Mereka Mahu Kita Mencampakkan Benih di Awang-awangan
1. Benih Islam telah tersemai di Alam sejak Azali (Big Bang). Benih Islam adalah benih terbaik yang sedia digunakan dalam semua ruang dan masa. Dengan menyemai benih ini kepada ruang yang yang kita berada, benih Islam akan bercambah menjadi cara menyelesaikan semua permasaalahan yang timbul. Segala nilai yang baik adalah berlandaskan kepada Islam. Pencemarannya menjadi kepada tidak baik, berlaku sepanjang masa, sehinggakan Muslim sekarang tidak tahu membezakan hasil yang baik dari yang tidak baik. Kabur pandangan Muslin jadinya kerana, penyempitan penafsiran mereka tentang Islam dan dari mana datang Islam itu. Kucar kacir pentakwilan mereka kerana terhalang dan gagal merumus bahawa kejayaan yang dicapai oleh Bukan-Muslim adalah dengan menggunakan benih Islam yang disediakan Allah di Alam ini.
2. Dari sebelum N Adam dilahirkan, Islam telah bertapak di atas Bumi. Segala-gala yang ada di Bumi, sebelum itu sentiasa mengikut program Allah, kerana dengan akal yang terbatas, mahluk ketika itu tidak punya banyak pilihan. Hanya apabila manusia diberikan akal secukupnya, mereka mempunyai banyak pilihan dan seterusnya mula berstrategi (makar), cuba memperbaiki cara yang telah diberikan atas keperluan mengikut nafsu sendiri. Sedikit demi sedikit mereka, secara tidak sedar membawa Islam keluar dari landasan sebenarnya. Ketika itu Allah turunkan Nabi seterusnya, bagi memperbetul keadaan dan meletakkan Muslim di atas landasan yang betul. Malangnya setelah Nabi yang diutus pergi, generasi baru mula berstrategi kembali dan secara tidak sedar mengikut perangai leluhur meraka dalam menyebabkan Muslim terkeluar dari landasan lagi dan lagi.
3. Setiap kali berubah kaum atau masyarakat, maka Allah utuskan Nabi untuk meletakkan Muslim ke landasan Islam sebenar. Sejarah menunjukkan terdapat tidak kurang dari 124,000 Nabi-nabi yang telah diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja pembetulan ini, dengan 25 yang sebut di dalam AQ. Setiap kali Muslim terkeluar dari landasan Islam, maka Nabi akan diutus untuk memperbetulkan keadaan dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi penutup akhir zaman. Segala penyelewengan yang berlaku sebenarnya adalah berbenihkan kepada Islam yang asal. Naluri nafsu manusia yang menyebabkan berlakunya penyelewengan itu. Maka sebenarnya adalah tidak berasas kalau dikatakan bahawa manusia tidak mengambil benih Islam itu sebagai panduan asal. Yang menjadi kesalahan adalah lencungan yang dibuat kerana kegirahan manusia mengikut nafsu.
4. Dengan lencungan dari benih asal nilai-nilai Islam, tamadun berkembang. Tidak dinafikan manusia berjaya menggunakan Islam yang diubahsuai untuk kehidupan mereka. Persoalannya ialah sejauh mana ubahsuai itu boleh dilakukan dan dapat menyokong kehidupan mereka. Tidak jauh. Jangan kita persoalkan asalnya adalah dari Islam, tetapi persoalkan sejauh mana ia perlu dikembalikan kepada landasan asal. Dengan mengatakan bahawa Bukan-Islam mencipta sistem kehidupan sendiri, adalah kurang tepat. Mereka tidak sebijak yang kita sangka. Mereka hanya bijak mengubahsuai Islam dari landasan asal, kepada sistem yang mengikut nafsu mereka. Segala-galanya adalah dari Islam. Benih awal ditarbiahkan Allah melalui Kitab AlamNya dan juga penerangan dari Kitab-kitab yang telah diturunkan zaman berzaman.
5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landaasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan.
6. Berlapanglah dada atau lebih tepat bukalah minda kita untuk memahami keadaan sebenar. Bukan-Islam telah berjaya mengubah-suai Islam untuk kegunaan mereka di atas Dunia ini. Kita sebagai Muslim sepatutnya mengunakan sepenuhnya nilai-nilai Islam, bukan sahaja untuk mencapai kejayaan di Dunia, sebagaimana Bukan- Islam telah mengubah-suai dan berjaya, tetapi meneliti kembali apa yang perlu dikembalikan kepada landasan sebenar, agar dapat menggunkannya di Dunia dan Akhirat. Bukan dengan membenci apa yang mereka telah lakukan. Sikap kebencian itu tidak akan mendatangkan hasil kepada Muslim. Bukan Islam sudah membena kekuatan menggunakan Sunnah Allah. Muslim iri-hati dengan kejayaan tersebut lantas bermusuhan dengan mereka, sedangkan apa yang mereka gunakan itu adalah asalnya nilai Islam. Mereka bukan untuk dimusuhi tetapi perlu diajak bersama-sama kembali ke landasan yang sebenarnya.
[...] Dari http://sharudin.wordpress.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/ “5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana [...]
Sesungguhnya ‘keberanian’ Erdogan meninggalkan Davos amat jauh untuk meletakkan dirinya di tempat ‘Al-Fateh’. Semasa umat Islam di seluruh dunia mengharapkan adanya pemimpin Islam yang terus segera melancarkan jihad ke Gaza tatkala Gaza diserang, di manakah Erdogan dengan tenteranya? Apakah yang Erdogan buat dengan tenteranya, yang dahulu begitu berani digerakkannya untuk memerangi sesama umat Islam Kurdish?
Ternyata, Erdogan hanya memilih untuk berdiam diri dan bersikap penakut sebagaimana pemimpin Islam lain yang hanya pandai mengemukakan usul perdamaian. Perjuangan Erdogan masih lagi ditekan dari aspek kesekularan negaranya.
http://saifulislam.com/?p=4598#comment-43601
[...] Berlapanglah dada atau lebih tepat bukalah minda kita untuk memahami keadaan sebenar. Bukan-Islam telah berjaya [...]
Dr. Stephen Carr Leon
Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya.
http://saifulislam.com/?p=4598#comment-43413
Sesungguhnya ‘keberanian’ Erdogan meninggalkan Davos amat jauh untuk meletakkan dirinya di tempat ‘Al-Fateh’. Semasa umat Islam di seluruh dunia mengharapkan adanya pemimpin Islam yang terus segera melancarkan jihad ke Gaza tatkala Gaza diserang, di manakah Erdogan dengan tenteranya? Apakah yang Erdogan buat dengan tenteranya, yang dahulu begitu berani digerakkannya untuk memerangi sesama umat Islam Kurdish?
Ternyata, Erdogan hanya memilih untuk berdiam diri dan bersikap penakut sebagaimana pemimpin Islam lain yang hanya pandai mengemukakan usul perdamaian. Perjuangan Erdogan masih lagi ditekan dari aspek kesekularan negaranya.
http://saifulislam.com/?p=4598#comment-43601
Pak Din reply on February 5th, 2009 12:16 pm:
@Izzah, Adoi mak! panjangnya … Sokong cabaran “kalau anda ingin digelar Al-Fateh maka bertindaklah sebagai Al-Fateh”, jadilah pemikir yang memikirkan jalan terbaik untuk “mengalahkan Israel dan Amerika”, dengan keluar dari pintu Kitab Al Quran (yang memberikan dasar/tanda) kepada Tarbiah Allah di Kitab Alam (Sunnah Allah), yang memberikan lebih banyak contoh sejarah yang terperinci dan bileh diapplikasikan sebagai senjata menentang musuh. Ingatlah kita bermusuh dengan ideologinya, bukan jasmaninya.
[...] Dari http://sharudin.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/ [...]
[...] 6. 5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landaasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan. Dari http://sharudin.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/ [...]
Antara ilmu alat yang penting, adalah ilmu bahasa Arab. Ghairah mengkaji tentang Islam tetapi gersang dari keinginan mempelajari Bahasa Arab, maka akhirnya Islam kita tinggal Islam terjemahan. Kita berbalah tentang pendapat, hasil bacaan kita terhadap terjemahan semua perkara. Kita sendiri pun tahu, apakah kesan terjemahan kepada maksud asal sesuatu teks.
Saya bukanlah seorang yang terlalu ortodoks, tetapi saya suka menegaskan betapa belajar tentang Islam, bermula dengan belajar tentang bahasa Islam. Tidak semestinya sampai kita mengambil Ijazah Bahasa Arab dan Kesusasteraannya. Tetapi Bahasa Arab tetap alat pertama untuk mengkaji Islam.
http://saifulislam.com/?p=133
6. Allah menurunkan wahyu di dalam bahasa kaum yang dikehendakiNya. Bahasa wahyu dari Allah itu adalah tersendiri dan bagi menyampaikan kepada umatnya, bahasa yang digunakan oleh Nabi-nabi yang diberikan wahyu adalah bahasa percakapan yang difahami oleh pengikutnya. Al Quran menerangkan bagi setiap kaum diturunkan nabi yang menyampaikan wahyu dan tidak hairan jumlah Nabi-nabi kesemuanya mencapai 124,000 dengan 25 yang namanya tersenarai di dalam Al Quran. Kesemua Nabi-nabi pelbagai bangsa dan bahasa inimenyampaikan hanya satu dasar, iaitu Islam dengan yang terpenting adalah mentauhidkan Allah. Maka sekiranya kita mengatakan Islam itu dibawa oleh Nabi Muhammad saw, maka kita menyempitkan Islam itu sendiri.
http://yamah.wordpress.com/2009/02/20/p191-permata-di-ms-777/
[...] sebagainya yang abstrak. Maka Islam itu sebagai konsep cara hidup, boleh diterjemah secara terus, (apa itu Islam?) atau pun secara tidak terus, yang melibatkan pertanyaan, apa itu nilai [...]