1. Penting juga membaca komen-komen yang telah dikeluarkan bagi memastikan ianya mencapai tujuan ditulis. Perlu saya ingatkan diri, bahawa segala yang ditulis, akan dipertanggung-jawabkan di Akhirat kelak. Pada saya tidak timbul tarikh luput pada kebanyakan tulisan saya, kerana pendekatan saya lebih gemar melihat sesuatu dari sudut membudayakan carakerja Khaliq, yang asasnya tidak pernah berubah. Maka sekiranya kita sebagai manusia, membudayakan dasar carakerja Khaliq, segala ranting dan cabang carakerja kita, tidak akan lari dari landasan utama Islam. Islam itu telah lama bertapak atau dibenikkan di Alam, lama sebelum manusia diberikan ‘cukup akal’ bagi memikul tanggung-jawab yang datang bersama kebebasan memilih.
2. Sdri Yusriyusra menulis, “ramai org yg solat berbuat dosa, tp adakah dgn sebab ramainya org brsolat yg buat dosa terus kita yg mndengarnya tidak mahu solat? sedangkan solat itu wajib.”
Maka, saya menjawabnya dengan, “Ia selari dengan ayat, “Fa waylul lil musoleen. Allazi nahum ..”. iaitu Allah mewajibkan solat (semua rukum Islam), tetapi pada masa yang sama Allah peringatkan kita, bahawa yang bersolat juga tidak ketinggalan diancam dengan neraka, maknanya menghidupkan solat (dan rukun Isalm lain) itu lebih wajib. Jangan hanya mementingkan cara tetapi fahami tujuan beribadah.”
Cara tanpa tujuan mengahsilkan Muslim yang beragama tanpa Tuhan. Berikut adalah berberapa petikan yang berkaitan.
3. 4. Jangan sekali-sekali kita mempertikai arahan Syariah Allah, tetapi pertikaikanlah, bagaiman kita memprolehi hasil darinya. Apakah kita menghidupkan amalan yang diarahkan untuk kita membuat itu? Apakah dengan solat Muslim jadi bersatu? Sepatutnya YA, tetapi hasil yang kelihatan sudah semestinya TIDAK (yang sangat besar). Di sana sini Muslim bercakaran, bermusuhan malah berbunuhan. Di sana sini Muslim tidak dapat melawan musuhnya, walaupun bilangan musuh itu jauh lebih kecil. Di sana sini kemiskinan adalah terbanyak di kalangan Muslim, bukan hanya miskin harta jasmani, jauh lebih penting, muflis harta rohani (ilmu). Jangan disebut menjadi amalan kalau perlaksanaan tidak dilaksanakan dengan keilmuan yang mantap. Dan jangan disebut berilmu kalau Kitab Alam sentiasa di ketepikan.
Dari http://sharudin.com/2009/01/28/s66-permata-di-siri-666/
4. 3. Diharapkan usaha di tahap kemasukan atau tangga bawah ini, tidak terlalu mengasyikkan, menyebabkan mereka tidak memanjat ke tangga yang lebih tinggi. Keindahan Kitab Al Quran, yang mengandungi Syariat Allah, dalam bentuk asasnya, menjadikan ia sebagai pintu untuk kita keluar kepada Kitab Alam, bagi mencari perincian mendapatkan kunci-kunci ghaib. Terlalu banyak yang perlu dipelajari di Kitab Alam, secara saintifiknya, tidak mengizinkan kita terlalu asyik dengan kesenian Pintu tersebut. Dan dose pemikiran yang perlu ditingkatkan selalunya membuatkan Muslim menjadi lebih selesa dipenafsiran yang lebih mudah kepada sesuatu ayat, atau tanda yang diberikan di dalam Al Quran. Ini yang melemahkan Muslim sebenarnya. Diwar-warkan bahawa ilmu yang tinggi tidak bermakna tanpa amal, adalah kurang tepat, tanpa mahu memahami kepentingan bahawa bermulanya kiraan amal itu adalah dengan berilmu.
Dari http://sharudin.com/2009/02/11/s79-k11-syariatik-yang-saintifik/
5. 6. Serampang tiga mata menjadi alat menyesuaikan diri dengan suasana, tanpa jiwa mengalami kejutan. Apa yang dilakukan dengan hanya beriman taklid, adalah selari dengan jangka pendek, tetapi apabila sudah besuai-kenal diperingkat itu, perlu memikirkan jangka sederhana. Lagi awal tujuan jangka panjang diterapkan lagi baik kepada pegangan kepercayaan. Jangka pendek iman taklid perlu mengarah kepada iman bukti (dengan ilmu), Jangka pendek, berhubung dengan perasaan, perlu disulami dengan kefahaman berhubung dengan akal, dijangka panjang. Jangka pendek, kyusuk dalam solat perlu diterapkan dengan jangkan panjang kyusuk di luar solat. Malangnya pendidikan selalunya tersekat di peringkat jangka pendek sahaja, menjadikan baligh syarie tidak mencapai kepada baligh hakiki.
Dari http://sharudin.com/2009/01/30/s69-salam-tv/
6. 5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landaasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan.
Dari http://sharudin.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/
Abu Saif reply on February 13th, 2009 9:01 am:
@Izzah, menggelar Erdogan sebagai al-Fatih adalah romantisma yang keterlaluan. Menafikan Erdogan sebagai al-Fatih dengan kecaman-kecaman seperti dalam tulisan ini juga merupakan suatu keburukan. Meletakkan semua tingkah laku Republik Turki itu sebagai kesalahan Erdogan hanya kerana dia ketika itu adalah seorang Perdana Menteri, merupakan bacaan yang salah terhadap senario politik Turki.
Saya bantah tulisan ini
http://saifulislam.com/?p=4598#comment-43601
———————————————————–
Pak Din February 13th, 2009 at 9:23 am
Salam Sultan,
1. Menarik catatan Sdr Patruk Arjuna, ” 10. Saya amat sedih apabila ada segelintir anak Perak yang menuding jari Sultan Azlan bias dan tidak mengikut perundangan tubuh negeri Perak kerana menitahkan agar MB dan semua EXCO meletakkan jawatan serta merta.” . Dan saya juga turut bersedih dengan tuduhan itu. Tetapi yang menjadikan saya lebih sedih adalah, ketidak-fahaman Muslim, yang tidak menyedari kehadiran Kitab Al Quran yang mengandungi asas-asas yang sama. Sultan menggunakan Kuasa Budibicaranya, disebabkan peruntukan itu ada di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Dan sebagai seorang Sultan yang berpengalaman di dalam bidang kehakimaan, Sultan sudah pasti menggunakan Kuasa Budibicara dengan sebaik mungkin.
http://saifulislam.com/?p=4633#comment-44281
————————————————————
Pak Din reply on February 13th, 2009 11:50 am:
Terkesan saya!
Mat Saleh yang soleh kata, “Faham rohnya semasa baca jasadnya” atau “Fikirkan yang tersirat dari merasakan yang tersurat”.
Memang benar apa yang dikata, dari lebih 1,000 yang Ustaz dah tulis, nak baca … em … 30% pun susah rasanya. Maksud saya yang baca macam si Soleh tu. Jadi memahami sunnah jidal (dan muroq) sangat berkitan dengan memahami sunnah berparti dan ber-isu di dalam parti. Seperti kata Sdr Komen sket #51, “usaha untuk menegakkan khilafah penting” tetapi tangga kedua penting dalam memahami roh sebenar apa yang dibawakan jasad Junjungan Besar saw. Nabi saw menterjemah Islam, maka kita perlu memahami roh menterjemah Islam itu. Kedua-dua parti bersumberkan Al Quran dan As Sunnah, cuma ada isu yang dibawakan kedua-dua parti, yang kenkadang jarak jauhnya tidak sama dari Panduan.
Maka sunnah jidal mengatakan jangan semarakakan assyabiah, kepartian, malah terkadang ke-manhaj-an tetapi sasarkan kepada isu ketuhanan, untuk mengelak tersalah parking atau tertekan padel minyak. Satu sudut keadilan boleh terlihat sebagai ketidak-adilan di sudut lain. Maka ketika itu khalif, yang bukan tahap akar dan batang (asas) menjadi rahmat. Bila membincang ragam manusia (mahluk) memang bermacam, tetapi bila melihat carakerja Allah ia seragam. Hanya dengan membudayakan carakerja Allah, ragam manusia dapat dikurangkan.
http://saifulislam.com/?p=4630#comment-44031
sandmaster reply on February 13th, 2009 1:33 am:
@zikir@HAMAS boy,
I’ve tried to google about Dr Stephen Carr Leon and his thesis but did not find anything.
Only the translated Malay version is to be found.
Therefore it is safe to say that this article is a hoax.
There are some good points but doesn’t mean that the Jews are geniuses.
Not supporting the Jews but I pity of the Muslims especially Malays that are so gullible to believe this without doing their research.
[Tulis Komen]
sandmaster reply on February 13th, 2009 1:33 am:
@zikir@HAMAS boy,
I’ve tried to google about Dr Stephen Carr Leon and his thesis but did not find anything.
Only the translated Malay version is to be found.
Therefore it is safe to say that this article is a hoax.
There are some good points but doesn’t mean that the Jews are geniuses.
Not supporting the Jews but I pity of the Muslims especially Malays that are so gullible to believe this without doing their research.
Abu Saif reply on February 13th, 2009 9:04 am:
@sandmaster, i second your comment.
http://saifulislam.com/?p=4598#comment-43413 Artikel asal panjang.
[...] Dari sana [...]