentakwilan mereka kerana terhalang dan gagal merumus bahawa kejayaan yang dicapai oleh Bukan-Muslim adalah dengan menggunakan benih Islam yang disediakan Allah di Alam ini.

2. Dari sebelum N Adam dilahirkan, Islam telah bertapak di atas Bumi. Segala-gala yang ada di Bumi, sebelum itu sentiasa mengikut program Allah, kerana dengan akal yang terbatas, mahluk ketika itu tidak punya banyak pilihan. Hanya apabila manusia diberikan akal secukupnya, mereka mempunyai banyak pilihan dan seterusnya mula berstrategi (makar), cuba memperbaiki cara yang telah diberikan atas keperluan mengikut nafsu sendiri. Sedikit demi sedikit mereka, secara tidak sedar membawa Islam keluar dari landasan sebenarnya. Ketika itu Allah turunkan Nabi seterusnya, bagi memperbetul keadaan dan meletakkan Muslim di atas landasan yang betul. Malangnya setelah Nabi yang diutus pergi, generasi baru mula berstrategi kembali dan secara tidak sedar mengikut perangai leluhur meraka dalam menyebabkan Muslim terkeluar dari landasan lagi dan lagi.

3. Setiap kali berubah kaum atau masyarakat, maka Allah utuskan Nabi untuk meletakkan Muslim ke landasan Islam sebenar. Sejarah menunjukkan terdapat tidak kurang dari 124,000 Nabi-nabi yang telah diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja pembetulan ini, dengan 25 yang sebut di dalam AQ. Setiap kali Muslim terkeluar dari landasan Islam, maka Nabi akan diutus untuk memperbetulkan keadaan dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi penutup akhir zaman. Segala penyelewengan yang berlaku sebenarnya adalah berbenihkan kepada Islam yang asal. Naluri nafsu manusia yang menyebabkan berlakunya penyelewengan itu. Maka sebenarnya adalah tidak berasas kalau dikatakan bahawa manusia tidak mengambil benih Islam itu sebagai panduan asal. Yang menjadi kesalahan adalah lencungan yang dibuat kerana kegirahan manusia mengikut nafsu.

4. Dengan lencungan dari benih asal nilai-nilai Islam, tamadun berkembang. Tidak dinafikan manusia berjaya menggunakan Islam yang diubahsuai untuk kehidupan mereka. Persoalannya ialah sejauh mana ubahsuai itu boleh dilakukan dan dapat menyokong kehidupan mereka. Tidak jauh. Jangan kita persoalkan asalnya adalah dari Islam, tetapi persoalkan sejauh mana ia perlu dikembalikan kepada landasan asal. Dengan mengatakan bahawa Bukan-Islam mencipta sistem kehidupan sendiri, adalah kurang tepat. Mereka tidak sebijak yang kita sangka. Mereka hanya bijak mengubahsuai Islam dari landasan asal, kepada sistem yang mengikut nafsu mereka. Segala-galanya adalah dari Islam. Benih awal ditarbiahkan Allah melalui Kitab AlamNya dan juga penerangan dari Kitab-kitab yang telah diturunkan zaman berzaman.

5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landaasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan.

6. Berlapanglah dada atau lebih tepat bukalah minda kita untuk memahami keadaan sebenar. Bukan-Islam telah berjaya mengubah-suai Islam untuk kegunaan mereka di atas Dunia ini. Kita sebagai Muslim sepatutnya mengunakan sepenuhnya nilai-nilai Islam, bukan sahaja untuk mencapai kejayaan di Dunia, sebagaimana Bukan- Islam telah mengubah-suai dan berjaya, tetapi meneliti kembali apa yang perlu dikembalikan kepada landasan sebenar, agar dapat menggunkannya di Dunia dan Akhirat. Bukan dengan membenci apa yang mereka telah lakukan. Sikap kebencian itu tidak akan mendatangkan hasil kepada Muslim. Bukan Islam sudah membena kekuatan menggunakan Sunnah Allah. Muslim iri-hati dengan kejayaan tersebut lantas bermusuhan dengan mereka, sedangkan apa yang mereka gunakan itu adalah asalnya nilai Islam. Mereka bukan untuk dimusuhi tetapi perlu diajak bersama-sama kembali ke landasan yang sebenarnya.


S67 Salam Cinta.

Januari 29, 2009

7 Pak Din January 26th, 2009 at 10:58 am

Salam cinta,

1. Sekalung tahniah buat Ustaz HAJ, atas kejayaan program tentang cinta. Walaupun sebagaimana kata Ustaz, ia bukanlah tentang cinta semata-mata, sebagai melayan perasaan hati, tetapi ialah adalah tentang cinta, sebagai melayan kehendak akal, mengikut konsep Rukun Ikhsan. Empat subcategori, hablum min Allah, hablum min An-Naas, hablum min Al-Mahluk (selain An-Naas) dan hablum min An-Naf (kerana kita roh). Keempatnya melibatkan hubungan dan cinta menjadi pengukur keterlibatan hubungan itu. Isu yang menjadi keperluan ialah menganalisa dengan alat apa hubungan itu, hati (perasaan) atau akal.

2. “Cinta hanya simptom. Dasarnnya adalah kepercayaan, pandangan tentang kehidupan dan sistem nilai.” Sangat tepat dan padat. Disebabkan manusia berkembang dari keperluan jasmani (yang membekalkan nafsu dan perasaan), pada peringkat awal kehidupannya, maka tidaklah hairan sekiranya simptom pertama yang kelihatan adalah cinta remaja. Timbullah simptom cinta monyet (monyet juga yang kena, macam teori evolusi!) Kemudian, kalau remaja itu layak memasuki IPT, naiklah taraf cinta itu kepada cinta kampus, atau cinta monyet kampus (janggal bunyinya). Apapun itulah simton pertama, bagi yang dilanda, yang tidak terlanda ada juga.

3. Balig syarie hanya melayakan seseorang mengenal panas dan api, serta yang setara dengannya. Panas dan api, dalam satu bentuk (haba) yang tersendiri, melalui salah satu pembawanya bergelar syaitan, menyusup ke dalam sistem tubuh manusia, melalui pengaliran darah. Sebenarnya inilah hawa’ (Melayu terdekatnya nafsu), yang kehadirannya kalau tidak disedari dan dikawal oleh akal, akan menyebabkan bahaya. Kalau tiada kehadirnya pula, kita tidak dapat menjalani kehidupan sebagai manusia. Di peringkat awal manusia, bayi dan kanak-kanak, perkembangan jasmani adalah segalanya, bagi memungkinkan perkembangan seterusnya, iaitu kematangan akal.

4. Kematangan akal yang selari dengan perkembangan rohani, tidak semudah perkembangan jasmani. Ibubapa, tahu DHA, RA, entah bermacam lagi, formula-formula terbaik (sebagaimana terpampang di mass media) untuk perkembangan jasmani anaknya, tetapi terkurang sedikit yang pakar dalam memilih formula terbaik untuk perkembangan rohani, (yang membuatkan Ustaz merasakan keperluan adanya STC.) Maka kegirahan ibubapa melihat perkembangan jasmani, dewasa ini tidak disusuli dengan kegirahan yang sama menyediakan perkembangan rohani. Sistem pendidikan juga tidak membantu sepenuhnya dalam pekara ini. Maka keluarlah simptom cinta pertama.

5. Simptom cinta seterusnya tidak menarik, secantik simptom pertama, untuk dibincangkan bagi kebanyakan arus perdana. Paling tidak dari segi kesedaran tentangnya, bukan pada keperluannya. Keperluan dan keutmaannya jangan dipertiakai. Phasa kehadirannya sangat bergantung kepada pendedahan semasa perkembangan rohaninya. Terlalu banyak manhaj dan pendekatan, tidak mengambil-kira lagi banyaknya ideologi dan ism tentangnya, menjadikan kepelbagaian cara dan hasilnya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa mencari balig hakiki, sebagai pengukur tahap kemantapan rohani, terkadang diperolehi selepas terpisahnya roh dan jasad!

6. Beberapa isu utama yang menarik diutarakan oleh Ustaz di dalam artikel ini, semuanya dalam bentuk yang padat dan tepat. Antaranya yang sempat di sentuh ialah “untuk ‘membersihkan’ kediaman yang lama terbiar”, “umpan untuk mencangkuk semua”, “Betulkan cara melihat untuk membetulkan hasil dapat”, “menaruh harapan kepada forum”, “segalanya di alam ini bersifat relatif”, dengan penutup bicara, “Beruntunglah manusia yang asing”. Semuanya dalam bentuk tepat dan padat, yang huraianya mungkin memenuhi beberapa cereka padat. Kalaulah simptom cinta pertama, dapat disingkat, dan seterusnya cepat ke simptom seterusnya, sudah pasti, isu-isu yang padat dan tepat itu dapat dicerap, pada kadar yang cepat.

[Reply]

Abu Saif reply on January 27th, 2009 9:35 am:

@Pak Din,

Ada masanya, penulisan adalah ringkasan pemikiran. banyak benda yang bersarang di kepala, tetapi dipindahkan ke tulisan hanya dalam bentuk rumusan dan kata-kata kunci sahaja.

mungkin gelombang otak kita compatible, maka saya rasa pada banyak bilah perkataan yang saya coretkan di sini, pak din boleh garapkan sarang-sarang idea di belakangnya.

moga pembaca juga membaca dengan speed yang sama penulis menulis.

terima kasih atas komen-komen yang penuh pengkayaan


S66 PERMATA di siri 666.

Januari 28, 2009

1. Alhamdullilah, sebelum cuti sambutan Tahun Baru Cina, kelas PERMATA999 telah sampai ke siri yang ke 666, iaitu 2/3 dari target asalnya untuk samapi ke siri 999, yang dianggarkan akan mengambil masa 3 tahun. Berada di Surah Al-Mukmin, ayat 30, didalam Juz 24. Surah yang banyak menbawakan cerita-cerita Nabi, terutama Nabi Musa. Walaupun buku tafsiran yang dibawakan pada Kelas ini adalah kurang terkenal di kalangan agamawan, ia pernah menjadi buku rujukan di dalam siri mengenal Al Quran di Radio RTM satu ketika dahulu. Sudah pasti ramai yang akan mencadangkan buku tafsiran siri yang lain, yang lebih polular di kalangan agamawan, tetapi kerana saya telah lama menggunakannya, maka saya meneruskan warisan dengan merujuknya. Pendidikan yang terbaik bukan hanya terletak pada penyuratan yang baik, tetapi banyak kepada kefahaman roh yang ingin disampaikan di dalam suratan tersebut.

2. Pendekatan kelas adalah kefahaman kepada perlunya mengenal Tuhan dan kemudian beragama, walaupun motto yang selalu digunakan ialah “Bermulanya Agama itu ialah dengan mengenal Allah”. Membaca roh Kitab AQ menjadi penekanan utama, dengan memastikan setiap perkataan yang tersurat dicari makna tersiratnya. Pengajaran dan pendidikan di sekolah, mendedahkan anak-anak kepada kepentingan asas Agama, sementara penekanan di Kelas Permata adalah ke arah menghidupkan Agama. Ibarat, arahan mendirikan solat di dalam AQ, di sebut di sana sini dalam beberpa ayat dan surah berlainan, tetapi di satu Surah, Allah mengancam dengan berkata “Ke neraka Wayl orang-orang yang mengerjakan solat” dengan peneranga sebab-sebab kenapa ancaman itu dibuat, di ayat seterusnya. Maka apa yang tersirat di situ ialah, menghidupkan solat itu adalah jauh labih penting dari hanya mendirikannya.

3. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah. Walaupun Sayariah Allah itu berubah-ubah, mengikut zaman, ia adalah cadangan terbaik dari Allah untuk manusia, dengan selamatnya menjalankan kehidupannya di Atas muka Bumi ini. Islam adalah satu-satunya cara menjalani kehidupan, tiada cara yang lain. Tetapi kefahaman apa itu Islam, yang menjadikan Muslim mendewakan agamanya dan lari dari melaksanakan nilai-nilai utama Islam itu. Yang di amalkan adalah suruhan agama, yang kelihatan sekarang ini seolah-olah beragama dengan Tuhan, tetapi bukan kepada Allah. Kecelaruan Muslim ini disebabkan, kegagalan penerapan memahami dan mengaitkan suruhan dan peristiwa atau suasana (Kitab Alam). Segala yang disampaikan hanya dipentingkan pada peringkat ayat dan bukan peringkat tafsir atau takwil.

4. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah, tetapi pertikaikanlah, bagaiman kita memprolehi hasil darinya. Apakah kita menghidupkan amalan yang diarahkan untuk kita membuat itu? Apakah dengan solat Muslim jadi bersatu? Sepatutnya YA, tetapi hasil yang kelihatan sudah semestinya TIDAK (yang sangat besar). Di sana sini Muslim bercakaran, bermusuhan malah berbunuhan. Di sana sini Muslim tidak dapat melawan musuhnya, walaupun bilangan musuh itu jauh lebih kecil. Di sana sini kemiskinan adalah terbanyak di kalangan Muslim, bukan hanya miskin harta jasmani, jauh lebih penting, muflis harta rohani (ilmu). Jangan disebut menjadi amalan kalau perlaksanaan tidak dilaksanakan dengan keilmuan yang mantap. Dan jangan disebut berilmu kalau Kitab Alam sentiasa di ketepikan.

5. Tidak dikatakan memperolehi hasil dari Syariah Allah, kalau ajarannya adalah mencapai kekyusukan hanya di dalam solat. Kyusuk harfi (kyusuk huruf) namanya, kerana penekanannya hanya memperbetulkan huruf dan bacaan dalam solat. Baik sedikit bacaan difaham makna tersuratnya. Kyusuk sepatutnya dicapai sebelum lagi kita bersolat, maka barulah dikatakan mencapai kyusuk ‘arfi (kyusuk kenal). Kyusuk ‘arfi dan kemudian solat, bukan mencari kyusuk ketika hanya di dalam solat. Kyusuk harfi ini yang mendapat ancaman dari Allah, kerana di luar solat, mereka tidak dilatih untuk mencari kekyusukan dalam amalan seharian. Pada mereka ikut kata agama, jangan soal dan tanya, kurang pahalanya nanti. Itulah penerapan arus perdana.

6. Kalaulah solat sebagai tiang Agama telah dipermain-mainkan, dengan kyusuk harfi dan bukan kyusuk ‘arfi, maka apatah lagi rukun-rukun yang lain. Kesemuanya diamalkan dalam bentuk harfinya dan bukan ‘arfinya. Puasa sunat, contoh Awal Muharam, kemudian makan dengan segala selera dan belanjanya, di hari-hari yang lain. Kehidupan dihambakan pada amalan mencari kewangan (gaji jasmani) dan juga, sangat sedih, pada amalan mencari kepentingan (pahala rohani). Dari peringkat bawahan yang mengikut amalan, kepada peringkat atasan, yang berdakwah menyuruh mengikut amalan, penekanannya adalah kepada imbuhan, kalau tidak imbuhan jasmani, mesti dapat imbuhan rohani. Sampai terpisah roh dan jasad pun tidak akan kenal kepada Tuhannya, apatah lagi mendapat keredoaannya.


S65 Salam Hoca.

Januari 28, 2009

9 Pak Din January 23rd, 2009 at 12:10 am

Salam Hoca,

1. “Namun ia disampaikan dalam bentuk yang sungguh berseni, lucu tetapi tajam.

Hebat sungguh penangan bahasa…”, menjadi akidah bicara.

Tanpa kita sedari itulah pendekatan beragama, yang sebelumnya berevolusi dari berbudaya. Budaya membentuk keperluan berbahasa, agar masyarakat dapat merasa, kenikmatan sesorang mendapat idea. Tanpa bahasa manusia tak menyapa, kerana tak tahu apa nak kata. Datangnya bahasa ke dalam budaya, berevolusi dari sesuati yang tiada, untuk membuat semua merasa, dari seorang baik bersama. Hebat sungguh penangan bahasa, sehebat bangsa yang dibena.

2. Tidak dinafikan cerita Hoca Turki menjadi asas kepada Pandir Melayu. Pendakwah yang datang berdagang, bukan sahaja menbawa dagangan jasmani tetapi juga dagangan rohani. Diperhalusi keadaan ketika berkembangnya agama di Nusantara, budaya bercerita turut dibawa bersama. Di kala itu, itulah salah satu cara terbaik berdakwah santai, menerapkan cerita-cerita cereka dengan natijah khusus yang bermakna, untuk menjadi ingatan dan pedoman kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berkembanglah hikayat cerita lama yang berkesan menerjah ke arah minda, yang hanya memerlukan suasana biasa. Tanpa IPT, tanpa pasarananya, hanya satu set telinga biasa.

3. Muslim secara umumnya dan Melayu secara khasnya, adalah insan yang sangat peka. Bila datang sesuatu penyampaian secara lansung, kepekaan perasaannya terkadang menguasai suasana, menjadikan saranan yang hendak disampaikan tidak terlaksana. Maka jalan terbaik adalah melalui kiasan dan umpama (misalan, takwilan dan sebegainya). Di dalam AQ banyak perumpamaan menjelaskan sesuatu yang serupa tapi tak sama. Tidak kurang juga kiasan, bidalan dan sindirannya, “Wahai jin dan manusia, kalau engkau menembusi angkasa, silakan …”, atau “Kalau engkau dapat mendatangkan satu ayat serupa …”. Contoh sindiran kepada mereka yang merasakan dirinya mempunyai kuasa.

4. Cerita rakyat berevolusi dari tiada kepada menjadi keperluan mengatasi terlebih-pekaan perasaan manusia. Pencerita diberikan ilham untuk menyaluti penyampaian dengan imiginasi cerekanya. Dengan cara itu diharapkan pembukusan berita utama dapat dicerap melalui cerita rekaan. Apabila hasilnya didapati berkesan, ia berkembang dengan pesat sebagai cerita hikayat. Dengan perkembangan minda manusia, pembukusan berlebihan ini dirasakan tidak diperlukan lagi sekarang, kerana penyampai dan penerima telah mencapai tahap pemikiran yang bersedia membuat pindahaan dengan cara yang lebih berkesan. Bagaimanapun, sebagai warisan ia adalah sesuatu yang tidak patut dipinggirkan.

5. Masyarakat telah lebih ramai memahami Irama RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk disamapikan kepada akal, perasaan manusia selalu lebih terasa, lalu sekali gus menguasai suasana. Dengan kefahaman masyarakat pentingnya melebihkan kepekaan akal dari kepekaan perasaan, pemyampaian pengetahuan akan lebih berkesan. Tidak dinafian tahap keseluruhan masih perlu dipertingkatkan, tetapi kesedaran ke arah itu semakin ketara kelihatan. Dibantu lagi dengan kemajuan alat IT, penyampai ilmu adalah lebih terus dan langsung sifatnya. Berlalulah penyampaian cara cereka rakyat dengan berlalunya masa.

6. Bagaimanpun masih terdapat sekelompok masyarakat yang tidak peka penyampaian secara lansung, kerana mereka menolaknya, dan tidak juga menjadi peka kepada pemyampai secara tidak lansung, kerana mereka rasa bukan untuk mereka. Mereka terus dibuai dengan kepercayaan bahawa apa yang ada pada mereka adalah itulah yang sebenarnya, tanpa mahu menjalankan ujian kepada kepercayaan yang mereka pegang, atau bergerak mencari pembuktian kepada kepercayaan yang mereka anuti. Mereka inilah yang akan rugi, kerana yang datang secara terus akan memantul dan yang datang secara sipi akan dijawab, “alamatnya bukan untuk kita”. Hidup Pandir Hoca!.


S64 Salam niaga.

Januari 25, 2009

Pak Din January 24th, 2009 at 11:15 am

Salam niaga,

1. Tahniah kepada Ustaz, bukan sahaja kerana kejayaan Ustaz membawa motto ‘Erti hidup untuk memberi’, tetapi lebih bangga adalah cara membawanya sekarang ialah dengan tidak ‘makan gaji’. Ditambah lagi keputusan dibuat ketika bersin Amerika membuatkan Dunia demam (krisis ekonmi). Saya sokong sepenuhnya tindakan yang diambil berdasarkan kepada “yakin bekerja sendiri dengan semangat, perancangan, dan ilmu perniagaan yang dipelajari, ia seharusnya menjadi keputusan yang berbentuk peningkatan, bukan mengundur ke belakang.” Saya juga yakin dengan ketabahan, kecekalan dan keushawanan Ustaz, jelas kelihatan kejayaan besar menunggu di hadapan, seperti mana pernah dilakukan oleh beberapa pendakwah yang lain.

2. Peringatan Nabi junjungan saw kita ialah bahawa perniagaan itu merupakan 90% dari sumber rezeki. Al Quran juga membayangkan fakta bahawa kita sebagai manusia, yang diberikan akal, sedang berniaga dengannya. Kedua-duanya, berniaga sesama manusia dan berniaga dengan Allah memerlukan modal, antara yang terpenting ialah modal insan, dengan akalnya tadi, sepatutnya mengolah keadaan agar suasana perniagaan membolehkan pekerjaannya dilakukan dengan jayanya. Ciri-ciri kejayaan telah ditentukan Allah di dalam Qodo’ dan QadarNya, tugas kita dengan ilmu hanya mengenal-pasti, alat (QQ) terbaik, bagi memastikan limpahan hasil terbaik dariNya. Maka pilihan itu sentiasa di tangan kita, bagi menentukan berjaya atau tidak berjaya.

3. Dilihat secara keperluan modal, nilai harta jasmani (kewangan) yang diperlukan untuk usahawan perundingan (consultancy) adalah antara yang terendah di dalam perniagaan. Ini adalah kerana, perundingan mengambil harta intelek (keilmuan) sebagai bahan untuk dimuamalahkan, agak janggal untuk disebut sebagai diniagakan. Keilmuan dalam mengolah cara terbaik untuk mencapai kehidupan yang sempurna, itulah yang menjadi bahan utama. Mungkin ada yang berpendapat bahawa sistem pendidikan biasa juga melaksanakan pekara yang serupa, tetapi disitulah terdapatnya ’serupa tapi tak sama’. Pendidikan biasa tidak memaparkan stretegi yang ketara, sementara melalui perundingan ia boleh disampai dengan lebih berjaya.

4. Kalau berniaga dengan Allah sekalipun kita mengharapkan element keuntungan, saya kira tidak ketara kalau dikatakan perniagaan sesama manusia juga mengharapkan element asas yang sama. Bukan keuntungan itu yang menjadi ukuran kita memulakan perniagaan, tetapi dapat bersama melaksanakan pertukaran bahan itu yang lebih utama. Kalau perniagaan lama melibatkan pertukaran garam dan gula, tiada salahnya perniagaan kini melibatkan idea dan poket kita. Dalam pengurusan pertukaran tersebut, yang kita rujuk sebagai berniaga, sudah pasti sudah pasti pengurusan segalanya memerlukan sumber, berbentuk tenaga dan apa yang ada di poket kita. Berapa banyak kita hendak mengautnya untuk kita yang akan menjadi ukuran kepada keikhlasan kita dalam berniaga.

5. Kadang-kadang kegagalan dikalangan kita, disebabkan kemalangan jiwa. Jiwa yang berniaga berbelah bagi mencari nilai keikhlasan yang sepatutnya. Ambil lebih sedikit keuntungan, nanti apa orang kata. Terutama bila yang kita niagakan itu adalah idea dalam beragama. Atau mencari Empunya Agama. Delima jadinya, ketiaka cuba mengaihkan yang terbaik untuk kita dan untuk masyarakat kita. Orang yang tidak terlibat dengan nilai Islam tidak pernah mengira delima tersebut, kerana pada mereka, keuntungan adalah segalanya, walaupun apa perlu dilakukan. Maka jiwa beniaga yang bertembung dengan delima ini yang perlu dibendung dari mula. Kekadang sehingga terpaksa menyumbat telinga, dari bedilan peluru apa orang kata.

6. Semuga SIO, STC, HAJ (Ustaz le tu!) berbahagia dalam menempuh alam berniaga bersama keluarga. Tak le sangat “Bekerja sendiri memberikan banyak ruang yang fleksibel kepada diri saya dari segi masa dan mobiliti diri.”, pada hemat saya. Indah khabar dari rupa. Kita hanya bertukar makan gaji dengan Tuan, kepada makan gaji dengan Tuhan. Apa bezanya? Tapi memang ada kebenarannya, kalau tepat dengan caranya, “menyediakan tapak mencambahkan pemikiran, kreatifiviti dan usaha merenung di luar kotak”, seperti mana dari pengalaman saya. Tiada kegembiraan yang lebih berharga, dapat melihat dari luar kotak, kepada gelagat arus perdana, dalam mencari siapa mereka? dan siapa pula yang mengerakkannya?


S63 Salam cerita.

Januari 25, 2009

11 Pak Din January 23rd, 2009 at 11:14 am

Salam cerita,

1. Dari zero kepada hero, perjalanan kita di dalam Dunia. Dari tiada kepada ada, dibentuk tenaga yang Maha Kuasa. Potensi terbaik (akhsani takwim) dibekal bersama. Merudum ke buruk (aspala sapilin) pun boleh juga. Terpulang diri pilih yang mana. Melebihi malaikah ataupun seterunya. Cerita kehidupan menarik dasarnya. Melihat ke belakang sejauh mana, menjadikan ke hadapan secerah cahaya. Bila disempit akal fikirannya, jadilah katak dengan tempurungnya. Ingatkan amalan sudah sempurna, rupanya banyak sejarah yang tak pernah disentuhnya. Disangkakann kehidupannya adalah agama, rupa-rupanya kehidupan, mencari Yang Asa. Bukan menolak adanya agama, tetapi menolak kesempitan akalnya.

2. Dari zero kepada hero, empunya cerita. Siap jasmani, rohani pun datang. Balig jasmani, rohani ditatang. Untuk menentang cabaran yang datang. Pelbagai cabaran menjadi ujian, perlukan rohani yang sangat matang. Tanpa yang matang kehidupan malang. Merudum perangai di bawah binatang. Cantik rohani, boleh ke bintang. Kepayahan melatih susah nak bilang. Akal diguna dengan cemerlang. Bukan caranya alang kepalang. Akal membeza manusia binatang. Jasmani membekal nafsu keperluan, rohani membekal akal mengawal. Padah tak mengguna memanglah malang. Kehidupan ibarat habuk berterbangan. Ke sana ke sini tanpa haluan. Cerita kehidupan cerita bertujuan.

3. Dari zero ke hero, Rakib dan Atid. Tanpa kebanyakan menyedari, hanya takad mempercayai, Rakib dan Atid sentiasa menulis amalan kita setiap detik waktu, apa yang dilakukan. Malah segala-gala yang berlaku di dalam Alam juga dicatit perjalanannya. Malangnya Muslim tidak memerhati tarbiah Allah mencatit segala yang berlaku. Nilai Islam ini lebih banyak dilakukan oleh mereka yang tidak mengaku Muslim. Disebabkan itu Muslim tidak pandai bahasa Kitab Alam, kerana pekara asas menulis amalan itu tidak menjadi sebati dengan ibadah (kerja sebenarnya) seharian. Muslim leka dengan hanya amalan, tanpa mahu menyedari untuk menilai amalannya dan kemudian membuat peningkatan kepada hasil melakukan amalan tersebut.

4. Dari zero ke hero, catatan budget. Apatah lagi jika disentuh tenang perancangan dan penyimpanan budget kewangan. Kalau log harian menjadi masaalah kepada kita, apatah lagi tentang catatan budget kehidupan, bukan sahaja kewangan. Budget kehidupan merangkumi budget kewangan dan juga budget penggunaan sumber yang lain, contoh, catatan keluar-masuk rezeki bukan kewangan, termasuk penggunaan tenaga yang diberikan. Terutama perlu disimpan-kira ialah berapa yang kita guna untuk diri dan berapa yang kita sedekahkan untuk yang lain. Tanpa kemahuan asas mencatit jalan kehidupan, sudah pasti catatan budgat lebih sukar untuk dipraktikkan. Keperluan penceritaan adalah sangat tinggi nilai Islamnya, tetapi Muslim sebuk mengenepikannya.

5. Dari zero kepada hero, percubaan. Dari Darjah Satu hingga ke Ijazah, kita menulis, tanpa disedari, rupanya, tidak disedari keperluan menulis itu. 17 tahun kita diajar menulis bagi tujuan kefahaman, malangnya sebahagian besar kita meninggalkan amalan itu apabila bekerja. Pengalaman saya berkarier selama 17 tahun pula, alhamdillilah dipenuhi dengan penulisan. Hampir setiap mingggu ada sahaja minit mesyuarat perlu direkodkan. Dahulu saya rasakan penulisan minit teknikal itu sesuatu yang sukar, sehinggalah saya mula menulis minit kehidupan. Jauh lebih sukar. Rupa-rupanya ada yang lebih sukar dari yang ‘jauh lebih sukar’ itu. Menulis minit kehidupan kepercayaan. Tak cukup dengan itu tambah sikit keperluan, menulis minit kehidupan kepercayaan yang memerlukan pembuktian. Cubalah …

6. Dari zero kepada hero, kepentingan. Memang tidak dinafikan kepentingan menulis cerita kehidupan. Kalau tidak dapat mengikut cara Ustaz ‘Hidup untuk memberi …..’, sekurang-kurangnya kehidupan seharusnya ditinggalkan dengan memberi wasiat. Dalam bentuk cerita kehiduapan. Cerita pengalaman. Bukan kita yang menunggang keledai ke belakang, tetapi arus perdana yang mengalir bertentangan. Awalnya memang jadi penghalang, siapa akan baca apa yang akan kita tuliskan? Tetapi apabila teringat tarbiah Allah di Kitab Alam, apa perlu kita pertikaikan kata orang yang kita menunggang kenderaan memandang ke belakang? Teruskan sahaja penceritaan, sebelum kita diberikan Buku Cerita Kehidupan kelak, untuk kita bahaskan. Pasti habis peluh dalam mengeloh.
[Reply]

hanekaseyo reply on January 23rd, 2009 12:29 pm:

@Pak Din, Allahuakbar.lembut nasihat dari pak din.Diari kehidupan banyak yang harus kita renungi selalu.

Kadang-kadang kesibukan,boleh menerkam tanpa disedari,kadang-kadang juga kelapangan mampu memberi serangan dalam diam.Jika mudah luluh semangat,carilah semangat dengan baca KalamNya.

Ya Allah,kami ingin belajar untuk mentaati perintahmu.Kami belajar untuk menjadi hambamu,walaupun seringkali kami jatuh dan bangun…jatuh dan bangun lagi…dan lagi.Semoga kami terus dipimpin oleh Mu.Duhai Allah.

[Reply]

Pak Din reply on January 23rd, 2009 1:04 pm:

@hanekaseyo, @Akmal Hakim, Cantik juga gubahaan Sdr Akmal Hakim (komen 14) “Maaf Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com), saya ubah sedikit;

“Erti hidup pada memberi dan juga membukti””

Tetapi Ustaz dah memberi dan mencari bukti mungkin lebih awal dari 1998. Syabas Ustaz.

[Reply]

san_bu reply on January 23rd, 2009 1:35 pm:

@Pak Din, bravo….!


S62 SSAS Falsafah.

Januari 24, 2009

Perbincangan di MASHAREF

1. Selamat sejahtera ke atas semua (SSAS). Lama tak mengunjungi blog yang berharga ini. Terutama bila difikirkan penulis-penulisnya bekerja keras cuba memahami isu-isu penserasian antara percaya dan bukti. Maaf kalau saya terlalu banyak memelayukan terma Arab yang sudah pasti selalunya membawa jangkauan yang berbeza. Itu juga termasuk dalam proses penserasian, jangkauan terma Arab dan jangkau terma Melayu. Saya berdasarkan kepada fakta bahawa kita perlu mengutamakan pengislaman daripada terus berligar pada isu pengaraban pegangan akidah, walaupun tidak dinafikan ‘budaya jiwa bangsa’ atau diterjemahkan di satu sudut, Agama Islam itu pesat berkembang ketika berada di Budaya Arab. Jadi tak kira akar ataupun rotan, yang penting Allah tidak berbangsa Arab, jauh sekali berbangsa Melayu. Maka saya setuju, pembukaan awal, “Justeru tulisan ini lebih berhasrat kepada membuka persoalan dan anggaplah ia sebagai satu lontaran awal.”

2. ‘Ala fi kull li hal. “Penyelarasan antara agama dan falsafah atau naqal dan akal telah menjadi gagasan pemikiran kepada ahli-ahli falsafah agama semenjak dahulu sehinggalah ke zaman ini.” Ilmu berkembang, bukan kerana Carakerja Allah berubah, tetapi kerana akal atau minda manusia masih terus berkembang dan berevolusi. “Tidak sekali-kali engkau dapat Sunatullah itu berubah”, tidak seperti Syariah Allah untuk menusia, yang telah berubah mengikut kesesuaian tempat dan masa. Empat Kitab dan tiga suhuf, yang merangkumi Syariat bebeza, telah diturunkan kepada manusia sepanjang zaman bagi menerangkan satu objektif utama, iaitu Tauhid atau Keesaan Allah. Ketujuh-tujuhnya berbeza bahasa untuk kaum yang berbeza. Dengan penurunan Al Quran, sebagai penutup Kitab, semua yang terdahulu dirangkum di dalamnya. Al Quran pula yang jelas kandungannya, terdiri dari peringatan berbentuk Mahkamat disamping peringatan berbentuk Mutasyabihat. Kandungan utamanya tidak berubah dalam pekara dasar mentauhidkan Allah dan menerangkan tidak berubahnya Sunnah Allah.

3. Falsafah berkembang dengan minda manusia. Dari membaca AQ, manusia yang disaran berfikir, terus mencari perincian tentang tanda-tanda yang dikemukakan di dalam AQ. Akhirnya mereka yang berfikir ini menjadi Ulil Al Baab, iaitu menghubung-kaitkan bahawa segala kejadian-kejadian dan pekara-perkara yang berlaku, tidak lain dan tidak bukan, adalah merupakan tanda-tanda kehadiran kekuasaan dan tenagaNya, yang ditajjalikan di Alam ini. Jangan sekali-kali difikirkan tentang hakikat ZatNya, kerana akal tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannya sebagaimana saranan dari AQ, tetapi kehadiran bekas kewujudan ZatNya sangat sesuai untuk difikirkan manusia. Tidak lain dan tidak bukan itulah tujuannya akal diberikan kepada manusia, agar dapat memikirkan tentang kehadiranNya, dalam bentuk tenagaNya di Alam ini. Zat Allah tidak berada di dalam Alam ini, kerana segala yang ada di alam ini adalah merupakan mahluk. Tetapi ketahuilah tanda-tanda kewujudan ZatNya dapat dirasai dan cerap oleh manusia melalui segala apa yang berlaku di Alam ini.

4. Dengan berkembangnya akal manusia, falsafah yang tadinya hanya berdasarakan kepada pengalaman semata-mata, difikirkan perlu pembaharuan, dan akhirnya timbul apa yang kita namakan Ilmu Sains, secara umumnya. Ilmu sains adalah tidak lain dari berasaskan falsafah dengan perbezaan bahawa segala apa yang dikemukakan sebagai dari sumber falsafah (yang asalnya pengilhamannya adalah bersumberkan Kitab-kitab Allah) menjadi hanya diterima, sekiranya ada pembuktian secara empirikal. Doktrin ini yang menjadikan ilmu sains itu sebagai alat yang terbukti baik untuk dijadiakn sebagai ilmu alat bagi mengenepikan kelemahan manusia dengan hanya berfalsafah. Bukan kita hendak mengenepikan kepentingan falsafah, tetapi perkembangan asal falsafah dulu, kepada falsafah modern (Ilmu Sains), menjadikan kepentingan menyelarasakan permikiran dan kepercayaan hanya selepas adanya pembuktian. Ia tidak menolak kepentingan kehadiran AQ sebagai Kitab Panduan asas. Ulul Al Baab, menggunakan pintu AQ untuk keluar mencari perincian kepada apa sahaja tanda-tanda awal (tanpa perincian) yang disebutkan di dalam AQ.

5. Jangan dipertikai persoalan bahawa apa yang disebutkan AQ sebagai qat’i (pasti). Yang perlu diingatkan ialah yang pasti itu di dalam bentuk tanda-tanda (signs), bukan dalam bentuk ilmu sains (terperinci). Kalau AQ terpaksa membawakan ilmu sains, maka penurunannya akan mengambil masa yang sangat lama, dan yang paling penting, adakah kehadiran minda mansuia ketiaka itu sedia menerimanya?

“[contoh dulu orang kata al-Quran tidak benar dalam bab matahari beredar. Sebab sains pada masa itu menemui kesimpulan bahawa bumi yang beredar mengililingi matahari. Kepercayaan lama bahawa matahari yang turun naik –mengelilingi bumi- sebab secara kasar begitulah yang kita dapat lihat. Tetapi setelah berlalunya masa, barulah saintis menemui kesimpulan bahawa matahari juga beredar pada orbitnya yang tersendiri. Dan bila semak semula ayat al-Quran tersebut, maka sahlah petunjuk nas dalam bab ini.]“

Inilah yang membezakan falsafah dulu dan Ilmu Sains (falsafah modern). Pemikiran manusia dahulu (termasuk ‘saintis’nya ketika itu) adalah berdasarkan kepada percaya semata-mata kerana kemajuan peralatan belum mengizinkan mereka membuat pembuktian.

6. Sekarang ini kekuatan akal manusia, sudah pasti sumber ilhamnya datang dari Allah juga, telah mengizinkan saintis sekarang mereka-cipta alat yang lebih canggih untuk menjadi alat menjalankan pembuktian. Maka sudah sampai masanya, displin Ilmu Sains itu diubah ke tahap yang lebih tinggi piawaiannya. Segala yang tidak dapat dibukti dengan cara empirikal, tidak dapat diterima sebagai ilmu sains (falsafah modern). Tiada sesuatu yang boleh berdasarkan kepada HANYA kepercayaan, ia mesti boleh dibuktikan, melainkan sesuatu yang disaran oleh Kitab Panduan sebagai bukan untuk difikirkan, iaitu kewujudan Zat Allah. Tetapi tidak bermakna, tanpa kajian terus kepada Zat Allah menjadikan kita tidak dapat membuktikan kewujudan Allah secara empirikal. Itulah canggihnya ilmu sains, yang perlu diserasikan dengan pegangan kita.


S61 Salam celaru2

Januari 23, 2009

Sambung dari celaru ….

orang awan reply on January 22nd, 2009 1:35 am:

@Pak Din, “macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah?”…

Pada saya..

Ia bermula dengan sikap dan cara fikir kita dan pengikut kita semua…

cadangan saya…..
pertama sekali jangan sekali-kali ‘mensohihkan’ semua dalam Harakah dan mendhoifkan semua dalam akhbar kerajaan…supaya kita tidak terus ‘rugi’ dengan bercakap tentang khabar angin, dan menyebar fitnah..
kedua…
bezakan antara politik dengan dakwah…jadikan islam sebagai matlamat dan bukannya politik sebagai matlamat (tidak perlu menukar pemimpin untuk berdakwah ,pemimpin untuk dinasihati, bukannya dikritik @dicari@disebar kesalahan pemimpin, namun apabila diberi pilihan barulah memilih pemimpin yang lebih baik samada dari parti x,y,z)
ketiga…
Memujilah pemimpin tatkala mereka melakukan kebaikan untuk menunjukkan kita menghormati mereka@ sesiapa sahaja yg melakukan kebaikan, dan juga supaya pemimpin tidak dilihat hanya melakukan dosa pada pandangan kita dan pengikut kita……..

dan juga terus menerus bersangka baik kepada ‘kawan’ mahupun ‘lawan’…mengenai ikhlas @tidak biarlah mereka dengan Allah s.w.t…

…sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu diturunkan untuk menyempurnakan akhlak…

sekadar pandangan yang boleh diterima dan ditolak….

[Reply]

Pak Din reply on January 22nd, 2009 6:04 am:

@orang awan, Alhamdullilah, Saya perlu kata sabas selkali lagi atas idea yang bernas. Kita punya cara fikir yang berpotensi diserasikan bagi mencapai matlamat sinergi bersama, kearah memahami bentuk kepimpinan yang ideal dan menjejeki bumi (realiti). Saya tertarik dengan sumbang saran yang dikemukakan, terutamanya menjadikan Islam sebagai matlamat dan bukan politik. Ibaratnya ialah menjadikan kesempurnaan dalam kehidupan dan bukan kerja mencari wang sebagai matlamat kehidupan. Wang adalah alat tetapi sempurna adalah matlamat.

Cuma, pada kiraan saya, politik atau siasah itu adalah kepimpinan, sebagaimana katanmaa khalifah itu adalah tentang kepimpinan. Dan manusia diberikan akal tidak lain untuk dijadikan khalifah memimpin kehidupan ke arah kesempurnaan. Satu subset kepimpinan adalah sudah pasti menyampaikan atau dakwah. Ia tidak boleh dipisah. Memimpin rumah tangga, contohnya, melibatkan dakwah sepenuh masa, sebenarnya, agar yang dipimpin selamat sebagaimana “Ku amfusikum wahlikum narrra”.

Cantik sugguh saranan tidak melatah dengan kehadiran berita (samada dari pehak kerajaan atau pehak pembangkang) kerena “apabila datang sesuatu berita hendak kamu periksa dahulu kesohihannya”. Maka isi dan kulit perlu diterapkan, kulit yang datang bersama isi, selalunya berfungsi sebagai bungkusan. Kita perlukan isi tetapi jang lupa jasa kulit menyaluti isi semasa ia dalam perjalanan samai ke kita. Yang baik dari isi dijadikan telatan dan yang tidak jadikan sempadan. Pastiakn kita kenal betul-betul adakah kulit itu kulit? dan isi itu isi? Ia mungkin mengelirukan, tanpa ilmu.

Saya pasti kalau nada dan irama ini yang kita teruskan, sudah pasti kita akan mencapai ke satu persimpangan yang sama. Walaupun berbaik sangka adalah digalakkan pada mulanya, samada lawan atau kawan, akhirnya sangka perlu ditukar dengan ilmu dan pengetahuan, kerana sangka itu asasnya adalah bukan ilmu, ia lebih kepada element perasaan, sedangkan ilmu sudah pasti tidak berkembang berdasarkan perasaan. Ilmu memerlukan element akal, alat paling canggih diberikan Allah untuk manusia menjadi khalifah yang berjaya di Dunia.

Salam perkenalan.


S60 Salam celaru.

Januari 21, 2009

Pak Din January 21st, 2009 at 3:37 pm

Salam celaru.

1. Obama lawan Osama, celaru. Israel lawan Palestin, celalu. Hamas lawan Fatah, celaru. Extremist lawan Moderate (Liga Arab), celaru. Sunnah lawan Sunni, celaru. Salafi lawan Khalafi, celaru. Hijau lawan Biru, celaru. Habil lawan Kabil, celaru. Telinga naik berbulu, dengar cerita disebabkan celaru, isu dari zaman dahulu, asasnya tiada apa yang baru. Semuanya berasaskan hasad cemburu dan prasangka dulu, sampai tak tahu mana nak lalu, terutama kalau terburu-buru. Mari pembaca … jangan keliru, jangan kita pilih bulu, sebelum tenggelam di haru biru.

2. Sempat saya menjenguk jendela Dunia ke Washington, melihat 2 juta orang mengharungi hampir paras beku, Obama mengangkat sumpah President ke 44. Harapan Dunia sangat tinggi kepada pemimpin baru ini. Walaupun politik di Amerika juga celaru dan ekonominya yang mencetus suasana haru biru, Obama yakin dengan apa yang hendak dilakukannya. Walaupun berakidah Kristian, tidak dapat dinafikan banyak nilai-nilai Islam menjadi dasar kepada kepimpinannya. Bukan sesuatu yang sepatutnya menjadikan kita keliru, tetapi ketahuilah bahawa nilai-nilai Islam itu telah lebih awal adanya, berbandingnya hadirannya kita sebagai mahluk yang berakal, di Dunia ini.

3. Cucutojanggut (kemen #25) mengulas artikel dari akhbar UM, berkata, “Jika umat islam yang kurang menilai di luar kotak, secara tidak langsung di takuti mereka akan menyalahkan umat islam sendiri dan yang paling di takuti mengiakan apa yang menimpa umat islam kini. Ana tidak menafikan apa yang tertulis dalam artikel tersebut. Tetapi apa yang tertulis di dalamnya secara tidak langsung akan menyebabkan umat islam berfikir bahawa kelamahan dalam teknologi dan ilmu pengetahuan merupakan punca utama atau pokok apa yang menimpa umat islam sekarang termasuklah serangan israel laknatullah terhadap palestin.” Sewajibnya Muslim memahami dengan mendalam ilmu dan pengetahuan. secara meluas, terutamanya tentang Sunatullah atau seperti Ustaz kata, “menjadi Muslim syariatik yang saintifik”.

4. “Jauh sekali untuk bersetuju dengan fatwa segelintir ahli ilmu seperti Sheikh Soleh bin Muhammad Al Luhaidan yang melihatnya sebagai fasad dan ifsad di muka bumi. Demonstrasi dan kecaman besar-besaran sejak sekian lama tidak mengubah apa-apa terhadap nasib umat Islam di bumi Palestin.” kata Ustaz membentang isu ‘Kecelaruan prasangka yang tak kena masa’, dengan akhirnya menyentuh kesimpulan, “hanya satu sahaja tindakan yang saya anggap sebagai langkah paling optimum, bersesuaian dengan kehendak Islam… iaitu tindakan MENGUBAH MANUSIA.” Tetapi prasangka inilah yang juga menjadikan kita tidak mahu menerima bahawa nilai-nilai Islam itu yang perlu diutamakan dalam mengubah manusia.

5. Akan ada yang mengatakan ketika rumah sedang terbakar, takkan nak cerita pasal building code. Ketika Gaza sedang digayang, takkan asyik sibuk cerita mengubah manusia. Malangnya itulah yang sering berlaku. Kerana kegagalan bercerita tentang building codelah rumah terbakar, kerana kegagalan mengubah manusialah, Gaza digayang. Muslim terus tidak mahu berubah. Berubah kepada memahami bahawa nilai-nilai Islam itu telah hilang dari pegangan Muslim dan berpindah kepada bukan Muslim. Yang tinggal pada Muslim adalah ‘agama’, cara dan budaya. Tanpa memahami perbezaan antara nilai (tujuan) dan cara, Muslim sudah pasti tidak akan dan tidak dapat berubah. Memang susah untuk berubah, terutama apabila penerapannya telah lama salah.

6. Selagi kecelaruan prasangka itu, disebabkan kecelaruan minda memahami perbezaan nilai dan cara, ia akan terus mencelarukan kefahaman keperluan Syariat Allah dan Sunnah Allah. Selagi itu akan ada perlawanan yang disebut di perenggan 1, yang kebanyakannya tidak sepatutnya ada. Liga Arab, Sunni Sunnah, Salaf Khalaf, Biru Hijau semuanya membaca Kitab yang sama, tetapi apabila keterbukaan minda mereka berbeza, kecelaruan prasangakan akan terus bersarang di kepala, mengzahirkan ketara yang tak terhingga. Sehinggakan apabila Obama menghulurkan salam persahabatan berbicara dengan Muslim, saya kira ramai yang menyangka itu adalah tektik biasa, untuk berpura-pura. Pada saya, banyak yang boleh dicungkil dari Amerika, kalaulah tiada kecelaruan prasangka.

[Reply]

30 FARHAN BIN FAHMI January 21st, 2009 at 5:34 pm

Salam;

“Ilmu tanpa amal ibarat pepohon tanpa buah”, ramai orang yang mempunyai ilmu dan juga berilmu..Tetapi sejauhmanakah amal yang diaplikasikan melalui ilmu dan sejauhmanakah amal melalui iman yang diaplikasikan…SubahanAllah..

Dan sejauhmanakah waspadanya kita kepada sifat Ghurur iaitu kebodohan yang membuat seseorang menilai sesuatu yang jelek sebagai sesuatu yang baik dan kesalahan sebagai sesuatu kebenaran.

Ya Allah Engkau bantulah saudara-saudara seagama ku yang ditindas di Palestin, di Iraq, di Malaysia dan di dunia fana ini. Amin

orang awan reply on January 15th, 2009 11:25 pm:

@Abu Saif, Setuju…
Matlamatnya mestilah menegakkan Khalifah….bukan menegakkan mana-mana parti politik…

[Reply]

Pak Din reply on January 21st, 2009 6:32 pm:

Soalan asas Ustaz adalah sangat jelas ” macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah. first and foremost, macam mana nak handle nafsu pendukung-pendukung khilafah ni?” kepada saranan membena sistem khalifah.

Kejayaan khalifah pada awalnya bukan kerana sistem khalifah, tetapi kerana sikap pendukung. Di akhir sistem khalifat juga manyak masaalah, dan kalau dilihat dari 22 negara Liga Arab (negara-negara Islam) semuanya adalah ala-khalifah pada tersuratnya, tetapi tidak pada tersiratnya.

Seperti kata MUNIRAH “sebab selagi takde orang nak represent, tiada siapa yang akan se’izzah’ enti, ana atau orang2 lain yang faham kenapa hanya khilafah sahaja yang mampu make this world a better place. nobody would be convinced. no change will take place.”

Khalifah modern, iaitu sistem ala demokrasi yang dwi-parti (penyokong dan pembangkang) adalah selaras dengan nilai Islam mencari keputusan terbaik dari mesyuarah dua bahagian. Kalau dibiarkan satu kuasa, lama kelamaan ia akan menyalah-gunakan kuasa.

Isunya adalah kata-sepakat dari mesyuarah itu yang paling penting setelah mengambilkira asas sikap insaniah (mengawal nafsu). Bincangkan habis-habis (berasaskan AQ dan Sunnah) dan tiada pahat berbunyi selepas rumah siap. Ini yang dimaksudkan dengan penerapan nilai Islam dalam kepimpinan.

[Reply]

orang awan reply on January 21st, 2009 8:57 pm:

@Pak Din, saya tidak bermaksud menolak siasah, malah jika saya diberi pilihan pastinya saya akan memilih pemimpin yang berilmu, berakhlak, pandai membezakan antara aurat dan sebagainya…tp apakah dengan menerima siasah maka kita boleh menghalalkan buruk sangka, caci maki, kutuk mengutuk, fitnah dan sebagai terhadap orang yang tidak sealiran dengan kita…sehingga ulama sendiri pun digelar dengan berbagai-bagai gelaran semata-mata tidak sependapat dengan kita dalam bab siasah…berapa banyak hari ini fitnah/khabar angin disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab/berkepentingan semata-mata mahu menjatuhkan lawan masing-masing…perbincangan isu pun sepatutnya adil menjadi tidak adil kerana dosa lawan sahaja yang nampak…politik hari ini pada saya tidak lebih dari memecahbelahkan orang islam itu sendiri….”iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan, setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”….
seperti yang saya kata sebelum ini…dakwah ialah menyeru manusia membezakan antara yang benar dan yang salah, bukan menyeru manusia masuk mana-mana parti politik/kumpulan….kalau mereka sudah pandai membezakan antara benar dan salah, aurat dan bukan aurat, finah dan kebenaran, emosi dengan akal…xkanlah mereka nak memilih pemimpin yang tidak mempunyai pegangan agama semasa pilihanraya…

[Reply]

Pak Din reply on January 21st, 2009 11:09 pm:

@orang awan, Wow! … bernas sungguh cadangan yang dikemukakan oleh saudara, belum pernah saya terjumpa dengan cadangan semurni yang dikemukakan. syabas orang awam. Kalaulah ada simple majoriti (51%) orang awam seperti orang awam, sudah pasti, walau sistem apa yang dipilih, samada khalifah atau yang lainnya, sudah pasti kepimpinan itu akan berjaya. Apatah lagi kalau ada 2/3 majoriti orang awam yang bersikap demikian. Sudah pasti pemimpin yang buruk perangainya tidak terpilih menjadi pemimpin.

Kecatatan pimpinan hari ini, malangnya, bukan disebabkan pemimpin yang kotor, atau sistem siasah yang kotor, tetapi, samada kita sedar atau tidak, adalah kerana yang memilihnya yang suka bermain kotor. Apabila pemilih memilih, secara sedar atau tidak, pemimpin yang kurang bersih, maka jadilah kepimpinan itu menjadi kurang bersih. Sebab itu soalan dasar Ustaz ialah “macam mana nak didik hati manusia dan akal fikirannya untuk membentuk khilafah?”


S59 Salam Adam.

Januari 21, 2009

27 Pak Din January 20th, 2009 at 3:59 pm

Salam Adam,

1. Pemerhatian Ustaz tentang Adam, “Saya amat mengagumi sopan santun Adam. Beliau tahu yang isu Salaf vs. Khalaf ini sebagai sesuatu yang sensitif. Sebab itu beliau bertanya tentang Ibn Taimiyyah melalui soalan tentang anak muridnya Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.”

Apabila kita membincangkan Salaf dan Khalaf, sudah pasti ia mengundang silap dan khilaf (satu Melayu Asli, satu lagi Melayu Asli balik dari Arab). Tak cerita lagi suasana menjadi gamat, yang selalunya berakhir dengan malap (tak tercerah kekusutan). Maka kalau tak beli ubat salap (nak hilangkan pening), kenalah pergi jumpa mengadap (dapatkan terus dari Ustaz).

2. Salaf dan Khalaf mempunyai persamaan yang sama, kerana kedua-duanya mengunakan kekuatan akal. Cuma bezanya ialah tahap mana kekuatan dose kegunaan, yang menjadi persoalan. Sebenarnya semua mahluk diberikan akal, untuk membolehkan mereka menerima ilham, sebagaimana, lebah juga diberikan ilham (malah ayatnya disebut wahyu) untuk bersarang di bukit atau di pohon. Batu yang bergolekpun mmendapat ilham dari Allah, sudah pasti melalui indera yang bersamaan dengan akal. Walau bagaimanapun mahluk yang pertama sempurna akalnya untuk menerima tanggung-jawab adalah Adam, bukan Adam yang Ustaz cerita, tetapi Nabi Adam. Berterusanlah akal berevolusi dari masa ke semasa, sehinggalah ke zaman Salaf dan Khalaf.

3. Salaf mengkhususkan penggunaan akal kepada zaman tabiin, tabiin-tabiin dan beberapa generasi seterusnya. Pada mereka apa yang diluar zaman itu tidak seutama untuk dilihat dan dirujuk, walaupun Salaf dan Khalaf kedua-duanya menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Khalaf pula tidak terbatas hanya pada waktu yang diutamakan oleh Salaf, malah dengan kekuatan akal yang diberikan, Khalaf menafsirkan dalil dan bukti, bukan hanya kepada naqli tetapi juga aqli. Apabila penekanan kepada aqli diberikan, maka tidak dapat tidak, mencontohi Ulil Albaab menjadi rujukan sebagai Khalaf. Dengan menjadi Al Baab, maka Kitab Alam menjadi kitab rujukan mencari pembuktian selepas disaran oleh Kitab Al Quran untuk berbuat demikian.

4. Jadi perbezaan ketara ialah masa atau zaman yang dirujuk. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Salaf mengatakan bahawa zaman tabiin-tabiin tadi, sebagai lambang Islam keseluruhannya, sementara Khalaf lebih terbuka, kerana dengan Kitab Alamnya, mereka mentakwilkan Islam itu telah lahir sebelum lagi N Adam dilahirkan. Semua mahluk di di dalam keadaan bertasbih kepada Tuhan, sebelum lagi N Adam diberikan cukup akal untuk bertanggung-jawab atas segala pilian. Malah kalau mengikut fakta saintifiknya, berlaku peristiwa Big Bang (seperti diberitahu di dalam AQ) adalah satu peristiwa yang selaras dengan peristiwa Islam. BB itu adalah awalnya (azalinya) penciptaan Alam.

5. Kepekaan Adam dalam mengemukakan soalan tentang Salaf dan Khalaf, dijawab dengan secantik jawapan oleh Ustaz, “… Namun, saya mengutamakan apa menepati al-Quran dan Sunnah yang sahih….”, menjadikan Salaf itu subset kepada Khalaf. Atau dalam bahasa sains lebih mudah Khalaf adalah Salaf yang meninggikan sedikit dose aktiviti serotoninnya (iaitu akal). Kemudian Khalaf menafsirkan jauh sedikit, dengan menggunakan Kitab Al Quran, sebagai pintu keluar ke Kitab Alam, sebagaiman Surah Al Fatehah itu adalah pintu kepada Kitab Al Quran. Maka kalau kita diajar masuk ke kefahamaan Kitab AQ melalui Al Fatehah, saya kira tiadalah salahnya kita menggunakan pintu AQ sebagai tahap seterusnya ke Kitab Alam.

6. Maka begitulah adanya kehidupan ini. Akal yang diberikan Allah sebagai alat untuk membuat penafsiran dan pentakwilan, yang tidak diberikan sepenuhnya kepada mahluk lain, memberikan banyak perbezaan dalam proses pembelajaran. Sedikit dose memberikan sedikit hasil, sementara memaksimakan dose akan memberikan kelebihan kepada penggunanya. Sudah pasti AL Quran juga memberikan panduan tahap yang terselamat kepada dose yang terbaik, bagi tujuan pengubatan yang selamat. Tidak menjadi kesalahan untuk terbawa-bawa menggunakan dose yang terlalu tinggi, kerana Allah masih mengizinkan, tetapi pilihan itu Allah sampaikan dengan beberpa side-effect yang menakutkan. Asasnya ialah kepercayaan yang diserasikan dengan pembuktian.

[Reply]

ummualya reply on January 20th, 2009 4:22 pm:

Nak baca komen Pak Din pun kena berilmu, dan berulang-ulang baru boleh diserap..(Maaf Pak Din)

Subhanallah.. Ustaz diberi ilmu dan keupayaan menulis- saya kurang suka menggunakan perkataan “anugerah” seolah bukan dengan “usaha” Memang ALLAH swt mengurniakan kepada sesiapa yang disukaiNYA..tetapi yang berusaha PASTI mendapatnya, cepat atau lambat

Ustaz diberi hikmah menulis dengan jelas, mudah sampai dan menusuk jiwa.. apa yang Ustaz cuba jelaskan berulang-ulang dalam artikel-ertikel serupa tapi tak sama – mengenai jihad.. semakin difahami dan diterima (walau dengan “pre-conceived idea” pembaca yang kebal)

Ya Ustaz.. Ku doakan agar berterusan istiqamah
Begitu juga keluarga Ustaz… Istiqamah dalam kesabaran dan ujian

Wallahualam

[Reply]

hanekaseyo reply on January 20th, 2009 10:56 pm:

@Pak Din, Allahuakbar!

Jazakallah atas pencerahan ilmu dari Pak Din.Secara terus terangnya,ana juga masih jauh dari ilmu salaf dan khalaf.


S58 Salam ingat.

Januari 19, 2009

Pak Din January 19th, 2009 at 12:08 pm

Salam ingat,

1.

so, pada saya tak perlulah semua aktif dalam berpersatuan, perlu jugak ada golongan yang menumpukan kepada pelajaran. tak perlulah nak kecoh2 dan marah2 sebab orang yang nak menuntut ilmu tak nak join persatuan.

Perlu kita beringat bila kita menyentuh tentang pelajaran, maka ia melibatkan pelajar, tuntut, menuntut, (tolib, toliban), didik, didikan dan yang setara dengannya. Belajar adalah subset kepada pendidikan. Abang besar kepada belajar adalah menuntut. Tuntut, sudah pasti selalu dikaitkan dengan hak (macam-macam), maka menuntut memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dalam sistem pendidikan.

2. Tadika (pelbagai singkatan), Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) menawarkan didikan awal kepada pelajar, sebagai memenuhi syarat pertama di dalam mencapai tujuan mendapat didikan. Ibarat keperluan memahami ABC, kemudian suku kata, perkataan, ayat dan seterusnya karangan. Tanpa alat perhubungan, sesuatu idea dan ilham yang dianugerahkan Tuhan kepada kita, tidak dapat kita sampaikan kepada orang lain dengan cara yang berkesan. Maka T-SR-SM memberikan peluang untuk pelajar belajar di dalam sistem pendidikan bagi menyediakan alat yang akan digunakan dalam menyampaikan karangan idea seseorang insan. Tidak dinafikan adanya pengasahan element lain seperti kepercayaan, pembuktian, kesetiaan, kepintaran dan sebagainya, tetapi asasnya adalah penggunaan alat perbunungan.

3. Jangan disempitkan pula penafsiran, sehinggakan hanya itu sahaja yang dididik semasa T-SR-SM. Sesetengah pehak mengutamakan pembenaan kepercayaan semata-mata, tanpa mahu menabur benih asas pembuktian dan pengkajian. Sesetengah pehak pula terbawa dengan hanya pembuktian sahaja disamping didikan asas mendapat kemahiran menggunakan alat perhubungan. Sesetengah pehak mengutamakan ciri tersendiri berdasarkan pengalaman mereka sahaja, tanpa mahu mendedahkan didikan kepada penciptaan sesuatu yang baru. Pada mereka, pencapaian mereka adalah kejayaan, semua penciptaan baru adalah sesuatu yang tidak diperlukan. Ini membahayakan dalam sistem pendidikan.

4. Keluar dari tahap tertinggi SPM untuk memasuki IPT, pelajar sepatutnya telah mengetahui perbezaan belajar dan menuntut. Belajar hanya menunggu curahan ilmu yang diberikan oleh silibus pelajaran, sementara menutut memerlukan seseorang pelajar itu mencari lebih dari apa yang telah diberikan. Kalau ia terus mengharapkan sistem untuk memberikan keperluan pengetahuan, di situ sahaja telah terlihat kepincangan sistem didikan awal yang telah dilakukan. Hasilnya adalah seperti yang dirumuskan oleh Ustaz, di dalam pencerahan artikelnya kali ini, yang saya rangkumkan sebagai “berkerjasama, dan bukan kerja sama-sama”.

5. Jihad adalah kesungguhan menjalankan sesuatu. Pemyempitan takwilnya yang menjadikan ia sinonim dengan keganasan Muslim. Ya, kita tidak menentang keperluan berjihad, tetapi bagaimana mereka berjihad menentang keperluan, jangan disempitkan tafsiran perjuangan dengan kata-nama jihad. Jihad juga perlu dalam melaksanakan konsep berkerjasama, bukan hanya berjihad dan berkerja sama-sama menentang apa yang disempitkan sebagai keperluan. Ketiga-kita bidang yang diutarakan Ustaz memerlukan jihad, dan pincang salah satu jihad akan menyebabkan pincang seluruh jihad ke arah mencapai Jihad Fi Sabil LilLah.

6. Berpersatuan adalah sebahagian dari sistem pendidikan. Berpelesiran adalah bukan dari sistem pendidikan. Berpelesiran dalam berpersatuan ini yang selalu menjadi duri dalam daging. Malah berpelesiran di luar persatuan juga tidak kurang menjadi pilihan kurang bijak siswa, kerana pada mereka perpersatuan adalah kerja sia-sia. Dalam semua pekara ibadah kita perlukan jihad, atau kesungguhan. Berpersatuan yang banyak berpelesiran (bukan sahaja kerana isu darah muda siswa siswi) tetapi merangkumi segala yang tidak mendatang kesungguhan. Berpersatuan yang hanya mementingkan semangat sendiri, berpersatuan yang hanya mementingkan kepercayaan, berpersatuan yang tidak mendatang keterbuakan dan sebagainaya adalah semua merupakan pelesiran.

[Reply]

Pak Din reply on January 19th, 2009 6:42 pm:

@Pak Din, Hilang? (salah command) pulak tanda quote yang patut ada di perenggan atas bahagian no 1, yang saya quote dari persatuan_dakwah, komen no 3, dua perenggan dari bawah. Maaf dipinta.


S57 Salam hempuk? …

Januari 19, 2009

Maaf ya … macam biasa, tang ejaan memang serupa.

7. Pada ketika itu, itulah akalnya. Kemenangan adalah untuk ibubapa (kerajaan-pembangkang). Bukan untuk ibu, kerana mengandungkannya, atau bukan untuk bapa kerana menjadi ketua keluarga. Bila tiba soal kepimpinan, jangan sekali-kali kita ajar anak-anak untuk mengambil side kepada ibu atau bapa, hanya sepatutnya side ibubapa. Memang seakan sama tapi tak serupa. Kemenangan ibubapa adalah gabungan leteran dan ungkapan dari kedua, dari cara yang mungkin riuh rendah (yang kurang diplomasinya)sehinggalah yang mungkin bersuara manja, hasilnya adalah satu arah resultant dari kedua vektor (parallelogram law). Maka kelebihan 3000 undi adalah pekara kedua, yang utama melihat kelebihan fakta dalam berfatwa semasa berkempen. Yang tergelincir faktanya kita jadikan petua orang tua-tua.

Akak rasa Imad tu dah terasa dia akan dapat adik, statement mak2 macam tulah, takde kajian saintifik le pula…ni yg Pak Din marah ni, cakap tak guna fakta.

[Reply]

Pak Din reply on January 19th, 2009 9:14 am:

@Kak Ija, ” … dok eh!”

Saya memang “tenggelam timbul”, tapi tak “masuk gol”.

Pantun dua kerat, ala orang Melaka bila lama tak jumpa!

Maaf ya orang Melaka … “Laahabau, lahaanat ….” Terkejut saya mendengarnya pertama kali kena.

[Reply]

#11 Pak Din
on Jan 18th, 2009 at 4:38 pm
Salam hempuk,

1. Dapat saya bayangkan remuknya hati dari hempukan itu. Baru tiga minggu dan hasil dari keringat entah berapa tahun, untuk mendapatkannya. Atau berkemungkinan ada ansuran ang perlu dibayar seterusnya. Tapi apa kan daya, ketika ia berlaku kita sebagai ibubapa tak sempat meletakkan minda kita dalam minda dia (Imad). Dengan akal yang ada padanya, sudah pasti itulah yang terbaik kepada untuk dilakukan, bertindak balas kepada persekitaran. Itulah terbaik. Samada kita menenangkan suasa dengan mengatakan dia belum cukup akal, hakikatnya akalnya sangat cukup dan telah ditentukan pada kadar itu, pada waktu pekara berlaku.

2. Saya baru beli kereta dengan ansuran, ketika baru mula bekeluarga, dulu. Kegirahan anak kecil balik dari Tadika, belajar melukis, terserlah apabila dia memikirkan dinding keretapun boleh diladikan tempat melukis. Bila ditanya siapa yang membuatnya, dengan keadaan sudah pasti hendak marah, yang membuat mengakunya. Alhamdullilah … bila ada beberapa anak, kadang-kadang mereka berpakat tak nak beritahu siapa buat. Lepas menyedari ia adalah satu kesalahan. Mendengar ada yang mengaku, reda sedikit dan dengan hasrat memenuhkan diplomasi, saya tanya tindakan yang sepatutnya dibuat bagi menghilangkannya. Alangkan terperanjat, mendapati cara menghilangkannya ialah menggunkan berus penggosok periok berbesi.

3. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Patutkah kita hairan dengan keadaan begitu? Tahap akal manusai berkemabng dari tiada kepada ada. Dari ada secara baligh syarie kepada ada secara baligh hakiki. Tak semua orang boleh mencapai tahap akal yang sama. Yang cenderung kepada sains mengasahnya untuk membuktikan kepercayaan, sementara yang cenderung kepada agama mengambil pendekatan “samikna waatokna”, kami dengan dan kami patuh. Dari masa ke semasa berevolusilah menjadi dua perbezaan ketara. Walau apa kita lakukan, dengan definasi ceramah berjela, pada ketiaka itu, itulah saha tahap akalnya. Ya … memang kita rasa, apalah susah sangat nak menerima, mereka tak apa-apa, yang menyampai yang selalunya merana.

4. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Berbaris kereta kebal dihantarnya. Mereka memulakan menghantar letupan (bom segala jenis), kita bertindak balas dengan menghantar leteran (resolusi segala jenis). Ada yang bersemangat waja (lebih keras dari besi kereta kebal) mengambil batu dan menghantar semangatnya. Pada ketika itu, itulah saja tahap akalnya. Maka berterusanlah meningkat angka statistik mengira. 22 hari score 1133 dengan yang tercedera tak terkira. (Yang cedera sakit anggota tak kurang 5000, tetapi yang cedera sakit hati, tak terkira). Tapi ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Membisu seribu bahasa, Liga Arab, 22 semuanya. Bila bersuara berkecamuk suasana jadinya.

5. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. ‘Beragama tanpa Tuhan’ itu kata kita. Akal mereka mengatakan Tuhan merekalah yang paling sempurna. Tak cukup dengan Tuhan mereka, yang menyampaikan risalah ketuhanan mereka, mereka anggap seolah dewa. Terima sahaja apa yang dikata, tanpa mahu menyesuaikan dengan keadaan suasana. Tanpa perlu ada usul periksa. Seperti terjadi kepada Nabi Isa. Jesus tak salah, yang salah yang mendewakannya. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. Malangnya apa yang berlaku seakan serupa, mereka ikut ajaran ‘agama’ bukan mencari Yang Maha Pencipta.

6. Ketika itu, itulah akalnya. Hanya kerana tak buka minda. Terlalu taksub mengikut kata, dalam beragama jangan banyak tanya. Allah terima permintaan mereka. Diberi Kitab Alam tidak dihiraukannya, apatah lagi membaca. Bukan tak faham apa yang tersirat di dalamnya, tetapi kerana, lebih senang menutup minda. Nak ikut petua, mesti ikut petua yang ada fakta, barulah ia menjadi fatwa. Kalau ikut petua yang kekurangan fakta (saintifiknya) maka hanya menjadi burung kakak tua. Pada ketika itu akalnya serupa. Selagi manusia taksub beragama dengan hanya mengikut syariatnya, tapi melupakan fakta saintifiknya. Alangkah ruginya, ketika itu, itulah akannya, lalu kemudian tertutup mata.

[Reply]

hanekaseyo reply on January 18th, 2009 8:18 pm:

@Pak Din- menarik,pak din.banyak dasar-dasar pendapat yang beharga.

[Reply]

Abu Saif reply on January 18th, 2009 9:03 pm:

@Pak Din, Assalamualaikum WBT. Salam hempuk kembali…

Terima kasih. Saya rindu nak membaca komen Pak Din. Ada sisi lonely saya di SIO ni bila Pak Din lama menyepikan diri.

Moga tahun 2009 lebih terisi dengan pencerahan-pencerahan yang menarik keluar Muslim dari terus berilusi…


S56 Salam Illusi.

Januari 17, 2009

1. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah yang telah memberikan ilhamnya bagi melihat illusi yang mengaburi realiti. Subhanallah, masih ada Ustaz yang mahu mendefinasikan realiti yang disaluti illusi. Allahuakbar, menegang bulu roma membaca coretan Ustaz, yang memaparkan illusi yang berbulukan realiti. Innalillah, dari Engkau semua realiti dan kecelaruan mahluk bernama Muslim, terbitnya illusi. Laahawla, tiada berlaku illusi bercampur realiti, walaa quwwata, dan tiada kekuatan mencampur-adukkan realiti dan illusi, illa bil Lah, melainkan dengan kekuatanMu, Ya Allah. Agstarfirullah, tidak timbul kekaburan realiti dan illusi, melainkan kerana kekaburan mahlukMu mengenaliMu, Ya Allah…

2. Seperti biasa, teguran Ustaz yang sangat jauh menusuk kalbu dan minda. Satu penceritaan kehidupan realiti mahluk Muslim yang dibuai mimpi berrealiti, tetapi akhirnya diberitahu hanya berillusi. Dalam berrealiti Muslim sering berillusi, sehinggakan Tuhannya yang realiti menjadi illusi dan sesuatu yang illusi diambil sebagai realiti (beragama tanpa Tuhan). Bagaimanakah semua ini boleh terjadi? Boleh kita teruskan illusi kehidupan ini mengaburi realiti? Mahukah kita nanti, di Akhirat kelak, dituduh hidup bersekongkol dengan illusi? Atau sangkupkah kita mempertahankan illusi sebagai realiti, ketika di hadapkan ke mahkamah, di mana mulut dah tak boleh berpuisi, untuk menghiasi illusi dengan realiti?

3. Satu situasi yang amat menakutkan. Satu realiti yang amat menyeramkan. Satu illusi yang maha membinasakan. Teguran Ustaz yang sememangnya berketepatan. Syabas Ustaz! …. Malangnya, apakah kita membaca dalam keadaan bersama realiti? Apakah kita peka pada illusi yang Ustaz maksudkan? Bagaimana berjuta ayat telah Ustaz coretkan, berhubung realiti dan illusi, begitulah berjuta sebab menjadikan Muslim terus berillusi, tanpa mahu memahami realiti. Berbotol air Ustaz teguk, menghilangkan kehausan, menyampaikan ceramah tentang illusi, berbotol darah Muslim terus mengalir di dalam tubuhnya, menerusan hidup berillusi. Malang berjuta kali malang, illusi terus mengatasi realiti.

4. Selagi Sunnahtullah dan Syariatullah tidak diperhalusi, selagi itulah realiti dikaburi illusi. Selagi Muslim hanya memberatkan bersyariat, selagi itu mereka akan dihantui illusi. Sehinggalah Muslim mengimbangi keperluan bersunnah dan bersyariah, barulah mungkin realiti mengatasi illusi. Muslim telah terlalu lama bermimpi untuk berjaya dengan hanya bersyariat. Muslim telah lama memperjuangkan semangat Islam tanpa bersunnah (Allah). Ini yang melemahkan Muslm sebenarnya. Disogok dengan illusi bahawa bersyariah itu adalah segala-galanya dan mengenepikan pentingnya realiti bersunnah (Allah).

5. Sunattullah berjanji tidak akan merosakkan kereta kebal dengan membaling batu. Sunnatullah berjanji akan mengambalikan Muslim kepada realiti, sekiranya Muslim sanggup melupakan illusi. Lupakanlah bermimpi menjadi Nabi yang melembutkan besi dengan tangannya. Ketepikanlah impian, menjadi Nabi yang dibantu oleh malaikah semasa perang. Jauhkan khayalan menjadi nabi yang memindahkan istana dengan sekelip mata. Walaupun itu semuanya realiti, ia tidak boleh dicapai dengan Muslim yang berillusi. Mukjizat itu semuanya untuk Nabi-nabi yang berrealiti.

6. Ayuh semua mari kita mencari realiti. Katakanlah bahawa hanya kewujudan Yang Asa itu sahaja realiti. Kewujudan mahluk adalah satu illusi, ibarat kain yang wujud berillusi menggantikan kapas yang realiti (dalam dunia kapas). Hanya dengan memahami sedemikian, kehidupan illusi kita bertukar menjadi realiti. Realiti yang akan dapat memadamkan semua illusi, yang berleluasa mengaburi realiti. Hanya dengan kekuatan sebenar Yang Realiti, yang dapat menghancurkan semua illusi, tanpa sedikitpun kekaburan yang akan tinggal dalam berillusi. Semuga akhirnya kita berjaya bangkit kelak di Akhirat dalam realiti.


S55 Who own the fish?

Januari 15, 2009

1. Terima kasih Sdr VoireChoome (VC) di atas pemerhatian teliti artikel tersebut dan kemudian memberikan coretan pemikiran selarinya. Persoalan ikan itu bukanlah tujuan utama dia menulis, pada hemat saya, tetapi dari gelombang emf yang keluar ketika akalnya berfikir tentang artikel berkenaan, kelihatan seakan-akan ada persamaan lapangan permainan, persoalan ikan dan persoalan sekitar cahaya. Tiada ujikaji saintifik yang lebih susah, dari mengkaji tentang cahaya. Dapat mengukur kelajuan cahaya sahaja, sudah cukup menunjukkan penglibatan kita cuba mengetahui tentang cahaya. Maka, perju juga disebut di sini bagaimana Eienstein membuat eksperimen minda tentang cahaya, dan akhirnya menghasilkan suatu teori yang sangat berguna kepada manusia, ahli sains terutamanya. Saya tidak melihat Sdr VC hanya ingin bertanya tentang ikannya sahaja, tetapi lebih dalam dari itu. Mudahnya soal itu tidak melambangkan mudahnya mencari jawapan yang menyentuh realiti kehidupan yang komplek ini. Kita cuba bincang beberapa ketika sebelum mencari ikannya yang hilang, di mana?

2. Cahaya juga adalah mahluk yang dicipta, yang diberikan sifat pembawa. Sebagai mahluk dicipta ia sudah pasti bertempat dan bermasa, tidak seperti yang disebut oleh Pandangan Sufi sebagai

“Photons and other forms of electromagnetic radiation are timeless, since they travel at light-speed. Since they are timeless, they are everywhere along their path at once. And their path is basically the universe.”

Keterbatasan bergerak pada kelajuan cahaya menandakan ia tertakluk kepada masa, dan itu yang sebenarnya berlaku, di mana cahaya juga mengambil masa yang agak lama untuk bergerak dari satu hujung Alam ke hujung yang lainnya. Tidak timbul pada masa cahaya itu bermula, ia terus meliputi ruang semesata. Cahaya juga mengambil masa, yang kalau dibandingkan dengan masa kita, pada kelajuan yang sangat berbeza tidak terhingga.

3. Dari Pandang Sufi,

[therefore is behooves the believer to be careful and conscious of what your brain is emitting for whatever is thought immediately becomes timeless and “broadcast” to the entire universe instantaneously. That is how simple it is for recording angels to take down what one has intended – it is built into the structure of the universe. Once a shaykh told his mureed, you are coming to salaat and you made zina. The mureed said, no I didn’t. He said, “Yes, you looked at that woman with desire.” So the mureed, once he made that thought, it became available to the universe and those who have the capability to “pick it up” do so. That is why on the day of judgment, that wavelength is already present, and is the shahada of your own five senses and your limbs which have made timeless their intentions through these electromagnetic emissions.]

Saya lebih cenderung mengatakan bahawa fungsi malaikah itu tiada berbeza dengan fungsi yang diberikan kepada cahaya, sebagai mahluk. Ia merupakan pembawa segalanya, yang paling utama segala ketentuan yang berdasarkan kepada kehendak Allah yang Maha ASA. Itulah fungsi cahaya yang secara Agamanya kita percayakan sebagai Malaikah.

4. Dari Pandangan Sufi,

Physicists have coin the phrase “collapse of the wave function” as a description of the change to particle behavior under observation only. Only under observation will a particle fired act as a particle.

We find that whether a single detector at one of the 2 slits or 2 detectors at each slit is employed, that the outcome remains the same: it is the presence of any detector, not the number that cause the waves to convert to particles.

The resulting conclusion is that the fact of observation profoundly alters the outcome of the experiment.

Light remains as a wave without observation, but coalesces to a particle when scrutinized by something tuned to particle phenomena.

Ketentuan Allah sangat pasti sebagaimana SunnahNya sangat sempurna. Ilmu yang diberikan kepada kita hanyalah ibarat setitik air berbanding seluruh lautan. Tetapi kita perlu bersyukur dan terus menggunakan kechanggihan akal untuk sentiasa memikirkan bagaimana carakerjanya. Maka ilmu sains itu adalah ilmu yang melakukan kajian tersebut. Rujuk tajuk di ILI.

5. Dari enam tahap pembentukan mahluk seperti di rujuk di tajuk “Fe Sitah”, di tahap asas sekali iaitu di Alam Quantum, Dunia bertukar dari alam yang berdasarkan ketentuan biasa – Newtonian Deterministik kepada ketentuan kebarangkalian (Probabalistik). Ini kerana di tahap itu kita tidak lagi berkemampuan mengikuti dengan teliti kehalusan senibena yang tarhasil dari carakerjaNya. Ia tidak bermakna kita perlu terus bersikap hanya berserah kepadanya tanpa usaha seterusnya menkaji dan mendalami Kitab AlamNya. Akal yang diberian Allah berpotensi besar untuk merungkai kunci ghaib, sudah pasti dengan meneruskan usaha gigih ke arah mencarinya dan kemudian berserah wakil kepadaNya. Bagaimana kita mengasah minda untuk menyelesaikan masalah-masaalah seperti mencari tuan punya ikan yang dipaparkan oleh Sdr VC, maka begitulah pentingnya kita menyelami masaalah hubungkait antara tiga jenis mahluk Allah, yang berasaskan (unsur-unsur) tanah, seperti manusia, yang berasaskan cahaya (bahagian dari emf) dan yang berdasarkan kepada nyala api (haba, secara saintifiknya).

6. Setelah penat memikirkan tentang soalan sekitar cahaya dan teka-teki kehidupan, saya sendiri merasa soal ikan siapa yang punya kena di ketepikan dahulu buat sementara. Jawapan pendek yang pasti, saya kira semua orang tahu, paling tidak kita sebagai Muslim yang percayakan adanya Dia. Segala-galanya adalah milikNya. Inna lilllah, sesungguhnya kita kepunyaan Allah, wainna ilahi rajioon, dan kepadaNya kita semua akan kembali. Saya biarkan pakar mencari ikan mencarinya, termasuklah seorang kenalan yang saya nampak serba tahu di dalam segalanya, Aji Google.

“Bagaima ji … dapat jawab?”,

Senyap ja …

Ya!” angguk Aji.


S54 Memahlukkan nama Allah.

Januari 10, 2009

1. Alhamdullilah, dapat saya melapangkan masa kembali berbicara. Terima kasih kepada Sdr yang membuat saya terdetik untuk memulakannya kembali. Pada awalnya, macam nak sambung cuti penggal kedua, iaitu 2 x 44 hari, sebagaimana Bush memegang Amerika. Bukanlah saya peminat dia untuk jadikan dia sebutan, tetapi tidak juga saya tergamak nak bagi kasut. Banyak cara lain yang boleh dibuat, daripada mengekspressi diri dengan Semangat Buluh Runcing. Susun strategi keilmuan yang mendalam dan patahkan segala ancaman dengan kekuatan kefahaman tentang Carakerja Haliq, sudah pasti kejayaan akan datang bersamanya. Bukan hanya dengan semangat juang sahaja, tanpa kefahaman menyeluruh. Sunahtullah mengatakan kereta kebal tak boleh rosak dibaling dengan batu. Sunatullah mengatakan tak berjaya dengan hanya menggali trowong mengelak dikesan … tetapi Sunahtullah berjanji siapa sahaj yang menggali dan faham  Kitab TarbiahNya (meneliti dan mengkaji Alam) sudah pasti menjadi orang yang berjaya di Dunia dan di Akhirat. Maka sebab itu saya agak sempit dalam pemilihan tajuk perbincangan. Pusing-pusing Carakerja Haliq.

2. Semua bahasa yang digunakan di dunia ini adalah Bahasa Mahluk (BM). BM ini sesuai untuk mahluk berinteraksi antara satu sama lain, bagi memberikan kefahaman minda, dari apa yang orang lain mahu sampaikan dan juga bagi kita, yang faham kepada sesuatu, untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. BM berevolusi dari tiada kepada banyak, tetapi tidak sampai kepada tahap, sehingga sekarang ini, dapat menceritakan secara tepat (explicit) tentang hakikat Haliq. BM adalah untuk mahluk, sesuai sangat untuk menceritakan hal-hal mahluk.  BM layak untuk dijadikan perantara menceritakan carakerja mahluk. Bagaimana satu mahluk mahu menceritakn zat, sifat dan perbuatan mahluk, dari apa yang diperhatikan, dan kemudian untuk disampaikan kepada mahluk yang lain, bagi tujuan pembelajaran atau pengetahuan, agar kefahaman yang sama timbul. Bagaimanapun ia agar sukar untuk digunakan, bagi menceritakan HAKIKAT Zat, Sifat dan Perbuatan Tuhan. Kita kena terima keadaan ini dahulu, sebelum kita boleh terus menerusakan perbincangan.

3. Bagaimanapun sebagai mahluk, terutama selepas diberikan akal, manusia perlukan kefahaman tentang ketuhanan. Apa lagi yang boleh digunakan, bagi tujuan penyampaian, kalau tidak menggunakan BM. Maka di sinilah timbulnya isu memahlukkan nama Tuhan, bukan pada hakihat tetapi pada penggunaan bahasa yang digunakan untuk tujuan kefahaman. Nama adalah sesuatu yang diberikan bagi mengambarkan sesuatu zat, sifat atau perbuatan. Nama boleh mempunyai persamaan tetapi nama yang sama tidak melambangkan hakikat yang sama. Malah nama yang tidak sama pula, boleh merujuk kepada hakikat atau benda yang serupa. Sebagai contoh hakikat yang dinamakan kambing, itu adalah sekor binatang yang berkaki empat, berjangut, mengembek dan bermacam lagi. Tetapi hakikat kambil yang sama boleh dirujuk dengan pelbagai BM yang berbeza. Kata nama kambing atau goat atau %&^%$ merujuk kepada hakikat binatang yang sama. Maka kefahaman kepada hakikat itu jauh lebih berkepentingan dari kefahaman yang berkisar hanya pada kefahaman nama sahaja.

4. Sebaliknya, kata nama yang sama, tidak mengambarkan atau memaksudkan hakikat yang sama, apabila kita cuba menerangkan sesuatu tentang Tuhan. Kita kata Allah ada, atau wujud pada kata namanya, hakikatnya amat berbeza antara wujudnya mahluk dan wujudnya Haliq. Sekali-kali ia tidak sama pada hakikat. Sama pada nama kerana kita menggunakan BM untuk menerangkan sesuatu tentang Tuhan. Bahasa Mathemetik, Bahasa Musik dan Bahasa Binatang, semuanya juga adalah BM, tetapi ia mempunyai keunikan tersendiri untuk kegunaan yang tersendiri. Bahasa Kucing tidak berubah, walaupun kucing di Europah atau di KL. Bahasa Mathematik (+.-,x …) tidak berubah sebanyak bahasa peranatara yang lain. Mungkin sejajar dengan ini, kalau difahamai betul-betul, adalah lebih layak menceritakan Carakerja Allah dengan Bahasa Mathematik dan Bahasa Sains dari bahasa pertuturan biasa. Dengan itu, keterbatasan BM itu yang menjadikan perbezaan kefahaman antara manusia, dari kata-kata tersurat yang sama.

5. Oleh itu, memahlukkan Allah PADA NAMA DAN TIDAK PADA HAKIKAT, adalah satu keperluan, berdasarkan tiada bahasa lain yang difahami bersama untuk digunakan. Dari satu sudut, pentakwilan dan sebagainaya tidak berlaku pada nama, hanya perlu berlaku pada hakikat, kerana sudah semestinya hakikat keduanya berbeza. Allah berwajah dan mahluk juga berwajah, nama yang sama digunakan untuk menceritakan keduanya, tetapi sudah pasti hakikat keduanya berbeza. Kita tidak takwil pada kata namanya tetapi kefahamannya hakikat yang mewakili nama itu berbeza antara keduanya. Kita terbawa-bawa dengan kefahaman bahawa makna kata nama yang digunakan untuk menerangkan seuatu tentang Allah itu sama dengan pengalaman kita sebagai mahluk. Ini yang menyesatkan. Itu sebenarnya tidak dapat menerima hakikat mahluk dan Haliq itu berbeza, “Laisa kamislihi syai”, Tiada sesuatu yang serupa dengaNya, pada HAKIKAT. Pada nama mungkin sama. Allah ada tangan dan sebagainya, begitu juga mahluk ada tangan dan sebagainya. Sama tapi tak serupa.

6. Semuga kita dapat membincangkan seterusnya berdasarkan kefahaman sama pada nama dan tak sama pada HAKIKAT. Sebab itu pasa Sufi mementingkan Ilmi Hakikat dalam mencari maarifat. Maka timullah kata-kata nama seperti syariat, tariqat, hakikat, maarifat dan hadirat. Jangan ambil terus nama itu sebagai mewakili hakikat yang sama. Label kotak mungkin sama tetapi isi kandungannya tidak. Ibarat orang Kristian hendak menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada Tuhannya, seperti mana kita menggunakan Allah, kalau dibenarkan sekalipun ia tidak melambangkan hakikat yang sama. Penggunaan label seperti Salafi, Asyariah dan sebagainaya juga terdedah kepada pekara yang sama. Rujukan namanya sama tetapi rujukan isinya berbeza. Maka sudah pasti kefahaman kepada hakikat atau apa yang tersirat itu, jauh lebih memberikan makna sebenar dari terus membincangkan sesuatu atas dasar nama sahaja yang sama. Minda kita haru dibuka ke arah memahami hakikat atau ilmu isi dari terus membincangkan ilmu kulit, yang menjadi tajuk utama arus perdana.


S53 Selamat Hari ke 10.

Januari 7, 2009

Sedih mengenangkan Fatah-Hamas, Sunni-Syiah dan juga UMNO-PAS.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.