Perbincangan di MASHAREF
1. Selamat sejahtera ke atas semua (SSAS). Lama tak mengunjungi blog yang berharga ini. Terutama bila difikirkan penulis-penulisnya bekerja keras cuba memahami isu-isu penserasian antara percaya dan bukti. Maaf kalau saya terlalu banyak memelayukan terma Arab yang sudah pasti selalunya membawa jangkauan yang berbeza. Itu juga termasuk dalam proses penserasian, jangkauan terma Arab dan jangkau terma Melayu. Saya berdasarkan kepada fakta bahawa kita perlu mengutamakan pengislaman daripada terus berligar pada isu pengaraban pegangan akidah, walaupun tidak dinafikan ‘budaya jiwa bangsa’ atau diterjemahkan di satu sudut, Agama Islam itu pesat berkembang ketika berada di Budaya Arab. Jadi tak kira akar ataupun rotan, yang penting Allah tidak berbangsa Arab, jauh sekali berbangsa Melayu. Maka saya setuju, pembukaan awal, “Justeru tulisan ini lebih berhasrat kepada membuka persoalan dan anggaplah ia sebagai satu lontaran awal.”
2. ‘Ala fi kull li hal. “Penyelarasan antara agama dan falsafah atau naqal dan akal telah menjadi gagasan pemikiran kepada ahli-ahli falsafah agama semenjak dahulu sehinggalah ke zaman ini.” Ilmu berkembang, bukan kerana Carakerja Allah berubah, tetapi kerana akal atau minda manusia masih terus berkembang dan berevolusi. “Tidak sekali-kali engkau dapat Sunatullah itu berubah”, tidak seperti Syariah Allah untuk menusia, yang telah berubah mengikut kesesuaian tempat dan masa. Empat Kitab dan tiga suhuf, yang merangkumi Syariat bebeza, telah diturunkan kepada manusia sepanjang zaman bagi menerangkan satu objektif utama, iaitu Tauhid atau Keesaan Allah. Ketujuh-tujuhnya berbeza bahasa untuk kaum yang berbeza. Dengan penurunan Al Quran, sebagai penutup Kitab, semua yang terdahulu dirangkum di dalamnya. Al Quran pula yang jelas kandungannya, terdiri dari peringatan berbentuk Mahkamat disamping peringatan berbentuk Mutasyabihat. Kandungan utamanya tidak berubah dalam pekara dasar mentauhidkan Allah dan menerangkan tidak berubahnya Sunnah Allah.
3. Falsafah berkembang dengan minda manusia. Dari membaca AQ, manusia yang disaran berfikir, terus mencari perincian tentang tanda-tanda yang dikemukakan di dalam AQ. Akhirnya mereka yang berfikir ini menjadi Ulil Al Baab, iaitu menghubung-kaitkan bahawa segala kejadian-kejadian dan pekara-perkara yang berlaku, tidak lain dan tidak bukan, adalah merupakan tanda-tanda kehadiran kekuasaan dan tenagaNya, yang ditajjalikan di Alam ini. Jangan sekali-kali difikirkan tentang hakikat ZatNya, kerana akal tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannya sebagaimana saranan dari AQ, tetapi kehadiran bekas kewujudan ZatNya sangat sesuai untuk difikirkan manusia. Tidak lain dan tidak bukan itulah tujuannya akal diberikan kepada manusia, agar dapat memikirkan tentang kehadiranNya, dalam bentuk tenagaNya di Alam ini. Zat Allah tidak berada di dalam Alam ini, kerana segala yang ada di alam ini adalah merupakan mahluk. Tetapi ketahuilah tanda-tanda kewujudan ZatNya dapat dirasai dan cerap oleh manusia melalui segala apa yang berlaku di Alam ini.
4. Dengan berkembangnya akal manusia, falsafah yang tadinya hanya berdasarakan kepada pengalaman semata-mata, difikirkan perlu pembaharuan, dan akhirnya timbul apa yang kita namakan Ilmu Sains, secara umumnya. Ilmu sains adalah tidak lain dari berasaskan falsafah dengan perbezaan bahawa segala apa yang dikemukakan sebagai dari sumber falsafah (yang asalnya pengilhamannya adalah bersumberkan Kitab-kitab Allah) menjadi hanya diterima, sekiranya ada pembuktian secara empirikal. Doktrin ini yang menjadikan ilmu sains itu sebagai alat yang terbukti baik untuk dijadiakn sebagai ilmu alat bagi mengenepikan kelemahan manusia dengan hanya berfalsafah. Bukan kita hendak mengenepikan kepentingan falsafah, tetapi perkembangan asal falsafah dulu, kepada falsafah modern (Ilmu Sains), menjadikan kepentingan menyelarasakan permikiran dan kepercayaan hanya selepas adanya pembuktian. Ia tidak menolak kepentingan kehadiran AQ sebagai Kitab Panduan asas. Ulul Al Baab, menggunakan pintu AQ untuk keluar mencari perincian kepada apa sahaja tanda-tanda awal (tanpa perincian) yang disebutkan di dalam AQ.
5. Jangan dipertikai persoalan bahawa apa yang disebutkan AQ sebagai qat’i (pasti). Yang perlu diingatkan ialah yang pasti itu di dalam bentuk tanda-tanda (signs), bukan dalam bentuk ilmu sains (terperinci). Kalau AQ terpaksa membawakan ilmu sains, maka penurunannya akan mengambil masa yang sangat lama, dan yang paling penting, adakah kehadiran minda mansuia ketiaka itu sedia menerimanya?
“[contoh dulu orang kata al-Quran tidak benar dalam bab matahari beredar. Sebab sains pada masa itu menemui kesimpulan bahawa bumi yang beredar mengililingi matahari. Kepercayaan lama bahawa matahari yang turun naik –mengelilingi bumi- sebab secara kasar begitulah yang kita dapat lihat. Tetapi setelah berlalunya masa, barulah saintis menemui kesimpulan bahawa matahari juga beredar pada orbitnya yang tersendiri. Dan bila semak semula ayat al-Quran tersebut, maka sahlah petunjuk nas dalam bab ini.]“
Inilah yang membezakan falsafah dulu dan Ilmu Sains (falsafah modern). Pemikiran manusia dahulu (termasuk ‘saintis’nya ketika itu) adalah berdasarkan kepada percaya semata-mata kerana kemajuan peralatan belum mengizinkan mereka membuat pembuktian.
6. Sekarang ini kekuatan akal manusia, sudah pasti sumber ilhamnya datang dari Allah juga, telah mengizinkan saintis sekarang mereka-cipta alat yang lebih canggih untuk menjadi alat menjalankan pembuktian. Maka sudah sampai masanya, displin Ilmu Sains itu diubah ke tahap yang lebih tinggi piawaiannya. Segala yang tidak dapat dibukti dengan cara empirikal, tidak dapat diterima sebagai ilmu sains (falsafah modern). Tiada sesuatu yang boleh berdasarkan kepada HANYA kepercayaan, ia mesti boleh dibuktikan, melainkan sesuatu yang disaran oleh Kitab Panduan sebagai bukan untuk difikirkan, iaitu kewujudan Zat Allah. Tetapi tidak bermakna, tanpa kajian terus kepada Zat Allah menjadikan kita tidak dapat membuktikan kewujudan Allah secara empirikal. Itulah canggihnya ilmu sains, yang perlu diserasikan dengan pegangan kita.
Dikirim oleh Pak Din 31