S64 Salam niaga.

Januari 25, 2009

Pak Din January 24th, 2009 at 11:15 am

Salam niaga,

1. Tahniah kepada Ustaz, bukan sahaja kerana kejayaan Ustaz membawa motto ‘Erti hidup untuk memberi’, tetapi lebih bangga adalah cara membawanya sekarang ialah dengan tidak ‘makan gaji’. Ditambah lagi keputusan dibuat ketika bersin Amerika membuatkan Dunia demam (krisis ekonmi). Saya sokong sepenuhnya tindakan yang diambil berdasarkan kepada “yakin bekerja sendiri dengan semangat, perancangan, dan ilmu perniagaan yang dipelajari, ia seharusnya menjadi keputusan yang berbentuk peningkatan, bukan mengundur ke belakang.” Saya juga yakin dengan ketabahan, kecekalan dan keushawanan Ustaz, jelas kelihatan kejayaan besar menunggu di hadapan, seperti mana pernah dilakukan oleh beberapa pendakwah yang lain.

2. Peringatan Nabi junjungan saw kita ialah bahawa perniagaan itu merupakan 90% dari sumber rezeki. Al Quran juga membayangkan fakta bahawa kita sebagai manusia, yang diberikan akal, sedang berniaga dengannya. Kedua-duanya, berniaga sesama manusia dan berniaga dengan Allah memerlukan modal, antara yang terpenting ialah modal insan, dengan akalnya tadi, sepatutnya mengolah keadaan agar suasana perniagaan membolehkan pekerjaannya dilakukan dengan jayanya. Ciri-ciri kejayaan telah ditentukan Allah di dalam Qodo’ dan QadarNya, tugas kita dengan ilmu hanya mengenal-pasti, alat (QQ) terbaik, bagi memastikan limpahan hasil terbaik dariNya. Maka pilihan itu sentiasa di tangan kita, bagi menentukan berjaya atau tidak berjaya.

3. Dilihat secara keperluan modal, nilai harta jasmani (kewangan) yang diperlukan untuk usahawan perundingan (consultancy) adalah antara yang terendah di dalam perniagaan. Ini adalah kerana, perundingan mengambil harta intelek (keilmuan) sebagai bahan untuk dimuamalahkan, agak janggal untuk disebut sebagai diniagakan. Keilmuan dalam mengolah cara terbaik untuk mencapai kehidupan yang sempurna, itulah yang menjadi bahan utama. Mungkin ada yang berpendapat bahawa sistem pendidikan biasa juga melaksanakan pekara yang serupa, tetapi disitulah terdapatnya ’serupa tapi tak sama’. Pendidikan biasa tidak memaparkan stretegi yang ketara, sementara melalui perundingan ia boleh disampai dengan lebih berjaya.

4. Kalau berniaga dengan Allah sekalipun kita mengharapkan element keuntungan, saya kira tidak ketara kalau dikatakan perniagaan sesama manusia juga mengharapkan element asas yang sama. Bukan keuntungan itu yang menjadi ukuran kita memulakan perniagaan, tetapi dapat bersama melaksanakan pertukaran bahan itu yang lebih utama. Kalau perniagaan lama melibatkan pertukaran garam dan gula, tiada salahnya perniagaan kini melibatkan idea dan poket kita. Dalam pengurusan pertukaran tersebut, yang kita rujuk sebagai berniaga, sudah pasti sudah pasti pengurusan segalanya memerlukan sumber, berbentuk tenaga dan apa yang ada di poket kita. Berapa banyak kita hendak mengautnya untuk kita yang akan menjadi ukuran kepada keikhlasan kita dalam berniaga.

5. Kadang-kadang kegagalan dikalangan kita, disebabkan kemalangan jiwa. Jiwa yang berniaga berbelah bagi mencari nilai keikhlasan yang sepatutnya. Ambil lebih sedikit keuntungan, nanti apa orang kata. Terutama bila yang kita niagakan itu adalah idea dalam beragama. Atau mencari Empunya Agama. Delima jadinya, ketiaka cuba mengaihkan yang terbaik untuk kita dan untuk masyarakat kita. Orang yang tidak terlibat dengan nilai Islam tidak pernah mengira delima tersebut, kerana pada mereka, keuntungan adalah segalanya, walaupun apa perlu dilakukan. Maka jiwa beniaga yang bertembung dengan delima ini yang perlu dibendung dari mula. Kekadang sehingga terpaksa menyumbat telinga, dari bedilan peluru apa orang kata.

6. Semuga SIO, STC, HAJ (Ustaz le tu!) berbahagia dalam menempuh alam berniaga bersama keluarga. Tak le sangat “Bekerja sendiri memberikan banyak ruang yang fleksibel kepada diri saya dari segi masa dan mobiliti diri.”, pada hemat saya. Indah khabar dari rupa. Kita hanya bertukar makan gaji dengan Tuan, kepada makan gaji dengan Tuhan. Apa bezanya? Tapi memang ada kebenarannya, kalau tepat dengan caranya, “menyediakan tapak mencambahkan pemikiran, kreatifiviti dan usaha merenung di luar kotak”, seperti mana dari pengalaman saya. Tiada kegembiraan yang lebih berharga, dapat melihat dari luar kotak, kepada gelagat arus perdana, dalam mencari siapa mereka? dan siapa pula yang mengerakkannya?


S63 Salam cerita.

Januari 25, 2009

11 Pak Din January 23rd, 2009 at 11:14 am

Salam cerita,

1. Dari zero kepada hero, perjalanan kita di dalam Dunia. Dari tiada kepada ada, dibentuk tenaga yang Maha Kuasa. Potensi terbaik (akhsani takwim) dibekal bersama. Merudum ke buruk (aspala sapilin) pun boleh juga. Terpulang diri pilih yang mana. Melebihi malaikah ataupun seterunya. Cerita kehidupan menarik dasarnya. Melihat ke belakang sejauh mana, menjadikan ke hadapan secerah cahaya. Bila disempit akal fikirannya, jadilah katak dengan tempurungnya. Ingatkan amalan sudah sempurna, rupanya banyak sejarah yang tak pernah disentuhnya. Disangkakann kehidupannya adalah agama, rupa-rupanya kehidupan, mencari Yang Asa. Bukan menolak adanya agama, tetapi menolak kesempitan akalnya.

2. Dari zero kepada hero, empunya cerita. Siap jasmani, rohani pun datang. Balig jasmani, rohani ditatang. Untuk menentang cabaran yang datang. Pelbagai cabaran menjadi ujian, perlukan rohani yang sangat matang. Tanpa yang matang kehidupan malang. Merudum perangai di bawah binatang. Cantik rohani, boleh ke bintang. Kepayahan melatih susah nak bilang. Akal diguna dengan cemerlang. Bukan caranya alang kepalang. Akal membeza manusia binatang. Jasmani membekal nafsu keperluan, rohani membekal akal mengawal. Padah tak mengguna memanglah malang. Kehidupan ibarat habuk berterbangan. Ke sana ke sini tanpa haluan. Cerita kehidupan cerita bertujuan.

3. Dari zero ke hero, Rakib dan Atid. Tanpa kebanyakan menyedari, hanya takad mempercayai, Rakib dan Atid sentiasa menulis amalan kita setiap detik waktu, apa yang dilakukan. Malah segala-gala yang berlaku di dalam Alam juga dicatit perjalanannya. Malangnya Muslim tidak memerhati tarbiah Allah mencatit segala yang berlaku. Nilai Islam ini lebih banyak dilakukan oleh mereka yang tidak mengaku Muslim. Disebabkan itu Muslim tidak pandai bahasa Kitab Alam, kerana pekara asas menulis amalan itu tidak menjadi sebati dengan ibadah (kerja sebenarnya) seharian. Muslim leka dengan hanya amalan, tanpa mahu menyedari untuk menilai amalannya dan kemudian membuat peningkatan kepada hasil melakukan amalan tersebut.

4. Dari zero ke hero, catatan budget. Apatah lagi jika disentuh tenang perancangan dan penyimpanan budget kewangan. Kalau log harian menjadi masaalah kepada kita, apatah lagi tentang catatan budget kehidupan, bukan sahaja kewangan. Budget kehidupan merangkumi budget kewangan dan juga budget penggunaan sumber yang lain, contoh, catatan keluar-masuk rezeki bukan kewangan, termasuk penggunaan tenaga yang diberikan. Terutama perlu disimpan-kira ialah berapa yang kita guna untuk diri dan berapa yang kita sedekahkan untuk yang lain. Tanpa kemahuan asas mencatit jalan kehidupan, sudah pasti catatan budgat lebih sukar untuk dipraktikkan. Keperluan penceritaan adalah sangat tinggi nilai Islamnya, tetapi Muslim sebuk mengenepikannya.

5. Dari zero kepada hero, percubaan. Dari Darjah Satu hingga ke Ijazah, kita menulis, tanpa disedari, rupanya, tidak disedari keperluan menulis itu. 17 tahun kita diajar menulis bagi tujuan kefahaman, malangnya sebahagian besar kita meninggalkan amalan itu apabila bekerja. Pengalaman saya berkarier selama 17 tahun pula, alhamdillilah dipenuhi dengan penulisan. Hampir setiap mingggu ada sahaja minit mesyuarat perlu direkodkan. Dahulu saya rasakan penulisan minit teknikal itu sesuatu yang sukar, sehinggalah saya mula menulis minit kehidupan. Jauh lebih sukar. Rupa-rupanya ada yang lebih sukar dari yang ‘jauh lebih sukar’ itu. Menulis minit kehidupan kepercayaan. Tak cukup dengan itu tambah sikit keperluan, menulis minit kehidupan kepercayaan yang memerlukan pembuktian. Cubalah …

6. Dari zero kepada hero, kepentingan. Memang tidak dinafikan kepentingan menulis cerita kehidupan. Kalau tidak dapat mengikut cara Ustaz ‘Hidup untuk memberi …..’, sekurang-kurangnya kehidupan seharusnya ditinggalkan dengan memberi wasiat. Dalam bentuk cerita kehiduapan. Cerita pengalaman. Bukan kita yang menunggang keledai ke belakang, tetapi arus perdana yang mengalir bertentangan. Awalnya memang jadi penghalang, siapa akan baca apa yang akan kita tuliskan? Tetapi apabila teringat tarbiah Allah di Kitab Alam, apa perlu kita pertikaikan kata orang yang kita menunggang kenderaan memandang ke belakang? Teruskan sahaja penceritaan, sebelum kita diberikan Buku Cerita Kehidupan kelak, untuk kita bahaskan. Pasti habis peluh dalam mengeloh.
[Reply]

hanekaseyo reply on January 23rd, 2009 12:29 pm:

@Pak Din, Allahuakbar.lembut nasihat dari pak din.Diari kehidupan banyak yang harus kita renungi selalu.

Kadang-kadang kesibukan,boleh menerkam tanpa disedari,kadang-kadang juga kelapangan mampu memberi serangan dalam diam.Jika mudah luluh semangat,carilah semangat dengan baca KalamNya.

Ya Allah,kami ingin belajar untuk mentaati perintahmu.Kami belajar untuk menjadi hambamu,walaupun seringkali kami jatuh dan bangun…jatuh dan bangun lagi…dan lagi.Semoga kami terus dipimpin oleh Mu.Duhai Allah.

[Reply]

Pak Din reply on January 23rd, 2009 1:04 pm:

@hanekaseyo, @Akmal Hakim, Cantik juga gubahaan Sdr Akmal Hakim (komen 14) “Maaf Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com), saya ubah sedikit;

“Erti hidup pada memberi dan juga membukti””

Tetapi Ustaz dah memberi dan mencari bukti mungkin lebih awal dari 1998. Syabas Ustaz.

[Reply]

san_bu reply on January 23rd, 2009 1:35 pm:

@Pak Din, bravo….!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.