S66 PERMATA di siri 666.

1. Alhamdullilah, sebelum cuti sambutan Tahun Baru Cina, kelas PERMATA999 telah sampai ke siri yang ke 666, iaitu 2/3 dari target asalnya untuk samapi ke siri 999, yang dianggarkan akan mengambil masa 3 tahun. Berada di Surah Al-Mukmin, ayat 30, didalam Juz 24. Surah yang banyak menbawakan cerita-cerita Nabi, terutama Nabi Musa. Walaupun buku tafsiran yang dibawakan pada Kelas ini adalah kurang terkenal di kalangan agamawan, ia pernah menjadi buku rujukan di dalam siri mengenal Al Quran di Radio RTM satu ketika dahulu. Sudah pasti ramai yang akan mencadangkan buku tafsiran siri yang lain, yang lebih polular di kalangan agamawan, tetapi kerana saya telah lama menggunakannya, maka saya meneruskan warisan dengan merujuknya. Pendidikan yang terbaik bukan hanya terletak pada penyuratan yang baik, tetapi banyak kepada kefahaman roh yang ingin disampaikan di dalam suratan tersebut.

2. Pendekatan kelas adalah kefahaman kepada perlunya mengenal Tuhan dan kemudian beragama, walaupun motto yang selalu digunakan ialah “Bermulanya Agama itu ialah dengan mengenal Allah”. Membaca roh Kitab AQ menjadi penekanan utama, dengan memastikan setiap perkataan yang tersurat dicari makna tersiratnya. Pengajaran dan pendidikan di sekolah, mendedahkan anak-anak kepada kepentingan asas Agama, sementara penekanan di Kelas Permata adalah ke arah menghidupkan Agama. Ibarat, arahan mendirikan solat di dalam AQ, di sebut di sana sini dalam beberpa ayat dan surah berlainan, tetapi di satu Surah, Allah mengancam dengan berkata “Ke neraka Wayl orang-orang yang mengerjakan solat” dengan peneranga sebab-sebab kenapa ancaman itu dibuat, di ayat seterusnya. Maka apa yang tersirat di situ ialah, menghidupkan solat itu adalah jauh labih penting dari hanya mendirikannya.

3. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah. Walaupun Sayariah Allah itu berubah-ubah, mengikut zaman, ia adalah cadangan terbaik dari Allah untuk manusia, dengan selamatnya menjalankan kehidupannya di Atas muka Bumi ini. Islam adalah satu-satunya cara menjalani kehidupan, tiada cara yang lain. Tetapi kefahaman apa itu Islam, yang menjadikan Muslim mendewakan agamanya dan lari dari melaksanakan nilai-nilai utama Islam itu. Yang di amalkan adalah suruhan agama, yang kelihatan sekarang ini seolah-olah beragama dengan Tuhan, tetapi bukan kepada Allah. Kecelaruan Muslim ini disebabkan, kegagalan penerapan memahami dan mengaitkan suruhan dan peristiwa atau suasana (Kitab Alam). Segala yang disampaikan hanya dipentingkan pada peringkat ayat dan bukan peringkat tafsir atau takwil.

4. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah, tetapi pertikaikanlah, bagaiman kita memprolehi hasil darinya. Apakah kita menghidupkan amalan yang diarahkan untuk kita membuat itu? Apakah dengan solat Muslim jadi bersatu? Sepatutnya YA, tetapi hasil yang kelihatan sudah semestinya TIDAK (yang sangat besar). Di sana sini Muslim bercakaran, bermusuhan malah berbunuhan. Di sana sini Muslim tidak dapat melawan musuhnya, walaupun bilangan musuh itu jauh lebih kecil. Di sana sini kemiskinan adalah terbanyak di kalangan Muslim, bukan hanya miskin harta jasmani, jauh lebih penting, muflis harta rohani (ilmu). Jangan disebut menjadi amalan kalau perlaksanaan tidak dilaksanakan dengan keilmuan yang mantap. Dan jangan disebut berilmu kalau Kitab Alam sentiasa di ketepikan.

5. Tidak dikatakan memperolehi hasil dari Syariah Allah, kalau ajarannya adalah mencapai kekyusukan hanya di dalam solat. Kyusuk harfi (kyusuk huruf) namanya, kerana penekanannya hanya memperbetulkan huruf dan bacaan dalam solat. Baik sedikit bacaan difaham makna tersuratnya. Kyusuk sepatutnya dicapai sebelum lagi kita bersolat, maka barulah dikatakan mencapai kyusuk ‘arfi (kyusuk kenal). Kyusuk ‘arfi dan kemudian solat, bukan mencari kyusuk ketika hanya di dalam solat. Kyusuk harfi ini yang mendapat ancaman dari Allah, kerana di luar solat, mereka tidak dilatih untuk mencari kekyusukan dalam amalan seharian. Pada mereka ikut kata agama, jangan soal dan tanya, kurang pahalanya nanti. Itulah penerapan arus perdana.

6. Kalaulah solat sebagai tiang Agama telah dipermain-mainkan, dengan kyusuk harfi dan bukan kyusuk ‘arfi, maka apatah lagi rukun-rukun yang lain. Kesemuanya diamalkan dalam bentuk harfinya dan bukan ‘arfinya. Puasa sunat, contoh Awal Muharam, kemudian makan dengan segala selera dan belanjanya, di hari-hari yang lain. Kehidupan dihambakan pada amalan mencari kewangan (gaji jasmani) dan juga, sangat sedih, pada amalan mencari kepentingan (pahala rohani). Dari peringkat bawahan yang mengikut amalan, kepada peringkat atasan, yang berdakwah menyuruh mengikut amalan, penekanannya adalah kepada imbuhan, kalau tidak imbuhan jasmani, mesti dapat imbuhan rohani. Sampai terpisah roh dan jasad pun tidak akan kenal kepada Tuhannya, apatah lagi mendapat keredoaannya.

4 Responses to S66 PERMATA di siri 666.

  1. Pak Din berkata:

    80 sayabknkambing January 28th, 2009 at 10:47 am

    USTAZ!
    TERIMA KASIH BYK2 UTK ARTIKEL NI..

    baru2 ni sy dan kwn2 ada mhadiri satu kursus kpimpinan.
    dan atas nama KURSUS KEPIMPINAN, kami byk dicaci dan diherdik.
    pkataan bodoh, kambing..sume da tkeluar.hny kerana..nk uji ketahanan mental.

    sy sgt stuju ttg ini..

    itu lah yg ‘die’ dpt drp kami mlm tu.
    nk sgt tgk kerjasama antara kami..akhirnya..
    haha..terdiam tgk ‘pemberontakan’ kami..

    sy x harap jumpa lg team mcm tu dlm dunia ni.
    biar pun dgn tujuan. ‘pimpin kami utk memimpin org lain.’

    akhir kata..
    ketahuilah kalian yg sikit pun xde rasa hormat saya utk kalian..(mgkin juga utk mmber2 lain)

    [Reply]

    sayabknkambing reply on January 28th, 2009 10:50 am:

    salah tag .. maaf..

    ‘Jika anda buat program untuk tunjuk pandai, maka bertarunglah anda dengan tindakan peserta yang memperlekeh, buat dunno, atau membalas kembali hujah anda dengan bidasan yang memalukan diri.

    [Reply]

    Pak Din reply on January 28th, 2009 12:27 pm:

    @sayabknkambing, Setuju dengan pendapat saudara bahawa manusia berhubung dengan perasaan. Apakah layak kita mengatakan kambing tidak mempunyai perasaan, kerana perasaan itu adalah lebih kepada element nafsu, bukan akal.

    Dengan dilantiknya manusia sebagai mahluk Allah, layak dipanggil khalifah, manusia dianugerahkan alat ‘cukup akal’, di atas alat perasaan, yang diberikan kepada semua mahluk. Tidak adil kita mengatakan binatang yang menyayangi anaknya tidak berperasaan.

    Latih diri dengan Irama RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan.

    Dari http://saifulislam.com/?p=513#comment-43106

  2. Pak Din berkata:

    Amin Ahmad reply on December 21st, 2008 11:12 pm:

    Salam ya Ustaz, sebenarnya saya yang ada sedikit malu untuk meninggalkan komen di sini akibat kemerosotan saya sendiri dalam menghadapi dugaan demi dugaan semenjak November lepas termasuk tidak berapa sihat.

    Tulisan di blog saya pun telah saya santaikan semahunya kerana kemerosotan saya telah mengalih sepenuhnya tumpuan saya untuk beberapa waktu.

    Artikel ustaz tidak merosot malah terlalu banyak menyentuh hati saya kerana banyak yang saya fikir sesuai dengan jiwa saya. Hanya saja saya yang serba lemah untuk memikul semuanya.

    Ya, tentu sekali. Saya rasa ustaz tentu sekali berminat meneroka bersama saya bagaimana pesan-pesan Al-Quran dapat diterjemahkan modulnya dalam bentuk experiential learning.

    Research saya ringkasnya berasaskan 8 ciri utama kepada pembangunan karakter – melibatkan antara lain fleksibiliti intelek, kawalan emosi, inisiatif aktif dan lain-lain.

    [Reply]

    Pak Din reply on January 28th, 2009 12:46 pm:

    @Amin Ahmad, Salam akhi … Saya sebenarnya lagi teruk …
    Apakah dugaan bersin Amerika yang menjadikan kita demam (gawat ekonomi). Saya bukan setakad demam, sampai tersungkur, sebab tu tak dapat menulis beberapa ketika, antara sebabnya. Tapi nak bersemangat bila Ustaz mengumunkan pertukaran makan gaji dari Tuan kepada Tuhan.

    Amat menarik reserch yang sedang diushakan … kalau dapat dikongsikan di SIO. Bagaimanapun dalam santai jangan lupa bantai! … sudah pasti dengan “melibatkan antara lain fleksibiliti intelek, kawalan emosi, inisiatif aktif dan lain-lain.”

    Dari http://saifulislam.com/?p=513#comment-40662

  3. [...] 3. 4. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah, tetapi pertikaikanlah, bagaiman kita memprolehi hasil darinya. Apakah kita menghidupkan amalan yang diarahkan untuk kita membuat itu? Apakah dengan solat Muslim jadi bersatu? Sepatutnya YA, tetapi hasil yang kelihatan sudah semestinya TIDAK (yang sangat besar). Di sana sini Muslim bercakaran, bermusuhan malah berbunuhan. Di sana sini Muslim tidak dapat melawan musuhnya, walaupun bilangan musuh itu jauh lebih kecil. Di sana sini kemiskinan adalah terbanyak di kalangan Muslim, bukan hanya miskin harta jasmani, jauh lebih penting, muflis harta rohani (ilmu). Jangan disebut menjadi amalan kalau perlaksanaan tidak dilaksanakan dengan keilmuan yang mantap. Dan jangan disebut berilmu kalau Kitab Alam sentiasa di ketepikan. Dari http://sharudin.com/2009/01/28/s66-permata-di-siri-666/ [...]

  4. [...] “5. Tidak dikatakan memperolehi hasil dari Syariah Allah, kalau ajarannya adalah mencapai kekyusukan hanya di dalam solat. Kyusuk [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.