S54 Memahlukkan nama Allah.

Januari 10, 2009

1. Alhamdullilah, dapat saya melapangkan masa kembali berbicara. Terima kasih kepada Sdr yang membuat saya terdetik untuk memulakannya kembali. Pada awalnya, macam nak sambung cuti penggal kedua, iaitu 2 x 44 hari, sebagaimana Bush memegang Amerika. Bukanlah saya peminat dia untuk jadikan dia sebutan, tetapi tidak juga saya tergamak nak bagi kasut. Banyak cara lain yang boleh dibuat, daripada mengekspressi diri dengan Semangat Buluh Runcing. Susun strategi keilmuan yang mendalam dan patahkan segala ancaman dengan kekuatan kefahaman tentang Carakerja Haliq, sudah pasti kejayaan akan datang bersamanya. Bukan hanya dengan semangat juang sahaja, tanpa kefahaman menyeluruh. Sunahtullah mengatakan kereta kebal tak boleh rosak dibaling dengan batu. Sunatullah mengatakan tak berjaya dengan hanya menggali trowong mengelak dikesan … tetapi Sunahtullah berjanji siapa sahaj yang menggali dan faham  Kitab TarbiahNya (meneliti dan mengkaji Alam) sudah pasti menjadi orang yang berjaya di Dunia dan di Akhirat. Maka sebab itu saya agak sempit dalam pemilihan tajuk perbincangan. Pusing-pusing Carakerja Haliq.

2. Semua bahasa yang digunakan di dunia ini adalah Bahasa Mahluk (BM). BM ini sesuai untuk mahluk berinteraksi antara satu sama lain, bagi memberikan kefahaman minda, dari apa yang orang lain mahu sampaikan dan juga bagi kita, yang faham kepada sesuatu, untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. BM berevolusi dari tiada kepada banyak, tetapi tidak sampai kepada tahap, sehingga sekarang ini, dapat menceritakan secara tepat (explicit) tentang hakikat Haliq. BM adalah untuk mahluk, sesuai sangat untuk menceritakan hal-hal mahluk.  BM layak untuk dijadikan perantara menceritakan carakerja mahluk. Bagaimana satu mahluk mahu menceritakn zat, sifat dan perbuatan mahluk, dari apa yang diperhatikan, dan kemudian untuk disampaikan kepada mahluk yang lain, bagi tujuan pembelajaran atau pengetahuan, agar kefahaman yang sama timbul. Bagaimanapun ia agar sukar untuk digunakan, bagi menceritakan HAKIKAT Zat, Sifat dan Perbuatan Tuhan. Kita kena terima keadaan ini dahulu, sebelum kita boleh terus menerusakan perbincangan.

3. Bagaimanapun sebagai mahluk, terutama selepas diberikan akal, manusia perlukan kefahaman tentang ketuhanan. Apa lagi yang boleh digunakan, bagi tujuan penyampaian, kalau tidak menggunakan BM. Maka di sinilah timbulnya isu memahlukkan nama Tuhan, bukan pada hakihat tetapi pada penggunaan bahasa yang digunakan untuk tujuan kefahaman. Nama adalah sesuatu yang diberikan bagi mengambarkan sesuatu zat, sifat atau perbuatan. Nama boleh mempunyai persamaan tetapi nama yang sama tidak melambangkan hakikat yang sama. Malah nama yang tidak sama pula, boleh merujuk kepada hakikat atau benda yang serupa. Sebagai contoh hakikat yang dinamakan kambing, itu adalah sekor binatang yang berkaki empat, berjangut, mengembek dan bermacam lagi. Tetapi hakikat kambil yang sama boleh dirujuk dengan pelbagai BM yang berbeza. Kata nama kambing atau goat atau %&^%$ merujuk kepada hakikat binatang yang sama. Maka kefahaman kepada hakikat itu jauh lebih berkepentingan dari kefahaman yang berkisar hanya pada kefahaman nama sahaja.

4. Sebaliknya, kata nama yang sama, tidak mengambarkan atau memaksudkan hakikat yang sama, apabila kita cuba menerangkan sesuatu tentang Tuhan. Kita kata Allah ada, atau wujud pada kata namanya, hakikatnya amat berbeza antara wujudnya mahluk dan wujudnya Haliq. Sekali-kali ia tidak sama pada hakikat. Sama pada nama kerana kita menggunakan BM untuk menerangkan sesuatu tentang Tuhan. Bahasa Mathemetik, Bahasa Musik dan Bahasa Binatang, semuanya juga adalah BM, tetapi ia mempunyai keunikan tersendiri untuk kegunaan yang tersendiri. Bahasa Kucing tidak berubah, walaupun kucing di Europah atau di KL. Bahasa Mathematik (+.-,x …) tidak berubah sebanyak bahasa peranatara yang lain. Mungkin sejajar dengan ini, kalau difahamai betul-betul, adalah lebih layak menceritakan Carakerja Allah dengan Bahasa Mathematik dan Bahasa Sains dari bahasa pertuturan biasa. Dengan itu, keterbatasan BM itu yang menjadikan perbezaan kefahaman antara manusia, dari kata-kata tersurat yang sama.

5. Oleh itu, memahlukkan Allah PADA NAMA DAN TIDAK PADA HAKIKAT, adalah satu keperluan, berdasarkan tiada bahasa lain yang difahami bersama untuk digunakan. Dari satu sudut, pentakwilan dan sebagainaya tidak berlaku pada nama, hanya perlu berlaku pada hakikat, kerana sudah semestinya hakikat keduanya berbeza. Allah berwajah dan mahluk juga berwajah, nama yang sama digunakan untuk menceritakan keduanya, tetapi sudah pasti hakikat keduanya berbeza. Kita tidak takwil pada kata namanya tetapi kefahamannya hakikat yang mewakili nama itu berbeza antara keduanya. Kita terbawa-bawa dengan kefahaman bahawa makna kata nama yang digunakan untuk menerangkan seuatu tentang Allah itu sama dengan pengalaman kita sebagai mahluk. Ini yang menyesatkan. Itu sebenarnya tidak dapat menerima hakikat mahluk dan Haliq itu berbeza, “Laisa kamislihi syai”, Tiada sesuatu yang serupa dengaNya, pada HAKIKAT. Pada nama mungkin sama. Allah ada tangan dan sebagainya, begitu juga mahluk ada tangan dan sebagainya. Sama tapi tak serupa.

6. Semuga kita dapat membincangkan seterusnya berdasarkan kefahaman sama pada nama dan tak sama pada HAKIKAT. Sebab itu pasa Sufi mementingkan Ilmi Hakikat dalam mencari maarifat. Maka timullah kata-kata nama seperti syariat, tariqat, hakikat, maarifat dan hadirat. Jangan ambil terus nama itu sebagai mewakili hakikat yang sama. Label kotak mungkin sama tetapi isi kandungannya tidak. Ibarat orang Kristian hendak menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada Tuhannya, seperti mana kita menggunakan Allah, kalau dibenarkan sekalipun ia tidak melambangkan hakikat yang sama. Penggunaan label seperti Salafi, Asyariah dan sebagainaya juga terdedah kepada pekara yang sama. Rujukan namanya sama tetapi rujukan isinya berbeza. Maka sudah pasti kefahaman kepada hakikat atau apa yang tersirat itu, jauh lebih memberikan makna sebenar dari terus membincangkan sesuatu atas dasar nama sahaja yang sama. Minda kita haru dibuka ke arah memahami hakikat atau ilmu isi dari terus membincangkan ilmu kulit, yang menjadi tajuk utama arus perdana.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.