S76 Kabung 8 Salam Machi.

Februari 8, 2009

Pak Din reply on February 7th, 2009 9:00 am:

@al-maslul, Salam Machi,

1. Menarik sekali thema yang diberikan Ustaz dan lagi menarik jadinya ialah apabila adanya pencerahan yang diberikan oleh Sdr Al-Maslul. Kredit pertama masih kepada Ustaz, kerana mencetus MAMPU untuk memikirkan tentang apa yang berlaku di persekitaran. Kalau Ustaz mengatakan “Bersempena dengan perkembangan politik semasa”, saya suka mengingatkan bahawa itu merupakan hasil makronya, di mana micronya perlu dilihat kepada kepimpinan (politik) diri setiap individu yang membentuk masyarakat yang berpolitik di atas. Atau yang lebih perlu kita sedarkan pada diri, ialah fakta bahawa kebersihan pemimpinan atau permainan politik, bergantung besar pada kebersihan pemimpin diri setiap individu yang kemudian memilih pemimpin di antara mereka.

2. Dwi-parti, penyokong dan pembangkang, dalam sistem demokrasi, adalah berasaskan pada nilai-nilai Islam, di mana element muhasabah sentiasa terterap di dalamnya. ‘Check and balance’ (muhasabah) adalah asas dwi-parti. Kalau manusia pada dirinya sendiri mempunyai kejujuran, muhasabah sentiasa boleh berlaku, yang menghasilkan pembetulan setiap kali kesalahan dilakukan. Bagi memastikan, tiada terlepas pandang, secara senghaja atau tidak, maka ciri muhasabah pada tahap mikro diri individu, diterapkan pada sistem politik modern, yang seperti biasa, kebanyakan pembaharuan selalunya, adalah bermula dari Barat. Dalam kes demokrasi berparliment iini tidak dinafikan sistem tersebut bermula di Britain.

3. Dengan tidak menafikan kesedaran kepada perlunya nilai-nilai murni, melalui rela-paksa, akhirnya “untuk boleh unggul dari orang lain,” mereka terpaksa “melakukan makar dan penipuan”, dan ” menganggap itu sebagai salah satu cara yang benar.” Ia tidak berlaku pada kadar mendadak, tetapi berevolusi setiap masa sedikit demi sedikit. Walaupun ada element muhasabah di dalam sistem, disebabkan cara fikir pemilih sangat menentukan, akhirnya pemimpin yang dapat menerapkan makar yang terbaik menguasai sistem. Dari proses legistative (pengubalan undang-undang), kepada executive (perlaksanannya) sehinggalah judicary (penghakiman), secara berdikit-dikit terlencung nilai-nilai murni asal menjadi sistem yang diterima-pakai oleh ramai daripada arus perdana.

4. Saya tidak melihat ianya hasil dari kepincangan sistem, dan tidak bersetuju sekiranya ada yang mengatakan kembali kepada sistem kekhalifahan (atau hudud, misalnya) akan menyelesaikan masaalah. Ini masalah pengendali atau pengguna sistem. Pengislaman sistem atau badan apapun, tidak akan memastikan pengembalian kepada landasan sebenar. Hanya pengislaman insan, sebagai penguna sistem yang dapat memberikan hasil. Dan kemudian di setiap insan itu sendiri, kesedaran terhadap hadirnya ’sempurna akal’ (bukan ’sempurna perasaan’) itu yang akan melatih individu sentiasa memuhasabah diri, yang kemudian akan memastikan secara masyarakat dapat memuhasabah sistem yang mereka sepakati bersama.

5. Kalau dirujuk “perkembangan politik semasa” sebagai menangnya satu kawasan lain dan tumbang satu negeri, maka kita kembali kepada mengajar anak-anak (generasi baru) mengambil side kepada parti (atau kepada ibu atau bapa). Pengajaran yang perlu diberikan ialah bukan mengambil side ibu atau bapa, tetapi isu yang dibawakan oleh ibu atau bapa. Dan kalau jelas kedua ibubapa, memperjuangkan Islam, mengapa perlu ada sentimen berat, mengatakan musuh kita tidak Islamik, hanya kita sahaja yang mendukung Islam. Saya melihat parti yang merasakan mereka sahaja yang Islamik itu, sebagai syariatik tetapi tidak saintifik (menggunakan terma dari artikel Ustaz). Melawan Sunnah Allah, lebih buruk kesannya dari melawan Syariat Allah.

6. Sudah pasti peringatan ini sangat relevent, “Sedarlah, kekuasaan di dunia hanya sementara… Ada HAKIM yg lebih besar YG MAHA MENGHUKUM di SANA nnt… “. Dan pada mereka yang berstrategi (makar) dalam politik untuk kepentingan diri (terutama yang berkulitkan Islam), ingatlah bahawa “Inna Allah khairun makirin” (Segungguhnya strategi yang paling palik datang dariNya). Kelihatan sekarang ramai Muslim yang memperjuangkan Islam, tersangat jauh dari memahami nilai-nilai Islam, dari ketidak-sedaran mereka menerapkan pentingnya memahami Sunnah Allah secara mendalam, untuk diterapkan di dalam kehidupan dan kepimpinan mereka. Selagi itu terus berlaku, Sunnah Allah akan memastikan mereka tidak dapat kembali ke landasan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.