S71 Salam Uji.

Januari 30, 2009

8 Pak Din January 29th, 2009 at 12:01 pm

Salam Uji,

1. Kalau dilihat dari dua soalan yang Ustaz dapat, bagi menguji pendirian diri itu, sangat mencerahkan suasana, dari sudut penerimaan sebahagian IPT dalam memertabatkan ilmu sains sebagai alat yang penting dalam kemajuan Ummah. Tidak perlu ada kaitannya dengan Muhammad Abduh, atau sesiapa yang lain, kepentingan mengambil ilmu sains itu telah tercatit di dalam AQ, walaupun perkataan yang digunakan mungkin berbeza. Sebab itu penekanan saya, dan juga Ustaz bersetuju, bahawa lebel atau nama sahaja tidak membawa makna yang besar, sehinggalah kita melihat apa yang dimaksudkan dengan lebel atau nama tersebut. Bukan kita golongan anti-slogan, tetapi mahu mengurangkan sangkaan yang selalunya menyebabkan kesalahan prasangka berlebihan.

2. Setiap kali ilmu sains dikemukakan, ramai juga agamawan yang mengatakan mereka menerima ilmu itu. Tidak saya nafikan kenyataan itu. Tidak saya nafikan bahawa pengguna setia kepada hasil penemuan ilmu sains adalah bahagian besarnya terdiri dari Muslim termasuk mereka dari golongan agamawan. Terutamanya Muslim yang duduk di atas limpahan kurnia Allah berbentuk emas hitam. Mereka punya kuasa beli yang tidak terhingga besarnya, yang malangnya kekadang disalah-guna atau tidak mahu digunakan untuk menjadi senjata berkesan menghadapi ancaman musuh mereka. Kalau hanya negara-negara Muslim pengeluar minyak bersetuju pada asasnya menggunakan dinar emas, umpanamanya, sudah pasti dapat memberikan tamparan kepada matawang Amerika yang menjadi satu-satunya matawang dagangan minyak yang diterima.

3. Malangnya kegemaran menggunakan teknologi (peralatan hasil dari ilmu sains) tidak menjadikan Muslim mahu mengkaji bagaimana teknologi itu membantu mereka. Segala penemuan pertama masih dilakukan oleh Bukan-Muslim, yang sebenarnya bukan cerdik sangat dijadikan Allah, tetapi mempunyai sifat ketelitian yang tinggi dalam memerhati dan mengkaji peristiwa yang terjadi di dalam Alam. Seperti kata Eienstain, “Saya bukan bijak, hanya terlalu sangat ingin-tahu (curious) tentang sesuatu yang berlaku”. Dari satu sudut, mereka lebih sesuai digelar Ulil Al Baab, dari Muslim yang hanya membaca tentang adanya perkataan itu di dalam Kitab AQnya.

4. “Sedikit demi sedikit tanah umat Islam dimamah kuasa Barat. Benua India mengalami penjajahan dan penguasaan langsung oleh British, khususnya selepas 1857, manakala Mesir pula mula mengalami pengalaman yang sama semenjak ketibaan Napoleon Bonaparte pada 1798 bersama saintisnya.” Kekuatan Barat menaluk Dunia adalah kurniaan Allah juga, walaupun kita selalu mengatakan mereka tidak kenal Allah. Tetapi mereka sentiada tidak lengkang dari menggunakan kuasa Allah. Tiada kuasa, selain dari kuasa Allah yang dapat digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan, seperti menaluki Dunia. Semua melibatkan kuasa Allah. “Laa hawla walaa quwwata, illaa bilLah”. Samada kita kenal pada Dia atau tidak, segalanya adalah dari kuasa dan tenagaNya.

5. Dari http://sharudin.wordpress.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/
“5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landaasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan.

6. Berlapanglah dada atau lebih tepat bukalah minda kita untuk memahami keadaan sebenar. Bukan-Islam telah berjaya mengubah-suai Islam untuk kegunaan mereka di atas Dunia ini. Kita sebagai Muslim sepatutnya mengunakan sepenuhnya nilai-nilai Islam, bukan sahaja untuk mencapai kejayaan di Dunia, sebagaimana Bukan- Islam telah mengubah-suai dan berjaya, tetapi meneliti kembali apa yang perlu dikembalikan kepada landasan sebenar, agar dapat menggunkannya di Dunia dan Akhirat. Bukan dengan membenci apa yang mereka telah lakukan. Sikap kebencian itu tidak akan mendatangkan hasil kepada Muslim. Bukan Islam sudah membena kekuatan menggunakan Sunnah Allah. Muslim iri-hati dengan kejayaan tersebut lantas bermusuhan dengan mereka, sedangkan apa yang mereka gunakan itu adalah asalnya nilai Islam. Mereka bukan untuk dimusuhi tetapi perlu diajak bersama-sama kembali ke landasan yang sebenarnya.”


S70 Petikan 6 pertama.

Januari 30, 2009

Satu perenggan dari setiap artikel S54 – S59.

5. Oleh itu, memahlukkan Allah PADA NAMA DAN TIDAK PADA HAKIKAT, adalah satu keperluan, berdasarkan tiada bahasa lain yang difahami bersama untuk digunakan. Dari satu sudut, pentakwilan dan sebagainaya tidak berlaku pada nama, hanya perlu berlaku pada hakikat, kerana sudah semestinya hakikat keduanya berbeza. Allah berwajah dan mahluk juga berwajah, nama yang sama digunakan untuk menceritakan keduanya, tetapi sudah pasti hakikat keduanya berbeza. Kita tidak takwil pada kata namanya tetapi kefahamannya hakikat yang mewakili nama itu berbeza antara keduanya. Kita terbawa-bawa dengan kefahaman bahawa makna kata nama yang digunakan untuk menerangkan seuatu tentang Allah itu sama dengan pengalaman kita sebagai mahluk. Ini yang menyesatkan. Itu sebenarnya tidak dapat menerima hakikat mahluk dan Haliq itu berbeza, “Laisa kamislihi syai”, Tiada sesuatu yang serupa dengaNya, pada HAKIKAT. Pada nama mungkin sama. Allah ada tangan dan sebagainya, begitu juga mahluk ada tangan dan sebagainya. Sama tapi tak serupa.

5. Dari enam tahap pembentukan mahluk seperti di rujuk di tajuk “Fe Sitah”, di tahap asas sekali iaitu di Alam Quantum, Dunia bertukar dari alam yang berdasarkan ketentuan biasa – Newtonian Deterministik kepada ketentuan kebarangkalian (Probabalistik). Ini kerana di tahap itu kita tidak lagi berkemampuan mengikuti dengan teliti kehalusan senibena yang tarhasil dari carakerjaNya. Ia tidak bermakna kita perlu terus bersikap hanya berserah kepadanya tanpa usaha seterusnya menkaji dan mendalami Kitab AlamNya. Akal yang diberian Allah berpotensi besar untuk merungkai kunci ghaib, sudah pasti dengan meneruskan usaha gigih ke arah mencarinya dan kemudian berserah wakil kepadaNya. Bagaimana kita mengasah minda untuk menyelesaikan masalah-masaalah seperti mencari tuan punya ikan yang dipaparkan oleh Sdr VC, maka begitulah pentingnya kita menyelami masaalah hubungkait antara tiga jenis mahluk Allah, yang berasaskan (unsur-unsur) tanah, seperti manusia, yang berasaskan cahaya (bahagian dari emf) dan yang berdasarkan kepada nyala api (haba, secara saintifiknya).

4. Selagi Sunnahtullah dan Syariatullah tidak diperhalusi, selagi itulah realiti dikaburi illusi. Selagi Muslim hanya memberatkan bersyariat, selagi itu mereka akan dihantui illusi. Sehinggalah Muslim mengimbangi keperluan bersunnah dan bersyariah, barulah mungkin realiti mengatasi illusi. Muslim telah terlalu lama bermimpi untuk berjaya dengan hanya bersyariat. Muslim telah lama memperjuangkan semangat Islam tanpa bersunnah (Allah). Ini yang melemahkan Muslm sebenarnya. Disogok dengan illusi bahawa bersyariah itu adalah segala-galanya dan mengenepikan pentingnya realiti bersunnah (Allah).

3. Pada ketika itu, itulah sahaja tahap akalnya. Patutkah kita hairan dengan keadaan begitu? Tahap akal manusai berkemabng dari tiada kepada ada. Dari ada secara baligh syarie kepada ada secara baligh hakiki. Tak semua orang boleh mencapai tahap akal yang sama. Yang cenderung kepada sains mengasahnya untuk membuktikan kepercayaan, sementara yang cenderung kepada agama mengambil pendekatan “samikna waatokna”, kami dengan dan kami patuh. Dari masa ke semasa berevolusilah menjadi dua perbezaan ketara. Walau apa kita lakukan, dengan definasi ceramah berjela, pada ketiaka itu, itulah saha tahap akalnya. Ya … memang kita rasa, apalah susah sangat nak menerima, mereka tak apa-apa, yang menyampai yang selalunya merana.

6. Berpersatuan adalah sebahagian dari sistem pendidikan. Berpeleseran adalah bukan dari sistem pendidikan. Berpeleseran dalam berpersatuan ini yang selalu menjadi duri dalam daging. Malah berpeleseran di luar persatuan juga tidak kurang menjadi pilihan kurang bijak siswa, kerana pada mereka perpersatuan adalah kerja sia-sia. Dalam semua pekara ibadah kita perlukan jihad, atau kesungguhan. Berpersatuan yang banyak berpeleseran (bukan sahaja kerana isu darah muda siswa siswi) tetapi merangkumi segala yang tidak mendatang kesungguhan. Berpersatuan yang hanya mementingkan semangat sendiri, berpersatuan yang hanya mementingkan kepercayaan, berpersatuan yang tidak mendatang keterbuakan dan sebagainaya adalah semua merupakan peleseran.

2. Salaf dan Khalaf mempunyai persamaan yang sama, kerana kedua-duanya mengunakan kekuatan akal. Cuma bezanya ialah tahap mana kekuatan dose kegunaan, yang menjadi persoalan. Sebenarnya semua mahluk diberikan akal, untuk membolehkan mereka menerima ilham, sebagaimana, lebah juga diberikan ilham (malah ayatnya disebut wahyu) untuk bersarang di bukit atau di pohon. Batu yang bergolekpun mmendapat ilham dari Allah, sudah pasti melalui indera yang bersamaan dengan akal. Walau bagaimanapun mahluk yang pertama sempurna akalnya untuk menerima tanggung-jawab adalah Adam, bukan Adam yang Ustaz cerita, tetapi Nabi Adam. Berterusanlah akal berevolusi dari masa ke semasa, sehinggalah ke zaman Salaf dan Khalaf.


S69 Salam TV.

Januari 30, 2009

Pak Din January 28th, 2009 at 5:46 pm

Salam TV,

1. Dua petikan yang menjadi rujukan perbincangan,
a. “Kekhuatiran tatkala mengendalikan program anak-anak remaja hari ini. Ramai dari kalangan mereka yang mempunyai ibu bapa dan keluarga yang komited dengan Islam, tetapi si anak memberontak dan berjiwa pemberontak. Ia bermula dengan kebosanan hidup, terutamanya apabila mereka mula membandingkan diri dengan kawan-kawan sebaya. ”
b. “Kedewasaan itu adalah upaya memilih antara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Menyediakan anak menuju alam dewasa, menuntut ibu bapa mendidik anak untuk memilih dan membuat keputusan.”

2. Tujuh tahap perkembangan manusia di Dunia, 1. pensenyawaan. 2. kandungan, 3. bayi, 4. kanak-kanak, 5. remaja, 6. dewasa dan 7. tua. Kita tidak akan sentuh perkembangan phasa 1 -3, untuk kali ini, tetapi phasa 4 – 7 sangat berkaitan dengan tajuk dibincangkan. Pendidikan formal berlaku dari peringkat kanak-kanak dengan bersekolah rendah, semasa remaja di sekolah menengah dan seterus di IPT sehingga awal dewasa, sekitar 23 tahun. UPSR, PMR, SPM menjadi kayu ukur kefahaman sistem pendidikan dan seterusnya pelbagai pilihan ada di tahap lepasan SPM, samada yang berjaya ke IPT atau melanjutkan kemahiran di bidangan kemahiran hidup (vokasional).

3. Sepertimana Islam disampaikan dalam tiga serangkai berbentuk Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ikhsan, serampang tiga mata pula diperlukan dalam banyak sudut kehidupan untuk mencapai sesuatu tujuan, 1. Jangka pendek, 2 Jangka sederhana dan 3. Jangka panjang. Keperluannya adalah kerana betujuan memperbaiki keadaan persekitaran. Contoh dalam pendidikan, bermula dengan pendirikan yang menutamakan kefahaman untuk lulus peperiksaan, menjadi tujuan jangka pendek belajar. Di jangka sederhana, apabila mencapai awal dewasa, KEUTAMAAN pendidikan perlu menekankan pula belajar untuk mencari kerja dan akhirnya pendidikan dan pembelajaran jangka panjang sewajibnya untuk mengenal Tuhan.

4. Tidakkah kita terfikir bahawa semua Nabi-nabi yang diturunkan merupakan suatu jenis pemberontakkan? Kalau Islam pada ketika itu sudah berada di jalan yang benar, tidak ada keperluan unttuk menurunkan Nabi. Kesemua mereka diutuskan untuk membetulkan akidah Islam, yang selalunya melibatkan pemberontakkan, sekurang-kurang pada ideologi adat dan budaya di mana Nabi itu diutuskan. Sebab itu saya selalu menekankan tentang pengorbanan daripada mencari ketenangan. Apabila sahaja Islam tersasar dari landasannya, perlu ada pemberontakkan di dalam jiwa yang tersedar bahawa ia tidak sepatutnya begitu. Kita telah lama memperkatakan ramainya yang beragama tanpa Tuhan. Perlukan kita menenangkan jiwa dengan tiada pemberontakan?

5. Isu pemberontakan jiwa remaja selalunya timbul, apabila betembung dengan sogokan iman taklid. Ibubapa gagal memberikan penjelasan yang berdasarkan fakta, tetapi selalu menggunakan pendekatan petua atau fatwa. Jiwa remaja yang masih hampir fitrah ini (dengan rohnya kenal Rabbnya) tidak dapat menerima sogokan yang tidak berfakta. Mereka perlukan pembuktian dan pemikiran, tetapi kerana ibubapa telah dimasyarakatkan dengan cara arus perdana yang hanya bergantung kepada kepercayaan semata-mata, gagal untuk memberikan penjelasan sains kepada pegangan kepercayaannya. Ini yang menjadi asas pemberontakan jiwa remaja. Tambah-tambah lagi bila dipaksa. Memang tidak dinafikan ada kejayaan cara paksakan atau pujukan, tetapi hasilnya adalah satu lagi generasi yang juga menjadi percaya ikut sahaja.

6. Serampang tiga mata menjadi alat menyesuaikan diri dengan suasana, tanpa jiwa mengalami kejutan. Apa yang dilakukan dengan hanya beriman taklid, adalah selari dengan jangka pendek, tetapi apabila sudah besuai-kenal diperingkat itu, perlu memikirkan jangka sederhana. Lagi awal tujuan jangka panjang diterapkan lagi baik kepada pegangan kepercayaan. Jangka pendek iman taklid perlu mengarah kepada iman bukti (dengan ilmu), Jangka pendek, berhubung dengan perasaan, perlu disulami dengan kefahaman berhubung dengan akal, dijangka panjang. Jangka pendek, kyusuk dalam solat perlu diterapkan dengan jangkan panjang kyusuk di luar solat. Malangnya pendidikan selalunya tersekat di peringkat jangka pendek sahaja, menjadikan baligh syarie tidak mencapai kepada baligh hakiki.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.