1. Alhamdullilah, sebelum cuti sambutan Tahun Baru Cina, kelas PERMATA999 telah sampai ke siri yang ke 666, iaitu 2/3 dari target asalnya untuk samapi ke siri 999, yang dianggarkan akan mengambil masa 3 tahun. Berada di Surah Al-Mukmin, ayat 30, didalam Juz 24. Surah yang banyak menbawakan cerita-cerita Nabi, terutama Nabi Musa. Walaupun buku tafsiran yang dibawakan pada Kelas ini adalah kurang terkenal di kalangan agamawan, ia pernah menjadi buku rujukan di dalam siri mengenal Al Quran di Radio RTM satu ketika dahulu. Sudah pasti ramai yang akan mencadangkan buku tafsiran siri yang lain, yang lebih polular di kalangan agamawan, tetapi kerana saya telah lama menggunakannya, maka saya meneruskan warisan dengan merujuknya. Pendidikan yang terbaik bukan hanya terletak pada penyuratan yang baik, tetapi banyak kepada kefahaman roh yang ingin disampaikan di dalam suratan tersebut.
2. Pendekatan kelas adalah kefahaman kepada perlunya mengenal Tuhan dan kemudian beragama, walaupun motto yang selalu digunakan ialah “Bermulanya Agama itu ialah dengan mengenal Allah”. Membaca roh Kitab AQ menjadi penekanan utama, dengan memastikan setiap perkataan yang tersurat dicari makna tersiratnya. Pengajaran dan pendidikan di sekolah, mendedahkan anak-anak kepada kepentingan asas Agama, sementara penekanan di Kelas Permata adalah ke arah menghidupkan Agama. Ibarat, arahan mendirikan solat di dalam AQ, di sebut di sana sini dalam beberpa ayat dan surah berlainan, tetapi di satu Surah, Allah mengancam dengan berkata “Ke neraka Wayl orang-orang yang mengerjakan solat” dengan peneranga sebab-sebab kenapa ancaman itu dibuat, di ayat seterusnya. Maka apa yang tersirat di situ ialah, menghidupkan solat itu adalah jauh labih penting dari hanya mendirikannya.
3. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah. Walaupun Sayariah Allah itu berubah-ubah, mengikut zaman, ia adalah cadangan terbaik dari Allah untuk manusia, dengan selamatnya menjalankan kehidupannya di Atas muka Bumi ini. Islam adalah satu-satunya cara menjalani kehidupan, tiada cara yang lain. Tetapi kefahaman apa itu Islam, yang menjadikan Muslim mendewakan agamanya dan lari dari melaksanakan nilai-nilai utama Islam itu. Yang di amalkan adalah suruhan agama, yang kelihatan sekarang ini seolah-olah beragama dengan Tuhan, tetapi bukan kepada Allah. Kecelaruan Muslim ini disebabkan, kegagalan penerapan memahami dan mengaitkan suruhan dan peristiwa atau suasana (Kitab Alam). Segala yang disampaikan hanya dipentingkan pada peringkat ayat dan bukan peringkat tafsir atau takwil.
4. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah, tetapi pertikaikanlah, bagaiman kita memprolehi hasil darinya. Apakah kita menghidupkan amalan yang diarahkan untuk kita membuat itu? Apakah dengan solat Muslim jadi bersatu? Sepatutnya YA, tetapi hasil yang kelihatan sudah semestinya TIDAK (yang sangat besar). Di sana sini Muslim bercakaran, bermusuhan malah berbunuhan. Di sana sini Muslim tidak dapat melawan musuhnya, walaupun bilangan musuh itu jauh lebih kecil. Di sana sini kemiskinan adalah terbanyak di kalangan Muslim, bukan hanya miskin harta jasmani, jauh lebih penting, muflis harta rohani (ilmu). Jangan disebut menjadi amalan kalau perlaksanaan tidak dilaksanakan dengan keilmuan yang mantap. Dan jangan disebut berilmu kalau Kitab Alam sentiasa di ketepikan.
5. Tidak dikatakan memperolehi hasil dari Syariah Allah, kalau ajarannya adalah mencapai kekyusukan hanya di dalam solat. Kyusuk harfi (kyusuk huruf) namanya, kerana penekanannya hanya memperbetulkan huruf dan bacaan dalam solat. Baik sedikit bacaan difaham makna tersuratnya. Kyusuk sepatutnya dicapai sebelum lagi kita bersolat, maka barulah dikatakan mencapai kyusuk ‘arfi (kyusuk kenal). Kyusuk ‘arfi dan kemudian solat, bukan mencari kyusuk ketika hanya di dalam solat. Kyusuk harfi ini yang mendapat ancaman dari Allah, kerana di luar solat, mereka tidak dilatih untuk mencari kekyusukan dalam amalan seharian. Pada mereka ikut kata agama, jangan soal dan tanya, kurang pahalanya nanti. Itulah penerapan arus perdana.
6. Kalaulah solat sebagai tiang Agama telah dipermain-mainkan, dengan kyusuk harfi dan bukan kyusuk ‘arfi, maka apatah lagi rukun-rukun yang lain. Kesemuanya diamalkan dalam bentuk harfinya dan bukan ‘arfinya. Puasa sunat, contoh Awal Muharam, kemudian makan dengan segala selera dan belanjanya, di hari-hari yang lain. Kehidupan dihambakan pada amalan mencari kewangan (gaji jasmani) dan juga, sangat sedih, pada amalan mencari kepentingan (pahala rohani). Dari peringkat bawahan yang mengikut amalan, kepada peringkat atasan, yang berdakwah menyuruh mengikut amalan, penekanannya adalah kepada imbuhan, kalau tidak imbuhan jasmani, mesti dapat imbuhan rohani. Sampai terpisah roh dan jasad pun tidak akan kenal kepada Tuhannya, apatah lagi mendapat keredoaannya.
Dikirim oleh Pak Din 31