DARWIN 37 – 44 Reserved.
DARWIN36 Menghidupkan kerja.
DARWIN35 Hukum E = A + B + C + D.
DARWIN34 Bermacam-macam dunia.
DARWIN33 Permata – Bila Carbon mendapat tekanan.
DARWIN32 Sekejap tiada sekejap ada .
DARWIN31 Bila Sodium melamar Chlorine.
DARWIN30 Akan datang.
DARWIN29 Muhasabah perlu self hatred?.
DARWIN28 Bahasa Alam Bahasa Tuhan.
DARWIN27 KFC sehingga menjilat jari.
DARWIN26 Program dan Superprogram.
DARWIN25 Sains mencari kesatuan.
DARWIN24 Sains kemanusiaan dan sains kebinatangan.
DARWIN23 Sains ketuhanan dan sains gunaan.
DARWIN22 Buang keruh ambil jernih barulah …
DARWIN21 Penserasian percaya dan fikir.
DARWIN20 Akan datang.
Bhg 19 Teori Darwin – DARWIN.
Bhg 18 Teori Darwin – Matlamat halalkan cara? dan …
Bhg 17 Teori Darwin – Creationist vs Evolutionist.
Bhg 16 Teori Darwin – Hukum garisan dan hukum halangan.
Bhg 15 Teori Darwin – Sains dan saintist.
Bhg 14 Teori Darwin – Tujuan, carakerja, penilaian (TCP)
Bhg 13 Teori Darwin – Jet (roket) : Barisan, bulatan dan keadilan.
Bhg 12 Teori Darwin – Mahu pencentus tahu atau …
Bhg 11 Teori Darwin – Dark Matters.
Bhg 10 Teori Darwin – Ringkasan siri 1-9
Bhg 9 Teori Darwin – Bhg 2 MI Hardware Firmware and Software
Bhg 8 Teori Darwin – Bhg 1 Modal Insan (MI)
Bhg 7 Teori Darwin – Keunikan 7 Bhg 1
Bhg 6 Teori Darwin – Fi sittah …
Bhg 5 Teori Darwin – Menumpang di Bumi Allah
Bhg 4 Teori Darwin – Sains dan Arts.
Bhg 3 Teori Darwin – Keadilan pada Pintu.
Bhg 2 Teori Darwin – Isi dan kulit.
Bhg 1 Teori Darwin – Pembukaan.
S90 K29 P689 U09 – 44 Artikel perlu.
Februari 28, 2009S88 K21 U01 30 Artikel terakhir.
Februari 20, 2009S55 Who own the fish?
S56 Salam Illusi.
S57 Salam hempuk? …
S58 Salam ingat.
S59 Salam Adam.
S60 Salam celaru.
S61 Salam celaru2
S62 SSAS Falsafah.
S63 Salam cerita.
S64 Salam niaga.
S65 Salam Hoca.
S66 PERMATA di siri 666.
S67 Salam Cinta.
S68 SSAS Benih.
S69 Salam TV.
S70 Petikan 6 pertama – ulang.
S71 Salam Uji.
S72 Berkabung – kosong.
S73 Kabung Hari 6.
S74 Salam kemuncup – format beza.
S75 K? Salam dosa.
S76 Kabung 8 Salam Machi.
S77 Kabung 9 – Idea ingkat.
S78 Kabung 10 – Salam Perak.
S79 K11 – Syariatik yang Saintifik.
S80 K12 Idea singkat.
S81 K13 Salam Wayl.
S82 K14 Salam Sultan.
S83 K15 Idea pendek.
S84 K16 Salam tiga.
S85 K17 Salam Visa.
S86 K18 Salam lagi.
S87 K20 Idea repek.
S87 K20 Idea repek.
Februari 19, 20091. Pak Din reply on February 18th, 2009 12:55 pm:
@UmmiFaiz, Setuju.
“Oleh itu, jangan lupa menjadi rakyat yang mempimpin diri, agar kemudian, pengalaman memimpin diri itu dapat digunakan semasa keperluan mencari pemimpin di antara kita. Kalaulah kita asyik dengan emosi dalam memimpin diri, yang selalunya hanyut dengan ‘pelbagai persepsi buruk’, bagaimanalah kita nak menjawab di Sana nanti kalau disoal, ‘Siapa yang kamu pilih?’. Emosi dan persepsi adalah kawalan kita. Memang berita datang dari luar, tetapi di mana letaknya akal kita, kalau hanya membiarkan emosi mengawal diri.” – dari http://sharudin.com/2009/02/09/s77-kabung-9-idea-singkat/
2. Pak Din reply on February 18th, 2009 12:42 pm:
@mysteriosly anonymous, nak sambung repek … bukankah diri itu dan Alam semuanya ini adalah teridiri dari atom? … “yang besarnya tidak mampu dilihat mata kasar.” Menarik tulisan.
3. 2 Pak Din February 17th, 2009 at 9:25 am
Salam,
Ya, kebajikan itu kebajikan. Ia mungkin mencurah lautan manfaat buat manusia. Namun tanpa menghubungkan segalanya dengan sebuah kehambaan manusia kepada Pencipta, bisakah semua itu meraih Syurga?
Peringatan yang terpenting … dalam kesibukan seharian menjalani kehidupan berkebajikan.
4. 26 Amin Ahmad January 24th, 2008 at 8:26 pm
ana rasa maksud ustaz mudah..dalam kita mengajak orang lain berhijrah, kita juga kena renung diri sendiri dan berhijrah.
iblis dulu khabarnya mendoakan keselamatan semua yang lain hingga lupa mendoakan dirinya.
dalam cakap2 orang kita, 1 jari tuding kat orang lain, 4 jari tuding diri sendiri..
moga saya dan kita semua faham dan diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.
[Tulis Komen]
27 Abu Saif January 25th, 2008 at 12:16 am
mesej saya mudah sahaja. tidak perlu dirumitkan.
[Tulis Komen]
Pak Din reply on February 19th, 2009 5:15 pm:
Setuju 100%
S86 K18 Salam lagi.
Februari 17, 20091. ”Dalam banyak-banyak alasan itu, alasan pembangunan adalah alasan yang paling hebat. Bahawa mereka sudah membuat sebesar-besar kebajikan di sebesar-besar tempat, pada sebesar-besar musim, dan semuanya menjadi kebanggaan.”. Sangat tepat pemerhatian Ustaz tentang itu. Saya pula tidak terperanjat kalau itu berlaku di kalangan Umara’ (pemimpin pembangunan jasmani), yang menjadi kejutan saya adalah tiada beza perangai yang terdapat pada kalangan Ulama’ (pemimpin pembangunan rohani). Jadi kalau Ustaz rasa sedih dengan perasaan bangga yang tersalah tempat, saya dua kali lebih sedih, malah tak keluar air mata, untuk dilelehkan lagi. Kerana setiap titisan ari mata itu, bukan sahaja menambah sedih, malah mengurangkan keyakinan diri, sebagaimana Nabi saw merasainya sendiri.
2. Menjalankan tugas pembangunan adalah tugas yang tidak boleh mengharapkan balasan, terutama setelah ganjaran makan gaji dah selalunya datang bersama, bagi memastikan keluarga petugas dapat mengisi perut mereka. Menjalakan tugas yang hanya bertugas (kerja dengan balasan) dan bukan dijadikan hobi (kerja tanpa balasan), tidak layak untuk diganjarkan dengan pahala sekalipun, sekiranya tidak disertai dengan jujur dan ikhlas. Maka kalau ada yang merasa bangga dengan kejayaan membawa pembangunan, samada jasmani ataupun rohani, dan mendapat balasan, samada rela ataupun paksa, jadi lebih jauhlah ia dari dinamakan menjalankan tugas. Kelihatannya sekarang yang beragama mengharapkan harta Akhirat (pahala) dan yang tidak beragama, mengaharapkan harta Dunia (habuan).
3. Sebaliknya ada juga terdapat golongan yang tidak mengharapkan kedua-duanya. Dia tidak mengharapkan habuan dan pahala, semata-mata kerana Tuhannya. Tapi malangnya hanya mengenal nama Tuhannya, tak pernah kenal carakerja Tuhannya. Mereka melaksanakan sesuatu hanya atas nama kebajikan. Bekerja memberikan manfaat sebanyak-banyaknya kepada manusia. Merekalah yang pertama akan datang sekiranya berlaku apa-apa bencana atau malapetaka. Segera datang menghulurkan tenaga dan juga derma, tanpa pernah mengira apa atau siapa? Soalannya ialah, ”Ya, kebajikan itu kebajikan. Ia mungkin mencurah lautan manfaat buat manusia. Namun tanpa menghubungkan segalanya dengan sebuah kehambaan manusia kepada Pencipta, bisakah semua itu meraih Syurga?”
4. ”KAMU BERJASA KEPADA MANUSIA, KAMU BERDOSA KEPADA TUHAN MANUSIA… sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim membelakangkan Dia!” Begitulah adanya, manusia sentiasa mahu mengetahui carakerja manusia yang hendak dibantunya, atau menghulurkan rasa hormat kerana tahu carakerja manusia yang dia berhubung antara, tetapi manusia lupa akan dosa, kerana tidak pernah mengambil tahu atau berusaha mendalami ilmu mengenai carakerjaNya. Sangat berleluasa ia berlaku sekarang ini. Sehinggakah akhirnya Allah menutup pintu minda mereka, dari mengenal yang lebih utama. Jasad Nabi-nabi terawal menjadi rebutan antara agama. Lihat sahaja di Baitulmukaddis, perkuburan jasad Nabi yang sama, tetapi pegangan kehidupannya sangat berbeza, apabila rohnya tidak kenali.
5. Kalaulah semua mereka, yang asalnya dari satu keturunan, menyedari bahawa jasad Nabi-nabi mereka itu, dibentuk oleh Tuhan yang sama, Tuhan yang satu, sebagaimana hanya adanya satu jasad yang direbutkan, sudah pasti akal yang waras akan menerima bahawa perbezaan yang ada itu adalah perbezaan diperingkat cara (beragama) dan bukan diperingakat tujuan (mengenal Pencipta). Malangnya kesemua manusia tidak gemar melihat secara keseluruhan. Hanya suka melihat kepada penyempitan. Manusia gemar mengikut kata hati perasaan dari menganalisa dengan akal fikiran. Manusia gemar mempercayai apa yang diwariskan oleh keturunan, tanpa mahu beranjak membuat pembaharuan pemikiran, mencari pembuktian kepada kepercayaan yang mereka diwariskan.
6. Setuju dengan kata-kata Sdr Jowel, ”berhikmah sungguh yang ustaz paparkan. mudahan ianya dapat mengetuk hati-hati yang tidak mahu peduli akan benarnya hari pembalasan dan perjumpaan dengan Allah..” . Perbezaan-perbezaan di Dunia tidak akan dapat diselesai di sini, memandangkan pendakatan berbeza setiap manusia, terutama perbezaan meletakkan keutamaan dalam menggunakan nikmat pertama yang Allah berikan, sehingga layak manusia digelar menjadi khalifah, yang sepatutnya membawa pembangunan di Dunia, tanpa perlu merosakkan keadaannya. Ujian kejayaan pembangunan di Dunia akan memastikan kedudukan seseorang manusia di Akhirat kelak. Segala perbezaan akan diadili di Sana.
S85 K17 Salam Visa.
Februari 16, 20091. “Kenapa aku tak dapat lakukan?”, soal diri yang mengugat keimanan, apabila membaca artikel Ustaz ke sana ke mari. “Wow! bestnya”, kata perasaan. “Opp! jangan lebih-lebih ..”, bisik rational. Hendak seribu daya, tak nak apa kan daya? Syabas Ustaz! Bertambahlah lagi makna motto SIO, dan lebih penting saya katakan, saham pelaburan Ustaz semakin naik. Ya sekali-sekali turun sekejap, ikut trend bull and bear, tetapi jelas kelihatan senyuman waris SIO, meneruskan momentum perjuangan, hasil dari usaha gigih Ustaz hari ini. Selagi ada Melayu di ceruk mana, maka di situlah kelihatan SIO akan berada. Mungkin lama sikit le nak ke ISS, kerana wakil kita pun sekejap aja ke sana. Tetapi itulah besar harapan saya melihat unjuran pencapaian perancangan di minda Ustaz. Sybas sekali lagi!
2. Mengugat keimanan adalah soalan peribadi. Semestinya kita perlu selaraskan dengan Surah AnNaas, dalam memahami isu memberikan tumpuan kepada sesuatu. Surah itu menyatakan tentang was-was, yang selalu melawat kita, dan yang lebih penting ialah mengetahui yang bukan datang dari musuh nyata kita, tetapi dari dalaman diri kita. Apa yang syaitan boleh buat, untuk mengaburi pandangan kita?, kalau dia sendiri menggunakan sumber kuasa dan tenaga, dari yang sama kita gunakan. Kalau Allah berikan dia kebolehan menjadikan ‘out of focus’, kita perlu gunakan tenaga yang sama untuk ‘stay in focus’. Kebolehan dia lawan kebolehan kita. Kalau kita kalah maknanya, dia lebih percaya daripada kita, kan? Dia lebih memahami SunnahNya dan menikmati pengunaan kuasa dan tenagaNya. Tak tercabar ke kita?
3. Isu visa, tidak dinafikan rumit mendapatkannya. Sangat memeningkan kepala. Kalau minta visa untuk habiskan duit, mintak satu mereka bagi dua. Seperti pernah belaku pada saya dahulu, kerana kita selalu beli barangan mereka, mintak visa melawat sekali, mereka beri visa melawat seumur hidup. Bagi senang kita menghabis duit di sana. Tapi kalau minta visa kerja, tertutama kerja ‘nak mengajar mereka’, sebelah mata mereka tak pandang. Siapa expetriate dari Malaysia?, yang tiada dalam peta mereka. Sekali sekali kita bengkokkan peraturan, dengan menggunakan pas lawatan, debak debuk pulak hati nanti, masa tengah buat persembahan. Itu pun kalau nasib baik, kalau tidak ditawarkan lawatan percuma ke tahanan. Ini visa kerja ampunya cerita. Tak sepenuhnya salah mereka, kerana terlalu ramai yang menyalah-guna. Macam berlaku di negara kita, guna pas lawatan, rupanya memberi perkhidmatan.
4. Remaja di perantauan sememangnya perlukan pemantauan. Tak kurang ramai yang terkejut budaya bebas, ibarat kambing keluar kandang. Kalau tali ikatan luaran dah tak ada, pergantungan hanya diharapkan pada ikatan dalaman. Dengan jasmani yang sedang membesar dan bertenaga, apa sahaja akan mereka cuba. Wapaupun saya lebih bersetuju dengan konsep ‘Buatlah apa saja’, dari ‘Jangan itu, jangan ini …”, sudah pasti peringatan seterusnya ialah, ‘Buatlah apa saja … dengan mengikut peraturan’. Saya sangat faham dengan konsep SIO, yang menyemai peraturan yang dikemaskini. Banyak peraturan lama yang terlalu mengongkong, sehingga ‘Buat apa saja’ menjadi ‘Tak boleh buat apa’, itu haram, ini haram, Yahudi haram, Nasrani haram, Majusi haram, sedangkan yang haramnya bukan pada bangsa, atau pada benda selalunya, tetapi pada sikap kita menanganinya.
5. Syariatik yang saintifik, itu visa SIO. Dan juga vision dan mission SIO. Maaf ya Ustaz kalau terlebih define. Saya nak fahamkan diri, bukan untuk memberitahu yang orang dah tahu atau Ustaz pasti tahu, pasal kalau kita beritahu apa orang dah tahu nanti mereka tak nak ambil tahu. Tetapi pengalaman mengajar, ada sahaja nanti terkeluar, “Tak ada yang bagitahu saya pun”, sedangkan telah diberitahu, tetapi kerana kurang ambil tahu, maka jadinya tak tahu menahu. Lihat tapi tak nampak. Membaca surat tepi tak menyirat. Dengar tapi terkeluar, sebelah satu lagi. Memanglah elemen asasnya mis-communication, tetapi tak kan kita nak bergembira dengan hanya mengambil bayaran, walaupun mengetahui ianya salah penerima. Manusia tidak gemar mendengar jawapan yang tak selari dengan pra-sangka atau perpektif sendiri, kalau guna perasaan.
6. Hanya dengan pengunaan akal, pembukaan baru dapat terbena. Idea baru dapat bercambah. Pengalaman baru dapat dicerap. Pengetahuan baru dapat diperap. Ilmu baru dapat dilahap. Itulah yang dinamakan saintifik. Apabila yang dipercayai, pada mulanya, dapat disaring, diuji, diteori, dan akhirnya dibukti. Keadah ilmu sains tidak dapat menerima apa yang tidak dapat dibukti. Tidak dinafikan ada pekara yang berasaskan kepercayaan, tetapi itulah penserasian yang tersirat di dalam memahami ‘syariatik yang saintifik’. Kalau tidak diserasikan, jiwa remaja adalah pertama yang tidak dapat menerima. Kalau dipaksa untuk menerima, hasilnya ialah pembentukan Muslim yang kurang Muslim, atau Muslim pada nama. Sebuk beragama tetapi syok sendiri pada Tuhannya. Semuga berjaya!
S84 K16 Salam tiga.
Februari 16, 20091. Tidak saya nafikan bahawa Blog SIO yang kecil ini, mengandungi idea-dea yang BESAR. Lebih tidak dinafikan ialah setiap artikel mengandungi pesanan PENTING. Maka dalam mengejar yang BESAR dan PENTING, bagaimanakah kita belajar mendefinasikan yang UTAMA. Itulah kandungan artikel Ustaz ini, dengan ringkasan, “Seorang pengembara yang bijak, tidak akan menyusahkan dirinya dengan apa yang ia tidak perlukan. …. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa dunia ini juga satu kembara. Dunia adalah tempat persinggahan. Kita datang dari alam lain dan sedang menuju kembali kepadaNya. …. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.
2. Dari artikel, ”Hidup kita dan masa yang ada, adalah seumpama bekas air. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil.” …. Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu? …. Itulah NILAI.” Memahamai dan berilmu tentang apa yang tersirat pada nilai-nilai Islam, dari apa yang disuratkan sebagai Islam. Oleh kerana penganut Islam telah mengambil-guna perkataan Muslim, maka tidak hairan ada penggunaan perkataan yang merujuk kepada Muslim yang Muslim (Orang Islam yang memahami nilai-nilai Islam). Kedua-duanya, Islam dan nilai-nilai Islam, adalah BESAR dan PENTING, tetapi tidak ramai yang melihat bahawa yang satu lebih UTAMA di antara dua. Itulah nilai. Seperti peingatan Ustaz, ”Jika kita menganggap usrah dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai, maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa.”
3. ”Akhirat mengajar kita membuat penilaian terhadap setiap satu kebajikan dan kebaikan di dunia. Akhirat juga memberi amaran kepada kita terhadap setiap satu kejahatan dan dosa kedurhakaan.” Kitab Al Quran mengingatkan kita tentang kepentingan hidup di Akhirat, tetapi pada masa yang sama, jangan sekali-kali lupa pada bahagian (ujian) kita di Dunia. Kejayaan menjalani ujian di Dunia sangat menentukan kedudukan di Akhirat. Maka adalah UTAMA kita menduduki ujian atau peperiksaan, daripada mengharap dan menunggu keputusan yang baik, tetapi tidak merasakan keUTAMAan menduduki ujian. Ujian terbesar adalah memahami apakah nilai disebalik setiap sesuatu yang dijadikan Allah di Dunia ini. Islam itu ibarat harta, dan ujian di Dunia adalah mencari dan menggunakan nilainya.
4. ”Tabiat kedua sudah mengajar kita supaya Begin with the End in Mind. Apakah hujung perjalanan hidup di dunia ini? Bagaimana melihat kehidupan dari pandangan Pencipta kehidupan?” Pencipta menyediakan segala potensi kehidupan, dengan mahluk diberikan kebebasan membuat pilihan menggunakan potensi itu, atau saintifiknya disebut kinetik. Islam itu adalah potensinya sementara nilai-nilai Islam mengeluarkan potensinya menjadi kinetik. Begitu juga dalam sistem kewangan modern. Harta adalah mengandungi potensinya, sementara sistem ekonomi itu menggunakna nilai harta sebagai kinetiknya. Mempunyai harta sahaja (seperti Negara-negara berminyak) tanpa memahami nilai kinetiknya, menjadikan mereka bukan sebagai yang mendapat manfaat terbesar dari harta tersebut.
5. ”Diam mulut dari bercakap, diam tangan dari menyiar idea. Berbual, pilihlah bualan yang baik-baik. Membuka blog, pilihlah idea yang baik-baik, atau diam sahaja.” Kehidupan ini adalah tentang memimpin dan dipimpin. Kelihatannya sekarang berparti itu sebagai segala-gala tentang kepimpinan, sedangkan ia hanya sebahagian kecil dari kepimpinan seharian. Terlalu banyak parti yang tidak mengenal harta dan nilainya, menjadikan ahlinya tidak dapat memberikan focus dalam kehidupan seharian. Yang diUTAMAkan adalah keahlian bukan tujuan, mencari Pencipta. Yang dipentingkan adalah cara melakukan hidup (beragama) dan bukan tujuan mengenal Pencipta dan nilai yang disemaikanNya di dalam Alam.
6. ” Bahasa Arabnya adalah Aulawiyyat.” Tiga serangkainya menyebut Usul Ad Din, menjadikan peringatan UTAMA tentangnya ialah “Awwalludin Maarifatullah”. Setuju dengan peringatan Ustaz, ”Manusia hari ini dipujuk agar melupakan Akhirat. Pujukan paling berkesan ialah pada menambah perisa kehidupan melalui HIBURAN. Hidup kita hari ini menjadi “hiburan centric“. Semua mesti ada unsur hiburan. … hingga ke majlis agama, mesti ada unsur hiburan.” Akhirat yang dilupakan ialah tentang ketuhanan, sementara HIBURAN yang dipentingkan adalah beritual menjalankan perintah Agama untuk mencari ketenangan, dan bukan kebenaran, kerana ketuhanannya diketepikan. Hanya membudayakan carakerja Khaliq akan menyelamatkan mahluk.
S83 K15 Idea pendek.
Februari 15, 20091. Pak Din reply on February 14th, 2009 8:27 am:
Salam,
Sangat jelas kedudukannya sekarang dari beberapa komen yang telah dikeluarkan. Terima kasih kepada jawapan Ustaz yang padat dan tepat, merangkumi persoalan yang dikemukakan. Antara lain dari perbincangan ialah,
1. fitnah dilemparkan semata-mata matlamat politik.
2. SIO adalah sebuah blog kecil.
3. akhirnya orang malas nak baca. bukan sebab isinya tak betul.
4. BELAJARLAH UNTUK FOKUS.
5. bersila hanya untuk berbincang satu dua perkara sahaja.
6. bukan untuk mewakili mana-mana parti/pihak.
Saya selari dengan Sdr Hakim, “saya faham ….”, tetapi ….
———————————————————-
2. Pak Din reply on February 13th, 2009 11:50 am:
Terkesan saya!
Mat Saleh yang soleh kata, “Faham rohnya semasa baca jasadnya” atau “Fikirkan yang tersirat dari merasakan yang tersurat”.
Memang benar apa yang dikata, dari lebih 1,000 yang Ustaz dah tulis, nak baca … em … 30% pun susah rasanya. Maksud saya yang baca macam si Soleh tu. Jadi memahami sunnah jidal (dan muroq) sangat berkitan dengan memahami sunnah berparti dan ber-isu di dalam parti. Seperti kata Sdr Komen sket #51, “usaha untuk menegakkan khilafah penting”, tetapi, di tangga kedua penting dalam memahami roh sebenar apa yang dibawakan jasad Junjungan Besar saw. Nabi saw menterjemah Islam, maka kita perlu memahami roh menterjemah Islam itu. Kedua-dua parti bersumberkan Al Quran dan As Sunnah, cuma ada isu yang dibawakan kedua-dua parti, yang kenkadang jarak jauhnya tidak sama dari Panduan.
Maka sunnah jidal mengatakan jangan semarakakan assyabiah, kepartian, malah terkadang ke-manhaj-an tetapi sasarkan kepada isu ketuhanan, untuk mengelak tersalah parking atau tertekan padel minyak. Satu sudut keadilan boleh terlihat sebagai ketidak-adilan di sudut lain. Maka ketika itu khalif, yang bukan tahap akar dan batang (asas) menjadi rahmat. Bila membincang ragam manusia (mahluk) memang bermacam, tetapi bila melihat carakerja Allah ia seragam. Hanya dengan membudayakan carakerja Allah, ragam manusia dapat dikurangkan.
———————————————————–
3. 56 ‘azizul February 13th, 2009 at 3:56 pm
kita hamba ALLAH bukan hamba sultan…
biar derhaka sultan jangan derhaka ALLAH.
58 Pak Din February 14th, 2009 at 8:30 am
Setuju 100%
———————————————————–
Petikan dari artikel terawal,
4. 3. Khulafah ArRashidin berfungsi, antaranya, dengan sistem penasihat. Satu peringatan yang pernah dikeluarkan ialah, “Kamu adalah sebaik siapa yang menasihati kamu”. Dalam hal pemerintahan beraja sekarang, fungsi penasihat lagi sangat ketara. Sultan sebagai Ketua Negeri, dikelilingi oleh penasihat-penasihat beliau, secara peribadi atau secara badan mesyuarah. DUN adalah antara badan penasihat kepada Raja, disamping penasihat-penasihat di Istana yang lain. DUN berfungsi menghasilkan nasihat terbaik bagi menjalankan permerintahan seharian negeri dan rakyat. Dan cara terbaik untuk DUN menjalankan keadilan adal dengan adanya dwi-parti, agar ada check and balance. Ini asas keadilan yang berdasarkan kepada nilai Islam.
5. 6. Serampang tiga mata menjadi alat menyesuaikan diri dengan suasana, tanpa jiwa mengalami kejutan. Apa yang dilakukan dengan hanya beriman taklid, adalah selari dengan jangka pendek, tetapi apabila sudah besuai-kenal diperingkat itu, perlu memikirkan jangka sederhana. Lagi awal tujuan jangka panjang diterapkan lagi baik kepada pegangan kepercayaan. Jangka pendek iman taklid perlu mengarah kepada iman bukti (dengan ilmu), Jangka pendek, berhubung dengan perasaan, perlu disulami dengan kefahaman berhubung dengan akal, dijangka panjang. Jangka pendek, kyusuk dalam solat perlu diterapkan dengan jangkan panjang kyusuk di luar solat. Malangnya pendidikan selalunya tersekat di peringkat jangka pendek sahaja, menjadikan baligh syarie tidak mencapai kepada baligh hakiki.
6. 1. Alhamdullilah, dapat saya melapangkan masa kembali berbicara. Terima kasih kepada Sdr yang membuat saya terdetik untuk memulakannya kembali. Pada awalnya, macam nak sambung cuti penggal kedua, iaitu 2 x 44 hari, sebagaimana Bush memegang Amerika. Bukanlah saya peminat dia untuk jadikan dia sebutan, tetapi tidak juga saya tergamak nak bagi kasut. Banyak cara lain yang boleh dibuat, daripada mengekspressi diri dengan Semangat Buluh Runcing. Susun strategi keilmuan yang mendalam dan patahkan segala ancaman dengan kekuatan kefahaman tentang Carakerja Haliq, sudah pasti kejayaan akan datang bersamanya. Bukan hanya dengan semangat juang sahaja, tanpa kefahaman menyeluruh. Sunahtullah mengatakan kereta kebal tak boleh rosak dibaling dengan batu. Sunatullah mengatakan tak berjaya dengan hanya menggali trowong mengelak dikesan … tetapi Sunahtullah berjanji siapa sahaj yang menggali dan faham Kitab TarbiahNya (meneliti dan mengkaji Alam) sudah pasti menjadi orang yang berjaya di Dunia dan di Akhirat. Maka sebab itu saya agak sempit dalam pemilihan tajuk perbincangan. Pusing-pusing Carakerja Haliq.
S82 K14 Salam Sultan.
Februari 14, 2009Pak Din February 13th, 2009 at 9:23 am
Salam Sultan,
1. Menarik catatan Sdr Patruk Arjuna, ”10. Saya amat sedih apabila ada segelintir anak Perak yang menuding jari Sultan Azlan bias dan tidak mengikut perundangan tubuh negeri Perak kerana menitahkan agar MB dan semua EXCO meletakkan jawatan serta merta.” Dan saya juga turut bersedih dengan tuduhan itu. Tetapi yang menjadikan saya lebih sedih adalah, ketidak-fahaman Muslim, yang tidak menyedari kehadiran Kitab Al Quran yang mengandungi asas-asas yang sama. Sultan menggunakan Kuasa Budibicaranya, disebabkan peruntukan itu ada di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Dan sebagai seorang Sultan yang berpengalaman di dalam bidang kehakimaan, Sultan sudah pasti menggunakan Kuasa Budibicara dengan sebaik mungkin.
2. Kitab Al Quran sebagai panduan utama asas kehidupan, yang diwahyukan Allah kepada Nabi saw, juga mengandungi Ayat-ayat Mahkamat (jelas) dan Ayat-Ayat Mytsyabihat (samar). Dan Al Quran sendiri mengingatkan, adanya segelintir Muslim yang akan menjadikan Ayat-ayat Mutsyabihat untuk berbalah sesama sendiri, atau membuat penafsiran mengikut selera sendiri. Keadaan ini telah dijangkakan di dalam Al Quran, sebagai sebuah Panduan Agung yang tiada keraguan di dalamnya dan qat’ie dasarnya. Kalau Al Quran bersifat sedemikian, apatah lagi hukum-hukum lain yang dibuat manusia bagi kesejehteraan bersama. Sudah pasti ada kesamaran yang terselit di sana sini. Maka dengan sebab itu akhirnya ada peruntukan Kuasa Budibicara yang diberikan kepada Sultan bagi mengatasi masalah sebegini.
3. Khulafah ArRashidin berfungsi, antaranya, dengan sistem penasihat. Satu peringatan yang pernah dikeluarkan ialah, “Kamu adalah sebaik siapa yang menasihati kamu”. Dalam hal pemerintahan beraja sekarang, fungsi penasihat lagi sangat ketara. Sultan sebagai Ketua Negeri, dikelilingi oleh penasihat-penasihat beliau, secara peribadi atau secara badan mesyuarah. DUN adalah antara badan penasihat kepada Raja, disamping penasihat-penasihat di Istana yang lain. DUN berfungsi menghasilkan nasihat terbaik bagi menjalankan permerintahan seharian negeri dan rakyat. Dan cara terbaik untuk DUN menjalankan keadilan adal dengan adanya dwi-parti, agar ada check and balance. Ini asas keadil yang berdasarkan kepada nilai Islam.
4. Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan dengan jelas tentang pengambilan Islam sebagai Agama resmi, disamping bangsa Melayu sebagai bangsa istimewa (sebagai Muslim) dan bangsa-bangsa lain sebagai rakan kongsi menjalani kehidupan bermuamalah. Dengan Islam sebagai Agama resmi, maka Kitab Al Quran adalah menjadi panduan asas kehidupan. Tidak dapat dinafikan penerapan Islam dari Al Quran itu tidak berlaku sepenuhnya seperti yang diharapkan oleh sesetengah golongan. Ini tidak melayakkan mereka untuk mengatakan pemerintahan itu tidak Islamik atau tidak mengikut kehendak Islam. Peringatan yang ada sangat jelas tentang jangan sekali-kali kita menuduh kafir orang yang mengaku keesa Allah (mengucap Syahadah) dan mengambil KitabNya sebagai panduan asas kehidupan.
5. Semangat berkobar yang ada untuk membentuk sesuatu yang baru, yang dikatakan lebih Islamik itu sebenarnya yang tidak Islamik. Pemerintahan sekarang telah mengambil dan berusaha mengikut garis-garis panduan di dalam Al Quran. Adalah lebih berkesan mereka ini membantu memperbaiki sistem yang ada, dengan memaksimakan penggunaan akal, dan menjauhkan diri dari dikawal oleh pengunaan perasaan dalam tindakan. Sebagai Muslim, ini yang sangat menyedihkan saya. Adanya segolongan Muslim yang mengakui lebih Islamik, sedangkan sistem yang ada telah berada di landasan Islam pada asasnya. Pembaikkan sememangnya perlu berlaku setiap masa, dan itulah fungsi yang diberikan kepada Agamawan. Memberikan nasihat terbaik mereka kepada sistem pemerintahan yang ada.
6. Tidak dinafikan berlakuanya godaan syaitan yang menyebabkan terdapat bahagian pemerintahan atau ahli yang memerintah menyalah-gunakan kuasa yang diberikan. Ini sepatutnya diberikan teguran untuk memperbaiki keadaan, bukan setiap kali nyamuk terlepas masuk, kita buang kelambu, cari kelambu baru (kalau masih mahu menggunakan pepatah Melayu). Ini ibarat, marahkan nyamuk, kelambu nak dibakar. Nyamuk yang kecil itu tercatit di Al Quran. Saya melihat kemarahan semuanya berasaskan kepada perasaan yang tidak terkawal, yang selalunya datang dari nasihat dan ajaran yang kurang menerapkan penggunaan akal. Hanya mementingkan pembacaan surat dari pembacaan yang tersirat. Yang mementingkan hubungan hati perasaan dari hubungan akal fikiran. Rasakan, dan fikirkanlah.
S81 K13 Salam Wayl.
Februari 12, 20091. Penting juga membaca komen-komen yang telah dikeluarkan bagi memastikan ianya mencapai tujuan ditulis. Perlu saya ingatkan diri, bahawa segala yang ditulis, akan dipertanggung-jawabkan di Akhirat kelak. Pada saya tidak timbul tarikh luput pada kebanyakan tulisan saya, kerana pendekatan saya lebih gemar melihat sesuatu dari sudut membudayakan carakerja Khaliq, yang asasnya tidak pernah berubah. Maka sekiranya kita sebagai manusia, membudayakan dasar carakerja Khaliq, segala ranting dan cabang carakerja kita, tidak akan lari dari landasan utama Islam. Islam itu telah lama bertapak atau dibenikkan di Alam, lama sebelum manusia diberikan ‘cukup akal’ bagi memikul tanggung-jawab yang datang bersama kebebasan memilih.
2. Sdri Yusriyusra menulis, “ramai org yg solat berbuat dosa, tp adakah dgn sebab ramainya org brsolat yg buat dosa terus kita yg mndengarnya tidak mahu solat? sedangkan solat itu wajib.”
Maka, saya menjawabnya dengan, “Ia selari dengan ayat, “Fa waylul lil musoleen. Allazi nahum ..”. iaitu Allah mewajibkan solat (semua rukum Islam), tetapi pada masa yang sama Allah peringatkan kita, bahawa yang bersolat juga tidak ketinggalan diancam dengan neraka, maknanya menghidupkan solat (dan rukun Isalm lain) itu lebih wajib. Jangan hanya mementingkan cara tetapi fahami tujuan beribadah.”
Cara tanpa tujuan mengahsilkan Muslim yang beragama tanpa Tuhan. Berikut adalah berberapa petikan yang berkaitan.
3. 4. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah, tetapi pertikaikanlah, bagaiman kita memprolehi hasil darinya. Apakah kita menghidupkan amalan yang diarahkan untuk kita membuat itu? Apakah dengan solat Muslim jadi bersatu? Sepatutnya YA, tetapi hasil yang kelihatan sudah semestinya TIDAK (yang sangat besar). Di sana sini Muslim bercakaran, bermusuhan malah berbunuhan. Di sana sini Muslim tidak dapat melawan musuhnya, walaupun bilangan musuh itu jauh lebih kecil. Di sana sini kemiskinan adalah terbanyak di kalangan Muslim, bukan hanya miskin harta jasmani, jauh lebih penting, muflis harta rohani (ilmu). Jangan disebut menjadi amalan kalau perlaksanaan tidak dilaksanakan dengan keilmuan yang mantap. Dan jangan disebut berilmu kalau Kitab Alam sentiasa di ketepikan.
Dari http://sharudin.com/2009/01/28/s66-permata-di-siri-666/
4. 3. Diharapkan usaha di tahap kemasukan atau tangga bawah ini, tidak terlalu mengasyikkan, menyebabkan mereka tidak memanjat ke tangga yang lebih tinggi. Keindahan Kitab Al Quran, yang mengandungi Syariat Allah, dalam bentuk asasnya, menjadikan ia sebagai pintu untuk kita keluar kepada Kitab Alam, bagi mencari perincian mendapatkan kunci-kunci ghaib. Terlalu banyak yang perlu dipelajari di Kitab Alam, secara saintifiknya, tidak mengizinkan kita terlalu asyik dengan kesenian Pintu tersebut. Dan dose pemikiran yang perlu ditingkatkan selalunya membuatkan Muslim menjadi lebih selesa dipenafsiran yang lebih mudah kepada sesuatu ayat, atau tanda yang diberikan di dalam Al Quran. Ini yang melemahkan Muslim sebenarnya. Diwar-warkan bahawa ilmu yang tinggi tidak bermakna tanpa amal, adalah kurang tepat, tanpa mahu memahami kepentingan bahawa bermulanya kiraan amal itu adalah dengan berilmu.
Dari http://sharudin.com/2009/02/11/s79-k11-syariatik-yang-saintifik/
5. 6. Serampang tiga mata menjadi alat menyesuaikan diri dengan suasana, tanpa jiwa mengalami kejutan. Apa yang dilakukan dengan hanya beriman taklid, adalah selari dengan jangka pendek, tetapi apabila sudah besuai-kenal diperingkat itu, perlu memikirkan jangka sederhana. Lagi awal tujuan jangka panjang diterapkan lagi baik kepada pegangan kepercayaan. Jangka pendek iman taklid perlu mengarah kepada iman bukti (dengan ilmu), Jangka pendek, berhubung dengan perasaan, perlu disulami dengan kefahaman berhubung dengan akal, dijangka panjang. Jangka pendek, kyusuk dalam solat perlu diterapkan dengan jangkan panjang kyusuk di luar solat. Malangnya pendidikan selalunya tersekat di peringkat jangka pendek sahaja, menjadikan baligh syarie tidak mencapai kepada baligh hakiki.
Dari http://sharudin.com/2009/01/30/s69-salam-tv/
6. 5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landaasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan.
Dari http://sharudin.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/
S80 K12 Idea singkat.
Februari 12, 20091. Pak Din reply on February 11th, 2009 4:08 pm:
@Izhar, 4. Dengan lencungan dari benih asal nilai-nilai Islam, tamadun berkembang. Tidak dinafikan manusia berjaya menggunakan Islam yang diubahsuai untuk kehidupan mereka. Persoalannya ialah sejauh mana ubahsuai itu boleh dilakukan dan dapat menyokong kehidupan mereka. Tidak jauh. Jangan kita persoalkan asalnya adalah dari Islam, tetapi persoalkan sejauh mana ia perlu dikembalikan kepada landasan asal. .Dengan mengatakan bahawa Bukan-Islam mencipta sistem kehidupan sendiri, adalah kurang tepat. Mereka tidak sebijak yang kita sangka. Mereka hanya bijak mengubahsuai Islam dari landasan asal, kepada sistem yang mengikut nafsu mereka. Segala-galanya adalah dari Islam. Benih awal ditarbiahkan Allah melalui Kitab AlamNya dan juga penerangan dari Kitab-kitab yang telah diturunkan zaman berzaman.
Dari http://sharudin.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/
2. Pak Din reply on February 11th, 2009 5:51 pm:
@Pak Din, Tak tahu kenapa dulu komennya bunyi begitu … maaf!
Yang pastinya tulisan Ustaz ini menarik isinya dan seperti di highlight oleh Kak Ija, “Thus, it is a responsibility for Muslims to respond to this propaganda by developing their own Occidental approach based on our universal values which can be the foundation in searching of common ground for better dialogue of civilization.”
Mungkin ini yang memberikan idea dan mencetuskan kekuatan saya untuk menulis ‘SSAS Benih’ http://sharudin.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/. Terima kasih.
Tak kurang menarik ialah yang berikut,
“The Western scholars started to study the Eastern Civilizations, including the language and religion, with the motives of equipping their knowledge to tear down Islam.
Bagaimanapun, dari ‘SSAS Benih’, “1. Benih Islam telah tersemai di Alam sejak Azali (Big Bang). Benih Islam adalah benih terbaik yang sedia digunakan dalam semua ruang dan masa. Dengan menyemai benih ini kepada ruang yang yang kita berada, benih Islam akan bercambah menjadi cara menyelesaikan semua permasaalahan yang timbul. Segala nilai yang baik adalah berlandaskan kepada Islam. Maka, mustahil Islam akan dapat dimusnah, kerana secara fitrahnya kehidupan asas, iaitu Alam tanpa manusia, adalah semuanya Islam. Hanya apabila tiada Alam ini barulah tiada Islam. Alam ialah semua 7 Alam-alam yang kita sebagai roh tempuhi. Muslim yang berasaskan nama, mungkin dapat dimusnahkan mereka.
3. Pak Din reply on February 11th, 2009 8:38 am:
Salam takziah kepada pemergian ADUN, samada secara terpisah roh dan jasad, mahupun yang terpisah ideologi perjuangan. Kehidupan memang dipenuhi dengan pertemuan dan perpisahan. Bertemu jangan jemu dan berpisah jangan gelisah.
@SangPelangi, Kalau dia dapat bertahan dalam memechahkan monopoli syarikat yang ada. sudah pasti pengguna yang mendapt manfaatnya. Sesuatu yang ditunggu-tunggu. Kenaikan kelajuan pindahan data pada harga yang sama.
Menarik juga dari penerangan Ustaz #16, 2.5 G per day, data transfer, accumulative basis. Dari pengalaman men-stremyx, nak dapat 1G per day menggunakan 1Mbit link (downloading non-video multi address) pun agak susah (menggunakan Offline Explorer).
Semuga kedatangan perhubungan internet kadar tinggi (high speed broadband wire or wireless) dapat meransang minda kita untuk memahami apa yang penting dalam perhubungan adalah kefahaman bersama data yang dikongsi, bukan hanya kelajuan ia datang menerpa.
[Tulis Komen]
Pak Din reply on February 11th, 2009 6:03 pm:
bukan 2.5 G/day, tetapi 40G/month / 30days = 1.3 G/day.
S79 K11 – Syariatik yang Saintifik.
Februari 11, 20091. Setinggi-tinggi penghormatan dan penghargan diucapkan kepada Ustaz HAJ dan SIOnya yang mempopularkan konsep ‘syariatik yang saintifik’ melalui, teutamanya AGENDA08. Tidak dinafikan kejayaan memasarkannya kepada masyarakat biasa (surau dan masjid) dan juga intelek (IPT, korprat), adalah antara usaha tertinggi dalam menterjemah ‘Erti hidup pada memberi’. “Rombakan pemikiran amat diperlukan kerana di situ terbenamnya kunci kekalutan tingkah laku Muslim dalam menggarap peranan duniawi dan ukhrawi mereka.” Saya selalu mengingati diri tentang Ayat (al-Ra’d 13: 11) dengan melihat kepada hasil carakerja yang telah kita lakukan. Berligar-ligar dalam membincangkan cara sahaja, menyebabkan kita tersangkut ditahap itu, dan akhirnya saya terpaksa mengaitkan Ayat tersebut kepada peringatan “Bermulanya Agama itu adalah mengenal Allah”
2. Hubungan Khaliq-mahluk diakui sangat penting. Hubungan mudah untuk diterima, adalah dengan percaya (atau syariatik). Malangnya hubungan ini tidak menghasilkan Muslim yang menghidupkan Islam. Hubungan yang berdasarkan percaya juga susah untuk berkembang ke arah kesempurnaan. Tidak dinafikan ia boleh berkembang ke arah kepelbagaian, bergantung kepada apa yang dipercayai. Memperbaiki hubungan mudah ini, bukan bermakna akan menjadikan ia sesuatu yang susah, tetapi Allah memperuntukkan kunci-kunci pekara ghaib (baca apa yang kita tak tahu), hanya kepada mereka yang berusaha mencarinya. Maka hubungan sebenar Khaliq-mahluk memerlukan percaya dan fikir (syariatik yang saintifik). Dibuang atau dikurangkan dose pemikiran itu, akan menjejaskan hubungan Haliq-mahluk. Kita perlu mengiktiraf bahawa pada tahap kemasukan (entry level), berikan dose rendah, tetapi dengan azam meningkatkan dose tersebut secara terus menerus.
3. Diharapkan usaha di tahap kemasukan atau tangga bawah ini, tidak terlalu mengasyikkan, menyebabkan mereka tidak memanjat ke tangga yang lebih tinggi. Keindahan Kitab Al Quran, yang mengandungi Syariat Allah, dalam bentuk asasnya, menjadikan ia sebagai pintu untuk kita keluar kepada Kitab Alam, bagi mencari perincian mendapatkan kunci-kunci ghaib. Terlalu banyak yang perlu dipelajari di Kitab Alam, secara saintifiknya, tidak mengizinkan kita terlalu asyik dengan kesenian Pintu tersebut. Dan dose pemikiran yang perlu ditingkatkan selalunya membuatkan Muslim menjadi lebih selesa dipenafsiran yang lebih mudah kepada sesuatu ayat, atau tanda yang diberikan di dalam Al Quran. Ini yang melemahkan Muslim sebenarnya. Diwar-warkan bahawa ilmu yang tinggi tidak bermakna tanpa amal, adalah kurang tepat, tanpa mahu memahami kepentingan bahawa bermulanya kiraan amal itu adalah dengan berilmu.
4. Penterjemahan syariatik yang tidak saintifik, tidak selari dengan Sunnah Allah. Ia hanya akan mencambah banyak kepelbagaian ragam cara manusia melakukan sesuatu. Hanya Sunnah Allah yang tidak pernah dan tidak akan berubah, sementara carakerja mahluk sentiasa condong kepada kepelbagaian, yang tidak mengarah kepada kesempurnaan. Kesempurnaan Khaliq adalah kerana di dalam carakerjaNya, ia mengarah kepada kesatuan. Kesemua hukum-hukum Alam yang ditemui saintis (malangnya kebanyakannya saintis bukan Islam) akhirnya sesuai untuk dimasukkan dalam satu rumusan. Hasilnya sekarang saintis bukan-Islam mencari Teori of Everything, iaitu satu teori yang dapat menjelaskan semua kejadian di Alam ini. Carakerja mahluk bergerak ke arah kepelbagaian. Bukan isu kepelbagaian dahan dan ranting yang dimaksudkan tetapi di tahap batang dan akar juga terlalu banyak kepelbagaian.
5. Penerapan syariatik yang saintifik mengajak kita membudayakan carkerja Allah dalam mengarah kepada kesatuan dan kemudiannya kepada kesempurnaan. Pentingnya bersyariat tidak pernah dinafikan, tetapi keutamaan bersaintifik jauh lebih penting dalam memastikan hasil dari carkerja Muslim. Selagi penerapan sepenuhnya tidak dapat diserasikan, selagi itu Muslim tidak berada di landasan kemajuan. Agamawan yang tidak terdedah kepada element saintifik, terlalu ramai yang mengenepikan kepentingan saintifik. Silibus sains di dalam sistem pendidikan, sebenarnya lebih banyak mengajar ke arah ketuhanan, tanpa disedari, dari pendekatan pendidikan yang berasaskan silibus agamawan. Bezanya ialah penerapan keutamaan, kepada kepercayaan dan bukan pemikiran yang menghasilkan pembuktian. Kedua-duanya perlu pemisahan doktrinnya tetapi pada masa yang sama perlu penserasian dalam kehadirannya.
6. Saya kagum dengan kebolehan Ustaz dalam meneruskan pembacaan dan kemudian membuat penelitian. Saya bersetuju dengan cara bekerja sendiri memberikan lebih ruang dan peluang untuk berfikir tentang Alam dan ketuhanan. Sebagai seorang yang bukan agamawan, tetapi mahu mencari ketuhanan, saya banyak mencari kekuatan dari Uataz, terutama dalam menterjemah pembacaan Kitab Alam melalui pemikiran dan penulisan yang dibuat oleh orang bukan Islam. Mereka ini sangat saintifik, itu dah pasti. Kejayaan mereka terserlah di Dunia. Kita hanya perlu menjadi syariatik, untuk mencari kesimbungan kejayaan di Akhirat. Malangnya terlalu ramai Muslim yang syariatik tetapi tidak saintifik, dan mereka tidak sedar bahawa bermulanya kiraan menjadi syariatik adalah dengan jalan bersaintifik. Sebagaimana bermulanya kiraan amal adalah apabila kita berilmu, dan juga bermula beragama ialah apabila kita mengenaliNya.
S78 Kabung 10 – Salam Perak.
Februari 11, 200910 Pak Din February 9th, 2009 at 10:51 am
Salam Perak,
1. Bukan salah ibu yang mengandung, dan tak juga salah sistem yang dikendung. Salahnya masih cenderung kepada anak yang lahir, setelah dibesarkan, bagi memastikan jasad dapat menanpung roh, tidak dapat menggunakan kepekaan kepada pilihahan alat yang harus digunakan. Tidak dinafikan seseorang itu membesar selama sekurang-kurang 7 tahun sebelum akal (yang berkaitan dengan rohnya) mencapai tahap cukup umur. Pada ketika itu barulah dia dapat sepenuhnya konsep panas api, tetapi masih terlalu jauh untuk memahami konsep panas baran. Sementara menunggu kedatangan faham tentang itu, persekitarannya amat menentukan, input apakan yang dicerap ke dalam pemikirannya.
2. Bukan salah pula bapa yang mencari rezeki bagi menampung kehidupan asas keluarga. Kesibukan bapa keluar pagi dan balik malam, bagi memastikan keluarga dapat menyuap, menjadikan anak terdedah kepada persekirtaran yang tidak lagi diwarnai oleh pengalaman bagaimana bapa dibesarkan dahulu. Generasi lama terlibat dengan pembentukan awal negara, dan sedar betapa susahnya mencapai kemerdekaan, untuk lari dari kongkongan penjajah. Masa berlalu, generasi bertambah, keperitan itu tidak tertanam ke dalam jiwa generasi baru, dek kerana kesibukan ahlinya mencari kemewahan kehidupan. Persekitaran kemudian menambah kekusutan, dengan memberikan input-input yang positif dari satu sisi, tetapi menjadi negatif dari sisi yang berbeza.
3. Warisan dari generasi lama perlu dihargai, terutamanya apabila warisan itu melibatkan panduan hidup dalam beragama. Jangan sekali-kali dipertikai kewajaran peninggalan penduan kehidupan terutama kata-kata Nabi Besar Junjungan saw, tetapi sedarlah bahawa segala penafsirannya perlukan kefahaman mendalam, keadaan suasana dan persekitaran. Maka tanyalah atau pertikaikanlah apa yang kita perolehi dari memahami warisan yang diberikan. Sekiranya hasil dari kefahaman tersebut tidak selari dengan keputusan yang diharapakn, sekali-kali jangan menuding kepada apa yang diwariskan, tetapi lihatlah apa yang telah kita lakukan dari penafsiran warisan yang diberikan. Bukan salah ibu mengandung dan bukan salah sistem yang dikendung.
4. Kedua-dua peringatan khusus yang diberikan, boleh digunakan oleh kedua-dua pehak yang bertelagah sekarang. Mereka menafsir undang-undang tubuh negeri, mengikut apa yang menguasai tubuh diri mereka. Kalau akal yang diutamakan maka, hasilnya berakal, sebaliknya kalau nafsu yang diutamakan, maka bernafsulah hasil dari penafsirannya. Pembangkang dan penyokong, hanya diberikan sebahagian dari kuasa memerintah, iaitu terutamanya kuasa-kuasa memerinatah hal-hal seharian, sementara masih ada tunjang kuasa yang dipegang di peringkat yang lebih tinggi, dalam kes ini undang-undang tubuh negeri, yang melibatkan institusi Raja-raja.
5. Anak-anak yang lahirnya ke dalam persekitaran yang berbeza dari ibubapanya, tidak keterlaluan kalau dikatakan terkurang belajar, bila membuat rumusan mempersoal kewarasan bapanya (sekarang ini ibubapa) menyebukkan diri mencari nafkah menampung keluarganya. Keterlaluan sekiranya kemaruk kuasa memerintah seharian yang telah diberikan, menjadi tidak cukup disebabkan tamak, dan mahu meminta semua kuasa yang ada semasa penubuhan negara. Sistem telah dibena dengan mengambil-kira nilai-nilai Islam, hanya memerlukan pelaksana yang faham untuk menggunakannya, semasa menyelesaikan masaalah seharian. dalam menjalankan kepimpinan. Malang apa yang berlaku ialah sikap tamak telah menjadikan mereka mahukan semua, termasuk mengganti institusi Raja itu sendiri.
6. Bukan salah sistem yang dikendung, tetapi tersilap sikap dalam membendung. Sikap pemimpin parti-parti yang terlibat yang salah dalam membendung pengikutnya, menjadikan pemimpin sendiri tersepit dari tindakan yang diambil. Kegagalan menjangkau kemungkinan unsur negatif berleluasa, atau sikap mencari populariti singkat, menambah kekusutan keadaan dalam membendung ketelanjuran tindakan. Hasilnya apabila keputusan tidak menjadi seperti yang dijangkakan, nafsu mengambil-alih dan terus menuding kepada kesalahan lawan, tanpa mahu melihat kepada kepincangan diri, dalam membuat keputusan yang berasaskan jangkauan yang panjang. Bawalah apa sahaja peringatan, ia hanya menjadi hiasan dan bukan pegangan semasa diperlukan.
S77 Kabung 9 – Idea singkat.
Februari 9, 2009Kumpulan idea pendek dari komen di SIO.
1. Pak Din reply on February 6th, 2009 12:49 pm:
@hamba, Salam, “Allah sentiasa ada disisi kita”. Kalau ‘kita’ itu adalah kita yang sedang jatuh, saya kurang setuju. Kita itu merangkumi manusia semua, jadi jangan terlebih yakin Allah menyabelahi kita tanpa kita muhasabah diri dan perjuangan. Saya lihat kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan sudah pasti sebagaimana tajuk Ustaz “Tuhan tengah bercakap dengan kome tu!”. Allah Maha Adil, Dia tak hanya bercakap dengan kome, dengan dema, dengan engkau, dengan anta, malah dengan lu juga, Dia sentiasa bercakap. Cuma yang mendengar, mendengar pelbagai versi arahan, disebabkan tahap gangguan dari syaitan.
http://saifulislam.com/?p=4622#comment-43708
2. Pak Din reply on February 8th, 2009 1:31 am:
@Ummu Saifullah, Al Quran itu tiada keraguan di dalamnya. Ia mengandungi ayat-ayat mahkamat (nyata hukum) dan ayat-ayat mutsyabihat (samar). Maka julat bergeraknya (dynamic range) luas. Secara terang, berkali-kali Al Quran mengajak manusia berfikir, menggunakan akal dan yang setara dengannya. Julat bergerak menggunakan akal juga luas, dari 0 (yang gemar taklid) kepada yang mahu memaksimakan penggunaannya. Dan akhirnya Al Quran menyatakan bahawa mereka yang dapat menghubung kait peristiwa dan kejadian Alam sebagai tanda keterlibatan kekuasaan dan tenaga Allah, dirujuk sebagai Ulil Al Baab, iaitu mereka yang menggunakan akal dengan semaksima yang boleh. Pada ayat-ayat bagaimana yang perlu kita gunakan akal? Itu persoalannya. Saya menyokong penuh Ummu menafsir ayat. Tetapi ayat mana?
http://saifulislam.com/?p=1719#comment-15611
3. Pak Din reply on February 8th, 2009 7:05 pm:
@rakyat-rakyat semua, Salam.
Bilangan rakyat sangat ramai berbanding bilangan pemimpin. Oleh itu, jangan lupa menjadi rakyat yang mempimpin diri, agar kemudian, pengalaman memimpin diri itu dapat digunakan semasa keperluan mencari pemimpin di antara kita. Kalaulah kita asyik dengan emosi dalam memimpin diri, yang selalunya hanyut dengan ‘pelbagai persepsi buruk’, bagaimanalah kita nak menjawab di Sana nanti kalau disoal, ‘Siapa yang kamu pilih?’. Emosi dan persepsi adalah kawalan kita. Memang berita datang dari luar, tetapi di mana letaknya akal kita, kalau hanya membiarkan emosi mengawal diri. Kepakaran Pak Belalang hanya untuk hiburan di kala duka, tetapi bila berhadapan dengan kehidupan realtiti, tiada kepakaran yang lebih berharga dari menggunakan nikmat terbesar yang Allah beri bagi menjadi kita manusia, iaitu ‘akal sempurna’. Saya pun sedang belajar memaksimakannya.
Pak Din reply on February 6th, 2009 7:20 pm:
@Hakim, Eh eh eh, masih ada yang mengunakan kepakaran nujum Pak Belalang untuk menuduh. Kesian sungguh … bila nak berubah agaknya?
http://saifulislam.com/?p=4630#comment-43801
4. Pak Din reply on February 8th, 2009 9:00 am:
@hamba, damai hati mendengarkan KERANA ALLAH, untuk masih untuk kita, hemat saya, kerana Allah tak perlukan ronggengan kita. Rokiah dan, sekarang kita yang perlu beronggeng, untuk kita, tetapi kita dah setuju dilakukan kerana Allah. Pegangan asas dah serupa. Terima kasih tak terhingga, telah memberikan Ayat berkaitan. Sebagai seorang yang cenderung menjadi Ulul Al Bab (memaksimakan penggunaan rational, aqal), saya memang perlukan Agamawan (yang selalunya mementingkan naqal). Semuaga penserasian antara keduanya dapat diselaraskan. Walaupun ia sebagai pembayang, maksudnya masih jelas, bahawa bekas ahli BN tu, dan semua ahli politik yang lain tak kira parti, berniat mencapai tampuk kepimpinan dengan apa cara sekalipun. (Yang baring atas jalan dengan bendera pun ada). Dan dia pernah melaksanakan makar yang sama dahulu, cuma kali ini belum kesampaian menterjemah program 16-Sep-nya.
http://saifulislam.com/?p=4622#comment-43903
5. Pak Din reply on February 8th, 2009 1:14 am:
@abu @ ibn ahmad, @hamba, Melompatnya katak juga cerita purbakala. Berselisih fahamnya manusia adalah sejak Haabil dan Qabil. Samada Habil atau Qabil yang terbunuh, kedua-duanya berdosa, kerana kedua-dua telah memasang niat untuk untuk menumbangkan antara satu dengan yang lain, cuma yang tidak terbunuh ditakdirkan selamat. Yang terbunuh niatnya tidak terkesampaian untuk membunuh kerana telah dibunuh, tetapi tidak bermakna dosa membunuh terlepas darinya, melainkan dia lansung tidak berniat untuk mengalahkan lawannya, iaitu aras dasar melindungkan diri. Bukankah di dalam pegolakkan politik terakhir ini, kedua-duanya berniat menumbangkan satu sama lain. Maka siapa yang kalah atau menang tidak relevent, niatnya sudah terpasang. Berat timbangan keduanya sama. Biarkan Rokiah nak berronggeng, cuma saya tanya, untuk apa? dan nasihat saya jangan sampai tertonggeng.
6. Pak Din reply on February 6th, 2009 12:37 pm:
@Rokiah Ronggeng, Salam, Lompat-lompat tu tak le masaalah sangat. Niat melompat tu yang perlu kita tengok. Kalau hanya ikut tabii katak, pasal ada lalat yang nak ditangkap, itu yang kita sepatutnya tak suka, tetapi kalau lompat pasal diri terasa telah memperjuangkan isu yang salah maka lompatlah untuk berhijrah manhaj. Ibarat seorang Ustaz dahulu mendapati, parti yang diharapkan memperjuangkan Islam, tetapi rupa-rupanya hanya menghasilkan Muslim yang beragama tanpa Tuhan, maka dia melompat ke parti lain yang memperjuangkan manhaj Ulil Al Baab. Jangan lupa pula … nak berronggeng kena betulkan niat juga. hehe.
S76 Kabung 8 Salam Machi.
Februari 8, 2009Pak Din reply on February 7th, 2009 9:00 am:
@al-maslul, Salam Machi,
1. Menarik sekali thema yang diberikan Ustaz dan lagi menarik jadinya ialah apabila adanya pencerahan yang diberikan oleh Sdr Al-Maslul. Kredit pertama masih kepada Ustaz, kerana mencetus MAMPU untuk memikirkan tentang apa yang berlaku di persekitaran. Kalau Ustaz mengatakan “Bersempena dengan perkembangan politik semasa”, saya suka mengingatkan bahawa itu merupakan hasil makronya, di mana micronya perlu dilihat kepada kepimpinan (politik) diri setiap individu yang membentuk masyarakat yang berpolitik di atas. Atau yang lebih perlu kita sedarkan pada diri, ialah fakta bahawa kebersihan pemimpinan atau permainan politik, bergantung besar pada kebersihan pemimpin diri setiap individu yang kemudian memilih pemimpin di antara mereka.
2. Dwi-parti, penyokong dan pembangkang, dalam sistem demokrasi, adalah berasaskan pada nilai-nilai Islam, di mana element muhasabah sentiasa terterap di dalamnya. ‘Check and balance’ (muhasabah) adalah asas dwi-parti. Kalau manusia pada dirinya sendiri mempunyai kejujuran, muhasabah sentiasa boleh berlaku, yang menghasilkan pembetulan setiap kali kesalahan dilakukan. Bagi memastikan, tiada terlepas pandang, secara senghaja atau tidak, maka ciri muhasabah pada tahap mikro diri individu, diterapkan pada sistem politik modern, yang seperti biasa, kebanyakan pembaharuan selalunya, adalah bermula dari Barat. Dalam kes demokrasi berparliment iini tidak dinafikan sistem tersebut bermula di Britain.
3. Dengan tidak menafikan kesedaran kepada perlunya nilai-nilai murni, melalui rela-paksa, akhirnya “untuk boleh unggul dari orang lain,” mereka terpaksa “melakukan makar dan penipuan”, dan ” menganggap itu sebagai salah satu cara yang benar.” Ia tidak berlaku pada kadar mendadak, tetapi berevolusi setiap masa sedikit demi sedikit. Walaupun ada element muhasabah di dalam sistem, disebabkan cara fikir pemilih sangat menentukan, akhirnya pemimpin yang dapat menerapkan makar yang terbaik menguasai sistem. Dari proses legistative (pengubalan undang-undang), kepada executive (perlaksanannya) sehinggalah judicary (penghakiman), secara berdikit-dikit terlencung nilai-nilai murni asal menjadi sistem yang diterima-pakai oleh ramai daripada arus perdana.
4. Saya tidak melihat ianya hasil dari kepincangan sistem, dan tidak bersetuju sekiranya ada yang mengatakan kembali kepada sistem kekhalifahan (atau hudud, misalnya) akan menyelesaikan masaalah. Ini masalah pengendali atau pengguna sistem. Pengislaman sistem atau badan apapun, tidak akan memastikan pengembalian kepada landasan sebenar. Hanya pengislaman insan, sebagai penguna sistem yang dapat memberikan hasil. Dan kemudian di setiap insan itu sendiri, kesedaran terhadap hadirnya ’sempurna akal’ (bukan ’sempurna perasaan’) itu yang akan melatih individu sentiasa memuhasabah diri, yang kemudian akan memastikan secara masyarakat dapat memuhasabah sistem yang mereka sepakati bersama.
5. Kalau dirujuk “perkembangan politik semasa” sebagai menangnya satu kawasan lain dan tumbang satu negeri, maka kita kembali kepada mengajar anak-anak (generasi baru) mengambil side kepada parti (atau kepada ibu atau bapa). Pengajaran yang perlu diberikan ialah bukan mengambil side ibu atau bapa, tetapi isu yang dibawakan oleh ibu atau bapa. Dan kalau jelas kedua ibubapa, memperjuangkan Islam, mengapa perlu ada sentimen berat, mengatakan musuh kita tidak Islamik, hanya kita sahaja yang mendukung Islam. Saya melihat parti yang merasakan mereka sahaja yang Islamik itu, sebagai syariatik tetapi tidak saintifik (menggunakan terma dari artikel Ustaz). Melawan Sunnah Allah, lebih buruk kesannya dari melawan Syariat Allah.
6. Sudah pasti peringatan ini sangat relevent, “Sedarlah, kekuasaan di dunia hanya sementara… Ada HAKIM yg lebih besar YG MAHA MENGHUKUM di SANA nnt… “. Dan pada mereka yang berstrategi (makar) dalam politik untuk kepentingan diri (terutama yang berkulitkan Islam), ingatlah bahawa “Inna Allah khairun makirin” (Segungguhnya strategi yang paling palik datang dariNya). Kelihatan sekarang ramai Muslim yang memperjuangkan Islam, tersangat jauh dari memahami nilai-nilai Islam, dari ketidak-sedaran mereka menerapkan pentingnya memahami Sunnah Allah secara mendalam, untuk diterapkan di dalam kehidupan dan kepimpinan mereka. Selagi itu terus berlaku, Sunnah Allah akan memastikan mereka tidak dapat kembali ke landasan.
S75 Salam dosa.
Februari 6, 20093 Pak Din January 30th, 2009 at 11:58 am
Salam dosa,
1. Pagi Jumaat yang mulia ini, saya diilhamkan untuk membuka tajuk ini. Bilangan artikel yang banyak menjadikan saya kenkadang, tak tahu mana nak letak celoteh. Tapi, seperti satu tajuk itu, “Apalah ada pada nama?”. Bukan tajuk itu yang penting sangat, bukan isinya yang menarik sangat (hiss! banyak yang menarik), tetapi kalau kita memahami motto Ustaz, “Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan”, maka mencari MAHU dan kemudian MAMPU untuk bertindak mencari kebenaran, walaupun dah TAHU adanya Tuhan.
2. Artikel Ustaz sudah pasti ada kelainan. Rakaman peristiwa yang dibuat, terlihat ketelusan dalam penulisan. Julat bergerak (dynamic range) peristiwa kehidupan yang dipaparkan, merangkumi semua deria perasaan dengan sentuhan akal fikiran. Ada tinggi ada rendah, tanpa selindung, dan kemudian diselitkan dengan nasihat dan pedoman yang difikirkan terbaik untuk direnungkan. Mengenali tulisan Ustaz lebih setahun, menjadikan saya yakin, ketepatan motto yang dikemukakan, penulisan adalah pembentangan pandangan ke arah mengajak pembaca memikirkan yang terbaik untuk kehidupan. Tidak digalakkan menjadi SIOism atau paksaan dalam penerimaan, sekiranya pembaca sudah memahami erti kehidupan. Bagi yang belum, jadikan ia panduan.
3. Penulisan saya pula telah (terkenal?) berlegar di luar kotak (perkataan lembut takut duduk dalam tajuk). Sedaya upaya saya cuba melihat ke arah kotak (tajuk dan kandungan) tetapi tidak selalu membincangkan kandungan. Ibarat melihat baju, saya tidak gemar menyentuh fashionnya (kerana itu selera mahluk) tetapi lebih gemar melihat jenis fakrik dan bagaimana ia boleh ada (kerana itu melibatkan Khaliq). Jadi diteliti kembali, tak berkait dengan perbincangan dalam kotak, tetapi semacam syok sendri, membayangkan keterlibatan Allah dalam semua peristiwa dan kejadian yang berlaku dipersekitaran kotak. Mungkin itu sebagai mencari alasan, kenapa tidak mahu berada di dalam kotak.
4. Kebenaran artikel ini tidak dapat dinafikan, walaupun ia bukan teguran yang menjadikan seseorang itu popular, ” … anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.” Siapa yang hendak mengaku dia membuat dosa? Tidak ramai yang mempunyai keberanian merakamkan ketelusan dan keikhlasan dalam penulisan jalan kehidupan. Tetapi itulah yang dipaparkan di artikel ini, dan banyak lagi artikel Ustaz yang sejenis ini. Memang kita sebagai manusia, selalu lalai atau buat-buat lupa, amalan buruk yang kita lakukan seharian. Mungkin kerana terlalu banyak terdedah kepada kursus motivasi, dan pengaruh sains kemanusiaan, dari sudut Barat.
5. Lawan motivasi adalah muhasabah. Motivasi selalunya memandang ke atas. “Kalau si Ah Chong boleh mencapai langit, mengapa kita tidak BOLEH!”, suara tinggi motivator menaikkan semangat pelajar yang nampak malap dalam pelajaran. Apa sahaja yang perlu dia katakan untuk membakar semangat juangnya. Semangat muhasabah lain sikit, selalunya kena pandang bawah. Jangan cerita pasal pernah jolok langit (yang baik), tetapi cerita dan ingatkan apa yang tidak baik yang telah kita lakukan, bertentangan dengan semangat motivasi. Dari situ kita perlu memperbaiki sikap kita, walaupaun kita tahu sebenarnya telah banyak juga kebaikan dan pencapaian yang telah kita lalui dalam kehidupan.
6. Sebab itu penserasian dan peimbangan sangat diperlukan dalam kehidupan. Kita boleh gunakan serampang tiga mata, dengan mulanya selalu bermotivasi, tetapi akhirnya kehidupan sepatutnya disemarakkan oleh proses muhasabah. Motivasi cara Barat, sementara muhasabah cara Islam. Mulakan serampang dengan menggunakan perasaan dalam, contoh perhubungan, tetapi jangan tersangkut pada tahap itu selamanya, tanpa mahu menjadikan ‘berhubung dengan akal’, sebagai langkah jangka panjang. Bermula dengan kepercayaan tetapi akhirnya perlu penyelarasan dengan pembuktian. Bermula mengutamakan Syariatullah, tetapi akhirnya perlu memahami keutamaan Sunnattullah. Dan seterusnya dan seterusnya. Banyak juga dosa saya menyentuh hati terpapar di SIO, nampaknya!
S74 Kabung 7 – Salam kemuncup.
Februari 6, 2009Biar secerah mana sekali pun penglihatan kita untuk membongkar apa yang orang tidak nampak, akhirnya nilai hanya datang apabila kita mampu memindahkan cerah diri kepada orang lain. Ana kekal menjadi perantara di antara idea tinggi dengan realiti yang menanti.
1. Tangga bawah ialah ‘realiti yang menanti’ sementara tangga atas ialah ‘idea tinggi’. Ramai yang terperangkap pada tangga bawah, dengan terlalu sedikit yang dapat mencapai tangga atas. Bukan sesuatu yang menghairan, memandangkan tahap nafsu dan iman juga ada tangga bawah dan tangga atas. Menjadi perantara berkebolehan naik turun tangga. Bila bercakap dengan penghuni tangga bawah, menggunakan bahasa tangga atas, sudah pasti mereka banya ternganga. Kalau bercakap bahasa bawah, mereka faham, tetapi bila mereka berkebolehan untuk naik?
Keletihan menganalisa kelemahan pendukung dakwah hanya Allah sahaja yang tahu. Antara peluh dan air mata… mungkin agak keterlaluan untuk ana mengungkapkannya. Tetapi ana tidak boleh letih mengusahakan perubahan yang ana dan anta mahukan kerana proses mengubah manusia tidak semudah menganalisa kesan perbuatan manusia
2. Manusia tidak banyak berubah kalau kita terus menggunakan bahasa yang mereka selesa. Bahasa hati atau perasaan. Mereka akan terperangkap pada kemerduan bahasa yang mengambil hatinya. Setiap kali kita cuba menggunakan bahasa akal, disebabkan terbiasanya dengan bahasa hati, hatinya cepat terusik, sedangkan yang hendak disampaikan adalah untuk akal. Maka melihatkan hatinya terusik, kita berhikmah menurunkan bahasa, dari bahasa akal kepada bahasa hati. Sampai bila akalnya dapat merasa?
BACK TO BASIC kadang-kadang berbunyi lucu, tetapi di situlah terbenamnya REAL PROBLEM berbanding PRESENTING PROBLEM
3. Real problem (RP) mengarah kepada reactive action, sementara Presenting probelm (PP) mengarah kepada proactive action. RP adalah hasil dari kegagalan melihat kepada PP. RP adalah sekarang senentara PP adalah akan datang, belum tiba, merancang sekiranya ia datang. Tangga bawah dengan bahasa hatinya, hanya peka kepada RP, sementara tangga atas dengan bahasa akalnya, dapat menjangkau masaalah yang belum datang. Dengan bahasa akalnya, penghuni tangga atas akan berusaha keras, memastikan PP tidak menjadi RP. Ini yang dinamakan perancangan rapi. Kebarangkalian RP timbul adalah rendah kerana usaha gigih perancangan dalam memastikan ia tidak berlaku.
Saya tidak akan sekali-kali memisahkan kepentingan teori dari kepentingan amal. Beramal tanpa teori dan buku akan terdedah kepada kesilapan yang dungu dari pembetulan. Teori dan buku tanpa amal akan terdedah kepada kedunguan kerana ‘asyik dengan perbuatan nak membetulkan’
4. Kalau teori dan buku itu adalah ilmu, maka isu di sini ialah ilmu dan amal. Perlu diingat juga bahawa bermulanya amal itu ialah dengan mencari ilmu. Tidak beramal orang yang tidak mencari ilmu, atau sebagaimana peringatan Allah, “Ke Wayl mereka yang solat, kerana solat mereka tak asaskan ilmu (mencegah fahsa dan mungkar)”. Dan beramal adalah tandanya orang beragama, dengan peringatan bahawa, “Bermulanya agama itu adalah dengan mengenal Allah”. Tidak timbul isu orang berilmu tidak beramal, kerana mencari ilmu itu adalah amalan pertama, tetapi ramai yang beramal tanpa ilmu.
Saya telah belajar dari sebodoh-bodoh cikgu hinggalah kepada sepandai-pandai guru, dan yang menentukan saya bermanfaat ialah bagaimanakah saya memproses dan memulangkan semuanya kepada manusia.
5. Sebaik-baik guru ialah yang memiliki Ilmu itu sendiri, seperti termaktub di Surah Iqra’, “(Allah) Yang mengajar dengan menggunakan Kalam (Kitab Alam), dan Dia yang mengajar apa yang manusia tidak tahu”. Kalau Kitab Alam dan Kitab Al Quran tidak sepenuhnya menjadikan Muslim, pembaca utamanya, bersatu, terutama dari segi Aqidah, apatah lagi buku, kitab dan pnulisan lain. Ini bukan kerana kepincangan penulisan Kitab Alam atau Kitab Al Quran, tetapi kerana kegagalan pembaca. Terutama apabila ada perbezaan penggunaan alat ‘akal sempurna’ yang digunakan dengan cara berbeza, antara satu sama lain.
Ramai yang kemalangan biar pun di lurus jalan, kerana bengkang bengkok pandangannya terhadap kehidupan.
Ramai yang mampu selamat biar pun di jalan bengkang bengkok, kerana lurus pandangannya terhadap kehidupan.
6. Terus terang saya katakan, tiada pekara pokok baru yang ingin diutarakan kerana pada asasnya kehidupan ini adalah berkaitan dengan tauhid atau mengesakan. Sepertimana telah saya sentuh di masa lepas, carakerja Allah mengarah kepada kesatuan (convergent) sementara carakerja mahluk mengarah kepada perpecahan (divergent). Al Quran menekankan bahawa kita tidak akan dapat bertemu dengan perubahan kepada carakerja Allah (Sunah Allah). Sementara penurunan kitab-kitab berbeza mengikut zaman, membuktikan carakerja manusia, sebagai khalifah kepada mahluk, sentiasa berubah mengikut zaman.
S73 Kabung Hari 6.
Februari 5, 2009Pak Din reply on February 5th, 2009 11:16 am:
@Abu Saif,
“menyokong HAMAS itu ialah sentimental, emosional, romantisma dan fanatisma yang buta.” kerana semunya berasaskan reactive, dah berlaku baru nak terlibat.
“manakala, pendirian meminta zionis diadili, atau sekurang-kurangnya tidak menyalahkan Zionis atas krisis Palestin, dianggap sebagai rasional, intelektual dan lebin understanding.” kerana cuba memahami sejarah dan cuba bertindak pro-aktif.
Menyesal (rancang/muhasabah) dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna.
Keserasian adalah apabila terlibat dalam kedua-duanya, tetapi tidak dinafikan keutamaan merancang bulding code agar rumah kurang kemungkinan terbakar, dari hanya memadamkan kebakaran dan mengatakan dah takdir Tuhan.
—————————————————————-
26 Pak Din February 5th, 2009 at 10:34 am
Salam,
Kena pandu perlahan, 50 km/j, banyak yang kena baca ulang.
Petikan dari surat yang mengabar, yang benar dan yang tak benar, tempuh hari.
“KUALA KANGSAR: Raja, sebagai ketua negeri dan negara perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Titah baginda: “Selaku Ketua Negeri di peringkat negeri dan Ketua Negara di peringkat nasional, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan (dan) payung penyatuan.”
Rakyat, sebagai pengikut negeri dan negara lagi PERLU bersifat tidak memihak ….. pada hemat saya. Sesekali memihak kepada SIO, tak apa, “Kita yang nak Islam ni ada keghoje kita. Keghoje mengelokkan oghang, membetuikan kepala hotak deme, bior paham Islam.”
—————————————————————
Samad reply on February 5th, 2009 9:28 am:
@joe, agak-agaknya, kenapa DSAI tak pasal2 pressure diri mewar-warkan projek 16 september yg tak menjadi tu? Kenapa tak buat senyap-senyap je? Kalau buat senyap-senyap, tak jadi pun beliau tak rugi apa-apa.
Dari sembang2 dgn penganilis politik kedai kopi yg saya jumpa, tujuan DSAI tu hanyalah utk elakkan atau lambatkan MP dan ADUN PR lompat parti. kalau tidak, kerajaan PR di perak telah tumbang sebelum 31 ogos 2008 lagi seperti mana yg pernah diumumkan oleh Tajul Rosli.
Wallahualam
[Reply]
Pak Din reply on February 5th, 2009 10:51 am:
@Samad, Semut, kalau letak bawah carpet memang sesuai, ini gajah … mana boleh?
—————————————————————-
21 adros February 4th, 2009 at 6:00 pm
Tidak terfikir saya yang utz juga balek ke Perak.. Saya juga terus ke Tronoh dari KLIA setibanya dari Dubai (via Spore). Sudah saya terperasan awalnya ada utz sebut nak naik komuter tapi tak saya perhatikan akan tarikhnya. Kalau tidak dapat saya call utz…
Di masjid UTP hari tu khutbahnya di sampaikan oleh utz dr dewi cahyono dengan tajuk menangani kelembapan ekonomi (menurut islam).. l/k begitu maksudnya… mungkin kisah pelastin sudah di laungkan sebelumnya.
Saya cuma balek sekejap, sabtu esoknya saya dah terbang balek.
[Reply]
Pak Din reply on February 5th, 2009 11:03 am:
@adros, Hai … berumur di ruang angkasalah nampaknya … lebih sebulan sekali ni! Selamat berurusan dengan tabah, cuma kena kurangkan, “Phew, mujur sempat!”
—————————————————————-
Pak Din February 3rd, 2009 at 4:24 pm
Salam
[Reply]
Abu Saif reply on February 4th, 2009 7:28 am:
@Pak Din, wsalam wbt.
jangan serik memberi komen Pak Din. Biasanya komen yang ditulis akan hilang selepas send, apabila dalam komen tu ada alamat web (URL). Ia akan dikesan dan diklasifikasikan sebagai spam dan tersangkut di filter. Jika hal ini berlaku, Pak Din notify saya di shoutbox atas tu, saya akan cek di jala spam…
[Reply]
Pak Din reply on February 4th, 2009 10:00 am:
@Abu Saif, Terima kasih, tahniah dan selamat berurusan.
—————————————————————-
S72 Berkabung.
Februari 2, 2009Menghormati pemergian Ibu Mertua yang tersayang pada 31-1-09, selepas subh, pada umur 84 tahun. Al Fatehah.
Dikirim oleh Pak Din 31