9 Pak Din January 23rd, 2009 at 12:10 am
Salam Hoca,
1. “Namun ia disampaikan dalam bentuk yang sungguh berseni, lucu tetapi tajam.
Hebat sungguh penangan bahasa…”, menjadi akidah bicara.
Tanpa kita sedari itulah pendekatan beragama, yang sebelumnya berevolusi dari berbudaya. Budaya membentuk keperluan berbahasa, agar masyarakat dapat merasa, kenikmatan sesorang mendapat idea. Tanpa bahasa manusia tak menyapa, kerana tak tahu apa nak kata. Datangnya bahasa ke dalam budaya, berevolusi dari sesuati yang tiada, untuk membuat semua merasa, dari seorang baik bersama. Hebat sungguh penangan bahasa, sehebat bangsa yang dibena.
2. Tidak dinafikan cerita Hoca Turki menjadi asas kepada Pandir Melayu. Pendakwah yang datang berdagang, bukan sahaja menbawa dagangan jasmani tetapi juga dagangan rohani. Diperhalusi keadaan ketika berkembangnya agama di Nusantara, budaya bercerita turut dibawa bersama. Di kala itu, itulah salah satu cara terbaik berdakwah santai, menerapkan cerita-cerita cereka dengan natijah khusus yang bermakna, untuk menjadi ingatan dan pedoman kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berkembanglah hikayat cerita lama yang berkesan menerjah ke arah minda, yang hanya memerlukan suasana biasa. Tanpa IPT, tanpa pasarananya, hanya satu set telinga biasa.
3. Muslim secara umumnya dan Melayu secara khasnya, adalah insan yang sangat peka. Bila datang sesuatu penyampaian secara lansung, kepekaan perasaannya terkadang menguasai suasana, menjadikan saranan yang hendak disampaikan tidak terlaksana. Maka jalan terbaik adalah melalui kiasan dan umpama (misalan, takwilan dan sebegainya). Di dalam AQ banyak perumpamaan menjelaskan sesuatu yang serupa tapi tak sama. Tidak kurang juga kiasan, bidalan dan sindirannya, “Wahai jin dan manusia, kalau engkau menembusi angkasa, silakan …”, atau “Kalau engkau dapat mendatangkan satu ayat serupa …”. Contoh sindiran kepada mereka yang merasakan dirinya mempunyai kuasa.
4. Cerita rakyat berevolusi dari tiada kepada menjadi keperluan mengatasi terlebih-pekaan perasaan manusia. Pencerita diberikan ilham untuk menyaluti penyampaian dengan imiginasi cerekanya. Dengan cara itu diharapkan pembukusan berita utama dapat dicerap melalui cerita rekaan. Apabila hasilnya didapati berkesan, ia berkembang dengan pesat sebagai cerita hikayat. Dengan perkembangan minda manusia, pembukusan berlebihan ini dirasakan tidak diperlukan lagi sekarang, kerana penyampai dan penerima telah mencapai tahap pemikiran yang bersedia membuat pindahaan dengan cara yang lebih berkesan. Bagaimanapun, sebagai warisan ia adalah sesuatu yang tidak patut dipinggirkan.
5. Masyarakat telah lebih ramai memahami Irama RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk disamapikan kepada akal, perasaan manusia selalu lebih terasa, lalu sekali gus menguasai suasana. Dengan kefahaman masyarakat pentingnya melebihkan kepekaan akal dari kepekaan perasaan, pemyampaian pengetahuan akan lebih berkesan. Tidak dinafian tahap keseluruhan masih perlu dipertingkatkan, tetapi kesedaran ke arah itu semakin ketara kelihatan. Dibantu lagi dengan kemajuan alat IT, penyampai ilmu adalah lebih terus dan langsung sifatnya. Berlalulah penyampaian cara cereka rakyat dengan berlalunya masa.
6. Bagaimanpun masih terdapat sekelompok masyarakat yang tidak peka penyampaian secara lansung, kerana mereka menolaknya, dan tidak juga menjadi peka kepada pemyampai secara tidak lansung, kerana mereka rasa bukan untuk mereka. Mereka terus dibuai dengan kepercayaan bahawa apa yang ada pada mereka adalah itulah yang sebenarnya, tanpa mahu menjalankan ujian kepada kepercayaan yang mereka pegang, atau bergerak mencari pembuktian kepada kepercayaan yang mereka anuti. Mereka inilah yang akan rugi, kerana yang datang secara terus akan memantul dan yang datang secara sipi akan dijawab, “alamatnya bukan untuk kita”. Hidup Pandir Hoca!.
najahhassan January 22nd, 2009 at 10:07 pm
salam ziarah..
tak ubah macam cerita pak kaduk,pak pandir..cuma Nasrettin ni lawaknya ada ilmu..ada yang tersirat mendalam sebenarnya..tak macam versi melayu..kebodohan semata-mata..
[Reply]
Pak Din reply on January 23rd, 2009 12:18 am:
@najahhassan, Tak juga .. Kena cari decoder yang canggih sikit untuk cerita Melayu kita.
[Reply]
najahhassan reply on January 23rd, 2009 6:48 pm:
@Pak Din, terimakasih pak din,atas pesanan tu..maaf andai dikatakan tidak menghargai warisan sendiri..sebetulnya saya bersetuju dengan Pak din..terima kasih sudi menegur..saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..
[Reply]
Pak Din reply on January 28th, 2009 12:01 pm:
@najahhassan,
Teringat pantun
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokan.
Saya budak baru belajar, aklau salah tolong tunjukkan.
Pastikan yang nak di jolok di luar pagar itu adalah milik kita. Pokok Cempedak yang di buahnya di luar pagar, memenuhi ruang udara jiran. kalau nak jolok, kena tanya jiran, walaupun akanya di tanah kita? Walaupun hanya pembayang, pengukuran kesedaran kita amat perlu dalam menyampaikan maksud.
Dari http://saifulislam.com/?p=4548#comment-42883