S67 Salam Cinta.

7 Pak Din January 26th, 2009 at 10:58 am

Salam cinta,

1. Sekalung tahniah buat Ustaz HAJ, atas kejayaan program tentang cinta. Walaupun sebagaimana kata Ustaz, ia bukanlah tentang cinta semata-mata, sebagai melayan perasaan hati, tetapi ialah adalah tentang cinta, sebagai melayan kehendak akal, mengikut konsep Rukun Ikhsan. Empat subcategori, hablum min Allah, hablum min An-Naas, hablum min Al-Mahluk (selain An-Naas) dan hablum min An-Naf (kerana kita roh). Keempatnya melibatkan hubungan dan cinta menjadi pengukur keterlibatan hubungan itu. Isu yang menjadi keperluan ialah menganalisa dengan alat apa hubungan itu, hati (perasaan) atau akal.

2. “Cinta hanya simptom. Dasarnnya adalah kepercayaan, pandangan tentang kehidupan dan sistem nilai.” Sangat tepat dan padat. Disebabkan manusia berkembang dari keperluan jasmani (yang membekalkan nafsu dan perasaan), pada peringkat awal kehidupannya, maka tidaklah hairan sekiranya simptom pertama yang kelihatan adalah cinta remaja. Timbullah simptom cinta monyet (monyet juga yang kena, macam teori evolusi!) Kemudian, kalau remaja itu layak memasuki IPT, naiklah taraf cinta itu kepada cinta kampus, atau cinta monyet kampus (janggal bunyinya). Apapun itulah simton pertama, bagi yang dilanda, yang tidak terlanda ada juga.

3. Balig syarie hanya melayakan seseorang mengenal panas dan api, serta yang setara dengannya. Panas dan api, dalam satu bentuk (haba) yang tersendiri, melalui salah satu pembawanya bergelar syaitan, menyusup ke dalam sistem tubuh manusia, melalui pengaliran darah. Sebenarnya inilah hawa’ (Melayu terdekatnya nafsu), yang kehadirannya kalau tidak disedari dan dikawal oleh akal, akan menyebabkan bahaya. Kalau tiada kehadirnya pula, kita tidak dapat menjalani kehidupan sebagai manusia. Di peringkat awal manusia, bayi dan kanak-kanak, perkembangan jasmani adalah segalanya, bagi memungkinkan perkembangan seterusnya, iaitu kematangan akal.

4. Kematangan akal yang selari dengan perkembangan rohani, tidak semudah perkembangan jasmani. Ibubapa, tahu DHA, RA, entah bermacam lagi, formula-formula terbaik (sebagaimana terpampang di mass media) untuk perkembangan jasmani anaknya, tetapi terkurang sedikit yang pakar dalam memilih formula terbaik untuk perkembangan rohani, (yang membuatkan Ustaz merasakan keperluan adanya STC.) Maka kegirahan ibubapa melihat perkembangan jasmani, dewasa ini tidak disusuli dengan kegirahan yang sama menyediakan perkembangan rohani. Sistem pendidikan juga tidak membantu sepenuhnya dalam pekara ini. Maka keluarlah simptom cinta pertama.

5. Simptom cinta seterusnya tidak menarik, secantik simptom pertama, untuk dibincangkan bagi kebanyakan arus perdana. Paling tidak dari segi kesedaran tentangnya, bukan pada keperluannya. Keperluan dan keutmaannya jangan dipertiakai. Phasa kehadirannya sangat bergantung kepada pendedahan semasa perkembangan rohaninya. Terlalu banyak manhaj dan pendekatan, tidak mengambil-kira lagi banyaknya ideologi dan ism tentangnya, menjadikan kepelbagaian cara dan hasilnya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa mencari balig hakiki, sebagai pengukur tahap kemantapan rohani, terkadang diperolehi selepas terpisahnya roh dan jasad!

6. Beberapa isu utama yang menarik diutarakan oleh Ustaz di dalam artikel ini, semuanya dalam bentuk yang padat dan tepat. Antaranya yang sempat di sentuh ialah “untuk ‘membersihkan’ kediaman yang lama terbiar”, “umpan untuk mencangkuk semua”, “Betulkan cara melihat untuk membetulkan hasil dapat”, “menaruh harapan kepada forum”, “segalanya di alam ini bersifat relatif”, dengan penutup bicara, “Beruntunglah manusia yang asing”. Semuanya dalam bentuk tepat dan padat, yang huraianya mungkin memenuhi beberapa cereka padat. Kalaulah simptom cinta pertama, dapat disingkat, dan seterusnya cepat ke simptom seterusnya, sudah pasti, isu-isu yang padat dan tepat itu dapat dicerap, pada kadar yang cepat.

[Reply]

Abu Saif reply on January 27th, 2009 9:35 am:

@Pak Din,

Ada masanya, penulisan adalah ringkasan pemikiran. banyak benda yang bersarang di kepala, tetapi dipindahkan ke tulisan hanya dalam bentuk rumusan dan kata-kata kunci sahaja.

mungkin gelombang otak kita compatible, maka saya rasa pada banyak bilah perkataan yang saya coretkan di sini, pak din boleh garapkan sarang-sarang idea di belakangnya.

moga pembaca juga membaca dengan speed yang sama penulis menulis.

terima kasih atas komen-komen yang penuh pengkayaan

3 Responses to S67 Salam Cinta.

  1. [...] kita harus bertindak menggunakan kekuatan rational akal untuk mengawal perasaan yang hiba. Monyet memonyet pekara biasa. Menjadi monyet mungkin luarbiasa. Dari monyet pun ada yang terima. Pandai-pandailah [...]

  2. Pak Din berkata:

    Tajuk-tajuk cinta di SIO.

    1. http://saifulislam.com/?p=4769

    “Mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan, ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta. Dan dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara, ramai yang dibius cinta.

    Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru. Ia sudah pernah berlaku, malah sudah pun mempamerkan segala bencana dan keaiban-keaiban yang datang mengiringinya.”

    2. http://saifulislam.com/?p=4749

    “Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.”

    3.http://saifulislam.com/?p=4603

    “Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.”

    4. Saifulislam.Com — Isabella: Cinta Dua Dunia
    Personally ana lebih berminat dengan versi cinta Isabella dengan Umar Lahmi dalam novel ni, berbanding cinta Ayat-ayat Cinta yang mengangaukan anak muda …

    http://saifulislam.com/?p=1327

    Saifulislam.Com — Sebuah Hijrah Kerana CINTA
    Alangkah bahagianya kak Norkumalasari ( I am one of her fans )menerima anugerah cinta dari Allah , terbayang ketenangan di wajahnya…..semoga kecintaan …

    http://saifulislam.com/?p=236

    Saifulislam.Com — VALENTINE: Jangan Dibius Cinta
    13 Feb 2009 … Bila dengar ustaz ulas mengenai soalan-soalan yang perlu dijawab sebelum diri dibius cinta, memang cukup menyentuh perasaan dan menyentuh …

    http://saifulislam.com/?p=4677

    Cinta Tanpa Syarat – Saifulislam.Com
    Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, …
    saifulislam.com

  3. [...] Tetapi tidak lupa saya, dan berterima kasih, kepada peringatan Ustaz HAJ di SIOnya, tentang mabuk cinta, dibius cinta dan semua artikel-artikel berkaitannya. Pada saya jangan dimarahi remaja bercinta, tetapi PERLU [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.