3 Pak Din January 30th, 2009 at 11:58 am
Salam dosa,
1. Pagi Jumaat yang mulia ini, saya diilhamkan untuk membuka tajuk ini. Bilangan artikel yang banyak menjadikan saya kenkadang, tak tahu mana nak letak celoteh. Tapi, seperti satu tajuk itu, “Apalah ada pada nama?”. Bukan tajuk itu yang penting sangat, bukan isinya yang menarik sangat (hiss! banyak yang menarik), tetapi kalau kita memahami motto Ustaz, “Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan”, maka mencari MAHU dan kemudian MAMPU untuk bertindak mencari kebenaran, walaupun dah TAHU adanya Tuhan.
2. Artikel Ustaz sudah pasti ada kelainan. Rakaman peristiwa yang dibuat, terlihat ketelusan dalam penulisan. Julat bergerak (dynamic range) peristiwa kehidupan yang dipaparkan, merangkumi semua deria perasaan dengan sentuhan akal fikiran. Ada tinggi ada rendah, tanpa selindung, dan kemudian diselitkan dengan nasihat dan pedoman yang difikirkan terbaik untuk direnungkan. Mengenali tulisan Ustaz lebih setahun, menjadikan saya yakin, ketepatan motto yang dikemukakan, penulisan adalah pembentangan pandangan ke arah mengajak pembaca memikirkan yang terbaik untuk kehidupan. Tidak digalakkan menjadi SIOism atau paksaan dalam penerimaan, sekiranya pembaca sudah memahami erti kehidupan. Bagi yang belum, jadikan ia panduan.
3. Penulisan saya pula telah (terkenal?) berlegar di luar kotak (perkataan lembut takut duduk dalam tajuk). Sedaya upaya saya cuba melihat ke arah kotak (tajuk dan kandungan) tetapi tidak selalu membincangkan kandungan. Ibarat melihat baju, saya tidak gemar menyentuh fashionnya (kerana itu selera mahluk) tetapi lebih gemar melihat jenis fakrik dan bagaimana ia boleh ada (kerana itu melibatkan Khaliq). Jadi diteliti kembali, tak berkait dengan perbincangan dalam kotak, tetapi semacam syok sendri, membayangkan keterlibatan Allah dalam semua peristiwa dan kejadian yang berlaku dipersekitaran kotak. Mungkin itu sebagai mencari alasan, kenapa tidak mahu berada di dalam kotak.
4. Kebenaran artikel ini tidak dapat dinafikan, walaupun ia bukan teguran yang menjadikan seseorang itu popular, ” … anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.” Siapa yang hendak mengaku dia membuat dosa? Tidak ramai yang mempunyai keberanian merakamkan ketelusan dan keikhlasan dalam penulisan jalan kehidupan. Tetapi itulah yang dipaparkan di artikel ini, dan banyak lagi artikel Ustaz yang sejenis ini. Memang kita sebagai manusia, selalu lalai atau buat-buat lupa, amalan buruk yang kita lakukan seharian. Mungkin kerana terlalu banyak terdedah kepada kursus motivasi, dan pengaruh sains kemanusiaan, dari sudut Barat.
5. Lawan motivasi adalah muhasabah. Motivasi selalunya memandang ke atas. “Kalau si Ah Chong boleh mencapai langit, mengapa kita tidak BOLEH!”, suara tinggi motivator menaikkan semangat pelajar yang nampak malap dalam pelajaran. Apa sahaja yang perlu dia katakan untuk membakar semangat juangnya. Semangat muhasabah lain sikit, selalunya kena pandang bawah. Jangan cerita pasal pernah jolok langit (yang baik), tetapi cerita dan ingatkan apa yang tidak baik yang telah kita lakukan, bertentangan dengan semangat motivasi. Dari situ kita perlu memperbaiki sikap kita, walaupaun kita tahu sebenarnya telah banyak juga kebaikan dan pencapaian yang telah kita lalui dalam kehidupan.
6. Sebab itu penserasian dan peimbangan sangat diperlukan dalam kehidupan. Kita boleh gunakan serampang tiga mata, dengan mulanya selalu bermotivasi, tetapi akhirnya kehidupan sepatutnya disemarakkan oleh proses muhasabah. Motivasi cara Barat, sementara muhasabah cara Islam. Mulakan serampang dengan menggunakan perasaan dalam, contoh perhubungan, tetapi jangan tersangkut pada tahap itu selamanya, tanpa mahu menjadikan ‘berhubung dengan akal’, sebagai langkah jangka panjang. Bermula dengan kepercayaan tetapi akhirnya perlu penyelarasan dengan pembuktian. Bermula mengutamakan Syariatullah, tetapi akhirnya perlu memahami keutamaan Sunnattullah. Dan seterusnya dan seterusnya. Banyak juga dosa saya menyentuh hati terpapar di SIO, nampaknya!
Dikirim oleh Pak Din 31