Maaf ya … macam biasa, tang ejaan memang serupa.
7. Pada ketika itu, itulah akalnya. Kemenangan adalah untuk ibubapa (kerajaan-pembangkang). Bukan untuk ibu, kerana mengandungkannya, atau bukan untuk bapa kerana menjadi ketua keluarga. Bila tiba soal kepimpinan, jangan sekali-kali kita ajar anak-anak untuk mengambil side kepada ibu atau bapa, hanya sepatutnya side ibubapa. Memang seakan sama tapi tak serupa. Kemenangan ibubapa adalah gabungan leteran dan ungkapan dari kedua, dari cara yang mungkin riuh rendah (yang kurang diplomasinya)sehinggalah yang mungkin bersuara manja, hasilnya adalah satu arah resultant dari kedua vektor (parallelogram law). Maka kelebihan 3000 undi adalah pekara kedua, yang utama melihat kelebihan fakta dalam berfatwa semasa berkempen. Yang tergelincir faktanya kita jadikan petua orang tua-tua.
Akak rasa Imad tu dah terasa dia akan dapat adik, statement mak2 macam tulah, takde kajian saintifik le pula…ni yg Pak Din marah ni, cakap tak guna fakta.
[Reply]
Pak Din reply on January 19th, 2009 9:14 am:
@Kak Ija, ” … dok eh!”
Saya memang “tenggelam timbul”, tapi tak “masuk gol”.
Pantun dua kerat, ala orang Melaka bila lama tak jumpa!
Maaf ya orang Melaka … “Laahabau, lahaanat ….” Terkejut saya mendengarnya pertama kali kena.
[Reply]
#11 Pak Din
on Jan 18th, 2009 at 4:38 pm
Salam hempuk,1. Dapat saya bayangkan remuknya hati dari hempukan itu. Baru tiga minggu dan hasil dari keringat entah berapa tahun, untuk mendapatkannya. Atau berkemungkinan ada ansuran ang perlu dibayar seterusnya. Tapi apa kan daya, ketika ia berlaku kita sebagai ibubapa tak sempat meletakkan minda kita dalam minda dia (Imad). Dengan akal yang ada padanya, sudah pasti itulah yang terbaik kepada untuk dilakukan, bertindak balas kepada persekitaran. Itulah terbaik. Samada kita menenangkan suasa dengan mengatakan dia belum cukup akal, hakikatnya akalnya sangat cukup dan telah ditentukan pada kadar itu, pada waktu pekara berlaku.
2. Saya baru beli kereta dengan ansuran, ketika baru mula bekeluarga, dulu. Kegirahan anak kecil balik dari Tadika, belajar melukis, terserlah apabila dia memikirkan dinding keretapun boleh diladikan tempat melukis. Bila ditanya siapa yang membuatnya, dengan keadaan sudah pasti hendak marah, yang membuat mengakunya. Alhamdullilah … bila ada beberapa anak, kadang-kadang mereka berpakat tak nak beritahu siapa buat. Lepas menyedari ia adalah satu kesalahan. Mendengar ada yang mengaku, reda sedikit dan dengan hasrat memenuhkan diplomasi, saya tanya tindakan yang sepatutnya dibuat bagi menghilangkannya. Alangkan terperanjat, mendapati cara menghilangkannya ialah menggunkan berus penggosok periok berbesi.
3. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Patutkah kita hairan dengan keadaan begitu? Tahap akal manusai berkemabng dari tiada kepada ada. Dari ada secara baligh syarie kepada ada secara baligh hakiki. Tak semua orang boleh mencapai tahap akal yang sama. Yang cenderung kepada sains mengasahnya untuk membuktikan kepercayaan, sementara yang cenderung kepada agama mengambil pendekatan “samikna waatokna”, kami dengan dan kami patuh. Dari masa ke semasa berevolusilah menjadi dua perbezaan ketara. Walau apa kita lakukan, dengan definasi ceramah berjela, pada ketiaka itu, itulah saha tahap akalnya. Ya … memang kita rasa, apalah susah sangat nak menerima, mereka tak apa-apa, yang menyampai yang selalunya merana.
4. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Berbaris kereta kebal dihantarnya. Mereka memulakan menghantar letupan (bom segala jenis), kita bertindak balas dengan menghantar leteran (resolusi segala jenis). Ada yang bersemangat waja (lebih keras dari besi kereta kebal) mengambil batu dan menghantar semangatnya. Pada ketika itu, itulah saja tahap akalnya. Maka berterusanlah meningkat angka statistik mengira. 22 hari score 1133 dengan yang tercedera tak terkira. (Yang cedera sakit anggota tak kurang 5000, tetapi yang cedera sakit hati, tak terkira). Tapi ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Membisu seribu bahasa, Liga Arab, 22 semuanya. Bila bersuara berkecamuk suasana jadinya.
5. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. ‘Beragama tanpa Tuhan’ itu kata kita. Akal mereka mengatakan Tuhan merekalah yang paling sempurna. Tak cukup dengan Tuhan mereka, yang menyampaikan risalah ketuhanan mereka, mereka anggap seolah dewa. Terima sahaja apa yang dikata, tanpa mahu menyesuaikan dengan keadaan suasana. Tanpa perlu ada usul periksa. Seperti terjadi kepada Nabi Isa. Jesus tak salah, yang salah yang mendewakannya. Pada ketia itu, itulah sahaja tahap akalnya. Malangnya apa yang berlaku seakan serupa, mereka ikut ajaran ‘agama’ bukan mencari Yang Maha Pencipta.
6. Ketika itu, itulah akalnya. Hanya kerana tak buka minda. Terlalu taksub mengikut kata, dalam beragama jangan banyak tanya. Allah terima permintaan mereka. Diberi Kitab Alam tidak dihiraukannya, apatah lagi membaca. Bukan tak faham apa yang tersirat di dalamnya, tetapi kerana, lebih senang menutup minda. Nak ikut petua, mesti ikut petua yang ada fakta, barulah ia menjadi fatwa. Kalau ikut petua yang kekurangan fakta (saintifiknya) maka hanya menjadi burung kakak tua. Pada ketika itu akalnya serupa. Selagi manusia taksub beragama dengan hanya mengikut syariatnya, tapi melupakan fakta saintifiknya. Alangkah ruginya, ketika itu, itulah akannya, lalu kemudian tertutup mata.
[Reply]
hanekaseyo reply on January 18th, 2009 8:18 pm:
@Pak Din- menarik,pak din.banyak dasar-dasar pendapat yang beharga.
[Reply]
Abu Saif reply on January 18th, 2009 9:03 pm:
@Pak Din, Assalamualaikum WBT. Salam hempuk kembali…
Terima kasih. Saya rindu nak membaca komen Pak Din. Ada sisi lonely saya di SIO ni bila Pak Din lama menyepikan diri.
Moga tahun 2009 lebih terisi dengan pencerahan-pencerahan yang menarik keluar Muslim dari terus berilusi…
Januari 19, 2009 at 10:20 am |
Sunday, 11 January 2009
London UK, 11 January 2009 – While the British government has been selling arms used in Israel’s latest terrorist acts, as a cynical face-saving attempt at PR, the Foreign and Commonwealth Office (FCO) has sent emails of quotes made by Foreign Secretary David Miliband to local councils and Muslim community organisations. There have even been suggestions that these be read in mosques, in violation of the government’s own preference to keep politics away from religious centres.
http://www.hizb.org.uk/hizb/press-centre/press-release/uk-government-guilty-of-aiding-the-preparation-and-commission-of-israeli-terrorism.html
Bukan saya tak mengakui kesalahan mereka, tetapi jangan kita menutupi kesalahan kita dengan kesalahan mereka. Untuk tujuan motivasi, ya …. kita pandang ke atas (untuk menambah semangat) TETAPI untuk tujuan muhasabah, tak boleh pandang ke atas, kena pandang ke bawah, “Apakah kesalahan yang kita lalukan, menyebabkan mereka berkesempatan melakukan kesalahan mereka?”
Januari 19, 2009 at 6:32 pm |
Pak Din January 19th, 2009 at 4:23 pm
“Perjalanan kali ini merupakan perjalanan yang lulus dari segi Fiqh, tetapi batil dari segi akhlaknya.”
Kehendak kita selalu mencari jalan untuk memungkinkan sesuatu pembaharuan. Secara dasarnya tidak dinafikan kewajiban mematuhi kata-kata Emah dan Bapak, tetapi fikirkan dalam-dalam bahawa segala peraturan (termasuk yagn termaktub di dalam AQ?) adalah hasil dari kesalahan. Saya menekankan pada anak-anak kesalahan pertama yang tidak berulang itu, tidak mengundang katerori kesalahan. Agak sensitif … tetapi di situ terletak fungsinya akal, untuk membuat pertimbangan.
http://saifulislam.com/?p=3177#comment-42705
Pak Din reply on January 19th, 2009 3:49 pm:
@Abu Saif, Kita sama-sama usahakan yang terbaik, insyaAllah. Sebagai Jurutera, tugas diajar adalah mencadangkan perubahan, tetapi bila yang terlibat adalah kepercayaan, ia adalah perubahan yang susah. Jadi kedua terbaik yang boleh dicadang adalah penserasian, antara kepercayaan dan pembuktian. Semuga dapat saya mencungkil idea-idea kecil yang terselit diminda. Tak pasti di fasa kedua 77 minggu ini, berapa banyak dapat dikeluarkan, tetapi yang penting saya sentiasa membuka minda dan agak sepi semasa menyepikan diri dari SIO, kerana kesibukan (’entah apa-apa’) lain.
http://saifulislam.com/?p=4511#comment-42704