S58 Salam ingat.

Januari 19, 2009

Pak Din January 19th, 2009 at 12:08 pm

Salam ingat,

1.

so, pada saya tak perlulah semua aktif dalam berpersatuan, perlu jugak ada golongan yang menumpukan kepada pelajaran. tak perlulah nak kecoh2 dan marah2 sebab orang yang nak menuntut ilmu tak nak join persatuan.

Perlu kita beringat bila kita menyentuh tentang pelajaran, maka ia melibatkan pelajar, tuntut, menuntut, (tolib, toliban), didik, didikan dan yang setara dengannya. Belajar adalah subset kepada pendidikan. Abang besar kepada belajar adalah menuntut. Tuntut, sudah pasti selalu dikaitkan dengan hak (macam-macam), maka menuntut memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dalam sistem pendidikan.

2. Tadika (pelbagai singkatan), Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) menawarkan didikan awal kepada pelajar, sebagai memenuhi syarat pertama di dalam mencapai tujuan mendapat didikan. Ibarat keperluan memahami ABC, kemudian suku kata, perkataan, ayat dan seterusnya karangan. Tanpa alat perhubungan, sesuatu idea dan ilham yang dianugerahkan Tuhan kepada kita, tidak dapat kita sampaikan kepada orang lain dengan cara yang berkesan. Maka T-SR-SM memberikan peluang untuk pelajar belajar di dalam sistem pendidikan bagi menyediakan alat yang akan digunakan dalam menyampaikan karangan idea seseorang insan. Tidak dinafikan adanya pengasahan element lain seperti kepercayaan, pembuktian, kesetiaan, kepintaran dan sebagainya, tetapi asasnya adalah penggunaan alat perbunungan.

3. Jangan disempitkan pula penafsiran, sehinggakan hanya itu sahaja yang dididik semasa T-SR-SM. Sesetengah pehak mengutamakan pembenaan kepercayaan semata-mata, tanpa mahu menabur benih asas pembuktian dan pengkajian. Sesetengah pehak pula terbawa dengan hanya pembuktian sahaja disamping didikan asas mendapat kemahiran menggunakan alat perhubungan. Sesetengah pehak mengutamakan ciri tersendiri berdasarkan pengalaman mereka sahaja, tanpa mahu mendedahkan didikan kepada penciptaan sesuatu yang baru. Pada mereka, pencapaian mereka adalah kejayaan, semua penciptaan baru adalah sesuatu yang tidak diperlukan. Ini membahayakan dalam sistem pendidikan.

4. Keluar dari tahap tertinggi SPM untuk memasuki IPT, pelajar sepatutnya telah mengetahui perbezaan belajar dan menuntut. Belajar hanya menunggu curahan ilmu yang diberikan oleh silibus pelajaran, sementara menutut memerlukan seseorang pelajar itu mencari lebih dari apa yang telah diberikan. Kalau ia terus mengharapkan sistem untuk memberikan keperluan pengetahuan, di situ sahaja telah terlihat kepincangan sistem didikan awal yang telah dilakukan. Hasilnya adalah seperti yang dirumuskan oleh Ustaz, di dalam pencerahan artikelnya kali ini, yang saya rangkumkan sebagai “berkerjasama, dan bukan kerja sama-sama”.

5. Jihad adalah kesungguhan menjalankan sesuatu. Pemyempitan takwilnya yang menjadikan ia sinonim dengan keganasan Muslim. Ya, kita tidak menentang keperluan berjihad, tetapi bagaimana mereka berjihad menentang keperluan, jangan disempitkan tafsiran perjuangan dengan kata-nama jihad. Jihad juga perlu dalam melaksanakan konsep berkerjasama, bukan hanya berjihad dan berkerja sama-sama menentang apa yang disempitkan sebagai keperluan. Ketiga-kita bidang yang diutarakan Ustaz memerlukan jihad, dan pincang salah satu jihad akan menyebabkan pincang seluruh jihad ke arah mencapai Jihad Fi Sabil LilLah.

6. Berpersatuan adalah sebahagian dari sistem pendidikan. Berpelesiran adalah bukan dari sistem pendidikan. Berpelesiran dalam berpersatuan ini yang selalu menjadi duri dalam daging. Malah berpelesiran di luar persatuan juga tidak kurang menjadi pilihan kurang bijak siswa, kerana pada mereka perpersatuan adalah kerja sia-sia. Dalam semua pekara ibadah kita perlukan jihad, atau kesungguhan. Berpersatuan yang banyak berpelesiran (bukan sahaja kerana isu darah muda siswa siswi) tetapi merangkumi segala yang tidak mendatang kesungguhan. Berpersatuan yang hanya mementingkan semangat sendiri, berpersatuan yang hanya mementingkan kepercayaan, berpersatuan yang tidak mendatang keterbuakan dan sebagainaya adalah semua merupakan pelesiran.

[Reply]

Pak Din reply on January 19th, 2009 6:42 pm:

@Pak Din, Hilang? (salah command) pulak tanda quote yang patut ada di perenggan atas bahagian no 1, yang saya quote dari persatuan_dakwah, komen no 3, dua perenggan dari bawah. Maaf dipinta.


S57 Salam hempuk? …

Januari 19, 2009

Maaf ya … macam biasa, tang ejaan memang serupa.

7. Pada ketika itu, itulah akalnya. Kemenangan adalah untuk ibubapa (kerajaan-pembangkang). Bukan untuk ibu, kerana mengandungkannya, atau bukan untuk bapa kerana menjadi ketua keluarga. Bila tiba soal kepimpinan, jangan sekali-kali kita ajar anak-anak untuk mengambil side kepada ibu atau bapa, hanya sepatutnya side ibubapa. Memang seakan sama tapi tak serupa. Kemenangan ibubapa adalah gabungan leteran dan ungkapan dari kedua, dari cara yang mungkin riuh rendah (yang kurang diplomasinya)sehinggalah yang mungkin bersuara manja, hasilnya adalah satu arah resultant dari kedua vektor (parallelogram law). Maka kelebihan 3000 undi adalah pekara kedua, yang utama melihat kelebihan fakta dalam berfatwa semasa berkempen. Yang tergelincir faktanya kita jadikan petua orang tua-tua.

Akak rasa Imad tu dah terasa dia akan dapat adik, statement mak2 macam tulah, takde kajian saintifik le pula…ni yg Pak Din marah ni, cakap tak guna fakta.

[Reply]

Pak Din reply on January 19th, 2009 9:14 am:

@Kak Ija, ” … dok eh!”

Saya memang “tenggelam timbul”, tapi tak “masuk gol”.

Pantun dua kerat, ala orang Melaka bila lama tak jumpa!

Maaf ya orang Melaka … “Laahabau, lahaanat ….” Terkejut saya mendengarnya pertama kali kena.

[Reply]

#11 Pak Din
on Jan 18th, 2009 at 4:38 pm
Salam hempuk,

1. Dapat saya bayangkan remuknya hati dari hempukan itu. Baru tiga minggu dan hasil dari keringat entah berapa tahun, untuk mendapatkannya. Atau berkemungkinan ada ansuran ang perlu dibayar seterusnya. Tapi apa kan daya, ketika ia berlaku kita sebagai ibubapa tak sempat meletakkan minda kita dalam minda dia (Imad). Dengan akal yang ada padanya, sudah pasti itulah yang terbaik kepada untuk dilakukan, bertindak balas kepada persekitaran. Itulah terbaik. Samada kita menenangkan suasa dengan mengatakan dia belum cukup akal, hakikatnya akalnya sangat cukup dan telah ditentukan pada kadar itu, pada waktu pekara berlaku.

2. Saya baru beli kereta dengan ansuran, ketika baru mula bekeluarga, dulu. Kegirahan anak kecil balik dari Tadika, belajar melukis, terserlah apabila dia memikirkan dinding keretapun boleh diladikan tempat melukis. Bila ditanya siapa yang membuatnya, dengan keadaan sudah pasti hendak marah, yang membuat mengakunya. Alhamdullilah … bila ada beberapa anak, kadang-kadang mereka berpakat tak nak beritahu siapa buat. Lepas menyedari ia adalah satu kesalahan. Mendengar ada yang mengaku, reda sedikit dan dengan hasrat memenuhkan diplomasi, saya tanya tindakan yang sepatutnya dibuat bagi menghilangkannya. Alangkan terperanjat, mendapati cara menghilangkannya ialah menggunkan berus penggosok periok berbesi.

3. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Patutkah kita hairan dengan keadaan begitu? Tahap akal manusai berkemabng dari tiada kepada ada. Dari ada secara baligh syarie kepada ada secara baligh hakiki. Tak semua orang boleh mencapai tahap akal yang sama. Yang cenderung kepada sains mengasahnya untuk membuktikan kepercayaan, sementara yang cenderung kepada agama mengambil pendekatan “samikna waatokna”, kami dengan dan kami patuh. Dari masa ke semasa berevolusilah menjadi dua perbezaan ketara. Walau apa kita lakukan, dengan definasi ceramah berjela, pada ketiaka itu, itulah saha tahap akalnya. Ya … memang kita rasa, apalah susah sangat nak menerima, mereka tak apa-apa, yang menyampai yang selalunya merana.

4. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Berbaris kereta kebal dihantarnya. Mereka memulakan menghantar letupan (bom segala jenis), kita bertindak balas dengan menghantar leteran (resolusi segala jenis). Ada yang bersemangat waja (lebih keras dari besi kereta kebal) mengambil batu dan menghantar semangatnya. Pada ketika itu, itulah saja tahap akalnya. Maka berterusanlah meningkat angka statistik mengira. 22 hari score 1133 dengan yang tercedera tak terkira. (Yang cedera sakit anggota tak kurang 5000, tetapi yang cedera sakit hati, tak terkira). Tapi ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Membisu seribu bahasa, Liga Arab, 22 semuanya. Bila bersuara berkecamuk suasana jadinya.

5. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. ‘Beragama tanpa Tuhan’ itu kata kita. Akal mereka mengatakan Tuhan merekalah yang paling sempurna. Tak cukup dengan Tuhan mereka, yang menyampaikan risalah ketuhanan mereka, mereka anggap seolah dewa. Terima sahaja apa yang dikata, tanpa mahu menyesuaikan dengan keadaan suasana. Tanpa perlu ada usul periksa. Seperti terjadi kepada Nabi Isa. Jesus tak salah, yang salah yang mendewakannya. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. Malangnya apa yang berlaku seakan serupa, mereka ikut ajaran ‘agama’ bukan mencari Yang Maha Pencipta.

6. Ketika itu, itulah akalnya. Hanya kerana tak buka minda. Terlalu taksub mengikut kata, dalam beragama jangan banyak tanya. Allah terima permintaan mereka. Diberi Kitab Alam tidak dihiraukannya, apatah lagi membaca. Bukan tak faham apa yang tersirat di dalamnya, tetapi kerana, lebih senang menutup minda. Nak ikut petua, mesti ikut petua yang ada fakta, barulah ia menjadi fatwa. Kalau ikut petua yang kekurangan fakta (saintifiknya) maka hanya menjadi burung kakak tua. Pada ketika itu akalnya serupa. Selagi manusia taksub beragama dengan hanya mengikut syariatnya, tapi melupakan fakta saintifiknya. Alangkah ruginya, ketika itu, itulah akannya, lalu kemudian tertutup mata.

[Reply]

hanekaseyo reply on January 18th, 2009 8:18 pm:

@Pak Din- menarik,pak din.banyak dasar-dasar pendapat yang beharga.

[Reply]

Abu Saif reply on January 18th, 2009 9:03 pm:

@Pak Din, Assalamualaikum WBT. Salam hempuk kembali…

Terima kasih. Saya rindu nak membaca komen Pak Din. Ada sisi lonely saya di SIO ni bila Pak Din lama menyepikan diri.

Moga tahun 2009 lebih terisi dengan pencerahan-pencerahan yang menarik keluar Muslim dari terus berilusi…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.