11 Pak Din January 23rd, 2009 at 11:14 am
Salam cerita,
1. Dari zero kepada hero, perjalanan kita di dalam Dunia. Dari tiada kepada ada, dibentuk tenaga yang Maha Kuasa. Potensi terbaik (akhsani takwim) dibekal bersama. Merudum ke buruk (aspala sapilin) pun boleh juga. Terpulang diri pilih yang mana. Melebihi malaikah ataupun seterunya. Cerita kehidupan menarik dasarnya. Melihat ke belakang sejauh mana, menjadikan ke hadapan secerah cahaya. Bila disempit akal fikirannya, jadilah katak dengan tempurungnya. Ingatkan amalan sudah sempurna, rupanya banyak sejarah yang tak pernah disentuhnya. Disangkakann kehidupannya adalah agama, rupa-rupanya kehidupan, mencari Yang Asa. Bukan menolak adanya agama, tetapi menolak kesempitan akalnya.
2. Dari zero kepada hero, empunya cerita. Siap jasmani, rohani pun datang. Balig jasmani, rohani ditatang. Untuk menentang cabaran yang datang. Pelbagai cabaran menjadi ujian, perlukan rohani yang sangat matang. Tanpa yang matang kehidupan malang. Merudum perangai di bawah binatang. Cantik rohani, boleh ke bintang. Kepayahan melatih susah nak bilang. Akal diguna dengan cemerlang. Bukan caranya alang kepalang. Akal membeza manusia binatang. Jasmani membekal nafsu keperluan, rohani membekal akal mengawal. Padah tak mengguna memanglah malang. Kehidupan ibarat habuk berterbangan. Ke sana ke sini tanpa haluan. Cerita kehidupan cerita bertujuan.
3. Dari zero ke hero, Rakib dan Atid. Tanpa kebanyakan menyedari, hanya takad mempercayai, Rakib dan Atid sentiasa menulis amalan kita setiap detik waktu, apa yang dilakukan. Malah segala-gala yang berlaku di dalam Alam juga dicatit perjalanannya. Malangnya Muslim tidak memerhati tarbiah Allah mencatit segala yang berlaku. Nilai Islam ini lebih banyak dilakukan oleh mereka yang tidak mengaku Muslim. Disebabkan itu Muslim tidak pandai bahasa Kitab Alam, kerana pekara asas menulis amalan itu tidak menjadi sebati dengan ibadah (kerja sebenarnya) seharian. Muslim leka dengan hanya amalan, tanpa mahu menyedari untuk menilai amalannya dan kemudian membuat peningkatan kepada hasil melakukan amalan tersebut.
4. Dari zero ke hero, catatan budget. Apatah lagi jika disentuh tenang perancangan dan penyimpanan budget kewangan. Kalau log harian menjadi masaalah kepada kita, apatah lagi tentang catatan budget kehidupan, bukan sahaja kewangan. Budget kehidupan merangkumi budget kewangan dan juga budget penggunaan sumber yang lain, contoh, catatan keluar-masuk rezeki bukan kewangan, termasuk penggunaan tenaga yang diberikan. Terutama perlu disimpan-kira ialah berapa yang kita guna untuk diri dan berapa yang kita sedekahkan untuk yang lain. Tanpa kemahuan asas mencatit jalan kehidupan, sudah pasti catatan budgat lebih sukar untuk dipraktikkan. Keperluan penceritaan adalah sangat tinggi nilai Islamnya, tetapi Muslim sebuk mengenepikannya.
5. Dari zero kepada hero, percubaan. Dari Darjah Satu hingga ke Ijazah, kita menulis, tanpa disedari, rupanya, tidak disedari keperluan menulis itu. 17 tahun kita diajar menulis bagi tujuan kefahaman, malangnya sebahagian besar kita meninggalkan amalan itu apabila bekerja. Pengalaman saya berkarier selama 17 tahun pula, alhamdillilah dipenuhi dengan penulisan. Hampir setiap mingggu ada sahaja minit mesyuarat perlu direkodkan. Dahulu saya rasakan penulisan minit teknikal itu sesuatu yang sukar, sehinggalah saya mula menulis minit kehidupan. Jauh lebih sukar. Rupa-rupanya ada yang lebih sukar dari yang ‘jauh lebih sukar’ itu. Menulis minit kehidupan kepercayaan. Tak cukup dengan itu tambah sikit keperluan, menulis minit kehidupan kepercayaan yang memerlukan pembuktian. Cubalah …
6. Dari zero kepada hero, kepentingan. Memang tidak dinafikan kepentingan menulis cerita kehidupan. Kalau tidak dapat mengikut cara Ustaz ‘Hidup untuk memberi …..’, sekurang-kurangnya kehidupan seharusnya ditinggalkan dengan memberi wasiat. Dalam bentuk cerita kehiduapan. Cerita pengalaman. Bukan kita yang menunggang keledai ke belakang, tetapi arus perdana yang mengalir bertentangan. Awalnya memang jadi penghalang, siapa akan baca apa yang akan kita tuliskan? Tetapi apabila teringat tarbiah Allah di Kitab Alam, apa perlu kita pertikaikan kata orang yang kita menunggang kenderaan memandang ke belakang? Teruskan sahaja penceritaan, sebelum kita diberikan Buku Cerita Kehidupan kelak, untuk kita bahaskan. Pasti habis peluh dalam mengeloh.
[Reply]
hanekaseyo reply on January 23rd, 2009 12:29 pm:
@Pak Din, Allahuakbar.lembut nasihat dari pak din.Diari kehidupan banyak yang harus kita renungi selalu.
Kadang-kadang kesibukan,boleh menerkam tanpa disedari,kadang-kadang juga kelapangan mampu memberi serangan dalam diam.Jika mudah luluh semangat,carilah semangat dengan baca KalamNya.
Ya Allah,kami ingin belajar untuk mentaati perintahmu.Kami belajar untuk menjadi hambamu,walaupun seringkali kami jatuh dan bangun…jatuh dan bangun lagi…dan lagi.Semoga kami terus dipimpin oleh Mu.Duhai Allah.
[Reply]
Pak Din reply on January 23rd, 2009 1:04 pm:
@hanekaseyo, @Akmal Hakim, Cantik juga gubahaan Sdr Akmal Hakim (komen 14) “Maaf Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com), saya ubah sedikit;
“Erti hidup pada memberi dan juga membukti””
Tetapi Ustaz dah memberi dan mencari bukti mungkin lebih awal dari 1998. Syabas Ustaz.
[Reply]
san_bu reply on January 23rd, 2009 1:35 pm:
@Pak Din, bravo….!
Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.
http://saifulislam.com/?p=4749